Anda di halaman 1dari 8

PJM 3063

KEPENTINGAN PENDIDIKAN
JASMANI

Ahli Kumpulan:
Tan Yong Jie
Lim Hui Zhu
Gan Xue Ni
Ooi Chu Ling
Tan Yee Jing
Pertumbuhan dan
perkembangan
fizikal
Perkembangan
Mental
Perkembangan
Emosi
Perkembangan
Sosial
KEPENTINGAN PENDIDIKAN
JASMANI
Pendidikan
Jasmani
Pertumbuhan
(Kuantitatif)
Perkembangan
(Kualitatif)
Pendidikan Jasmani dapat merangsang pertumbuhan
fizikal .

Murid lebih peka kepada kesihatan dan pertumbuhan
fizikal diri sendiri.

Lebih bijak dalam menguruskan pemakanan mereka.

PJ juga dapat menambah kualiti hidup murid-murid.

Pertumbuhan Fizikal (kuantitatif)

1. Membangunkan kemahiran pergerakan asas
Dapat menguasai kemahiran pergerakan asas mengikut
kemampuan diri mereka.

2. Membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal
dan kecergasan
Murid akan lebih cergas dan sihat, tidak mudah letih dan
cedera bila melakukan sesuatu aktiviti.
Lebih aktif berbanding dengan murid lain.
Mempunyai lebihan tenaga.

Perkembangan Fizikal (kualitatif)
3. Murid peka terhadap kesihatan badan
Lebih mengambil berat tentang kesihatan badan dan
memberi keutamaan untuk meningkatkannya.
Berat badan (BMI) murid stabil melalui penjagaan makanan
yang seimbang dan senaman yang berterusan.

4. Memberi peluang untuk mengenali dirinya dan
mengembangkan bakat atau kemahiran
Murid dapat menunjukkan potensi dan bakat mereka melalui
aktiviti sukan.
Cth: kemahiran permainan olahraga, gimnastik, kemahiran
sukan


5. Murid mempunyai kekuatan otot dan daya tahan otot yang
tinggi

Kekuatan otot adalah keupayaan otot untuk mengatasi
rintangan bagi menghasilkan daya.

Daya tahan otot adalah keupayaan otot untuk melakukan
aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau berterusan.

Ini dapat dikuasai oleh murid melalui latihan dan aktiviti
fizikal yang berterusan dalam PJ.


6. Memaksimumkan fungsi fizikal murid

Semua anggota badan diberi keutamaan semasa melakukan
aktiviti sukan dan semua anggota badan dilibatkan secara
maksimum semasa melakukan aktiviti sukan.

Ini akan meningkatkan fleksibiliti anggota badan dimana
fleksibiliti membenarkan sendi bergerak dengan licin
dengan rintangan yang minimum.