Anda di halaman 1dari 3

langit saya

saya suka sangat dengan langit,


saya suka lihat pada langit,
walau apa keadaan saya,
gembira ke, sedih ke, ketawa , atau menangis,
langit tetap ada di situ.
langit tetap jadi peneman yang setia.

kadang-kadang saya lupa pada langit,
kadang2 saya x sedar pentingnya langit,
bila saya sedih baru saya ingat langit,
bila saya sunyi baru saya lihat langit,

kadang2 saya marah & merajuk dengan langit,
krn langit turunkan hujan,
kadang2 saya mengeluh bila lihat langit,
krn dia x beri saya awan utk b'teduh dari terik mentari.

tapi walau apa yang saya buat,
langit tetap ada,
siang atau malam,
langit tetap setia.

langit x seperti matahari,
langit x pernah bersembunyi,
langit tak seperti bulan,
langit x pernah hilang.

langit sentiasa memayungi saya,
sentiasa melindungi saya,
walau kadang kala ada orang yang x suka langit krn mendung,
tapi langit ttp ada.
tidak merungut, tidak mengata.

langit,
maafkan saya krn leka,
maafkan saya kerana sering t'lupa,
maafkan saya kerana x sedar,
hujan & terik mentari itulah yang mendewasakan saya

saya syukur langit ada,
walau sejauh mana saya,
walau saya di hujung dunia,
saya x takut, saya x sunyi.

kerana saya tau,
langit tetap ada utk saya.



~langit yang d maksudkan di sini ialah ibubapa kita & kadang kala sahabat yang amat setia.
kita kadang lalai dan lupa akan pengorbanan mereka.
kta kadang kala lalai dalam m'hargai mereka.

~ kita slalu mengeluh bila ibubapa & sahabat kta marah @ menegur kesilapan kita,
kadang kala kita marah pada mereka.
tanpa kita sedar & tahu yang teguran & nasihat2 itu semua membantu kita menjadi lebih dewasa.

~hargailah ibubapa kta selagi mana kita mampu,
tunjukkan kasih sayang kita kepada mereka.
kalau kita mampu memberi ucapan sayang & rindu kepada pasangan (suami,isteri,tunang,
boyfren, girlfren) kita. mengapa tidak pada insan yang menjaga & membesarkan kita

~sahabat yang sejati ialah sahabat yang dimana susah senangnya kita, dia ttp b'sama.
walau seperit mana keadaan, dia ttp jujur, walau mungkn kita akn t'singgung.
sahabat yang sejati ni kadang kala kita lihat sebagai kawan yang x sportng, banyak membebel.
tapi dia jugalah yang slalu ada walau kita sesedih mana.

~ ingatilah insan2 ini, tunjukkanlah walau sedikit penghargaan kepada mereka tanpa mereka
pinta.
selagi mana mereka masih ada di sisi kita, tunjukkanlah yang kita menyayangi mereka.
janganlah bila mereka telah tiada barulah kita hendak menyesal & ingati jasanya.

Anda mungkin juga menyukai