Anda di halaman 1dari 48

WAJ 3111

MAKANAN UNTUK KESIHATAN


AMIRA ATHIRA ASMAWI
ALYA AMALINA AHMAD ROSLAN
NURUL AIN MOHD NOOR
NOOR AISYAH MAT YUSUF
JENIS MAKANAN YANG
BAIK UNTUK KESIHATAN
JENIS MAKANAN YANG
BAIK UNTUK KESIHATAN

BUAH BUAHAN




Baik untuk menutrisi tubuh badan
Sumber serat dan vitamin C yang
berfungsi menjaga daya tahan tubuh agar
sihat dan segar sepanjang hari

JENIS MAKANAN YANG
BAIK UNTUK KESIHATAN


IKAN




Ikan seperti tuna serta sardin mengandungi
asam lemak omega 3 yang berfungsi untuk
menjaga kesihatan organ jantung

JENIS MAKANAN YANG
BAIK UNTUK KESIHATAN

SAYUR-SAYURAN






Aneka sayuran hijau seperti bayam merupakan salah satu
makanan yang sangat penting untuk memenuhi nutrisi yang
di perlukan oleh organ otak
Bayam mengandungi vitamin B9 yang berperanan dalam
meningkatkan kemampuan memori yang berhubungan
dengan kecerdasan otak
JENIS MAKANAN YANG
BAIK UNTUK KESIHATAN

TELUR




Telur sangat baik untuk menutrisi otak
kita kerana di dalam telur mengandungi
asam amino yang diperlukan untuk
menutrisi otak.
JENIS MAKANAN YANG
BAIK UNTUK KESIHATAN

ALPUKAT





Buah alpukat sangat baik untuk menutrisi
otak kita. Karana buah alpukat mengandungi
atau kaya dengan vitamin E. Vitamin E ini
berfungsi sebagai antioksidan serta mampu
melindungi otak dari penuaan.
MAKANAN YANG BAIK
UNTUK KANAK-KANAK

MAKANAN YANG BAIK
UNTUK KANAK-KANAK


Jenis-jenis Makanan Utama:
Karbohidrat: Karbohidrat merupakan keperluan utama bagi kanak-
kanak. Kebiasaannya kanak-kanak mendapat bekalan karbohidrat
melalui gula-gula, jus buah-buahan, makanan yang diproses dan
juga makanan ringan. Pilihan Karbohidrat yang baik ialah buah-
buahan, sayuran, roti, bijirin gandum penuh dan lain-lain lagi.
Protein: Protin adalah penting kepada kanak-kanak. Namun protin
perlu diberi dengan kadar sederhana agar tidak membebankan buah
pinggang mereka. Sumber protin yang baik adalah; telur, susu,
ayam, keju, ikan, daging dan sebagainya.
Lemak: Tidak ada keperluan bagi kanak-kanak untuk menikmati
hidangan rendah lemak. Lemak adalah komponen terpenting didalam
diet mereka. Masalah hanya akan timbul jika pengambilan makanan
berlemak yang tinggi nilai kalorinya. Lemak yang baik untuk
membantu pertumbuhan kanak-kanak boleh didapati
melalui Omega-3 ( tuna, sardin, salmon, kacang) dan Omega-
6 (Jagung, avokado, badam).

MAKANAN YANG BAIK
UNTUK KANAK-KANAK

Tumpukan kepada pemilihan makanan yang kaya
dengan NUTRIEN.

Ajar mereka untuk sentiasa memilih makanan seperti:
Buah-buahan pelbagai warna sebagai snek berbanding
gula-gula.
Sayur-sayuran beraneka warna.
Makanan yang diperkaya dengan nutrien, bijirin penuh
dan yang tinggi serat.
Minuman bersusu berbanding minuman kordial.
Hidangan yang kurang berminyak dan bergula.
Hidangan yang mengandungi produk kekacang seperti
tempe dan tauhu selain ayam, daging dan ikan.

PAGI
Secawan
Cornflakess,
kismis,
badam &
susu
Snack
Pilihan.

TENGAHARI
Nasi, ayam
& sayuran
Snack
Pilihan.

MALAM
Roti Pita,
fillet ikan
dan sayuran
CONTOH PELAN PEMAKANAN
UNTUK KANAK-KANAK
PEMAKANAN SEIMBANG

DEFINISI
Makanan seimbang merupakan makanan yang
harus dimakan untuk memastikan tubuh badan
seseorang berfungsi secara normal.
Makanan seimbang seharusnya memberikan kita
tenaga, makanan yang mencukupi, karbohidrat,
protein dan lemak secara optimum dan kandungan
fiber yang mencukupi.
Makanan yang memberi tenaga dapat membina
badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit.

PIRAMID MAKANAN
DEFINISI
Piramid makanan ialah satu carta yang
membantu kita untuk merancang pengambilan
jenis-jenis makanan dan sukatan makanan
yang sesuai untuk kita setiap hari.

ARAS 1
Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian
Kumpulan makanan yang terdapat di aras ini terdiri
daripada sumber makanan yang kaya dengan karbohidrat
kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama.
Makanan ini juga membekalkan vitamin,mineral, serat dan
sedikit protein.
Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan
iniperlu diambil paling banyak.

Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi,
mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan
ubi keledek, keladi dan kentang.

ARAS 2
Sayur-sayuran dan Buah-buahan
Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di
Aras 2 Piramid Makanan.
Makanan ini kaya denganvitamin, mineral dan
serat.
Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran
dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di
dalam setiap hidangan.
ARAS 3
Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang
Makanan yang terdapat di aras ini kaya dengan
protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium.
Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua
lemak yang kelihatan pada daging dan ayam.
Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan
kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya
dengan serat.
Contoh kekacang adalah kacang soya dan
hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal
dan kacang merah.

HASIL TENUSU

Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid.
Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih.
Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan
biasanya diperkaya dengan vitamin D. Plihlah
hasil tenusu rendah lemak.
ARAS 4
Lemak, Minyak dan Gula
Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang
kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4
Piramid.
Hanya sedikit sahaja makanan daripada
kumpulan ini yang perlu diambil dalam
pemakanan seharian kita.
KEPENTINGAN PENGAMBILAN
MAKANAN SEIMBANG
Pembesaran manusia itu lebih
sempurna daripada aspek fizikal
Tubuh badan akan menerima semua keperluan
zat yang diperlukan untuk membina tubuh
badan yang lebih kuat.
Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan
seseorang manusia itu boleh menjalankan
tugasnya dengan lebih baik dan sempurna.

Membekalkan vitamin yang
cukup kepada badan
Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan
tubuh manusia itu lebih tahan untuk
menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau
tidak mudah untuk jatuh sakit.


Mengawal Kadar Obesiti
Salah satu aspek utama dalam pemakanan
seimbang ialah manusia perlulah mengambil
makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi
cukup khasiat yang diperlukan oleh badan.
Pengawalan pemakanan sebegini menjadikan
tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan
memudahkan mereka untuk menjalankan
pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman
yang mampu menyihatkan badan.

Tidak menganggu
perkembangan mental
Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh
menjadikan mental seseorang itu tidak cukup
cerdas atau mudah letih.
Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal
berfikir untuk menyelesaikan masalahnya
dengan lebih efektif berbanding dengan
individu yang seimbang aspek pemakanannya.
Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek
mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

CARA MEMASAK MAKANAN
YANG SELAMAT
PENGENALAN
Dalam penyediaan makanan, perkara yang
paling perlu kita ambil berat adalah
keselamatan dan kebersihan makanan.
Ini kerana jika kita tidak mengamalkan
keselamatan dan kebersihan makanan,
mungkin akan mengakibatkan keracunan
makanan.
TIPS MENYEDIAKAN MAKANAN
YANG SELAMAT
1. MEMBASUH TANGAN
Tangan merupakan pusat penyebaran bakteria.
Basuh tangan dengan sabun dengan rapi dan
kalau boleh bilas dengan air suam supaya segala
kuman dapat dihapuskan.
Mulakan dengan alirkan air ke tangan kemudian
basuh dengan sabun dan gosok tangan sehingga
ke siku sebaik-baiknya termasuk di celah jari,
kuku dan di belakang tangan.
2. MEMASAK

Memasak dengan suhu yang betul mampu
membunuh kuman penyebab penyakit terutama
kepada makanan berdaging seperti ayam dan
daging lembu.
Jika ia masih berdarah maka anda perlulah
menambah masa memasaknya. Bakteria sangat
aktif pada suhu di antara 40 hingga 60 darjah
celsius. Jadi panaskan makanan setiap dua jam
supaya dapat mengurangkan pembiakan bakteria.
3. MEMBERSIH

Rajinkan diri untuk membasuh peralatan yang
telah digunakan dengan bersih seperti papan
pemotong, periuk dan pinggan mangkuk.
Gunakan span dan kain pembersih yang bersih
supaya tidak ada pencemaran silang yang akan
menyebabkan peralatan yang bersih itu
dicemari dengan kuman oleh sesuatu yang
tidak bersih.
4. PENYIMPANAN MAKANAN

Penyimpanan makanan secara bersistematik dan
betul dapat mengurangkan pembiakan bakteria.
Makanan yang berlebihan dan makanan yang
telah dimasak haruslah disimpan di peti sejuk.
Sejukkan makanan yang telah dimasak sebelum
disimpan dalam peti sejuk kerana makanan yang
panas akan meningkatkan suhu dalam peti sejuk.
Keadaan ini akan menyebabkan pembiakan
bakteria yang tidak selamat.
Makanan tin yang telah dibuka hendaklah
disimpan dalam bekas baru yang bertutup.
Bahan-bahan kering seperti rempah ratus
hendaklah disimpan jauh dari tempat yang
panas supaya ia lebih tahan lama.
Pastikan makanan yang disimpan tidak
melebihi tarikh tamat dan terlalu lama.

KERACUNAN MAKANAN

DEFINISI
Keracunan makanan ialah apa jua
penyakit yang disebabkan oleh
pengambilan makanan atau minuman
yang tercemar.

(Sumber: Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia)

PUNCA KERACUNAN
MAKANAN
Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut
dan virus.
Bahan kimia seperti racun serangga dan racun
rumpai.
Logam berat seperti tembaga, raksa dan
plumbum.
Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti
kulat, cendawan dan hasilan laut
bercengkerang seperti kekerang

TANDA DAN GEJALA
KERACUNAN MAKANAN
Tanda dan gejala keracunan makanan
bergantung kepada :
Agen penyebab keracunan tersebut
Amaun (dos) bakteria, virus atau toksin
Umur seseorang
Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang

KESAN KERACUNAN
MAKANAN
Keracunan makanan boleh mengakibatkan:
Dehidrasi (muntah dan diarhea)
Kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi
yang berpanjangan (kronik).
Kematian (jika tidak mendapat rawatan awal)


SEBAB TERJADI
KERACUNAN MAKANAN
Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang
lama (lebih dari 4 jam).
Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang
mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah
dimasak).
Makanan tidak dipanaskan dengan sempurna.
Daging dan ayam beku tidak dinyahbekukan dengan
sempurna sebelum dimasak.
Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih.
Makanan disediakan oleh orang sakit atau pembawa
penyakit bawaan makanan.

LANGKAH-LANGKAH
PENCEGAHAN
Sentiasa menjaga kebersihan
Basuh tangan dengan betul sebelum
mengendalikan makanan
Basuh tangan selepas keluar dari tandas
Basuh dengan bersih permukaan dan peralatan
yang digunakan untuk menyediakan makanan
Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga ,
makhluk perosak dan haiwan-haiwan yang lain

LANGKAH-LANGKAH
PENCEGAHAN
Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang
telah dimasak:
Asingkan daging ayam dan makanan laut yang
mentah dari yang telah dimasak
Gunakan perkakas seperti pisau dan papan
pemotong yang berbeza untuk penyediaan
makanan yang belum dimasak
Simpan makanan yang telah dimasak dan yang
mentah didalam bekas yang berbeza untuk
mengelakkan dari pencemaran silang

LANGKAH-LANGKAH
PENCEGAHAN
Sentiasa masak dengan sempurna
Masak dengan sempuna, terutama sekali daging,
ayam, telur dan makanan laut
Sentiasa simpan makanan pada suhu yang
betul
Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih
dari 4 jam
Simpan semua makanan yang telah dimasak dan
yang mudah basi didalam peti sejuk / peti sejuk
beku

LANGKAH-LANGKAH
PENCEGAHAN
Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman
yang dibotolkan/berbungkus.
Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna
jika dimakan mentah (ulam, salad)
Jangan makan makanan yang telah melepasi tarikh luput
Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan
diluar
Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor

APA PERLU DILAKUKAN?
Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan
rawatan
Ikut nasihat doktor
Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh
pegawai berkuasa
Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan
Daerah yang terdekat.

Anda mungkin juga menyukai