Anda di halaman 1dari 3

Forum Remaja ; Internet Baik buruknya Internet dalam kalangan pelajar

Pengerusi: Saw Le Er
Panel : 1. Ashley Ngow
2. Christine Loi
3. Laura Choo
4. Nina Amani

Pengerusi: Selamat sejahtera warga dewan sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang Forun Remaja.
Topik kita pada hari ini INTERNET baik buruknya dalam kalangan pelajar. Bersama saya
adalah 4 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel
pertama, saudari Ashley. Seterusnya ahli panel kedua, saudari Christine. Ahli panel
ketiga, saudari Laura. Dan tidak ketinggalan ahli panel keempat, saudari Nina. Sebelum saya
menyimpang lebih jauh, soalan saya pada panel pertama, apakah maksud internet yang
diuar-uarkan oleh remaja mahupun orang yang sudah berusia pada masa kini?

Panel Pertama: Terima kasih kepada saudari pengerusi, Internet bermaksud penghubung diantara
pengguna-penggunanya. Internet pada masa kini bertujuan menimba ilmu atau mencari
pekerjaan. Walau bagaimanapun, internet ini dapat mendekatkan hubungan kita
dengan keluarga atau sahabat yang jauh di perantauan.

Pengerusi: Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Panel pertama ada menyatakan bahawa
penggunaan internet dapat mendekatkan perhubungan di antara sahabat mahupun keluarga
yang jauh di perantauan. Bolehkah saudari Christine terangkan bagaimana untuk
mendekatkan perhubungan tersebut dengan menggunakan internet?

Panel kedua: Soalan yang amat menarik, saya akan menerangkan satu persatu. Seperti yang kita ketahui,
masyarakat sekarang ramai menggunakan perhubungan yang sangat mudah untuk
digunakan. Banyak contoh yang terdapat di dalam penggunaan internet untuk
menghubungkan talian tersebut. Seperti emel, Facebook, Twitter dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, tidak kesemuanya menganggap penggunaan komuniti ini bagus, ada
juga yang menganggap ia sebagai satu benda yang buruk.

Pengerusi: Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang lagi tersuluh bahawa internet
adalah penghubung yang sangat mudah untuk digunakan. Apa kata panel ketiga megemukan
pandangan beliau mengenai penggunaan internet juga boleh digunakan untuk menimba ilmu
atau mencari pekerjaan? Silakan saudari.





Panel ketiga: Terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum ini, antara
kebaikan penggunaan internet ini adalah untuk menimba ilmu atau mencari pekerjaan.
Terdapat banyak laman web yang mengutarakan tentang pendidikan ataupun pekerjaan.
Pada masa kini juga, ramai remaja yang hanya duduk di rumah sementara menunggu
keputusan peperiksaan dikeluarkan, tidak ada salahnya untuk mencari pengalaman bekerja
sementara menunggu. Banyak masa yang terbuang jika remaja hanya duduk di rumah
ataupun hanya duduk lepak bersama kawan tanpa arah tuju. Remaja boleh melayari
internet untuk mencari pekerjaan. Walaupun ianya hanya sementara, tetapi sekurang-
sekurangnya masa itu tidak dibuang begitu sahaja. Pepatah menyatakan bahawa masa itu
emas, oleh itu kita harus sama-sama menghargai setiap detik yang berlalu dengan
mengisikannya dengan benda yang bermanfaat.

Pengerusi: Panel ketiga yang ketiga tadi menerangkan bahawa internet juga menyediakan pekerjaan-
pekerjaan untuk remaja yang sedang menunggu keputusan peperiksaan. Sekarang kita
beralih pula kepada keburukan menggunakan internet. Panel kita yang keempat, antara
keburukan yang terdapat dalam penggunaan internet?

Panel keempat: Daripada sudut negatif pada penggunaan internet memang ada. Namun, ianya tidak
harus dijadikan penghalang pada pelajar untuk menggunakannya. Banyak kes yang
terjadi melalui internet. Antaranya penipuan melalui laman web yang kini kian
bermaharajalela. Bagi yang tidak mengetahuinya, kemungkinan akan menjadi mangsa
kepada sindiket penipuan ini. Mereka berkemampuan untuk mendapatkan wang
mangsa dengan pelbagai cara. Adakalanya ia berlaku di luar sedar mangsa. Ini kerana
penganjur penipuan ini menggunakan taktik psikologi sehingga mangsa mempercayai
dakwaan sindiket itu. Biasanya penipuan ini menghubungi mangsanya melalui emel
yang biasa digunakan oleh para pelajar. Berikut adalah beberapa contoh penipuan yang
boleh anda dapati melalui laman web.

Pengerusi: Terima kasih atas pendapat panel kita yang keempat mengenai keburukan internet tersebut.
Kita sendiri dapat lihat, banyak penipuan yang berlaku dan disebarkan melalui internet.
Apakah contoh lain yang terdapat dalam internet? Soalan ini saya ajukan kepada panel kita
yang pertama, silakan.

Panel pertama: Terima kasih saudari pengerusi, antara contoh lain yang terdapat dalam penggunaan
internet ialah laman web yang berunsurkan pornografi. Pelajar zaman kini ramai yang
mengetahui internet menyediakan laman web yang berunsurkan pornografi
membuatkan pelajar rasa ingin mengetahui isi kandungannya. Ini adalah salah satu sebab
kenapa dinyatakan bahawa internet juga ada buruknya. Tanggungjawab ibu bapa harus
ditekankan lagi bagi menjaga setiap perbuatan yang anak mereka lakukan. Ini semua
akan menjejaskan pelajaran mereka. Otak mereka akan menjadi sempit dan cetek.
Pengetahuan mereka hanya setakat itu sahaja. Ibu bapa harus memantau anak-anak
mereka semasa menggunakan internet.
Panel kedua: Maafkan saya saudari pengerusi, saya ingin menambah sedikit apa yang dikatakan saudari
panel pertama.

Pengerusi: Silakan saudari.

Panel kedua: Terima kasih. Kita sedia maklum bahawa pelajar sekarang lebih social berbanding dengan
pelajar dahulu. Sikap ingin lebih tahu tertumpu kepada mereka. Kita tidak boleh
menyalahkan laman web yang menyediakan unsur-unsur demikian, tetapi ibu bapa harus
mendidik anak-anak mereka dengan lebih tegas. Penggunaan internet juga ada batasnya,
ibu bapa boleh menterhadkan penggunaan internet tersebut. Ibu bapa boleh menghalang
kemasukan untuk laman web yang berunsurkan benda negatif.

Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada keempat-empat ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi
menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar masuk
telinga kanan, keluar telinga kiri. Kesimpulannya, penggunaan internet bukan sahaja
disediakan untuk kebaikan, malah keburukkan juga terdapat dalam kandungan isi internet.
Salam hormat, ceria-ceria selalu. Terima kasih.