Anda di halaman 1dari 30

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

7

MENJELMAKAN NILAI DARIPADA PERNYATAAN
Garis pernyataan bernilai dan jelmakan nilai murni daripada pernyataan tersebut.
Nota: Anda boleh memilih mana-mana lima nilai, menghurai setiap nilai dan merumus dalam satu perenggan.
Set 1: Membantu Ibu
1. Zaman segera ke kedai untuk membeli keperluan dapur apabila disuruh oleh ibu.
Nilai:
2. Zaman berbasikal di bahu jalan menuju ke kedai.
Nilai:
3. Dia menuntun basikalnya lalu menoleh ke kiri dan ke kanan untuk melintas jalan raya menuju ke kedai.
Nilai:
4. Setibanya di kedai runcit Pak Jalil, Zaman memberi salam dan bersalaman dengan Pak Jalil.
Nilai:.
5. Zaman menyemak senarai barang-barang yang dibeli, agar tidak ada barang yang lupa dibeli.
Nilai:..
6. Zaman juga tidak lupa melihat tarikh luput barang-barang yang di belinya.
Nilai:
7. Zaman meletakkan barang-barang yang dibeli ke dalam bakul supaya tidak tercicir.
Nilai:
8. Setelah selesai berbelanja, Zaman terus pulang ke rumah.
Nilai:..
9. Zaman mengemas dan menyimpan barang-barang yang dibeli ke dalam almari dan peti sejuk.
Nilai:
10.Selesai tugasnya, Zaman masuk ke biliknya untuk membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru.
Nilai:
Jawapan: taat kepada ibu, akur arahan ibu / menjaga, mengutamakan keselamatan / mematuhi peraturan jalan
raya / berbudi bahasa, bersopan santun / teliti, berhati-hati / berwaspada, berjaga-jaga / cermat, menjaga harta
benda / menghargai masa / tolong-menolong / rajin.
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

8

Set 2: Murid Contoh

1. Nani menyiapkan kerja sekolah dan tidur awal agar tidak terlewat bangun untuk pergi ke sekolah.
Nilai:..
2. Sebaik sahaja bangun daripada tidur, Nani mengemas tempat tidurnya.
Nilai:..
3. Nani menggosok gigi dan mandi menggunakan sabun mandi.
Nilai:...
4. Selepas mandi, dia mengerjakan solat subuh dan berdoa.
Nilai:
5. Dia memakai pakaian yang bersih dan kemas serta tidak lupa memakai tali leher.
Nilai:.
6. Sebelum pergi ke sekolah, Nani makan dua keping roti dan telur masak separuh serta minum segelas susu.
Nilai:.
7. Selepas bersarapan, dia mengemas meja makan dan mencuci pinggan mangkuk.
Nilai:..
8. Dia juga membawa bekalan kerana dia mahu menyimpan wang belanja sekolahnya.
Nilai:..
9. Dia tidak pernah berasa malu membawa bekalan ke sekolah.
Nilai:..
10.Dia rajin belajar dan bercita-cita mahu menjadi seorang doktor apabila dewasa kelak.
Nilai:

Jawapan: mengatur, menghargai masa / rajin / menjaga, mengutamakan kebersihan / taat kepada Tuhan /
berdisiplin / menjaga kesihatan / tolong-menolong,membantu ibu / berhemat / berfikiran matang / bercita-cita
tinggi, berazam tinggi.

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

9

Set 3: Anak Yang Baik

1. Siti bangun jam 5.00 pagi untuk memastikan dia tidak lewat sampai ke sekolah.
Nilai:
2. Sudah menjadi tugas rutin, Siti akan menyediakan sarapan dan menyidai pakaian sebelum pergi ke sekolah.
Nilai:.
3. Siti akan menghantar nasi lemak dan kuih-muih jualan ibunya ke warung berhampiran sekolahnya.
Nilai:.
4. Siti hanya berjalan kaki ke sekolah kerana dia tidak mahu menyusahkan ibunya yang juga ibu tunggal.
Nilai:..
5. Sebaik pulang dari sekolah Siti akan singgah di warung Pak Jalil untuk mengambil wang jualan dan
menyerahkannya kepada ibu.
Nilai:
6. Jika makanan jualan ibunya tidak habis, Siti akan makan dan sebahagiannya diberikan kepada jiran tetangga.
Nilai:..
7. Ibu Siti memberikan upah dan wang itu disimpan oleh Siti di dalam tabung buluhnya.
Nilai:...
8. Siti berhasrat untuk membeli buku rujukan dan mahu bertukar-tukar buku dengan rakan-rakannya.
Nilai:.
9. Siti mahu menjadi seorang doktor dan dia mahu membela nasib ibunya kelak.
Nilai:..
10.Walaupun sibuk membantu ibunya membuat kuih dan membungkus nasi lemak, Siti tidak pernah lupa
belajar.
Nilai:.

Jawapan: menghargai , menepati masa / rajin, bertanggungjawab / membantu ibu, tolong-menolong / sedar,
berfikiran positif / amanah / pemurah / berjimat cermat / sedia berkongsi / bercita-cita tinggi, berwawasan / gigih.
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

10

Set 4: Murid Yang Nakal

1. Ahmad dan kawan-kawannya suka membuang sampah merata-rata di kawasan sekolah.
Nilai:..
2. Mereka lewat ke tempat perhimpunan dan masih berjalan tatkala lagu Negaraku dimainkan.
Nilai:
3. Mereka bercakap-cakap ketika guru besar sedang menyampaikan ucapan.
Nilai:
4. Ketika rehat, mereka tidak beratur untuk membeli makanan di kantin.
Nilai:.
5. Mereka juga makan di dalam kelas pada rehat.
Nilai:.
6. Mereka tidak membantu guru yang mengangkat barang malah tidak mengucapkan selamat pagi kepada
cikgu.
Nilai:.
7. Mereka membiarkan kipas angin dan lampu terpasang.
Nilai:.
8. Mereka seringkali berlengah-lengah untuk pergi ke makmal sains.
Nilai:.
9. Mereka mengoyak dan mengambil gambar-gambar yang menarik dalam buku-buku di perpustakaan.
Nilai:..
10.Mereka leka bermain-main dengan alat tulis ketika guru mengajar.
Nilai:..

Jawapan: menjaga kebersihan / menghormati lagu Negaraku / memberi tumpuan / berdisiplin / mematuhi
peraturan / menghormati, menyayangi guru / berjimat cermat / menghargai masa / menyayangi harta benda /
menghormati guru, menumpukan perhatian .
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

11

Set 5: Lawatan Sambil Belajar 1

1. Murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Cahaya menyertai lawatan sambil belajar ke tempat-tempat menarik
di sekitar Kotaraya Kuala Lumpur.
Nilai:..................................
2. Semua peserta berkumpul di hadapan sekolah dan mendengar taklimat lawatan daripada guru pengiring.
Nilai:..
3. Mereka melawat ke Planetarium Negara untuk mengetahui pelbagai ciptaan sains dan kegunaannya.
Nilai:
4. Guru pengiring membeli tiket dan mereka beratur untuk masuk ke Planetarium Negara.
Nilai:...
5. Guru-guru pengiring sentiasa mengawasi mereka untuk mengelakkan kemalangan yang tidak diingini.
Nilai:......
6. Beberapa orang peserta lawatan cuba menggunakan teropong dan menaiki replika kapal angkasa.
Nilai:..
7. Mereka mencatat maklumat baru yang diperoleh melalui lawatan itu untuk dikongsi bersama rakan-rakan
yang tidak ikut serta.
Nilai:..
8. Peserta-peserta lawatan mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai yang memberi penerangan.
Nilai:..
9. Sebelum pulang, mereka membeli cenderamata untuk rakan-rakan dan keluarga mereka.
Nilai:..
10.Selepas dua jam, mereka berkumpul semula di pekarangan Planetarium Negara untuk pergi ke Pusat Sains
Negara dan Petro Sains pula.
Nilai:..
Jawapan: mengisi masa lapang, memanfaatkan masa /mendengar, mematuhi arahan / menimba ilmu / berdisiplin
/ bertanggungjawab / berani mencuba / sedia berkongsi / menghargai bantuan / menyayangi rakan, keluarga /
menepati masa.
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

12

Set 6: Aktiviti Pembersihan

1. Pekerja-pekerja majlis bandaran itu memeriksa jadual tugasan dan sentiasa mematuhi tugasan mereka.
Nilai:
2. Seorang pekerja mencantas pokok bunga di pekarangan medan selera menggunakan gunting pencantas yang
tajam.
Nilai:
3. Beberapa orang pekerja mengorek longkang yang tersumbat di hadapan kawasan medan selera.
Nilai:
4. Dua orang pekerja menanam pokok bunga dan membubuh baja agar pokok-pokok bunga itu subur.
Nilai:
5. Dua orang pekerja lain menyusun pokok-pokok bunga mengikut jenis dan warna dengan kemas.
Nilai:
6. Seorang pekerja yang mahir menyimen membantu rakan-rakan pekerja yang lain membaiki lantai kaki lima
medan selera yang pecah-pecah.
Nilai:
7. Mereka menggunakan peralatan yang tajam dan berbahaya dengan berhati-hati.
Nilai:
8. Ketua pekerja-pekerja itu sentiasa memantau hasil kerja pekerja-pekerja di bawah jagaannya.
Nilai:
9. Ketua pekerja menasihati pekerja-pekerjanya supaya tidak lupa menutup pili air dan suis elektrik sebelum
pulang.
Nilai:.
10.Mereka menyimpan semua peralatan ke dalam lori untuk dibawa pulang dan diletakkan semula ke dalam
stor.
Nilai:..
Jawapan: mematuhi arahan / berhati-hati , berwaspada / rajin / mencintai alam sekitar / teliti / bekerjasama,
tolong-menolong / mengutamakan, menjaga keselamatan / bertanggungjawab / berhemat / berdisiplin.
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

13

Set 7: Menyertai Pertandingan

1. Murid-murid yang terlibat dalam pertandingan nasyid itu mengadakan latihan intensif sebelum pertandingan.
Nilai:
2. Ustazah Zawiah melatih mereka setiap petang.
Nilai:
3. Mereka berlatih dengan bersungguh-sungguh dan berhasrat untuk menang.
Nilai:..
4. Ustazah Zawiah mengingatkan mereka agar menjaga makan dan minum agar suara mereka tidak terjejas.
Nilai:
5. Sebaik tiba di tempat pertandingan, mereka beratur untuk mendaftar.
Nilai:
6. Apabila giliran mereka tiba, mereka menyampaikan nasyid dengan bersungguh-sungguh.
Nilai:.
7. Mereka sedia menerima apa jua keputusan yang bakal diumumkan nanti.
Nilai:.
8. Setelah keputusan diumumkan, mereka menang lalu mereka segera mengucapkan terima kasih kepada
Ustazah Zawiah.
Nilai:..
9. Mereka bersalaman dengan peserta-peserta dari sekolah lain dan berharap agar mereka akan mencuba lagi.
Nilai:
10.Mereka juga akan berlatih segiat mungkin untuk memenangi pertandingan di peringkat seterusnya.
Nilai:

Jawapan: gigih / bertanggungjawab / berazam tinggi / prihatin / berdisiplin / yakin / berfikiran terbuka , reda /
menghargai bantuan / bersemangat setia kawan / berazam tinggi.

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

14

Set 8: Haiwan Peliharaan

1. Rosliah berasa sedih apabila ternampak seekor kucing terjatuh di dalam longkang.
Nilai:.
2. Dengan pantas Rosliah menarik kucing itu keluar dari longkang.
Nilai:
3. Rosliah memandikan kucing itu, mengelap bulunya dan memberi kucing itu ikan dan susu.
Nilai:.
4. Dia menyatakan keinginan kepada ayah dan ibunya untuk memelihara kucing itu.
Nilai:.
5. Ibunya bersetuju dan menasihati dia agar menjaga kucing itu dengan baik.
Nilai:.
6. Rosliah mengajar kucing itu membuang najis di luar rumah sebagaimana pesanan ibunya.
Nilai:.
7. Setiap tiga bulan, mereka membawa kucing itu ke klinik haiwan untuk pemeriksaan.
Nilai:.
8. Rosliah mengurus makan kucing, waktu bermain dan waktu bersiar-siar mengikut ketetapan masa yang telah
dirancang.
Nilai:.
9. Rosliah mengurus kucing itu sendiri dan tidak pernah meminta bantuan daripada ibunya.
Nilai:.
10.Pada hujung minggu, Rosliah akan berkumpul dengan rakan-rakan yang juga memiliki haiwan peliharaan
masing-masing.
Nilai:.

Jawapan: belas kasihan / bertindak cepat / baik hati / meminta kebenaran / menyayangi haiwan / akur / prihatin /
mengatur masa / berdikari / berkongsi kegembiraan.
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

15

Set 9: Gotong-Royong di Sekolah

1. Murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat pembahagian tugas.
Nilai:
2. Guru-guru membahagi-bahagikan peralatan kepada murid-murid.
Nilai:.
3. Murid-murid bekerja di dalam kumpulan masing-masing.
Nilai:.
4. Sekumpulan murid mengumpulkan kertas dan surat khabar untuk dikitar semula.
Nilai:.
5. Murid-murid yang mengecat dinding kantin memakai sarung tangan dan apron ketika mengecat.
Nilai:.
6. Sekumpulan murid memeriksa kerusi dan meja yang rosak dan mengasingkannya untuk dibaik pulih.
Nilai:.
7. Guru-guru memantau murid-murid menjalankan tugas supaya murid-murid tidak ditimpa kecelakaan.
Nilai:..
8. Guru-guru mengingatkan agar murid-murid tidak cuai sewaktu menggunakan peralatan yang tajam.
Nilai:..
9. Beberapa orang guru perempuan menyediakan makanan dan minuman untuk semua yang bekerja.
Nilai:
10.Murid-murid berjanji akan menjaga kebersihan dan menjaga peralatan dan kemudahan yang ada.
Nilai:.

Jawapan: mendengar arahan / bertanggungjawab / bekerjasama / mencintai alam sekitar, berhemat /
mengutamakan kebersihan / teliti / prihatin, bertanggungjawab / berwaspada / baik hati / penyayang /
menyayangi harta benda.

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

16

Set 10: Aktiviti Perkhemahan

1. Ketua komandan kumpulan pengakap itu membahagi-bahagikan tugasan supaya setiap ahli menjalankan
tugas.
Nilai
2. Sekumpulan ahli pengakap mendirikan khemah bersama-sama untuk bermalam di tapak perkhemahan.
Nilai.
3. Mereka melakukan aktiviti yang lasak dan mencabar antaranya berkayak dan mendaki bukit.
Nilai.
4. Ketika mengharungi sungai, seorang ahli pengakap terjatuh lalu rakan-rakan yang lain membantu.
Nilai.
5. Mereka sentiasa mendengar arahan ketua komandan.
Nilai.
6. Mereka mencari maklumat tentang flora dan fauna yang terdapat di pinggir hutan itu.
Nilai.
7. Setiap kali waktu solat, mereka berjemaah bersama-sama.
Nilai.
8. Mereka memberi tabik hormat kepada ketua komanden setiap kali bertemu.
Nilai:..
9. Sebelum pulang, mereka menanam sampah sarap.
Nilai:..
10.Mereka mengemas khemah dengan rapi dan menyimpan peralatan yang telah digunakan.
Nilai:

Jawapan: adil / saksama / bekerjasama, tolong-menolong / berani mencuba / setia kawan, menyayangi sahabat /
menghormati ketua, mentaati ketua / mencintai alam sekitar, menghargai ciptaan Tuhan / taat kepada tuhan /
berdisiplin / mengutamakan kebersihan / menjaga, memelihara harta benda.
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

17

Set 11: Lawatan Sambil Belajar 2

1. Murid-murid Tahun 6 Tekun mengikuti lawatan ke Bandaraya Bersejarah Melaka.
Nilai..
2. Sebelum menyertai lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah, murid-murid mengisi borang kebenaran ibu
bapa.
Nilai..
3. Mereka melawat Mini Malaysia, Muzium Budaya, kota A Famosa, Muzium Samudera dan beberapa tempat
lain.
Nilai..
4. Mereka menaiki Menara Taming Sari yang tinggi dan menaiki Eyes On Malaysia.
Nilai..
5. Sebelum masuk ke tempat lawatan, mereka beratur untuk mendapatkan tiket.
Nilai..
6. Mereka berasa kagum melihat tinggalan sejarah dan mengambil gambar untuk dijadikan kenangan.
Nilai.
7. Mereka juga teruja melihat kelembutan dan keunikan persembahan tarian Zapin.
Nilai.
8. Mereka mencatat maklumat dan akan menyampaikannya kepada rakan-rakan yang tidak menyertai lawatan.
Nilai.
9. Mereka sempat menyapa pelancong-pelancong asing.
Nilai.
10.Setiap murid membeli pelbagai cendermata untuk keluarga mereka.
Nilai.

Jawapan: mengisi masa lapang, memanfaatkan masa / meminta izin / menimba ilmu / menimba pengalaman /
berdisiplin, mematuhi peraturan / menghargai sejarah / menghargai warisan seni / sedia, rela berkongsi /ramah,
menghormati pelancong / menyayangi keluarga.
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

18

Set 12: Aktiviti Membersihkan Kelas
1. Murid-murid Tahun 5 Cerdik ingin menyertai Pertandingan Keceriaan sempena Hari Kemerdekaan.
Nilai:..
2. Ketua kelas dan ahli jawatankuasa membahagi-bahagikan tugas.
Nilai:..
3. Mereka menyapu sampah, membersihkan sawang dan mengelap cermin tingkap yang berhabuk.
Nilai:...
4. Bendahari kelas, dengan persetujuan semua murid telah membuat kutipan wang untuk membeli peralatan
menceriakan kelas.
Nilai:.
5. Mereka juga mengecat dinding kelas yang sudah pudar warnanya walaupun tugas itu agak berat.
Nilai:.
6. Murid-murid perempuan pula menampal maklumat yang betul dan tepat tentang hari kemerdekaan pada
papan kenyataan dengan kemas.
Nilai:.
7. Mereka juga bertanya pendapat daripada guru-guru dan murid-murid tahun 6 yang turut serta dalam
pertandingan itu.
Nilai:.
8. Mereka meluangkan masa menyiapkan tugas pada sebelah malam memandangkan tarikh akhir pertandingan
semakin hampir.
Nilai:
9. Mereka berdoa dan reda dengan keputusan yang bakal diterima.
Nilai:.
10. Mereka akan sentiasa memelihara keceriaan kelas mereka walaupun pertandingan telah selesai.
Nilai:.
Jawapan: berani mencuba / bersepakat, bermuafakat / mengutamakan kebersihan / berdikari, tidak
membebankan guru / kuat semangat, gigih / teliti, cermat / berdaya saing / rela berkorban / bertawakal /
berfikiran positif.
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

19

Set 13: Aktiviti Berkebun Sayur

1. Pak Hamid menebas dan membersihkan tanah kosong di belakang rumahnya untuk berkebun sayur.
Nilai:
2. Pak Hamid pergi ke Pejabat Peladang terdekat untuk mendapat khidmat nasihat tentang tanaman sayur.
Nilai:..
3. Pak Hamid membajak sendiri kebun sayurnya setelah meminjam traktor mini daripada rakannya.
Nilai:..
4. Pak Hamid menyemai benih sayur-sayuran bersama isteri dan anak-anaknya.
Nilai:..
5. Setiap hari Pak Hamid dan anak lelakinya menyiram sayur-sayuran dan merumput.
Nilai:..
6. Dia juga menyembur racun serangga untuk memastikan sayur-sayurannya tidak rosak oleh serangga.
Nilai:...
7. Sewaktu menyembur racun, Pak Hamid memakai penutup mulut dan sarung tangan.
Nilai:
8. Sebahagian daripada hasil jualan sayurannya di simpan di dalam bank.
Nilai:
9. Pak Hamid juga memberi sayur-sayuran kepada jiran tetangganya.
Nilai:
10. Pak Hamid sangat berterima kasih kepada Tuhan kerana diberi rezki yang lumayan.
Nilai:

Jawapan: berfikiran rasional /menimba ilmu / berdikari / bekerjasama / rajin, gigih / berhati-hati, berwaspada /
mengutamakan, menjaga keselamatan / berjimat cermat / murah hati / bersyukur.
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

20

Set 14: Kejadian Kebakaran

1. Azim ternampak rumah terbakar, lalu berlari dengan pantas menuju ke pondok telefon awam untuk
menghubungi pihak bomba.
Nilai:.
2. Azim menghubungi beberapa penduduk kampung untuk membantu.
Nilai:.
3. Azim membasahkan pakaiannya dan membalut tubuhnya dengan kain guni yang basah untuk
menyelamatkan Pak Man.
Nilai:.
4. Azim cuba melompat masuk melalui sebuah tingkap yang terbuka untuk menyelamatkan Pak Man yang
sudah tua.
Nilai:.
5. Pak Man mengucapkan terima kasih atas bantuan Azim.
Nilai:.
6. Azim merawat kesan lepuhan pada kaki Pak Man dengan berhati-hati.
Nilai:.
7. Azim dan bapanya membawa Pak Man ke hospital untuk mendapat rawatan.
Nilai:.
8. Ketua kampung dan jawatankuasa kampung bersetuju membaiki rumah Pak Man.
Nilai:.
9. Azim dan beberapa pemuda lain bersedia membantu.
Nilai:.
10.Ketua kampung dan pihak polis akan menyiasat punca kebakaran dan mengambil tindakan.
Nilai:.
Jawapan: bertindak cepat / tolong-menolong / kreatif /berani, bertindak cepat / menghargai bantuan / bersimpati,
menyayangi warga emas / prihatin / bersepakat, bermuafakat / sukarela / adil, saksama.
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

21

Set 15 Gejala Demam Denggi

1. Tina yang demam dihantar ke hospital kecemasan oleh ibu dan bapanya untuk mendapat rawatan lanjut.
Nilai:..
2. Beberapa orang rakan karibnya datang melawat dan membawa buah tangan.
Nilai:
3. Ibu Tina menyediakannya makanan yang berkhasiat untuk memastikan dia segera sembuh.
Nilai:
4. Doktor mengesahkan Tina terkena demam denggi dan mengingatkan ibu bapanya agar membersihkan
kawasan rumah.
Nilai:
5. Ibu bapa Tina dan keluarga yang lain membersihkan takungan air dan menghapuskan tempat pembiakan
nyamuk.
Nilai:..
6. Pada sebelah malam, mereka memasang kelambu untuk tidur.
Nilai:
7. Abang Tina mencari pelbagai maklumat tentang nyamuk aedes melalui jalur lebar.
Nilai:
8. Keluarga Tina dan jiran tetangga turut membersihkan kawasan sekeliling untuk memastikan gejala itu tidak
menular.
9. Mereka juga meminta khidmat Pejabat Kesihatan berdekatan untuk membuat semburan nyamuk.
Nilai:.
10.Mereka tidak mahu ada nyawa yang tidak berdosa terkorban akibat gejala itu.
Nilai:.
Jawapan: bertindak cepat, prihatin / menyayangi sahabat / penyayang, prihatin / bertanggungjawab, menasihati /
bekerjasama / berwaspada, berjaga-jaga / mencari ilmu, maklumat / bersepakat, bermuafakat, bergotong-royong /
tolong-menolong / menghargai nyawa.
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

22

Set 16: Pencemaran Alam Sekitar

1. Lim, Azlan dan Raju sering memancing di sebatang sungai berdekatan dengan sebuah kilang.
Nilai:..
2. Mereka membatalkan niat memancing apabila ternampak tong-tong racun toksik di dalam sungai.
Nilai:..
3. Mereka juga mendapati banyak sampah di tepi-tepi sungai, lalu mereka segera mengutip sampah sarap itu.
Nilai:..
4. Selepas itu, mereka segera memaklumkan ketua kampung tentang kejadian itu.
Nilai:..
5. Tanpa membuang masa, ketua kampung membawa mereka ke balai polis untuk membuat laporan tentang
pembuangan sisa toksik.
Nilai:
6. Pihak polis berjanji akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Nilai:
7. Penduduk kampung dengan bantuan pihak majlis bandaran membersihkan sungai dan kawasan
sekelilingnya.
Nilai:
8. Jabatan Kesihatan pula akan memantau kesihatan penduduk dan memberikan ceramah tentang bahaya
racun toksik.
Nilai:.
9. Penduduk kampung bangga dan berterima kasih atas tindakan segera Lim, Azlan dan Raju.
Nilai:.
10.Mereka berjanji akan sama-sama menjaga kebersihan sungai di kampung mereka.
Nilai:.
Jawapan: mengisi masa lapang, memanfaatkan masa / berwaspada, berjaga-jaga / mengutamakan, menjaga
kebersihan / bertindak pantas / prihatin / bertanggungjawab,saksama /bersepakat, bermuafakat / tolong-
menolong / menghargai usaha / berazam, bertekad.
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

23

Set 17: Membantu Warga Tua

1. Murid-murid Sekolah Kebangsaan Wawasan melawat ke Rumah Orang-Orang Tua Seri Kembangan.
Nilai:
2. Lawatan ini bertujuan untuk memupuk sikap menyayangi dan tidak melupakan golongan warga emas.
Nilai:
3. Bagi mereka yang tidak mempunyai datuk dan nenek, mereka berpeluang belajar mengurus warga emas.
Nilai:
4. Mereka membersihkan bilik dan halaman rumah orang-orang tua.
Nilai:..
5. Beberapa orang murid lelaki menyiram sayur-sayuran yang ditanam oleh warga emas di situ.
Nilai:
6. Selepas itu, mereka membuat persembahan dan menghiburkan hati warga emas di situ.
Nilai:
7. Mereka juga mengambil peluang berbual-bual dan bertanya khabar warga emas di situ.
Nilai:
8. Beberapa orang murid perempuan bergilir-gilir menjaga dua orang nenek yang sedang sakit.
Nilai:.
9. Sebelum pulang, mereka menyumbangkan cenderamata kepada warga emas.
Nilai:.
10.Lawatan itu mengajar mereka agar sentiasa menghormati dan tidak melupakan warga emas.
Nilai:.

Jawapan: mengisi masa lapang, memanfaatkan masa / mengenang jasa, menghargai warga emas / menambah
pengalaman / menjaga kebersihan / tolong-menolong, meringankan beban / menggembirakan hati orang tua /
beramah mesra / bersimpati, menyayangi orang tua / murah hati / berfikiran matang.

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

24

Set 18: Majlis Hari Ulang Tahun Sahabat

1. Zila menyiapkan semua kerja sekolah dan kerja-kerja di rumah sebelum pergi ke majlis ulang tahun Zana,
rakannya.
Nilai:
2. Zila mengambil sedikit wang tabungannya lalu membeli hadiah untuk Zana.
Nilai:
3. Zila mengingatkan dan mengajak rakan-rakan yang lain untuk turut memeriahkan majlis ulang tahun Zana.
Nilai:.
4. Zila mengucapkan selamat ulang tahun kepada Zana dan mendoakan kesejahteraannya.
Nilai:
5. Zila dan rakan-rakan menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun untuk Zana.
Nilai:
6. Selepas acara memotong kek, Zila dan rakan-rakan menjamu selera dan duduk makan bersama-sama.
Nilai:
7. Mereka menghabiskan makanan yang diambil.
Nilai:
8. Sebelum pulang, Zila dan rakan-rakan mencuci pinggan mangkuk dan mengemas meja makan.
Nilai:..
9. Keluarga Zana mengucapkan terima kasih atas bantuan Zila dan rakan-rakan.
Nilai:
10.Ibu bapa Zana berpesan agar mereka sentiasa bersahabat dan selalu kunjung-mengunjung satu sama lain.
Nilai:
Jawapan: meluangkan masa/ sedia berkorban, murah hati /menghargai sahabat / menyayangi sahabat /
mengembirakan hati / tertib, sopan / tidak membazir / rajin membantu, meringankan beban / menghargai bantuan
/ memelihara persahabatan.
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

25

Set 19: Menyambut Hari Raya

1. Habibah bangun awal kerana dia dan keluarganya mahu pulang ke kampung untuk menyambut hari raya.
Nilai:
2. Habibah dan adik-adiknya tidak sabar-sabar mahu pulang ke kampung untuk bertemu datuk dan nenek.
Nilai:
3. Dia dan adiknya membantu bapa memasukkan barang-barang dan beg ke dalam kereta.
Nilai:
4. Semalam, bapanya telah memeriksa kereta untuk memastikan perjalanan mereka lancar.
Nilai:
5. Sebelum bertolak, Habibah dan ibunya mengunci semua pintu dan tingkap serta memastikan semua suis
dimatikan.
Nilai:.
6. Habibah dan keluarganya berpesan kepada jiran mereka Encik Shahdan, agar melihat-lihatkan rumah
mereka.
Nilai:..
7. Encik Shahdan pula mengingatkan agar bapa Habibah memandu dengan berhati-hati kerana jalan raya agak
sibuk pada musim perayaan.
Nilai:..
8. Bapanya memandu dengan berhati-hati dan mematuhi had laju di lebuh raya.
Nilai:..
9. Beberapa buah kenderaan memotong kiri tatkala bapa Habibah memandu, tetapi dia tetap sabar.
Nilai:
10.Apabila sampai, mereka bersalaman dan Habibah serta adik-adik mencium tangan datuk dan neneknya.
Nilai:.
Jawapan: menghargai masa / menyayangi datuk dan nenek /rajin, membantu ibu / mengutamakan keselamatan /
berwaspada, berjaga-jaga / tolong-menolong / menasihati jiran / menghargai nyawa / mengawal perasaan,
berfikiran jernih / menghormati orang tua, bersopan-santun.
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

26

Set 20: Murid Nakal

1. Beberapa orang murid Tahun 6 ponteng kelas tambahan sejak dua minggu yang lalu.
Nilai:
2. Tanpa pengetahuan ibu bapa dan guru, mereka telah pergi ke kafe siber.
Nilai:
3. Mereka telah melayari laman-laman yang tidak sepatutnya.
Nilai:
4. Beberapa orang pengawas yang menyaksikan kejadian itu segera melaporkan perkara tersebut kepada guru
disiplin.
Nilai:.
5. Cikgu Hakimi menasihati dan memujuk mereka agar tidak mengulangi perbuatan yang sia-sia itu.
Nilai:.
6. Mereka hanya berdiam diri seolah-olah mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.
Nilai:.
7. Cikgu Hakimi memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa mereka.
Nilai:..
8. Mereka dirotan oleh ibu bapa masing-masing dan mereka berasa kesal atas apa yang dilakukan.
Nilai:..
9. Mereka berjumpa Cikgu Hakimi dan memohon maaf atas sikap buruk mereka.
Nilai:
10.Mereka berjanji tidak akan mengulangi perkara itu lagi.
Nilai:

Jawapan: menghargai masa, memanfaatkan masa / meminta izin, kebenaran / berfikiran matang, positif, rasional
/ bertindak cepat / menyayangi murid, mengambil berat / menghormati guru / bertanggungjawab, prihatin / insaf
/ mengakui kesalahan / berazam mengubah sikap.
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

27

Set 21: Menyertai Aktiviti Sukan Sekolah
1. Ramai murid tahap dua yang berbakat menyertai acara sukan tahunan sekolah.
Nilai:..
2. Cikgu telah membuat pemilihan dan Azam, Zali dan Ravi serta rakan-rakannya telah terpilih melalui beberapa
saringan.
Nilai:
3. Mereka berlatih bersungguh-sungguh setiap petang bersama guru rumah masing-masing.
Nilai:.
4. Mereka akan mencuba sedaya upaya untuk memenangi pertandingan.
Nilai:..
5. Semua peserta berkumpul di luar padang dan melakukan aktiviti memanaskan badan sementara menunggu
acara bermula.
Nilai:..
6. Semua peserta berlumba secara sihat dan penyokong-penyokong juga memberi sokongan padu.
Nilai:.
7. Dalam acara 100 meter, Zali telah terpelecok lalu terjatuh tetapi dia tetap meneruskan larian.
Nilai:..
8. Zali tidak kecewa walaupun gagal mendapat sebarang tempat dalam acara 100 meter.
Nilai:..
9. Azam dan Ravi memujuk dan menasihati Zali, agar tidak berputus asa dan mencuba lagi pada tahun
hadapan.
Nilai:
10.Azam dan Ravi mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya dan berharap rakan-rakan yang
gagal mencuba lagi.
Nilai:
Jawapan: menimba pengalaman / adil,saksama / gigih / bersemangat juang / bersiap sedia / berdaya saing / kuat
semangat, bersemangat waja / menerima kekalahan / bersemangat setia kawan, menasihati kawan / memupuk,
memelihara persahabatan.
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

28

Set 22: Kejadian Ragut

1. Kakak terlalu gairah untuk pergi berbelanja sempena jualan mega sehingga tidak mahu menunggu ibu dan
ayah pulang kerja.
Nilai:.
2. Kakak keluar ke pasar raya untuk berbelanja tanpa memberitahu ibu dan ayah.
Nilai:.
3. Kakak menolak apabila abang menawarkan bantuan untuk menemaninya.
Nilai:.
4. Kakak membawa wang yang banyak.
Nilai:.
5. Tiba di persimpangan jalan, seorang pemuda bermotorsikal merapati kakak tetapi kakak tidak ambil peduli.
Nilai:
6. Lelaki itu merentap beg tangan kakak lalu kakak cuba melawan dan menarik beg tangannya.
Nilai:.
7. Abang yang diam-diam menyongsong kakak segera membantu kakak.
Nilai:.
8. Kakak menyedari kesalahannya dan meminta maaf.
Nilai:.
9. Ayah mengingatkan kakak agar sentiasa berfikiran jernih sebelum membuat sesuatu.
Nilai:.
10.Kakak berjanji tidak akan keluar bersendirian dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Nilai:.

Jawapan: sabar, mengawal perasaaan / meminta izin / berbudi bahasa / berwaspada / sentiasa berjaga-jaga /
mempertahankan hak / bertindak cepat, berani membantu / mengakui kesalahan / mendengar kata,nasihat,
menerima teguran /mengubah sikap.
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

29

Set 23: Cerita Si Tanggang

1. Si Tanggang ingin mencuba nasib merantau dan berdagang di tempat orang.
Nilai:..
2. Ibunya tidak mengizinkan, sebaliknya Tanggang tetap dengan keputusannya lalu meninggalkan ibunya.
Nilai:..
3. Si ibu yang sudah uzur terpaksa bekerja dan menguruskan diri sendiri tanpa bantuan anaknya.
Nilai:..
4. Si ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan anaknya dan berharap Tanggang cepat kembali.
Nilai:..
5. Sebagai kelasi kapal, Tanggang bekerja bersungguh-sungguh sehingga diberi kepercayaan menjadi nakhoda.
Nilai:..
6. Tanggang berumah tangga dan menjaga isterinya dengan baik.
Nilai:
7. Malangnya, Tanggang lupa asal usul dan lupa akan ibunya yang miskin.
Nilai:.
8. Si ibu menyediakan masakan kegemaran si Tanggang lalu berdayung mengharungi laut untuk bertemu
anaknya.
Nilai:.
9. Tanggang malu mengakui ibunya yang miskin dan buruk rupa lalu menghalau ibunya yang datang ke kapal.
Nilai:.
10.Si ibu kecewa dan berdoa agar Tuhan membalas perbuatan jahat Tanggang.
Nilai:.

Jawapan: berani, bertekad, sanggup berjuang / memohon restu, meminta kebenaran / tabah / menyayangi anak /
gigih bekerja / memelihara hubungan, menyayangi siteri / sedar diri / sanggup berkorban, sanggup bersusah payah
/menyayangi ibu / sentiasa bersabar.
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

30

Set 24: Cerita Binatang 1

1. Belalang seekor haiwan yang malas bekerja mencari makanan.
Nilai:
2. Belalang menghabiskan masanya bernyanyi-nyanyi di padang.
Nilai:
3. Sudahlah malas, Belalang juga sering mentertawakan haiwan-haiwan lain yang rajin mencari makanan.
Nilai:
4. Belalang sering mempengaruhi haiwan-haiwan lain agar bergembira dan mengikut caranya.
Nilai:
5. Semut yang rajin selalu berpesan kepadanya agar mencari makanan kerana musim hujan bakal tiba.
Nilai:..
6. Bukan sahaja belalang tidak mempedulikan kata-kata temannya, sebaliknya dia mentertawakan semut.
Nilai:..
7. Semut mengumpul makanan bersama-sama tanpa mengira siang dan malam.
Nilai:..
8. Apabila musim hujan tiba, semut tidak bimbang kerana stok makanannya cukup banyak.
Nilai:..
9. Belalang kelaparan lalu semut membantunya.
Nilai:
10.Belalang berjanji tidak akan mengulangi sikap buruknya lagi.
Nilai:..

Jawapan: rajin berusaha / memanfaatkan masa / menghormati, menghargai sahabat / berkelakuan baik, menjadi
contoh / menasihati rakan / menerima, menghargai pendapat / bekerjasama, bekerja keras / sentiasa bersedia /
membantu rakan / insaf, berazam mengubah sikap.

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

31

Set 25: Cerita Binatang 2

1. Pada zaman dahulu, semua haiwan bersahabat dan mencari makanan bersama-sama di dalam hutan.
Nilai:..
2. Bagaimanapun sang kancil selalu meninggi diri dengan kelebihannya yang tangkas berlari.
Nilai:
3. Sang kancil sering mentertawakan sang kura-kura yang lambat berjalan.
Nilai:
4. Sang kura-kura tidak pernah berkecil hati terhadap ejekan sang kancil.
Nilai:
5. Sang kura-kura menerima cabaran sang kancil untuk bertanding lumba lari.
Nilai:
6. Sang gajah, sang rusa dan sang harimau bertindak sebagai hakim.
Nilai:.
7. Sang kura-kura berjalan perlahan-lahan dan berusaha untuk menamatkan larian walaupun kepenatan.
Nilai:.
8. Haiwan-haiwan lain memberi sokongan kepada sang kura-kura untuk terus berlari.
Nilai:.
9. Melihatkan sang kura-kura ketinggalan jauh di belakang, sang kancil mengambil peluang untuk tidur
sebentar.
Nilai:.
10.Sang arnab berasa sangat malu dan berjanji tidak akan sombong lagi.
Nilai:.

Jawapan: menjalin persahabatan, bersepakat / merendah diri / menghargai sahabat / sabar, mengawal perasaan /
berani, yakin / adil / gigih, cekal, kuat semangat / memberi dorongan, galakan / berfikir panjang / insaf, berazam
mengubah sikap.
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

32

Set 26: Majlis Perpisahan Guru

1. Murid-murid kelas 6 Bestari bermesyuarat untuk mengadakan majlis perpisahan untuk Cikgu Rafidah yang
akan berpindah ke sekolah lain.
Nilai:
2. Mereka mahu mengadakan majlis itu kerana Cikgu Rafidah telah banyak berjasa kepada mereka sebagai
guru kelas.
Nilai:
3. Sebagai ketua kelas, Noreha telah membahagi-bahagikan tugas kepada semua murid.
Nilai:..
4. Murid-murid lelaki membersihkan kelas manakala murid-muid perempuan menghias kelas mereka.
Nilai:
5. Noreha juga telah menyediakan teks ucapan dan menyemak teks itu berkali-kali agar tiada kesilapan.
Nilai:
6. Mereka juga membuat kutipan wang dan membeli cenderamata buat Cikgu Rafidah.
Nilai:
7. Cikgu Rafidah berterima kasih kepada murid-murid 6 Bestari yang telah mengelolakan majlis istimewa
untuknya.
Nilai:.
8. Cikgu Rafidah berharap mereka akan saling berhubung melalui telefon atau sistem pesanan ringkas.
Nilai:.
9. Sebelum berpisah mereka bersalam-salaman dan berpelukan.
Nilai:.
10.Cikgu Rafidah akan mendoakan kejayaan murid-muridnya dalam peperiksaan UPSR dan berharap murid-
murid juga mendoakan kesejahteraannya.
Nilai:.
Jawapan: bersepakat, bermuafakat / mengenang jasa /bertanggungjawab / bekerjasama / teliti / murah hati, baik
hati / menghargai usaha / mengeratkan, memelihara hubungan / meminta maaf / sayang-menyayang
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

33

Set 27: Meniru

1. Raqib leka dengan permainan video dan tidak mengulang kaji pelajaran walaupun peperiksaan setengah
tahun semakin hampir.
Nilai:
2. Walaupun ditegur oleh ibunya beberapa kali, Raqib tetap tidak ambil peduli.
Nilai:
3. Waktu peperiksaan Sains, Raqib telah meniru jawapan rakannya Arif.
Nilai:
4. Raqib juga membawa nota kecil untuk meniru dan meletakkannya di dalam saku seluarnya.
Nilai:..
5. Beberapa orang murid yang menyaksikan kejadian, telah membuat laporan kepada Cikgu Sumini.
Nilai:..
6. Raqib tertangkap dan akhirnya terpaksa mengaku bahawa dia telah meniru Arif.
Nilai:..
7. Raqib mengakui yang dia tidak mengulang kaji dan leka dengan permainan video.
Nilai:..
8. Sejak hari itu, Cikgu Sumini sentiasa mengambil tahu tentang masalah Raqib dan Raqib juga sentiasa
bertanya masalah pelajaran dengan Cikgu Sumini.
Nilai:..
9. Sejak hari itu, Raqib rajin belajar dan sentiasa mendengar dengan teliti semua penerangan Cikgu Sumini.
Nilai:..
10.Ibu dan bapa Raqib juga sentiasa mengawasi Raqib agar kejadian itu tidak berulang.
Nilai:..

Jawapan: menghargai masa / mendengar, menerima teguran / amanah / mematuhi peraturan / prihatin, bertindak
cepat / mengakui kesalahan / berterus terang, bercakap benar / saling memahami / menumpukan perhatian,
fokus / mengambil berat.
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

34

Set 28: Aktiviti Ujikaji Sains

1. Murid-murid tahun 5 sedang belajar membuat ujikaji penjerukan bersama Cikgu Zainun.
Nilai:..
2. Murid-murid diarahkan meletakkan dan mengatur bahan-bahan dan alat-alat yang dibawa di atas meja.
Nilai:..
3. Mereka dikehendaki mengikut langkah-langkah ujikaji sebagaimana yang dicatatkan oleh Cikgu Zainun.
Nilai:..
4. Aktiviti dijalankan secara berkumpulan dan kumpulan yang dapat membuat jeruk yang sedap akan mendapat
hadiah daripada Cikgu Zainun.
Nilai:
5. Mereka mengupas buah mangga dan buah betik menggunakan pisau.
Nilai:
6. Selepas itu mereka membuang kulit buah mangga dan kulit buah betik ke dalam tong sampah.
Nilai:
7. Mereka mencuci buah-buahan yang dikupas sebelum memotongnya supaya jeruk itu tidak tercemar.
Nilai:
8. Seminggu kemudian, mereka makan jeruk buah-buahan itu bersama-sama.
Nilai:
9. Mereka juga memberikan jeruk buatan mereka kepada guru-guru lain untuk dikongsi.
Nilai:
10.Mereka berterima kasih kepada Cikgu Zainun kerana mengajar mereka membuat jeruk buah-buahan.
Nilai:

Jawapan: menimba ilmu, menimba pengalaman/ teliti, kemas / mematuhi arahan / semangat berlumba-lumba,
bersaing / berhati-hati / menjaga kebersihan / sedia berkongsi / murah hati / menghargai ajaran guru.

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

35

Set 29: Tragedi Malam Hari Raya

1. Helmy dan rakan-rakannya membatalkan niat untuk bertakbir pada malam hari raya kerana mereka
merancang untuk bermain meriam di padang.
Nilai:
2. Mereka tidak memaklumkan rancangan mereka kepada ibu bapa masing-masing.
Nilai:
3. Helmy bangga kerana berjaya menghasilkan meriam buatan sendiri yang kuat dentumannya.
Nilai:
4. Beberapa orang rakan mengajak Helmy bermain bunga api yang kurang berbahaya tetapi dia enggan.
Nilai:.
5. Mereka bermain meriam hingga larut malam sehingga menganggu penduduk yang sedang lena tidur.
Nilai:..
6. Oleh sebab terlalu seronok, Helmy cuai sehingga menyebabkan meriamnya meletup.
Nilai:
7. Beberapa orang pemuda yang lalu di situ membawanya ke hospital kecemasan.
Nilai:
8. Helmy kesal atas perbuatannya yang membahayakan diri.
Nilai:
9. Rakan-rakannya datang melawat dan membawa jaudah hari raya untuknya.
Nilai:
10. Kejadian itu menjadi iktibar kepada kanak-kanak lain.
Nilai:

Jawapan: berfikiran matang / berterus terang, bercakap benar, meminta izin / rendah diri, bersikap sederhana,
berhati-hati , berwaspada/ menghormati orang lain, menjaga ketenteraman awam / berhati-hati, berwaspada / baik
hati / insaf /bersimpati, menyayangi sahabat / meneladani.
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

36

Set 30: Berkunjung ke Perpustakaan Awam

1. Halim, Suhaida dan beberapa orang rakannya berkunjung ke perpustakaan awam untuk mencari maklumat.
Nilai:.
2. Mereka mahu menyiapkan kerja projek Kajian Tempatan yang ditugaskan oleh guru mereka.
Nilai:.
3. Mereka membahagi-bahagikan tajuk agar tugasan itu dapat disiapkan dengan cepat.
Nilai:.
4. Mereka membuat tugasan di perpustakaan dengan senyap.
Nilai:.
5. Suhaida yang mahir IT mencari maklumat dengan berhati-hati melalui jalur lebar.
Nilai:.
6. Semua maklumat yang ditulis dan dicetak kemudian disusun dengan rapi untuk dibukukan.
Nilai:.
7. Mereka akan bertukar-tukar bahan dengan kumpulan lain untuk memperkaya maklumat mereka.
Nilai:.
8. Suhaida, Halim dan rakan-rakannya mahu mendapat markah yang cemerlang dalam kerja projek itu.
Nilai:.
9. Selaku ketua, Halim menyemak semua bahan sebelum membukukannya untuk memastikan tiada kesalahan.
Nilai:..
10.Sebelum pulang, mereka menyimpan semua bahan rujukan yang telah digunakan.
Nilai:..

Jawapan: mengisi masa lapang, menambah ilmu pengetahuan / mematuhi arahan guru / mengatur masa
/mematuhi peraturan perpustakaan / bijak memilih maklumat, berfikiran positif / teliti, cermat / berkongsi
maklumat / berazam tinggi / bertanggungjawab / menjaga hak milik perpustakaan.

Anda mungkin juga menyukai