Program internship ini akan dijalankan oleh para siswa guru pelatih
semasa semester 8 selama sebulan di sekolah praktikum 3. Konsep bagi
internship adalah ia merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Dalam masa sebulan ini, para siswa guru adalah diberi peluang untuk merancang, mengelola, melaksana serta memberi penilaian tentang projek-projek ataupun aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kemahiran serta nilai- nilai murni dapat diterapkan secara langsung sepanjang program internship ini melalui projek serta aktiviti yang dilaksanakan. Penilaian terhadap aktiviti ataupun projek yang dilaksanakan akan dibuat oleh guru pembimbing masing- masing. Hal ini penting kerana para siswa guru pelatih dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan projek yang dilaksanakan oleh mereka lalu dapat membuat penambahbaikan apabila berkhidmat di sesebuah sekolah pada masa hadapan nanti sebagai seorang guru yang sebenar. 1) Apa yang akan dilaksanakan semasa internship: Sebelum menjalani program internship ini, setelah saya menghadiri taklimat intership yang diadakan oleh unit praktikum. Selepas taklimat tersebut, saya pun pergi berjumpa dengan rakan sahabat saya yang menjalani intership di sekolah yang sama untuk berbincang tentang projek serta aktiviti yang perlu dijalankan sepanjang internship ini. Sebagai seorang guru, kita hendaklah cekap dalam menguruskan sesuatu aktiviti di sesebuah sekolah. Perancangan terhadap sesuatu projek ataupun aktiviti penting agar projek tersebut dapat dilaksanakan secara baik dan berkesan serta lancar nanti. Justeru itu, kami seramai tiga orang sekumpulan pun memberi seberapa cadangan agar dapat menyempurnakan program internship ini. Antara cadangan yang diberi adalah mecantikkan kawasan sekolah seperti aktiviti melukis mural, bergotong-royong, dan membersihkan bilik darjah; melakukan pertandingan dalam persatuan Bahasa Cina, menjalani projek ataupun aktiviti yang diadakan sepanjang bulan Julydi sekolah tersebut dan sebagainya. Pernyataan Internship
Saya berharap aktiviti-aktiviti yang digubalkan oleh saya serta rakan sekumpulan saya ini dapat membantu saya meningkatkan potensi diri dalam mengelola projek-projek tertentu serta memupuk keyakinan diri untuk memimpin murid-murid pada masa kelak. Selain itu, diharapkan juga murid-murid dapat menimbakan ilmu pengetahuan serta kemahiran-kemahiran tertentu sepanjang menyertai aktiviti-aktiviti yang akan digubalkan oleh saya nanti.
Apa yang dialami dan dilaksanakan: Sepanjang program internship ini dijalankan, tiga projek ataupun aktiviti perlu dilaksanakan. Dalam projek tersebut, para siswa guru pelatih diberi peluang untuk melibatkan diri dalam mengelola tiga projek tertentu yang dapat menambahkan pengalaman tentang bidang pengurusan apabila kita berkhidmat di sekolah kelak sebagai seorang guru yang sebenar. Sebelum melaksanakan sesuatu projek, kertas kerja amat penting supaya semua warga pihak sekolah dapat melihat secara jelas setiap langkah-langkah program dijalankan, struktur organisasi projek tersebut, segala pembelajaan yang perlu digunakan, objektif serta matlamat yang perlu dicapai dalam program tersebut dan sebagainya. Hal ini penting bagi memastikan aktiviti tersebut dapat berjalan secara lancar dan sempurna. Kekuatan dan kelemahan dapat dikaji semula pada akhir pelaksanaan aktiviti tersebut. Proses penambahbaikan perlu dikenalpasti supaya kelemahan aktiviti sebelum ini dapat diperbaiki dan menukar sebagai kekuatan pada masa hadapan apabila melaksanakan projek tersebut semula. Selain projek ini, saya juga perlu menjalani proses pengajaran dan pembelajaran sebanyak dua waktu seminggu bagi tujuan mengumpul data-data projek kajian tindakan bagi mata pelajaran major iaitu Bahasa Cina. Sebagai seorang guru, kita hendaklah cekap untuk mengenalpasti masalah pembelajaran murid-murid dari semasa ke semasa lalu membuat penambahbaikan cara pengajaran guru supaya murid-murid dapat belajar dengan cemerlang dna seterusnya melahirkan generasi muda yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan.
Apa yang telah dicapai: Dalam sebulan internship ini, yang dapat dikenalpasti ialah saya dapat pengalaman dalam melaksanakan sesuatu projek. Pengalaman-pengalaman ini dapat digunakan apabila saya telah menjadi sebagai seorang guru sebenar di sekolah pada masa hadapan nanti apabila saya telah diberi tugasan untuk mengelola sesuatu projek. Sikap tanggungjawab dapat dipupuk dan diterapkan secara tidak langsung dalam melaksanakan projek tertentu supaya aktiviti tersebut dapat berjalan secara lancar dan berkesan. Selain itu, sikap keyakinan diri dan keberanian dapat dipupuk setelah selesai projek tersebut dilaksanakan. Hal ini penting disebabkan sebagai seorang guru, kita hendaklah membina keyakinan kendiri yang sempurna supaya murid-murid dapat mempelajari sesuatu mata pelajaran dengan baik dan berkesan. Keberanian juga perlu diterapkan supaya murid-murid dapat perlindungan yang sempurna dan berasa selamat apabila bersama dengan guru pada setiap masa tidak kira di dalam ataupun di luar bilik darjah nanti. Akhir sekali, sebagai bakal guru yang berprofesion, saya perlukan pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan dengan pelaksanaan sesuatu projek ini serta akhlak-akhlak yang berbudi pekerti sekiranya saya telah ditugaskan untuk berkhidmat di sesebuah sekolah kelak.