Anda di halaman 1dari 3

Pendidikan Jasmani Nur Ashiela Abdul Manaf

(PJK2102W) DPLI Januari 2014



AMALI
BAB 1 - Senaman
1.2 Cara Mengira denyutan nadi
Kadar Denyutan Nadi
Keupayaan otot jantung bekerja dapat diukur dengan cara mengira denyutan nadi.
Pengambilan kadar nadi biasanya boleh dan mudah dikesan di beberapa tempat pada tubuh
badan kita iaitu di bahagian leher dan di pergelangan tangan. Ia dapat dirasa atau dipastikan
dengan cara meletakkan dua atau empat jari kecuali ibu jari kita ke pergelangan tangan
setentang dengan ibu jari atau dibahagian bawah telinga.

Gambar rajah: Cara mengambil kadar denyutan nadi
Kadar Nadi Rehat (KNR)
Kadar nadi rehat adalah denyutan nadi pada masa tidak melakukan aktiviti. Untuk mencari KNR
yang tepat, ambil denyutan nadi pada waktu pagi setelah bangun daripada tidur, sekurang-
kurangnya dua hari berturut-turut selama 20 saat pada tiap-tiap bacaan. Pada waktu tersebut
kita belum melakukan sebarang aktviti. Kemudian ambil purata daripada bacaan tadi yang telah
dilakukan dan di darab dengan 3 untuk mendapatkan KNR untuk selama seminit.
Contoh:-
25 denyutan selama 20 saat x 3 = 75 denyutan seminit (dsm)


Pendidikan Jasmani Nur Ashiela Abdul Manaf
(PJK2102W) DPLI Januari 2014

Kadar Nadi Maksimum (KNM)
Kadar nadi maksimun merupakan julat denyutan nadi tertinggi yang mampu dicapai seseorang
menerusi senaman berintensiti tinggi. Nilai KNM bergantung pada umur dan oleh yang
demikian, formula mudah berikut boleh digunakan dalam menentukan KNM seseorang;
KNM = 220 - Umur
Contoh:-
Umur subjek ialah 25 tahun.
KNM = 220 25(umur)= 195 dsm
Kadar Nadi Latihan( KNL)
Kadar nadi latihan ialah denyutan nadi untuk memulakan dan menyasarkan latihan mengikut
tahap stamina seseorang individu. KNL ditentukan dengan menggunakan formula dibawah;
KNL = KNR + x% (KNM-KNR)
*(KNM-KNR) juga di sebut sebagai Kadar Nadi Simpanan Maksimum (KNSM)
Kadar nadi latihan terbahagi kepada dua iaitu Kadar Nadi Latihan Maksimum(KNLMax) dan
Kadar Nadi Latihan Minimum(KNLMin) untuk membantu kita menilai tahap aktiviti yang
diakukan selaras dengan kemampuan kardiovaskular bagi setiap individu.
Pengiraan untuk mendapatkan KNLMin yang ideal bagi 60% dari kemampuan
kardiovaskular seseorang ialah dengan menggunakan formula ini;
(KNM KNR) x 0.6 + KNR
Contoh :
= (195 - 75) x 0.6 + 75
= (120) x 0.6 + 75
Pendidikan Jasmani Nur Ashiela Abdul Manaf
(PJK2102W) DPLI Januari 2014

= 72 +75
= 147 dsm
Pengiraan untuk mendapatkan KNLMax yang ideal bagi 90% dari kemampuan
kardiovaskular seseorang ialah dengan menggunakan formula ini;
(KNM KNR) x 0.9 + KNR
Contoh :
= (195 - 75) x 0.9 + 75
= (120) x 0.9 + 75
= 108 +75
= 183 dsm
Setelah mengira kadar nadi latihan minimum dan maksimum, individu tersebut hendaklah
melakukan latihan melepasi KNLMin dirinya dan tidak melebihi sasaran KNLMax kerana
dikhuatiri akan menyebabkan pengsan. Sejurus selepas melakukan aktiviti seperti berlari, kadar
nadi perlu diambil segera selama 20 saat dan didarabkan dengan 3 untuk mendapatkan KNL
selama seminit dan membandingkan dengan KNLMin dan KNLMax dirinya. Latihan dan aktiviti
hendaklah dilakukan secara berperingkat untuk membina stamina dan daya tahan
kardiovaskular seseorang individu.