Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING


1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-UndangPersekutuan Bola Baling
Antarabangsa (IHF ), Persekutuan Bola Baling Malaysia ( MHF ), Persatuan Bola
Baling Sarawak ( SAHA ) dan Peraturan - Peraturan AM MSSM.
2. JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan berpasukan ( Lelaki dan Perempuan )
Tempoh Permainan
Secara Liga Kumpulan ( Pusingan Pertama )
20 minit setiap separuh masa permainan dengan 10 minit rehat
( 20:10:20:)
Kalah Mati ( Suku Akhir, Separuh Akhir, Tempat Ketiga dan Akhir )
20 minit diberi untuk setiap masa permainan dengan 10 minit rehat
(20:10:20)
Masa rehat
Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat ( Time Out ) sekali bagi setiap separuh
masa.
Pegawai dari mana-mana pasukan boleh memohon masa rehat dengan melayangkan KAD
HIJAU kepada penjaga masa ( Time Keeper )
Situasi yang tidak dibolehkan untuk meminta masa rehatpasukan ialah :
a). Selepas bola terkeluar daripada garisan tepi gol. (own goal line or outer
goal line)
b) Selepas pasukannya terkena jaringan gol.
3. PENDAFTARAN PEMAIN
Tiap-tiap pasukan terdiri tidak lebih daripada 14 orang pemain, iaitu 7 orang pemain dengan 5
orang pengganti.
4. SISTEM PERTANDINGAN
Sila rujuk Peraturan-peraturan AM (8 ) Edisi 1994 MSSM.
( bergantung kepada jumlah penyertaan dan akan dibincangkan semasa mesyuarat
pengurus / jurulatih pasukan pada .)
5. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN
Secara Liga
Cara Memberi Mata:
Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang akan
ditentukan seperti berikut:
i. Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira
menang.
ii. Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira
menang.
iii. Jika masih seri, pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang.
iv. Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira
menang.
v. Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan.
Secara Kalah Mati
5.2.2. Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuhnya
masa langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan
pemenangnya.
a) Perlawanan masa tambahan 10 minit akan diadakan setelah
berehat lima minit.
b) Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit diberi untuk
bertukartempat dan perlawanan diteruskan 5 minit lagi.
c) Jika keputusan masih lagi seri, sistembalingan 7 akan dijalankan kecuali
dalam perlawanan akhir.
d) Jika balingan 7 tidak dapat dijalankan kerana keadaan-keadaan lain tidak
mengizinkan, maka undian hendaklah dijalankan.
5.2.3Sistem balingan 7..
a) Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan 7m dengan cara
balingan berselang-seli oleh 5 orang pemain.
b) Jika masih seri, maka balingan 7 hendaklah diteruskan oleh pemain yang
secara berselang-seli dengan sudden death
c) Pengadil akan memutuskan gol di mana balingan 7 itu dijalankan.
d) Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan
membuat balingan dahulu.
e) Hanya pemain-pemain yang menyertai perlawanan akhir dalam masa
tambahan dibenarkan membuat balingan penalti itu.
f) Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 dan penjaga gol pasukan
lawan mestilah berada di luar garisan balingan percuma.
g) Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang.
h) Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan penalti
dijalankan.
6. PAKAIAN
Sila rujuk undang undang Bola Baling Antarabangsa ( IHF ) dan perkara-perkara
berikut:-
Semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki.
Pemain-pemain dibenarkan memakai kasut biasa dan boot. Kasut berpaku tidak dibenarkan
sama sekali. ( Gelanggang rumput sahaja )
Kasut boot yang mempunyai 6 stud tidak dibenarkan dipakai dan tinggi stud yang
dibenarkan melebihi 12 mm. ( Gelanggang rumput sahaja )
7. GELANGGANG PERMAINAN
Sila rujuk Undang undang Bola Baling Antarabangsa (IHF )
Tiap tiap gelanggang permainan hendaklah disediakan satu kawasan keselamatan di luar
gelanggang permainan dengan ukuran sekurang-kurangnya 1 meter dari garisan tepi dan
sekurang-kurangnya 2 meter dari garisan gol.
8. ALATAN ( BOLA )
Lelaki 18- saiz 3 IHF
Berat - 425 gm hingga 475 gm
Lilitan - 58 sm hingga 60 sm.
Perempuan 18,lelaki 15 & perempuan 15 ) - saiz 2 IHF.
Lelaki & perempuan 12 saiz 1
Sepanjang pertandingan ini dijalankan, bola disediakan oleh pihak pengelola.
9. KELEWATAN
Hanya 10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak
lawannya akan diberi kemenangan dengan 3 mata dan bilangan gol 3 0.
10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
Pasukan yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik
diri semasa pertandingan dijalankan.
10.2 Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja
daripada pertandingan-pertandingan, semua keputusan pertandingan yang
dimainkan oleh pasukan itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan
menyertai perlawanan seterusnya dan hendaklah memberi sebab secara bertulis
kepada pihak pengelola kenapa berbuat demikian untuk menggelakkan tindakan
tatatertib dikecualikan.
11. SINGKIR ( KAD MERAH ) DAN BATAL
Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah atau disingkir
dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya.
Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau disingkir kali
kedua, ia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang di mana
pasukannya bermain.
Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal, ia tidak
dibenarkan bermain atau berada di gelanggang di mana pasukannya bermain
dalam mana-mana perlawanan sepanjang pesta tersebut.
12. YURAN PENDAFTARAN
13. BANTAHAN
13.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh pegawai pasukan hendaklah
diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada satu
(1) jam selepas tamat perlawanan dengan bayaran sebanyak RM100.00. Wang
tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak berjaya.
13.2 Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu
hendaklah dijalankan dengan keadaan bermain dalam bantahan
14. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Undang-Undang Persekutuan
Bola Baling Antarabangsa (IHF ), dan Peraturan Kejohanan Bola Baling ini akan
diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan keputusan adalah muktamad.
Sila rujuk Peraturan-Peraturan AM (23) MSSM.