Anda di halaman 1dari 16

Aplikasi Kosa Kata Luas dalam Penulisan

BILANGAN KOSA KATA MAKSUD DAN APLIKASI DALAM AYAT



1 POLEMIK Maksud :
Perbahasan yang dilakukan dalam surat khabar atau
dalam majalah mengenai sesuatu perkara

Aplikasi dalam ayat [Tema: Lumba Haram]
Akhir-akhir ini, isu lumba haram kerap menjadi polemik
dalam kalangan masyarakat
2 MARHAEN Maksud:
Rakyat jelata

Aplikasi dalam ayat[Tema:Menabung]
Golongan marhaen tidak diabaikan oleh kerajaan dalam
usaha mentransformasikan ekonomi ke arah negara
berpendapatan tinggi.
3 KULAWARGA Maksud:
Keluarga

Aplikasi dalam ayat[Tema: Keluarga Bahagia]
Kulawarga yang harmonis mampu membentuk anak-
anak bersahsiah mulia
4 DASAWARSA Maksud:
Dekad

Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]
Dasawarsa ini , hubungan kejiranan semakin diabaikan
terutama dalam kalangan masyarakat metropolitan.
5 IKHTISAR Maksud:
Pendapat yang ringkas mengenai sesuatu

Aplikasi dalam ayat[Tema: Pelajar Cemerlang]
Pelajar perlu memberikan ikhtisar yang mantap
sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
6 AMSAL/TAMSIL Maksud:
Seperti,umpama, misal

Aplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]
Amsalnya ,tabiat menabung bukanlah sesuatu yang
asing dalam kalangan masyarakat.
7 WASILAH Maksud:
Ikatan
Aplikasi dalam ayat[Tema: Jasa Guru]
Seseorang pelajar tidak wajar melupakan wasilah yang
terjalin dengan guru .
8 NIRMALA Maksud:
Suci

Aplikasi dalam ayat[Tema: Budi Bahasa]
Pada pagi yang nirmala ini, saya akan menyampaikan
syarahan bertajuk, Budi Bahasa Budaya Kita.

9 SAKINAH Maksud:
Ketenangan

Aplikasi dalam ayat[Tema: Keluarga Bahagia]
Ajaran agama yang diterapkan dalam keluarga mampu
menjamin sakinah berpanjangan
10 SINERGI Maksud:
Kerjasama

Aplikasi dalam ayat[Tema: Inap Desa]
Akhir kalamnya, rakyat dan kerajaan perlu bersinergi
untuk merealisasikan pelancongan inap desa menjadi
pilihan kalangan rakyat Malaysia .
11 USLUB/MINHAJ/MANHAJ Maksud:
Kaedah, cara

Aplikasi dalam ayat[Tema: Membaca]
Membaca merupakan uslub berkesan untuk menambah
ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar.
12 PRAKARSA Maksud:
Inisiatif

Aplikasi dalam ayat[Tema:Lumba Haram]
Prakarsa perdana dalam membanteras gejala lumba
haram ialah pemantauan ibu bapa di rumah.
13 AFORISME Maksud:
Ungkapan, peribahasa, bidalan

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Ponteng Sekolah]
Kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa terhadap
anak-anak bertepatan dengan aforisme, melentur buluh
biarlah dari rebungnya.
14 SIRNA Maksud:
Hilang

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Buli]
Rasa perikemanusiaan semakin sirna daripada sanubari
generasi pelajar pada hari ini.


15 JAGATRAYA Maksud:
Seluruh dunia

Aplikasi dalam ayat[Tema: Pelancongan]
Malaysia terkenal di jagatraya sebagai sebuah negara
yang memiliki keunikan budaya dan keindahan alam.
16 SEANTERO Maksud:
Seluruh

Aplikasi dalam ayat[Tema: Bangunan Warisan]
Seantero dunia akan memandang tinggi negara
Malaysia jika kita Berjaya mengekalkan warisan sejarah
rakyat Malaysia.
17 OBLIGASI Maksud:
Kewajiban

Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Patriotik]
Sudah menjadi obligasi setiap rakyat Malaysia untuk
mempertahankan negara daripada ancaman musuh.

18 MAYAPADA/MARCAPADA Maksud:
Dunia hari ini

Aplikasi dalam ayat[Tema: Kemalangan Jalan Raya]
Mayapada, isu kemalangan remaja kerap disiarkan
dalam media massa
19 MAPAN Maksud:
Tidak berubah, sudah diterima umum

Aplikasi dalam ayat [Tema: Gejala Lumba Haram]
Sudah terang lagi bersuluh, kempen merupakan
prakarsa mapan yang mampu mengatasi gejala lumba
haram.
20 SEYOGIA Maksud:
Sepatutnya

Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Patriotik]
Seyogia golongan remaja tidak terlibat dengan aktiviti
subversif yang akan mencalarkan imej negara.
21 SEMENTELAHAN Maksud:
Tambahan pula

Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]
Sikap tidak ambil peduli merupakan punca hubungan
kejiranan semakin renggang sementelahan kesibukan
bekerja menyebabkan komunikasi antara jiran semakin
terbatas.

22 MAUDUK Maksud:
Pokok perbincangan

Aplikasi dalam ayat[Tema:Rakan Sebaya]
Mauduk syarahan yang akan saya sampaikan ialah, Ciri-
ciri Rakan yang Menjadi Pilihan Saya.
23 PADAU Maksud:
Layar

Aplikasi dalam ayat
Sebelum padau perbincangan saya gali lebih dalam,
molek kiranya saya mulakan dengan pendefinisian tajuk
terlebih dahulu.
24 TEGAR Maksud:
Tidak dapat dilenturkan, keras

Aplikasi dalam ayat[Tema: Merokok]
Pihak Kementerian Pelajaran gusar kerana ramai pelajar
sekolah kini menjadi perokok tegar.
25 KONGKALIKUNG Maksud:
Sekongkol dalam melakukan sesuatu yang tidak baik

Aplikasi dalam ayat [Tema: Ponteng Sekolah]
Sekumpulan pelajar SMK Lepar Hilir berkongkalikung
ponteng sekolah di ladang kelapa sawit
26 MENYISIR Maksud:
Mengemaskan

Aplikasi dalam ayat
Sebelum saya menyisir usul perbahasan dengan lebih
dalam, izikan saya mendefinisikan terlebih dahulu frasa
demi frasa.
27 MAHMUDAH Maksud:
Terpuji

Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]
Sifat mahmudah jika diaplikasi dalam kehidupan akan
merubah personaliti remaja agar menjadi remaja
cemerlang dan terbilang.
28 GEMULAH Maksud:
Arwah

Aplikasi dalam ayat [Tema: Bangunan Bersejarah]
Sewajarnya kita mencontohi sifat gemulah terdahulu
yang sanggup mempertahankan warisan bangsa agar
dapat dinikmati oleh anak cucu.

29 CERITERA Maksud:
Cerita

Aplikasi dalam ayat[Tema:Remaja Berwawasan]
Sebagai remaja berwawasan, kita sepatutnya tidak
terpengaruh dengan ceritera palsu yang berlegar-legar
dalam kalangan masyarakat.
30 INTI PATI Maksud:
Bahagian yang penting

Aplikasi dalam ayat[Tema:Remaja Berwawasan]
Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan inti
pati yang wajar difahami dan dihayati oleh seluruh
warga Malaysia
31 BERIJTIHAD Maksud:
Memberikan tafsiran berdasarkan peraturan tertentu

Aplikasi dalam ayat[Tema:Remaja Berwawasan]
Remaja mesti mengkaji sesuatu isu agar mampu
berijtihad apabila ditanyakan tentang sesuatu isu oleh
orang luar.
32 MENGHADAP Maksud:
Menghala, mengarah

Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]
Kita perlu menghadap serta mendepani sesuatu perkara
dengan cara yang rasional.
33 BELASUNGKAWA Maksud:
ucapan takziah

Aplikasi dalam ayat:
Kami mengucapkan belasungkawa kepada keluarga Ali
atas kematian anak tunggal mereka
34 KENDATIPUN Maksud:
Meskipun

Aplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]
Kendatipun pendapatan kita sekadar cukup-cukup
makan, kita seharusnya menyimpan sebahagian
daripada pendapatan sebagai tabungan.
35 SIGNIFIKAN Maksud:
Penting

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Lumba Haram]
Langkah-langkah signifikan perlu dilakukan untuk
membasmi gejala lumba haram dalam kalangan remaja


36 TERAMPIL Maksud:
Cekap dalam melaksanakan sesuatu

Aplikasi dalam ayat[ Tema: Remaja Berwawasan]
Sifat terampil merupakan ciri yang perlu ada pada
seorang remaja yang berwawasan.

37 PROGNOSIS Maksud:
Ramalan,telahan

Aplikasi dalam ayat [Tema:Ponteng Sekolah]
Prognosis yang tepat dalam menilai keperibadian rakan
sebaya perlu ada dalam memilih rakan sebaya.

38 PROKLAMIR Maksud:
Pengisytiharan

Aplikasi dalam ayat[Tema:Bangunan Bersejarah]
Kerajaan telah memproklamir Melaka sebagai Bandar
Raya Bersejarah.
39 TRAGEDI Maksud:
Peristiwa yang menyedihkan

Aplikasi dalam ayat[ Tema: Lumba Haram]
Menjadi suatu tragedi yang menyedihkan apabila
golongan remaja yang terlibat dengan lumba haram
mencambah biak gejala sosial lain seperti seks bebas
dan penagihan dadah.

40 KULAWARGA Maksud:
Keluarga

Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]
Kulawarga dewan sekalian,
Tajuk pidato saya pada hari ini ialah, Peranan Remaja
dalam Menyemarakkan Semangat Kejiranan.
41 JALUR LEBAR Maksud:
Rangkaian yang mempunyai julat yang besar

Aplikasi dalam ayat[Tema:Teknologi Maklumat]
Kemudahan jalur lebar yang disediakan oleh kerajaan
dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat
42 NIHILISME Maksud:
Fahaman yang menolak nilai

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial Remaja]
Remaja yang terlibat dalam gejala sosial mengamalkan
nihilisme dalam kehidupan mereka
43 MOBILITI Maksud:
Perihal mudah bergerak dan digerakkan

Aplikasi dalam ayat[Tema: Ponteng Sekolah]
Masyarakat berilmu pengetahuan akan bermobiliti kea
rah kecemerlangan

44 HEDONISME Maksud:
Pandangan hidup yang mementingkan keseronokan

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial Remaja]
Remaja perlu dinasihati agar tidak mengamalkan budaya
hedonisme dalam kehidupan mereka.

45 FRANCAIS Maksud:
Kebenaran oleh pengeluar untuk memasarkan
barangannya

Aplikasi dalam ayat[Tema: Pelancongan]
Agensi pelancongan boleh mengaplikasikan konsep
francais untuk mempopularkan produk dan
perkhidmatan mereka kepada pelancong asing.

46 SAF Maksud:
Baris

Aplikasi dalam ayat[Tema: Lumba Haram]
Remaja perlu menyusun saf agar dapat bergerak seiring
menangani gejala lumba haram yang semakin
mencengkam pada hari ini.

47 PARADIGMA Maksud:
Model yang jelas tentang sesuatu

Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]
Kita perlu melakukan anjakan paradigma untuk
merubah senario negatif yang membelenggu golongan
muda negara ini.

48 KODIFIKASI Maksud:
Kegiatan menyusun maklumat

Aplikasi dalam ayat[Tema:Membaca]
Remaja yang berpengetahuan mampu melakukan
kodifikasi apabila membaca bahan bacaan daripada
pelbagai sumber.


49 ENTENG Maksud:
Ringan, mudah

Aplikasi dalam ayat[Tema:Gejala Sosial]
Sikap masyarakat yang memandang enteng gejala
ponteng sekolah menyebabkan golongan remaja beraja
di mata , bersultan di hati.

50 CAKNA Maksud:
Ambil berat

Aplikasi dalam ayat[Tema:Gejala Lumba Haram]
Ibu bapa perlu cakna akan perubahan yang berlaku
dalam diri anak-anak mereka.

51 TUNTAS Maksud:
Menyeluruh dan lengkap

Aplikasi dalam ayat[Tema: Dasar 1 Murid 1 Sukan]
Tuntasnya, Dasar 1 Murid 1 Sukan mampu memupuk
minat bersukan dalam kalangan murid-murid sekolah..

52 IZHAR Maksud:
Jelas

Aplikasi dalam ayat[Tema:OKU]
Izharnya, golongan orang kurang upaya turut membantu
perkembangan ekonomi negara Malaysia.

53 AFDAL Maksud:
Lebih baik

Aplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]
Prakarsa yang afdal bagi menggalakkan anak-anak
menabung ialah ibu bapa membuka akaun simpanan di
bank untuk anak-anak.

54 JERAYAWARA Maksud:
Pameran, ceramah

Aplikasi dalam ayat:
Jerayawara secara progresif perlu diadakan ke seluruh
negara bagi menerangkan keburukan gejala lumba
haram.




55 REKAYASA Maksud:
Penerapan unsur-unsur ilmu

Aplikasi dalam ayat[Tema:Guru]
Guru yang berkesan mampu melakukan rekayasa
melalui pelbagai medium dan kaedah pengajaran di
dalam kelas.

56 EGOSENTRIK Maksud:
Mementingkan keperluan diri

Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]
Sikap egosentrik yang ada di dalam diri menyebabkan
masyarakat bandar tidak mengamalkan semangat
kejiranan.

57 ADIWANGSA Maksud:
Bangsa mulia

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial]
Remaja yang mampu menongkah arus kebejatan sosial
akan menjadi adiwangsa yang mengharumkan nama
negara..

58 EGALITARIANISME Maksud:
Fahaman bahawa semua orang sama rata

Aplikasi dalam ayat[Tema: Perpaduan]
Konsep 1 Malaysia mampu merealisasikan
egalitarianisme dalam pembudayaan budaya dan
bahasa

59 ATMA Maksud:
Jiwa

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial Remaja]
Sementelahan , generasi muda pada hari ini mengalami
gangguan atma sehingga menyebabkan mereka tidak
memikirkan baik buruk sesuatu perkara.

60 BOBROK Maksud:
Rosak, binasa

Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial]
Masyarakat yang bobrok akhlaknya akan merugikan
negara.



61 PENGITLAKAN Maksud:
Membuat rumusan

Aplikasi dalam ayat[Tema: Bangunan Bersejarah]
Sebagai pengitlakan, kita seharusnya berganding bahu
memulihara bangunan bersejarah untuk memastikan
generasi hari muka dapat mewarisinya.

62 EFISIEN Maksud:
Berkesan

Aplikasi dalam ayat[Tema: Pendidikan Vokasional]
Langkah yang efisien mampu memperkasakan
pendidikan vokasional di negara ini.

63 GELANDANGAN Maksud:
Merempat

Aplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]
Amalan menabung sejak kecil mampu merubah
kehidupan gelandangan menjadi lebih baik.

64 MUASIR Maksud:
Kontemporari, semasa

Aplikasi dalam ayat[Tema:Membaca]
Muasir ini, budaya membaca dalam kalangan rakyat
Malaysia telah meningkat.

65 SIMBIOSIS Maksud:
Perkaitan hidup antara dua atau lebih organisma

Aplikasi dalam ayat[Tema: OKU]
Sememangnya simbiosis antara kerajaan dengan rakyat
mampu menghasilkan sinergi yang merubah senario
masyarakat.

66 PIDANA Maksud:
Kejahatan

Aplikasi dalam aya[Tema: Gejala Sosial]
Anak-anak terdorong untuk melakukan pidana dek
galakan rakan-rakan sebaya.




67 NINGRAT Maksud:
Orang mulia

Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]
Remaja seharusnya berusaha menjadi golongan ningrat
yang akan membanggakan nama ibu bapa dan negara.

68 JEMBEL Maksud:
Miskin

Aplikasi dalam ayat[Tema: Krisis Makanan
Antarabangsa]
Seharusnya kita membantu negara-negara jembel di
Afrika yang mengalami krisis makanan

69 MURBA Maksud:
Rakyat jelata

Aplikasi dalam ayat[Tema: Sukan]
Sebagai golongan murba, kita seharusnya menyokong
Dasar 1 Murid 1 Sukan.

70 PROLETAR Maksud:
Kaum yang suka membunuh/ membuat kacau

Aplikasi dalam ayat[Tema:Gejala Sosial]
Kita seharusnya memerangi gejala buli dan ponteng
sekolah kerana kita tidak mahu melihat generasi akan
datang menjadi masyarakat proletar.