Anda di halaman 1dari 3

MATA

PELAJARAN
Reka Bentuk dan Teknologi

Kelas 4 Bestari
Masa 10.40 pagi-11.40 pagi
Bil. Murid 35 orang
TAJUK

2.0 ASAS TEKNOLOGI
STANDARD
KANDUNGAN

2.1 Memasang dan membuka kit model berfungsi
STANDARD
PEMBELAJARAN
(Kod sahaja)

2.1.1
2.1.2
2.1.3

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. Membaca manual dengan betul.
2. Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul.
3. Menyatakan nama dan fungsi komponen kit model.

AKTIVITI
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN

Set Induksi
Guru mempamerkan kit model yang telah siap dipasang
kepada murid.

Langkah 1
1. Guru mengedarkan kit model kepada setiap kumpulan.
2. Murid membaca dan memahami manual kit model dengan bimbingan
guru.

Langkah 2
1. Murid menyatakan nama, fungsi dan cara menggunakan alatan tangan
dengan bimbingan guru.
2. Murid menyatakan nama dan fungsi komponen kit model seperti motor,
gear, gandar, roda, kerangka, suis dan pemegang bateri dengan
bimbingan guru.

Penutup
Murid dan guru bersama-sama menyanyikan lagu Papaku
pulang dari kota.

ELEMEN
MERENTAS
KURIKULUM
(EMK)


1. Keusahawanan (EK4) pengetahuan teknologi
2. Kreativiti menggunakan kaedah atau prosedur dengan mengenal
pasti ciri-ciri yang betul
3. Nilai murni bekerjasama, cermat dan bersungguh-sungguh

BAHAN BANTU
BELAJAR (BBB)
1. Kit model
2. Manual
3. Carta
4. Alatan tangan.
PENILAIAN
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN
Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan seperti lampiran.
REFLEKSI 32/35 Murid dapat menyatakan nama, fungsi alatan tangan dan komponen
dengan betul.
3/35 Murid dapat menyatakan nama dan fungsi alatan tangan.Pemulihan.
Catatan: Format ini sesuai untuk Rekod Pengajaran Harian Guru di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai