Anda di halaman 1dari 6

Peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang.

Pada alaf baru ini, ibu bapa memberi peranan yang penting kepada masyarakat dan
negara. Media cetak mahupun media elektronik sering menyiarkan isu ini. Dalam
kalangan ibu bapa dalam masyarakat ini selalu diberi perhatian oleh orang ramai
terutamanya kerajaan. Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-5 Dato Seri Abdullah Bin
Haji Ahmad Badawi memberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang amat
penting sekali. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah-langkah yang boleh diambil untuk
membentuk masyarakat penyayang.
Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang kepada
anak-anak. Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak
mereka. Hal ini kerana, ibu bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan hidaup dan
kekayaan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan anak-
anak mereka pada alaf globalisasi ini. Di sini saya memberi contoh ibu bapa boleh
membawa anak-anak mereka semasa cuti sekolah untuk meneratkan hubungan dan
mengurangan tekanan anak-anak dalam aspek pembelajaran serta ibu bapa. Jadi,
impian ibu bapa atau negara untuk membentuk masyarakat penyayang akan tercapai
jua.
Sejajar dengan itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada anak-anak
semenjak kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Sebaliknya, ibu bapa mengagung-agungkan kemodenan sehingga mengabaikan anak-
anak dalam didikan agama. Hal ini kerana, mereka beranggapan didikan agama tidak
penting dalam arus kemajuan teknologi satelit masa kini. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya
menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Misalnya, menggalakkan anak-
anak mengikut kelas kifayah supaya anak-anak akan menjadi insan yang berakhlak
mulai. Di samping itu, mereka seharusnya memberikan pengajaran yang baik kepada
anak-anak mereka ketika anak-anak itu masih dalam buaian lagi. Jelaslah, hasrat ibu
bapa dalam melahirkan generasi yang berguna akan menjadi kenyataan pada suatu
hari nanti.
Malahan, ibubapa haruslah menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada
anak mereka. Penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting. Begitu juga
dengan hubungan ayah dan ibu yang mesra tanpa sebarang masalah sudah pasti akan
memberi keselesaan kepada anak untuk menjadi manusia yang penyayang.
Ringkasnya, sikap ibubapa yang sebegini mampu melahirkan satu generasi muda yang
penyayang di negara ini.
Seiring dengan itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik
kepada anak-anak. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai
buruk. Comtohnya, menjadi penangih dadah, pencuri, penjengah, perogol dan
sebagainya. Hal ini jelas, mereka akan mengalami kesempatan wang dan tekanan
emosi. Bak kata pepatah bagai acuan begitulah kuihnya. Hal ini demikian, ibu bapa
perlu menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak sejak kecil lagi. Umpamanya,
mengamalkan tabiat rajin membaca buku di hadapan anak-anak. Lama-kelamaan tabiat
ini dalam kalangan generasi muda akan mengikut tabiat yang positif ini. Ringkasnya,
peranan ibu bapa amatlah besar dalam melahirkan masyarakat yang berguna pada alaf
globalisasi ini.
Tuntasnya, semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan
dan pihak swasta. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang terpenting untuk
memupuk masyarakat penyayng. Justeru, peribahasa bagai aur dengan tebing
hendaklah diamalkan oleh semua warganegara Malaysia terutamanya generasi muda
sejak belakangan ini.


adalah sebagai tiang rumah tangga amatlah penting bagi terselenggaranya rumah
tangga yang sakinah yaitu keluarga yang sehat dan bahagia, karena di atas yang
mengatur, membuat rumah tangga menjadi surga bagi anggota keluarga, menjadi mitra
sejajar yang saling menyayangi bagi suaminya. Untuk mencapai ketentraman dan
kebahagian dalam keluarga dibutuhkan isteri yang shaleh, yang dapat menjaga suami
dan anak-anaknya, serta dapat mengatur keadaan rumah sehingga tempat rapih,
menyenangkan, memikat hati seluruh anggota keluarga.
Menurut Baqir Sharif al-Qarashi (2003 : 64), bahwa para ibu merupakan sekolah-
sekolah paling utama dalam pembentukan kepribadian anak, serta saran, untuk
memenuhi mereka dengan berbagai sifat mulia, sebagaimana sabda Nabi Muhammad
SAW. yang artinya: Surga di bawah telapak kaki ibu, menggambarkan tanggung
jawab ibu terhadap masa depan anaknya. (Zakiyah Daradjat, 1995 : 50)
Dari segi kejiwaan dan kependidikan, sabda Nabi di atas ditunjukan kepada para orang
tua khususnya para ibu, harus bekerja keras mendidik anak dan mengawasi tingkah
laku mereka dengan menanamkan dalam benak mereka berbagai perilaku terpuji serta
tujuan-tujuan mulia, adapun tugas-tugas para ibu mendidik anak-anaknya yaitu :
1.
Para ibu harus membiasakan perbuatan-perbuatan terpuji pada anak,
2. Para ibu harus memperingatkan anak-anak mereka akan segala kejahatan dan
kebiasaan buruk, perilaku yang tidak sesuai dengan kebiasaan sosial dan agama,
3. Para ibu harus memiliki kesucian dan moralitas sebagai jalan pendidikan untuk putra-
putri mereka,
4. Para ibu jangan berlebihan dalam memanjakan anak,
5. Para ibu harus menanamkan pada anak rasa hormat pada ayah mereka,
6. Para ibu jangan pernah menentang suami, sebab akan menciptakan aspek kebencian
dengan kedengkian satu sama lain,
7. Para ibu harus memberi tahukan pada kepala keluarga setiap penyelewengan tingkah
laku anak-anak mereka,
8. Para ibu harus melindungi anak dari hal-hal buruk menggoda serta dorongan-dorongan
perilaku anti sosial,
9. Para ibu harus menghilangkan segala ajaran atau metode yang dapat mencederai
kesucian serta kemurnian atau meruntuhkan moral dan etika seperti buku-buku porno
novel,
10. Para ibu harus memelihara kesucian dan perilaku terpuji. (Baqir Sharif al-Qarashi, 2003
: 66)
Para ibu bertanggungjawab menyusun wilayah-wilayah mental serta sosial dalam
pencapaian kesempurnaan serta pertumbuhan anak yang benar. Sejumlah kegagalan
yang terjadi diakibatkan oleh pemisahan wanita dari fungsi-fungsi dasar mereka.
Ibu-ibu yang sering berada di luar rumah yang hanya menyisakan sedikit waktu untuk
suami serta anak-anak telah menghilangkan kebahagian anak, menghalangi anak dari
merasakan nikmatnya kasih sayang ibu, sebab mereka menjalankan berbagai
pekerjaan di luar serta meninggalkan anak disebagian besar waktunya.


Read more: Tugas Ibu Dalam Keluarga


Tugas bapa melindungi
Oleh zuhayati yazid

Seorang bapa berperanan penting
melindungi isteri dan keluarganya -
Gambar hiasan


SEBAIK sahaja seorang lelaki yang telah akil baligh, berumahtangga maka terpikul di
bahu mereka pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan untuk mereka laksanakan.
Lelaki yang telah berkahwin bertanggungjawab mengetuai keluarganya serta menjadi
suami dan bapa kepada anak-anak yang lahir daripada perkahwinan itu.
Malah, tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap kedua ibu bapanya juga tidak akan
berakhir walaupun dirinya telah berkahwin.
Sebagai ketua keluarga, seseorang lelaki yang bergelar suami dan bapa mempunyai
peranan dan tanggungjawab yang sangat besar dalam memberi dan menyediakan
nafkah kepada isteri dan anak-anak.
Menurut kaunselor Kolej kemahiran Tinggi Mara, Sri Gading, Batu Pahat Johor, Nor
Shadira Jamaluddin, peranan bapa bukan sesuatu yang mudah sebaliknya perlu
menyediakan keperluan asas keluarga seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan
pendidikan.
''Keluarga adalah unit asas kepada masyarakat, negara dan umat manusia. Keluarga
terbentuk melalui institusi perkahwinan di mana seharusnya wujud saling memahami
dan sayang menyayangi di antara satu sama lain,'' katanya.
Jelasnya, perkahwinan adalah proses mengatur kehidupan agar anak-anak yang lahir
bakal menjadi generasi pelapis yang beriman dan kuat jati dirinya.Di sinilah bapa
memainkan peranan yang besar dalam kehidupan berumahtangga.
Persoalannya sekarang sudahkah golongan bapa memainkan peranan sebagai
pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang?
Katanya lagi, bapa hari ini bukan hanya bertanggungjawab memberi makan, pakai dan
rumah kediaman semata-mata kepada ahli keluarga tetapi tugas bapa ialah melindungi
dan memelihara keimanan ahli keluarga supaya tidak hanyut dalam arus kehidupan
bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.
Dalam keluarga, ciri-ciri nilai pelindung perlu ada bagi suami. Peranan bapa bukan lagi
sekadar menyara keluarga, lebih dari itu bapa berperanan penting melindungi isteri,
memberi kebahagiaan kepada keluarga dan kedamaian rumah tangga.
''Peranan ini perlu diperkasakan untuk membebaskan masyarakat daripada gejala tidak
sihat dan maksiat.

''Jika seorang suami melihat isterinya sebagai sumber amanah, maka dia tahu dia akan
dipersoalkan Allah di akhirat kelak. Oleh itu dia tidak akan sewenang-wenangnya
mengkhianati amanah itu,'' ujarnya tegas.
Katanya lagi, seorang bapa yang baik ialah mereka yang boleh menjadi pemimpin,
model ikutan serta contoh yang baik kepada anak-anaknya.
''Justeru, untuk menjadi seorang pemimpin dan model ikutan yang baik, seorang bapa
perlu menjadi pendidik dan berpegang kuat kepada disiplin bagi mewujudkan unsur-
unsur kemesraan di dalam keluarga dengan menunjukkan contoh yang terbaik, lahir
dari dalam diri," katanya.
Selain itu, menurutnya lagi seorang suami dan bapa juga bertanggungjawab menjadi
pelindung keselamatan kepada semua ahli keluarganya.
Malangnya, pada masa sekarang terdapat sebahagian kecil bapa yang sanggup
menodai anak kandung mereka sendiri.
Terdapat juga bapa yang terlalu garang sehingga anak-anak takut hendak berdekatan
dengan bapa mereka dan tidak kurang juga suami yang hanya menjalankan
tanggungjawab mencari sumber pendapatan semata-mata tetapi menyerahkan
tanggungjawab menjaga anak sepenuhnya kepada isteri.
Dalam pada itu beliau juga memberitahu, sebagai seorang suami mereka perlu bergaul
dengan isteri mereka secara baik, sentiasa bersabar, memberikan nafkah batin dan
merahsiakan hubungan kelamin.
''Seorang suami juga perlu mendidik isteri, memberi mahar, menyediakan tempat
tinggal yang layak, memberi nafkah (sara hidup) serta tidak mencampuri isterinya ketika
isteri sedang haid," jelasnya.
Katanya, seorang suami perlu meletakkan matlamat dan visi yang perlu dicapai
keluarga agar keluarga berkenaan sentiasa berada dalam keadaan bahagia.
Malah, suami perlu menjadi pemimpin yang berwibawa untuk memimpin keluarga ke
jalan yang benar, merangsang keluarga agar lebih komited dalam menempuh hidup,
bijak, sabar, sentiasa cuba memenuhi keperluan keluarga, bertoleransi,
bertanggungjawab dan menjaga kebajikan keluarga.
''Seorang suami juga tidak boleh mencemuh atau menyalahkan isteri sekiranya berlaku
sesuatu perkara yang tidak diingini. Suami tidak boleh merungut semasa atau selepas
membantu isteri, tidak mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri, tidak mengambil
sikap acuh tidak acuh atau tidak peduli terhadap isteri, bertolak ansur dan sedia
membantu isteri dalam apa jua perkara," katanya.
Seorang suami yang baik harus memahami kekuatan dan kelemahan isteri, ikhlas
ketika membantu dan bersikap empati.
''Suami yang memahami kekuatan isteri membantunya dengan memberikan semangat
serta bantuan fizikal dan material diberikan oleh suami ketika isterinya berada dalam
keadaan 'lemah'," katanya.
Nor Shadira menjelaskan betapa pentingnya seorang suami menghormati isteri, tidak
pernah lupa untuk mengucapkan terima kasih, benar-benar mendengar semasa isteri
sedang bercakap, menguruskan rumah tangga dengan semangat sepasukan,
mementingkan pendapat isteri serta berlaku adil dengan isteri.
Sebagai lelaki yang bergelar bapa pula, mereka wajib memberi nafkah, menjaga anak,
memimpin, mendidik, menasihat mendisiplin dan memberikan kasih sayang kepada
anak-anak mereka.
''Jika boleh sentiasa menghabiskan masa bersama anak-anak, beriadah dan berekreasi
bersama mereka, menjauhkan keluarga dari persekitaran yang tidak sihat, menjadi
teman kepada anak-anak dan mengawal anak-anak menggunakan disiplin.
''Tiga strategi untuk 'mendisiplin-kasih' anak-anak ialah dengan cara mengukuhkan
hubungan ibu, bapa dan anak secara profesional, komunikasi yang berkesan serta
pendekatan psikologikal," ujarnya.
Sebagai anak pula katanya, golongan ini juga perlu bertanggungjawab terhadap ibu
bapa, memberi sumbangan kepada mereka, membantu, menziarah serta menjalin
hubungan mesra dengan sanak saudara.


Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0618&pub=Utusan_Mal
aysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm#ixzz2yCf67lI3
Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai