Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH

JURNAL

Bilangan Jurnal : Ke- 10

Minggu Praktikum : 7 APRIL HINGGA 11 APRIL 2014 (Minggu 10)

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 7 APRIL HINGGA 11 APRIL 2014 2014

Tajuk Jurnal : MASALAH KAWALAN KELAS SEMASA AKTIVITI
BERKUMPULAN


1. Masalah /Peristiwa:

Masalah yang saya hadapi pada minggu ini adalah dari segi kawalan kelas
ketika melaksanakan aktiviti berkumpulan. Beberapa orang murid kurang mendengar
kata-kata dan arahan saya. Hal ini menyebabkan sesi pengajaran sedikit terganggu
disebabkan oleh beberapa orang murid ini yang tidak mahu memberikan kerjasama
dalam kumpulan masing-masing. Sehubungan dengan itu, perasaan dan semangat
saya juga terganggu. Konsentrasi saya untuk mengajar sedikit terganggu disebabkan
murid-murid tidak mahu memberikan kerjasama apabila diberikan tugasan atau
sesuatu arahan.
Sebagai contohnya, pada hari Selasa (8 April) sewaktu penyeliaan bersama oleh
pensyarah pembimbing dan guru pembimbing saya, kawalan kelas saya adalah
sangat lemah, dimana murid-murid tidak mendengar arahan yang saya berikan. Ada
diantara mereka yang bergaduh untuk menulis dan mencatat segala maklumat
jawapan pada kertas mahjung yang diedarkan. Keadaan ini menyebabkan aktiviti
hands-on yang dijalankan secara berkumpulan itu sedikit kelam kabut. Saya terpaksa
bergerak ke setiap kumpulan bagi mengawal masalah yang berlaku. Kedaan ini
berlaku kepada murid-murid kelas 5 Cemerlang, mereka terlalu teruja dengan bahan
yang saya edarkan.
Selaian itu, keadaan yang sama juga berlaku kepada murid-murid Tahun 3
Cemerlang. Arahan dan kata-kata saya tidak mereka endahkan. Keadaan ini
menyukarkan saya untuk mengawal mereka apabila melakukan aktiviti yang
berbentuk kumpulan. Selain itu, saya juga perhatikan apabila hanya seorang murid


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH
sahaja yang betindak sebagai ketua dan mengawal segala tugasan yang diedarkan
ahli kumpulan yang lain hanya melihat dan bertindak pasif sahaja. Dan keadaan ini
juga menyebabkan ada diantara ahli yang merajuk danbergaduh antara satu sama
lain.
2. Analisis

Setelah dikaji dan diteliti, saya dapati puncanya datang daripada diri saya
sendiri. Saya terlalu memberi muka kepada mereka. Saya kurang tegas semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain daripada itu, pembahagian murid
dalam kumpulan yang tidak sesuai juga, menjadi punca segelintir murid-murid kurang
memberi kerjasama dalam kumpulan mereka. Tetapi ada juga segelintir daripada
murid-murid ini yang terlalu mengawal gerak kerja kumpulan mereka sehinggakan
ahli yang lain tidak boleh membuat tugasan yang diedarkan. Kedaan ini
menyebabkan keadaan kelas serta aktiviti kumpulan yang disediakan sedikit kelam
kabut dan bising dengan pergaduhan yang berlaku di antara mereka.
Selain itu, saya juga dapat perhatikan murid-murid ini mungkin teruja dengan
bahan yang saya sediakan dan keadaan ini menyebabkan sebilangan murid yang
bertindak sebagai ketua kumpulan itu akan mengawal segala gerak kerja dalam
kumpulannya. Dengan kata lain, hanya dia seorang sahaja yang akan melakukan
kerja. Kebiasaannya, bahan aktiviti yang saya sediakan itu adalah berbentuk bahan
maujud yang mempunyai warna yang cantik, boleh dipegang dan disentuh. Sebagai
contohnya, bahan yang saya sediakan sewaktu diseliakan baru-baru ini ialah
penggunaan model gigi yang sebenar dan juga penggunaan gambar gigi yang besar
dan ditampal pada kertas mahjung.
Selain itu, saya juga kurang menegaskan bahawa mana-mana kumpulan yang
tidak bekerjasama dalam kumpulan akan dipotong token kumpulannya. Berdasarkan
pemerhatian saya, murid-murid menjadi lebih aktif apabila mereka dapat bergerak
aktif dalam kelompok yang ramai. Setiap orang ingin menunjukkan kehebatan
tentang sesuatu perkara yang tidak dapat dilakukan dalam bilik darjah.




INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH
3. Cadangan Tindakan Susulan

a) Saya akan selalu memperingatkan murid-murid mengenai denda yang saya
akan lakukan sekiranya mereka melanggar arahan tertentu.
b) Pada masa yang sama saya juga perlu menetapkan ahli kumpulan yang
sesuai dan sama sepanjang aktiviti dijalankan agar kawalan kumpulan lebih
terurus dan tersusun.
c) Kemudian, saya juga akan membahagikan tugas-tugas yang perlu
dilaksanakan oleh setiap ahli kumpulan sebelum mereka memulakan aktiviti
yang disediakan.
d) Saya patut membaca semula buku Murid dan Alam Belajar. Kenalpasti
langkah-langkah yang boleh digunakan dalam mengawal ketika melaksanakan
aktiviti berkumpulan. Saya juga boleh bertanya kepada guru kelas apa langkah
yang boleh saya lakukan bagi mengawal murid-murid tidak mendengar arahan
ini.
e) Saya akan cuba bertindak lebih tegas dan saya juga akan cuba berkeras
dalam mengambil tindakan terhadap kesalahan-kesalahan yang mereka
lakukan.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Tempoh masa untuk melakukan tindakan susulan bermula 12 April dan seterusnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing (major) Disahkan oleh Pensyarah Penyelia


Tandatangan :..................................... Tandatangan :..............................................

Nama :................................... Nama :..............................................

Tarikh :.................................... Tarikh :...........................................

Disemak oleh Guru Pembimbing (minor) Disahkan oleh Pensyarah Penyelia


Tandatangan :..................................... Tandatangan :..............................................

Nama :................................... Nama :..............................................

Tarikh :.................................... Tarikh :...........................................