Anda di halaman 1dari 3

Menurut Chuah (1987) terdapat perbezaan yang besar antara proses mendengar

dan dengar.
Ini boleh disamakan dengan pendengaran Barker (1971) yang dirumuskan sebagai
mendengar adalah suatu proses yang aktif dan perkataan dengar adalah satu
proses yang pasif. Pendengaran yang aktif merangkumi proses mendengar dengan
tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik.
Mengikut Chuah (1987) dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan system
saraf pendengaran di otak tetapi adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses
yang melibatkan bidang psikologi. Mendengar secara aktif bukan sahaja kepada
penggunaan telinga, tetapi kepada semua pancaindera, terutama penglihatan iaitu
menerusi komunikasi tidak verbal.
Devine (1981) menyatakan bahawa dengan mendengar bukan sahaja menumpukan
sepenuhnya perhatian tetapimelibatkan motivasi dan keadaan fizikal emosi yang
mempengaruhi proses pendengaran itu sendiri. Proses mendengar berkait rapat
secara terus dengan proses berfikir.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009 : 114) menjelaskan mendengar didefinisikan
mendengar adalah kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melalui alat
pendengaran manusia iaitu telinga. Kemasukan input bahasa yang berupa
penyerapan makna ayat serta ujaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses.
Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir, PhD (2011: 28) pula menyatakan kemahiran
mendengar adalah keupayaan murid mendengar secara teliti, memahami perkara
yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan dan dapat memberikan maklum
balas.
Dewan Bahasa & Pustaka (1994) pula menerangkan kemahiran mendengar ialah
satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran iaitu menerima dan
membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama serta memahami bunyi bahasa
yang bermakna misalnya perkataan, frasa, klausa dan ayat.
Menurut Yahya Othman dalam buku Pedagogi Bahasa pula menyatakan bahawa
mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara
intensif terutama semasa belajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang
terkandung dalam sukatan pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai
kerana penggunaannya begitu meluas dalam kehidupan seharian.
Menurut ILA (1996), kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau
memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan
untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran.
Menurutnya lagi, terdapat dua cara komunikasi yang berkesan iaitu, bergantung
kepada percakapan dan pendengaran.
Kemahiran mendengar ialah keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami
perkara yang didengar dalam pelbagai situasi serta dapat member maklum
balas.(Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa melayu
2003).
Lundsteen (1979) telah mendefinisikan mendengar sebagai satu proses minda yang
memberi makna kepada bahasa pertuturan.
Berdasarkan definisi mendengar ini, Jalongo (1992) menyatakan bahwa kemahiran
lisan melibatkan tiga perkara penting, iaitu;.
i. Pendengaran (Hearing) iaitu proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman
pendengaran atau keupayaan mendengar, dan persepsi pendengaran iaitu
keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi, mengadun bunyi-bunyi, dan
menyimpan urutan bunyi dalam ingatan,
ii. Mendengar (Listening) - merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi
tumpuan, menjadi peka, dan memilih petunjuk-petunjuk isyarat (cues) daripada
persekitaran,
iii. Auding - iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran
dan mendengar. Auding termasuklah memperoleh makna daripada apa yang
diudengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui, menyusun,
membayangkan, dan menghargai apa yang didengar.
Lundsteen (1979) membuat persamaan berikut untuk menegaskan kepentingan
mendengar, iaitu dalam sehari kita mendengar sama banyak dengan sebuah buku,
kita bertutur bersamaan sebuah buku seminggu, kita membaca bersamaan sebuah
buku sebulan kita menulis bersamaan sebuah buku setahun.
Abd.Aziz Talib (2000) menyatakan bahawa keperluan mendengar berbeza mengikut
situasi sama ada berbentuk tidak formal atau formal. Kemahiran mendengar dalam
situasi tidak formal berlaku di rumah, di taman permainan, ketika bermain dengan
rakan dan sebagainya. Walaupun secara tidak formal, keperluan mendengar sangat
penting kerana kanak-kanak perlu mendengar dan memahami percakapan ibu bapa
dan ahli keluarganya yang lain. Begitu juga apabila dia perlu mendengar untuk
berhibur seperti mendengar radio, atau menonton televisyen.