Anda di halaman 1dari 2

PSK 5A1 2014 1

LATIHAN TINGKATAN LIMA



1. Jelaskan konsep-konsep berikut.
i. Konsep pendidikan sepanjang hayat.
ii. Program pembelajaran jarak jauh.

2. Jelaskan bagaimanakah pendidikan sepanjang hayat dapat diamalkan dalam
kehidupan.

3. Nyatakan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai untuk memastikan pendidikan
sepanjang hayat (PSH) dapat diikuti dengan selesa dan sempurna.

4. Jelaskan maksud-maksud perkataan berikut dengan memberi contoh-contoh yang
sesuai.
i. Empati
ii. Menghargai nyawa
iii. Menjaga maruah
iv. Cinta akan keamanan.

5. Huraikan kepentingan membina keluarga bahagia.
i. Apakah kebaikan memilih calon pasangan yang baik?
ii. Sekiranya anda ingin mendirikan rumah tangga, nyatakan ciri-ciri calon pasangan
pilihan anda.
iii. Jelaskan kepentingan mematuhi peraturan perkahwinan mengikut undang-undang
negara.
iv. Persiapan membina keluarga merupakan teras pembentukan masyarakat mapan.
Bincangkan.

6. Nyatakan tiga agensi bukan kerajaan yang terlibat dalam memberikan sumbangan
aktif dalam aktiviti kemasyarakatan di Malaysia.


7. Apakah nilai yang akan dipupuk apabila ahli masyarakat menyertai aktiviti
kemasyarakatan?

9. Nyatakan secara ringkas sumbangan agensi berikut dalam usaha mengekalkan
Warisan Negara.

i. Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia
(KPKKW).
ii. Jabatan Warisan Negara
iii. Persatuan Warisan Pulau Pinang

10. Senaraikan kepentingan kekalkan warisan budaya kepada sesebuah negara.

11. Bagaimanakah sekolah dapat memainkan peranannya dalam mengekalkan warisan
budaya negara?

12. Rakyat Malaysia harus berbangga dengan warisan budaya negara. Sebagai rakyat yang
bertanggungjawab bagaimanakah anda dapat menyumbang dalam mempromosikan warisan budaya
negara?

PSK 5A1 2014 2


13. Senaraikan lima prinsip Rukun Negara.

14. Nyatakan usaha yang boleh dilakukan bagi memupuk penghayatan Rukun Negara
dalam kalangan remaja.

15. a) Mengapakah Rukun Negara penting dijadikan amalan hidup rakyat Malaysia?
b) Bagaimanakah anda dapat mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan
seharian?
c) Apakah sikap yang harus ditunjukkan oleh rakyat terhadap negara?
d) Lima prinsip Rukun Negara dapat membangkitkan semangat kenegaraan.
Bincangkan.

16. a) Senaraikan empat ciri-ciri utama pewaris negara.
b) Bagaimanakah murid-murid sekolah di negara ini mampu melengkapkan diri
dengan ilmu yang inovatif?
c) Senaraikan ilmu-ilmu yang inovatif yang harus dimiliki oleh pewaris negara.
d) Huraikan kepentingan ilmu dan kemahiran yang harus dilengkapi oleh generasi
muda untuk mewarisi negara.

17. a) Berikan maksud kerohanian.
b) Berikan kepentingan nilai kerohanian dalam membentuk pewaris negara.
c) Huraikan kesan yang akan timbul jika nilai kerohanian diabaikan.

18. a) Nyatakan faktor-faktor yang menjana pembangunan negara.
b) Jelaskan halangan atau cabaran yang menghalang pembangunan negara.
c) Jelaskan peranan pihak sekolah dalam menjana pembangunan negara.

19. a) Nyatakan lima cabaran globalisasi yang dihadapi oleh kebanyakan negara di
dunia.
b) Nyatakan tiga cabaran globalisasi yang sering dihadapi oleh Malaysia.
c) Nyatakan dua langkah yang perlu diambil oleh Malaysia supaya dapat bersaing
dengan negara-negara maju.

20. a) Nyatakan kepentingan hubungan serantau dan dunia dalam menangani cabaran
globalisasi.
b) Jelaskan akronim-akronim berikut:
i. PBB
ii. OIC
iii. IDB
iv. EC
v. G-7
vi. ASEAN.



Selamat Mencuba. Anda boleh merujuk buku teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang
dibekalkan. Jawapan anda bebas asalkan bersesuaian dengan tajuk.