Anda di halaman 1dari 4

1

TEKS JURUACARA MAJLIS ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN SATU 2014


SMK SERI BINTANG SELATAN

TARIKH : 30 DISEMBER 2013
HARI : ISNIN
MASA : 8.00 PAGI

MASA PERKARA TINDAKAN


10.00

1.0 Semua pelajar tingkatan 1 mendaftar. Para VIP dan guru
mengambil tempat.



Bagi memulakan acara mohon hadirin bersama-sama
menyanyikan lagu Negaraku.



Setelah
selesai lagu
Negaraku
Hadirin diminta mengambil tempat.



2.0 Ucapan pembukaan

DAUN LAYU DI TENGAH GURUN,
NAMPAK JALUR POHON CEMARA,
TRADISI MELAYU TURUN TEMURUN,
PANTUN DITUTUR PEMBUKA BICARA.


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.

YANG DIHORMATI,
PENGERUSI BIRO ASRAMA KOMPLEKS SERI BINTANG

YANG BERUSAHA,
PUAN SHAMSHIAH BT AHMAD
PENGETUA CEMERLANG SMK SERI BINTANG UTARA,

EN BUSTAMAM BIN BUKHARI
KETUA WARDEN, ASRAMA KOMPLEKS SERI BINTANG,

BARISAN WARDEN

PARA IBU BAPA

SERTA PARA MURID TINGKATAN SATU YANG DISAYANGI
SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA





2
BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI KERANA MEMBERIKAN
RAHMAT DAN HIDAYAH KEPADA KITA YANG SAMA-SAMA
DAPAT HADIR KE MAJLIS ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN
SATU ASRAMA KOMPLEKS SERI BINTANG BAGI TAHUN 2014.

UNTUK MAKLUMAN HADIRIN,
MAJLIS ORIENTASI TINGKATAN SATU DIANJURKAN OLEH
PIHAK ASRAMA SEBAGAI TANDA MENGALU-ALUKAN
KEDATANGAN PARA PELAJAR TINGKATAN SATU SEBAGAI
WARGA ASRAMA SEKALIGUS MEMPERKENALKAN ASRAMA
INI KEPADA PARA PELAJAR.



3.0 Bacaan doa


BAGI MEMBERKATI MAJLIS KITA PADA PAGI INI, DIPERSILAKAN UST
BUSTAMAM BIN BOHARI
UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA.

DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

4.0 Selepas bacaan doa

DEMIKIAN TADI BACAAN DOA OLEH UST BUSTAMAM BIN BOHARI.
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN
TERIMA KASIH.











5.0 Ucapan Pengetua

SIDANG HADIRIN YANG DIHORMATI
BAGI MENERUSKAN ACARA,
MAJLIS MEMPERSILAKAN,
YANG BERUSAHA PUAN SHAMSHIAH BT AHMAD
PENGETUA CEMERLANG SMK SERI BINTANG UTARA,

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN,
UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.

DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.


3
6.0 Apabila tamat, juru acara bersedia untuk mengucapkan terima kasih.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA
PUAN SHAMSHIAH BT AHMAD,
ATAS UCAPAN TADI.
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN
TERIMA KASIH.



7.0 Ucapan Pengerusi Biro AKSB

HADIRIN YANG DIHORMATI,
SETERUSNYA,
MAJLIS MEMPERSILAKAN,
EN
PENGERUSI
BIRO ASRAMA KOMPLEKS SERI BINTANG

UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.

DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

8.0 Juruacara bersedia untuk mengucapkan terima kasih selepas ucapan
pengerusi BIRO.

MAJLIS MERAKAMKAN
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
KEPADA
ATAS UCAPAN YANG DIBERIKAN ITU TADI.











9.0 Penutup

DIHARAPKAN TAKLIMAT-TAKLIMAT YANG DISAMPAIKAN DAPAT
MENJADI PEGANGAN DAN PENDEDAHAN AWAL KEPADA PARA
PELAJAR TINGKATAN SATU DALAM MENJALANI KEHIDUPAN DI
ASRAMA KOMPLEKS SRI BINTANG INI.

TINGGI SUNGGUH POHON CEMARA
TEGAK MERIMBUN DI TENGAH KOTA
TERSALAH KATA BUTIR BICARA
SEPULUH JARI MAAF DIPINTA


4
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH
KEPADA PARA IBU BAPA DAN HADIRIN KERANA SUDI BERSAMA-
SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS PADA HARI INI.

MAJLIS DENGAN BERBESAR HATI INGIN MENJEMPUT SEMUA
HADIRIN UNTUK MENIKMATI SEDIKIT JAMUAN.

AKHIR KATA ASSALAMUALAIKUM DAN TERIMA KASIH.


Pengumuman

Murid boleh bergerak ke dorm masing masing bersama ibu bapa
selepas jamuan ini.



JURUACARA
DUA