Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran :Matematik


Kelas : 5 Musytari
Tarikh : 17 Februari 2014
Hari : Isnin
Masa : 8.50 pagi 9.50 pagi (60 minit)
Bilangan murid : 41 orang
Topik : Nombor Bulat
Bidang pelajaran : Pembahagian dalam lingkungan 1000 000
Objektif pembelajaran : Membahagi sebarang nombor kurang daripada 1000 000
Hasil Pembelajaran :
Pada akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
1. Membahagi sebarang nombor hingga enam digit dengan nombor satu digit.
2. Menjawab 3 daripada 4 soalan dengan tepat berkaitan bahagi nombor bulat.
Pengetahuan sedia ada :
1. Murid tahu membahagi sebarang nombor empat digit dengan satu digit.
2. Murid mempunyai pengetahuan asas tentang pembahagian.
3. Murid tahu bahagi sebarang nombor lima digit dengan satu digit.
4. Murid tahu menolak.

KBKK :
Memproses secara mental, membuat perhubungan, membuat analisis, menyelesaikan masalah

Sumber :
Lembaran kerja, kertas A4, bulatan nombor, marker pen, kertas beracun, lagu, gula-gula

Penerapan nilai : Bekerjasama, hormat-menghormati, jujur, yakin diri, patuh arahan, tepati
masa, berani mencuba
PERINGKAT

KANDUNGAN

LANGKAH / AKTIVITI CATATAN

Set Induksi
(5 minit)


Bercerita
tentang
pembahagian
gula-gula
1. Guru memulakan pengajaran
dengan bercerita:
Ahmad mempunyai 400 biji
gula-gula. Dia hendak memberi
gula-gula tersebut kepada 5
orang rakannya. Berapa jumlah
gula-gula yang diperoleh oleh
setiap orang?
2. Murid diajukan beberapa soalan:
berapa biji gula-gula yang
ada?
berapa orang yang hendak
diberi?
Apa yang diminta?
3. Guru meminta pandangan murid
tentang tajuk yang akan diajar
pada hari ini.
4. Tajuk pada hari ini adalah
bahagi.
Sumber Pengajaran :
1. Gambar
2. gula-gula

Strategi Pengajaran
dan pembelajaran :
1. Berpusatkan murid

Nilai Murni :
1. Yakin diri
2. Hormat- menghormati

Kepelbagaian
Kecerdasan :
1. Linguistik
2. Logikal



Pengenalan
Konsep
(10 minit)



1. Guru bertanya kepada murid
bagaimana hendak
menyelesaikan masalah Ahmad
sebentar tadi.
2. Guru bersoal jawab dengan
murid bagaimana hendak
memastikan setiap orang
mendapat gula-gula?
3. Gula-gula tersebut perlu
dibahagikan sama rata supaya
setiap orang mendapat
bahagian.
Sumber Pengajaran :
1. Gula-gula

Strategi Pengajaran
dan pembelajaran :
1. Berpusatkan murid

Nilai Murni :
1. Memberikan
perhatian semasa
guru mengajar

4. Jika ada 400 biji gula-gula dan
dibahagikan dengan 5 orang
maka setiap orang akan
mendapat sebanyak 80 biji
gula-gula.
5. Jadi, bahagi di sini bermaksud
berkongsi atau sama rata.
Kongsi dalam situasi ini
bermaksud setiap orang
berkongsi jumlah objek yang
sama bilangannya. Oleh sebab
itu, setiap kawan Ahmad
mendapat 80 biji gula-gula
seorang.
Kepelbagaian
Kecerdasan :
1. Linguistik
2. Logikal
3. visual

Perkembangan
Konsep
(15 minit)


Menyelesaikan
masalah
melibatkan
pembahagian
satu digit
1. Murid diminta menjawab soalan
yang melibatkan pembahagian
yang melibatkan nilai yang lebih
besar.
2. Soalannya adalah :
79525 4 = 19881 baki 1
19881
4 79525
- 4
39
- 36
35
- 32
32
- 32
5
- 4
1 baki
3. Guru mengingatkan murid
supaya menyelesaikan
Sumber Pengajaran :
1. Kad soalan

Strategi Pengajaran
dan pembelajaran :
1. Berpusatkan murid

Kepelbagaian
Kecerdasan :
1. Linguistik


KBKK :
1. Membuat perkaitan
2. Membuat kesimpulan

Nilai :
1. Berani mencuba
penolakan satu persatu.
4. Guru mengajukan satu soalan
lain kepada murid untuk
dijawab.
5. Soalannya adalah :
368895 8 = 46111 baki 7
46111
8 368895
- 32
48
- 48
8
- 8
9
- 8
15
- 8
7 baki

6. Murid berbincang bersama-
sama guru untuk mendapatkan
jawapan.

Perkembangan
(15 minit)

Bulatan nombor
1. Murid-murid dibahagikan
kepada lapan kumpulan.
2. Setiap wakil kumpulan diminta
tampil ke hadapan untuk
mengambil 2 helai kertas A4.
3. Setiap kumpulan perlu memilih
nombor-nombor di hadapan dan
isi di dalam petak kosong yang
terdapat pada kertas A4
tersebut. Tulis soalan dan
selesaikan.
4. Ini bermakna, murid perlu
Sumber Pengajaran :
1. Bulatan nombor
2. Kertas A4

Strategi Pengajaran
dan pembelajaran :
1. Berpusatkan murid
2. Pembelajaran
koperatif

Nilai Murni :
1. Bekerjasama
2. Patuh arahan

Kepelbagaian
Kecerdasan :
menyelesaikan kedua-dua
soalan yang dibina.
5. Kumpulan yang sudah siap
hendaklah mengangkat tangan.
1. Interpersonal
2. logikal

KBKK :
1. Membuat analisis

Penilaian
(10 minit)
Permainan
sampul surat
beracun

1. Guru akan memainkan muzik
sambil sampul surat tersebut
berjalan.
2. Apabila muzik berhenti, maka
murid tersebut perlu membuka
sampul surat tersebut.
3. Jika murid terkena kertas soalan,
maka murid perlu menjawab
soalan. Jika tertera selamat,
maka murid tersebut tidak perlu
menjawab soalan.
4. Murid yang lain diminta
menjawab mengira bersama-
sama.
Sumber Pengajaran :
1. Soalan latihan
2. Lagu
3. Sampul surat

Strategi Pengajaran
dan pembelajaran :
1. Berpusatkan murid






Penutup
(5 minit)

Rumusan
1. Guru bertanya kepada murid apa
yang diajar pada hari ini.
2. Seorang murid diminta
merumuskan apa yang telah
dipelajarinya.
3. Guru mengedarkan lembaran
kerja kepada murid berbentuk
soalan latihan.
4. Guru menerapkan nilai murni ;
Bekerjasama
Jujur
Hormat-menghormati
5. Guru memberikan lembaran
kerja kepada murid.

Sumber Pengajaran :
1. Lembaran kerja

Strategi Pengajaran
dan pembelajaran :
1. Berpusatkan murid


Kepelbagaian
Kecerdasan :
1. Linguistik

Anda mungkin juga menyukai