Anda di halaman 1dari 5

TAJUK : SINGA YANG SOMBONG

Salam sejahtera diucapkan kepada


yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-
rakan sekalian.
Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk
Singa yang Sombong.

Yang terlena, sedar-sedarkan.
Yang tersedar, dengar-dengarkan
Yang terdengar fikir-fikirkan.

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang
sombong. Badannya yang besar dan kuat menyebabkan
semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan yang
telah menjadi mangsanya.
Suatu hari, semua haiwan di rimba telah
mengadakan satu perjumpaan. Mereka berbincang
bagaimana untuk menewaskan singa yang ganas lagi
sombong itu. Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan
bersuara.
Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang
semakin terancam. Semakin lama, semakin ramai kawan
kita yang menjadi mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu
marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana hendak
menewaskan singa itu.
Ya, kami sedia membantu jawab haiwan yang
lain.
Siapa ada cadangan, silakan kata Sang Kancil
Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara,
Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba menewaskan
singa itu.
Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan
kebolehan Tebuan.
Selain saya, siapakah yang berani menawarkan
diri, silakan. Tebuan mencabar kawan-kawannya.
Masing-masing tunduk diam.

Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani
menentang Singa, marilah kita sama-sama menyokong
Sang Tebuan sebagai wira kita. Kata Sang Kancil dan
disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh penghuni
rimba itu.
Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba
keluar untuk menyaksikan pertarungan antara Singa dan
Tebuan. Tiba di suatu tempat, mereka tenampak Singa
masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan pun terbang
menghampiri Singa.
Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar
engkau untuk berlawan denganku. Kata Tebuan dengan
berani.
Engkau nak berlawan dengan aku? Tanya Singa itu
sambil ketawa.
Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi
dengan azam yang kuat, aku akan dapat menewaskan
kemalasanmu yang besar. Jawab Tebuan penuh
semangat.
Baiklah, kalau engkau berani, marilah. Kata
Singa.
Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi
Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk menampar
Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu
menjadi letih. Tebuan mengambil kesempatan ini.
Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang hidung singa
yang luas itu. Lalu menyengat Singa itu dari lubang
hidungnya.
Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa
kali tetapi tidak berjaya mengeluarkan Tebuan. Semakin
lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu.
Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan
yang amat sangat. Semua binatang bersorak
kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan
itu.
Ingat kawan-kawan,
1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang
yang kecil tidak semestinya lemah.
2. Kita tidak boleh bersikap malas berusahalah
3. Kita mesti berusaha jika ingin Berjaya

Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan.... kecik
jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa... akal
yang cerdik dan semangat kental dapat mengalahkan
kekuatan fizikal..
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai