Anda di halaman 1dari 26

1

b
a
h
a
g
i
a
n

s
a
t
u
BAB 1 Pengertian Seni Visual
Pengkaryaan dan Perekaan
Apresiasi Seni Visual

BAB 2 Peranan Seni Visual
Peranan Psikologi
Peranan Sosiologi
Penaongan

2
Secara khusus defnisi seni dapat dilingkungi
dengan pengertian yang paling umum tentang
seni iaitu kehalusan. Menurut Kamus
Dewan (2005), pengertian seni ialah karya
(sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan
bakat (kecekapan), kebolehan mencipta
sesuatu (lukisan, ukiran, dan lain-lain) yang
indah-indah; Persoalannya Seni termasuk
disiplin seperti muzik, kesusasteraan, seni
persembahan dan seni-seni yang lain.
Sementara itu seorang ahli falsafah klasik
bernama Schopenhauer dikatakan adalah
orang yang pertama menyatakan bahawa
semua cabang seni dapat disesuaikan
dengan seni muzik. Maksudnya ialah segala
irama dan lagu itu disesuaikan kaedah-
kaedah lain dengan kesesuaian dengan
ilmu seni muzik, iaitu seni telah melahirkan
bentuk-bentuk yang menyenangkan. Alunan
muzik menyenangkan pendengaran si
pendengar, seni visual menyenangkan mata
memandang, seni sastera melalui kata-kata
menyenangkan kepada membaca.
Menurut Wikipidia, seni adalah produk
melalui proses yang dirancang bagi
menentukan sesuatu matlamat, ianya
bertujuan untuk mempengaruhi dan
menjejaskan sesuatu dari segi pancaindera,
emosi , dan intelek . Kegiatan seni merangkumi
pelbagai bentuk kegiatan manusia iaitu
untuk rekreasi. Bentuk-bentuk seni melalui
ekspresi termasuklah muzik, sastera, flem,
fotograf, arca, dan lukisan. Pengertian
seni ini dibahaskan dalam cabang falsafah
yang dikenali sebagai estetika , dan bahkan
disiplin ilmu seperti sejarah dan psikologi
menganalisis hubungannya dengan kegiatan
manusia. Secara tradisional, seni istilah
digunakan untuk merujuk pada setiap
keterampilan atau penguasaan. Secara
umum, seni dibuat dengan tujuan untuk
merangsang fkiran dan emosi.
Britannica Online mendefnisikan seni
sebagai penggunaan kemahiran dan
imaginasi untuk penciptaan objek estetik,
persekitaran, atau pengalaman yang boleh
1.1. AMRON OMAR
Potret Diri (1989)
Cat Minyak atas Kanvas
Balai Seni Lukis Negara
PENGERTIAN SENI VISUAL
3
dibahagi kepada orang lain.
Herbert Read (1960) mendefnisikan
seni adalah sebagai usaha-usaha seniman
untuk mencipta bentuk-bentuk yang
menyenangkan. Menurutnya lagi bentuk-
bentuk yang dimaksudkan ialah kesedaran
melahirkan keindahan kata, keindahan
rasa, keindahan dengar melalui penemuan
kesatuan atau harmoni dalam hubungan
bentuk-bentuk dalam kesedaran persepsi
manusia. Kenyataan tentang kesedaran
tentang keindahan merupakan antipati kepada
pengertian seni secara khusus. Seperti kata
Sidi Ghazalba (1977), bentuk-bentuk yang
menyenangkan itu memuaskan penghayatan
keindahan dan penghayatan itu dipuaskan
manakala kita mampu mengapresiasi
kesatuan hubungan-hubungan formal antara
persepsi penghayatan. Dengan demikian
kesenian itu ada berkait rapat dengan
keindahan.
Persoalan keindahan telah lama ahli-ahli
falsafah klasik bincangkan. Misalnya ahli
falsafah Socrates telah pemikiran tentang
keindahan. Beliau menyoal apakah yang
berada dalam objek yang menyebabkan benda
itu indah?. Plato misalnya memandangkan
keindahan dalam teorinya tentang metafzik
iaitu keindahan ialah realiti yang benar
iaitu sejenis hakikat (essence) yang kekal
tidak berubah-ubah. Menurut Plato setiap
barang yang indah adalah menyertai hakikat
keindahan dan harmoni, kadar banding dan
simetri adalah bentuk keindahan. Immanuel
Kant secara khusus telah membuat kajian
ilmiah dan psikologi tentang teori estetik
yang secara terang mengkaji nilai keindahan.
Secara nyata beliau menyatakan bahawa
rasa atau kesenangan estetik adalah tidak
mengandungi kepentingan tertentu, ianya
lahir dari semula jadi.
Dalam buku Education Through Art,
Herbert Read (1958) membuat banyak
persoalan tentang pengertian seni.
Menurutnya pendefnisian seni sangat sukar
difahami dalam sejarah pemikiran manusia
kerana ianya berkonsep metafzik. Beliau
mengaitkan pernafasan manusia dengan
irama muzik. Secara langsung seni itu terlibat
melalui persepsi, pemikiran dan tindakan
manusia. Beliau juga kaitkan seni sebagai
Form atau bentuk. Kenyataan Herbert
Read (1958) What is art? But we can say, to
begin with, that common to all works of art is
something we call FORM. Beliau menyatakan
jika seseorang bermain dengan baik, atau
berjalan dengan baik, atau melakukan apa
saja dengan baik, kita katakan bahawa ia
adalah dalam bentuk yang baik. Dengan ini
bererti mereka melakukan apa yang mereka
berusaha untuk melakukan sebaik-baiknya.
1.2. PEREKA BENTUK
pereka bentuk juga adalah se-
bagai pengkarya dalam Seni
Visual.
1.3. REKA BENTUK BASIKAL
Reka bentuk Indrustri merupakan
salah satu perekaan yang memberi
kesan konsep form
4
Ini bermakna bahawa tubuh mereka berada
dalam kondisi yang baik, bahawa mereka
melihat dan mendengar dan bertindak
cepat dan cekap. Jika kita menggunakan
kata yang sama tentang menyanyikan lagu
atau bermain biola atau bertindak dalam
memainkan, maka kita sudah menggunakan
Form atau bentuk dalam kaitannya dengan
seni. Oleh yang demikian beliau menerangkan
bahawa bentuk seni adalah penglibatan
antara seniman dengan karyanya. Seniman
akan menghasilkan karya-karya seni dalam
bentuk-bentuk yang menyenangkan.
Pengertian seni telah menjadi
perbincangan di kalangan tokoh-tokoh
seni misalnya seorang tokoh terkenal dari
Rusia dalam abad ke-19 iaitu LeoTolsoi
dalam bukunya bertajuk What is Art? Yang
diterbitkan dalam tahun 1869. Belaiu telah
mengemukakan tentang persoalan seni.
Persoalannya adakah pengertian seni itu
bermula dengan karya seni atau seniman itu
sendiri. Nathan Knobler dalam Dialog Seni
Tampak terjemahan Zakaria Ali (1985) telah
menyatakan perbezaan dari segi takrif seni
tertumpu kepada dua bidang utama:
1. Pendapat yang menganggap
karya seni semata-mata sebagai
pengucapan diri dan penyampaian
idea dan emosi.
2. Pendapat yang memandang karya
seni sebagai objek untuk diamati
selaku benda yang khas tanpa adanya
rujukan kepada bidang pengalaman
yang lain, dan jika pun ada hanya
sedikit sahaja.
Oleh yang demikian, persoalan pertanyaan
yang berkehendakkan jawapan kepada
pengertian seni itu sudah hampir terjawab.
Personalnya paling asas ialah apakah
karya atau objek seni ditakrifkan sebagai
pentakrifan seni ataupun seniman yang
terlibat itu dirangkumkan sebagai takrif seni.
1.4. ABDUL GHANI
Pemandangan (2005)
Cat air
Peribadi
5
Tertarik dengan kata-kata Fichner.L & Rathus
dalam bukunya bertajuk Understanding
Art (2004), menyatakan bahawa ramai ahli
falsafah berpendapat bahawa seni tidak
mempunyai fungsi tertentu sebaliknya seni
itu adalah untuk kepentingan diri sendiri
semata-mata. Mereka telah menegaskan
bahawa ada sesuatu tentang esensi seni
yang terlalu melampaui keasyikan manusia
berbanding dengan aspek kegunaan. Oleh
yang demikian mereka mencuba untuk
menganalisis seni secara dekat, salah satu
ialah melihat kekaguman dan keindahan
dalam kandungan karya seni itu. Namun,
pemahaman kita dan apresiasi seni sering
dapat dipertingkatkan dengan mengajukan
soalan berikut; Mengapa ini diciptakan?
Apakah tujuannya? Pada pandangan
Fichner.L & Rathus, mungkin kita tidak akan
sampai pada satu tahap pendefnisian seni
yang tepat, tetapi kita boleh terima untuk
memahami seni dengan mengetahui apa yang
ada pada seni dan apa yang tiada pada seni?.
Untuk menjawab beberapa soalan itu saya
tertarik dengan apa yang diperkatakan dalam
buku Art Forms edisi ke-6 yang menyatakan
bahawa seni itu ialah kecantikan, sebagai
contohnya ialah kebenaran dalam kehidupan
itu sendiri. Banyak kamus mendefnisikan
seni adalah indah, menarik, atau lebih
daripada kepentingan biasa. Karya seni
merupakan ekspresi estetik dari sebuah idea
atau pengalaman yang dibentuk dengan
kemahiran melalui penggunaan media dan
teknik. Media adalah bahan tertentu yang
dipilih bersama-sama dengan kemahiran
teknik-teknik tertentu. Pengkarya memilih
media dan teknik untuk menyampaikan idea-
idea dan perasaan yang mereka. Ketika media
dan teknik digunakan maka lahirlah objek
atau persembahan yang memberi sumbangan
dalam bentuk apresiasi ataupun memberi
fungsi dalam kehidupan, itulah hasil dari
produk akhir sesebuah karya seni sama ada
dalam bentuk pengkaryaan atau perekaan.
Pandangan Aaron Scharf dalam bukunya
bertajuk Introduction to Art (1971) telah
membuat beberapa soalan bagi menentukan
sesebuah karya seni, beliau meminta kita
membayangkan sebuah catan dan jangan
1.5. PELUKIS
pelukis memilih media untuk melahirkan idea-idea dan memberi sumbangan
dalam bentuk apresiasi atau pun fungsi seni dalam kehidupan.
6
meragui lagi, maka itulah yang dipanggil
sebagai sebuah karya seni. Katakanlah
tiba-tiba seseorang datang dan mencabar
kita dan berkata: Ini bukan sebuah karya
seni?. Oleh yang demikian beliau membuat
beberapa soalan agar kita fkirkan tentang
karya seni. Antara pernyataan berikut, yang
berdepan dengan kualiti atau keadaan yang
diperlukan dalam suatu karya seni:
Persoalan 1: Adakah sebuah karya
seni perlu mempunyai kemahiran
menghasilkan?.
Persoalan 2: Adakah sebuah karya seni
harus sangat indah?.
Persoalan 3: Adakah sebuah karya seni
harus mampu saya untuk melihat sesuatu
yang baru?.
Persoalan 4: Adakah sebuah karya seni
yang pasti adalah dari hasil karya oleh
seniman yang telah berjaya?.
Persoalan ini sangat menarik untuk
memperkatakan pengertian seni dalam
konteks karya seni. Perbincangan persoalan
ini bolehlah dibincangkan lagi dan sudah
tentu perkara ini menjadi rangsangan
kepada kita bagi menentukan pengertian
dalam sesebuah karya seni.
Pendapat Knobler. N (1985) tentang seni
boleh menjadi kesimpulan pada persoalan
yang dibincangkan, antara lain beliau
mentakrifkan seni ialah: hasil buatan
manusia yang menggunakan bahan yang
diatur dengan mahir untuk menyuarakan
pengalaman manusia.
Berbalik kepada Seni Visual, bentuk seni
juga boleh diklasifkasikan dalam bentuk
2D, 3D dan 4D. Dalam apa juga bentuk
yang ditafsirkan tentang karya seni ianya
tidak lari dari sentuhan seorang seniman
itu sendiri sama ada dibuat dalam bentuk
pengkaryaan atau perekaan.
1.6. ARCA KARYA RAJA SHAHRIMAN
Arca merupakan bidang pengkaryaan yang dikelompak seb-
agai bidang Seni halus
1.7. REKA BENTUK KERUSI AERON
Reka bentuk merupakan bidang yang memerlukan kemahi-
ran yang tingga dari segi ciptaan. Bidang ini dikelompokkan
sebagi bidang perekaan.
7
Seni sebagai komunikasi
Sering kali kita mendengar bahawa seni
adalah sebagai komunikasi. Komunikasi
secara umumnya ialah perhubungan
antara dua elemen. Adalah sukar untuk
mentafsirkan bahawa seni sebagai
komunikasi. Adakah karya yang dilukis oleh
Syed Ahmad Jamal bertajuk Sirih Pinang
(Rajah 1.8) mempunyai komunikasi? Cuba
kita fkirkan apa yang hendak disalurkan
sebagai elemen komunikasi?. Ternyata
ada kebenaran seperti dikatakan oleh
Hayakawa bahawa bahasa visual lebih
halus dan teliti berbanding dengan bahasa
verbal, kerana bahasa visual terus disedari
dan difahami melalui penglihatan mata.
Secara langsung komunikasi telah berlaku
melalui penglihatan dan pengamatan visual.
Kenyataan Hayakawa menunjukkan bahawa
pengalaman visual kita tentang dunia ini
begitu sangat berpengaruh dan merupakan
bahasa non verbal secara semula jadi.
Dalam seni visual, pengalaman visual adalah
sangat penting. Kata-kata yang digunakan
untuk menggambarkan bahawa pengalaman
hanyalah melalui persepsi.
Sesungguhnya sebutan atau perkataan
seni visual adalah dua bahasa yang berbeza.
seni bermaksud halus dan visual bermaksud
penglihatan. Secara umumnya bidang seni
visual merangkumi pembinaan karya melalui
hal benda (subjek), aspek formal (form) dan
kandungan (content). Pengolahan karya
melalui bahasa visual (aspek formal) menjadi
komunikasi antara pengkarya dengan
penonton (pengamat) karya. Mata manusia
mempunyai sambungan tersendiri untuk
fkiran dan melahirkan emosi.
Dalam konteks seni, tafsiran seniman atau
pelukis tentang hal benda (subjek) adalah
lebih penting daripada subjek sebenar. Subjek
tidak membuat seni, sebaliknya senimanlah
mengolah subjek menjadi bentuk seni.
Sementara itu dalam bidang komunikasi
visual ternyata komunikasi menjadi elemen
utama untuk penyataan yang afektif.
Keperluan pemujukan, pengaruh dan
keterbacaan sangat mempengaruhi unsur-
unsur komunikasi itu. Unik sekali, bidang
seni ini sangat mempengaruhi komunikasi
manusia. Ternyata pada masa kini
komunikasi secara visual menjadi kekuatan
1.8. SIRIH PINANG (1982)
Syed Ahmad Jamal
Akrilik atas Kanvas
Koleksi Balai Seni Lukis Negara
8
dalam suasana kehidupan moden iaitu
melalui media elektronik.
Seni mencipta keindahan
Seni selalu menambah keindahan dalam
hidup kita. Kadang-kala, seniman telah
memandang alam sebagai standard
keindahan mereka membuat peniruan pada
alam. Seniman juga mengindahkan alam ini
dengan reka bentuk persekitaran. Orang-
orang Yunani Klasik sangat obsesi dengan
idea keindahan dan formula matematik kuno
untuk mencipta karya arca tubuh manusia
dalam mencuba melahirkan seakan-akan
tubuh sebenar ciptaan tuhan. Begitu juga
dengan pelukis di abad ke 16 iaitu Leonardo
da Vinci, dengan karya catan Mona Liza yang
dikatakan adalah antara karya yang indah dan
cantik kerana senyuman. Kecantikan Mona
Liza adalah kecantikan kewanitaan Itali pada
ketika itu. Berbanding pada tempat yang lain
seni memberi inspirasi yang indah dan cantik
melalui aksesori hiasan seperti kaum wanita
orang asli di Afrika. Mungkin keindahan
dan kecantikan seni itu berbeza dari suatu
tempat atau daerah, namun sesungguhnya
seni itu menghasilkan sesuatu yang indah
Seni itu memberi input yang indah secara
intrinsik dan lebih unggul dari yang lain.
Pandangan tentang keindahan oleh Edgar
Carritt pada tahun 1914 yang menyatakan
bahawa keindahan adalah sebagai pertalian
antara sifat objek fzikal dengan kepekaan
manusia. Sementara seorang tokoh falsafah
estetik Immanuel Kant pula berpendapat
bahawa keindahan adalah suatu gerak balas
kepada deria tampak, dengar atau sentuh
untuk memberi kesan keseronokan.
Seni meningkatkan keindahan
persekitaran
Dekorasi dalam sesebuah rumah
tentunya memerlukan keindahan dengan
mempamerkan lukisan dan gambar foto yang
menarik. Dalam sebuah kamar bilik tidur
memerlukan hiasan-hiasan dan perabot yang
cantik bagi ketenangan penghuninya. Nah,
inilah kepentingan seni sebagai dekoratif
yang menjadi pilihan ramai. Deria visual
akan terpesona dengan hiasan dan dekoratif
dari pereka bentuk dalaman menyusun dan
memilih hiasan penarik. Begitu juga ruang
halaman rumah perlu dihiasi dengan adunan
tanaman bunga dan pokok-pokok yang
menarik sebagai hiasan landskap. Kesemua
ini adalah hasil dari kerja-kerja pereka seni
hiasan dalaman dan hiasan landskap.
Mengikut sejarah, hiasan didinding telah
lama digunakan melalui hiasan mozek dan
karya-karya yang menggambarkan fora dan
fauna yang berwarna-warni. Arca menjadi
elemen yang penting untuk menambah
serikan lagi hiasan luaran dan sokongan
perabot landskap.
1.9. MONA LISA ( 1503-1505)
Leonardo da Vinci
Cat Minyak atas panel kayu
Musium Louvre Paris.
9
1.10. SYBILLE DE CUMMES
Michelangelo
Siling Sistine Chapel In the
Vatican
1.11. FOUR MARILYNS (1962)
Andy Warhol
Cetakan Sutra Saring
Seni dapat menggambarkan
situasi lebih menarik
Seni dikatakan sebagai alat yang berkuasa
dan membolehkan imej yang akan dilukis
diolah lebih menarik dari yang asal. Ramai
pelukis melukis catan fguratif dengan teliti
hingga mendapatkan kesan yang sungguh
indah dan menarik. Ramai pelukis di zaman
Renaisans telah melukis fguratif berlebih-
lebihan hingga menampakkan terlalu
sempurna. Lihat saja catan karya catan
bertajuk Sybille de Cummes pada atas
siling Sistine Chapel In the Vatican, Rome
(1508-1512) yang dilukis oleh Michelangelo
Buonarroti. Catan-catan fgura yang
bertubuh sasa yang menunjukkan manusia
yang dilukis lebih sempurna sifatnya. Ramai
pelukis akan melukis objek yang dilukis
lebih sempurna dan akan kelihatan lebih
menarik agar memberi keseronokan kepada
penghayat yang menyaksikan karya catan
itu.
Seni sebagai sumber peringatan
Monumen-monumen sejarah adalah sebagai
tempat mengingati sejarah sesuatu peristiwa
dan tokoh. Peranan lukisan, catan, arca
dan fotograf adalah menentukan suasana
memperingati itu lebih bermakna. Tugu
Negara adalah sebagai contoh sebuah arca
bagi memperingati perjuangan kepahlawanan
negara menuntut kemerdekaan.
Bagi pelukis Andy Warhol seorang seniman
catan Pop telah mengabdikan karyanya
di atas kanvas dengan karya pelakon
Hollywood wanita terkenal iaitu Marilyn
Monroe yang bertajuk Four Marilyns (1962).
Karya menggunakan teknik cetakan sutera
saring di atas kanvas telah mengingatkan
kita tentang seorang pelakon terkenal tahun-
tahun 1950-60 di layar perak.
Seni sebagai aspirasi keagamaan
Sejarah tamadun manusia menjadikan
agama sebagai cara hidup. Agama adalah
suatu kepercayaan yang dianuti oleh
10
seluruh umat manusia yang mempercayai
adanya alam ghaib iaitu adanya kuasa yang
menentukan jalan hidup dan kehidupan
selepas mati. Sejak kemunculan awal
tamadun manusia, seni telah digunakan
untuk mengekspresikan harapan untuk
kesuburan, untuk mengambil hati para dewa,
untuk melambangkan acara keagamaan
yang besar dan nilai-nilai, dan untuk memuji
langit jiwa yang telah meninggal dunia.
Upacara ritual juga di amalkan sebagai
manifestasi melalui pemujaan untuk roh
baik dan roh jahat di samping sebagai jampi
serapah untuk perubatan. Sebagai contoh
orang Mesir purba banyak menggunakan
lukisan sebagai manifestasi terhadap agama
mereka. Lukisan yang terdapat pada dinding
piramid mempunyai maksud tentang
keyakinan mereka kehidupan selepas mati
antara lukisan didinding seperti dewa, dewi,
ratu, raja dan burung. Keyakinan mereka
bahawa kehidupan selepas mati manusia
akan menjadi seekor burung.
Seni sebagai ekspresi
fantasi
Seorang Pelukis Perancis
bernama Odilon Redon
pernah berkata bahawa a
kind of drawing which the
imagination has liberated from
any concern with the details
of reality in order to allow it to
serve freely for the represen
tation of things conceived
in the mind. Seniman dapat
mengekspresikan fantasi
dalam karya-karya mereka.
Ekspresi fantasi merupakan
imaginasi yang sangat hebat
di kalangan seniman. Sama
ada dalam bidang seni
halus, komunikasi visual,
perfleman dan bidang seni
yang lain. Pendapat seorang
ahli psikologi Sigmund Freud
terhadap alam bawah sedar
memberi kesan terhadap
pelukis-pelukis. Antaranya seperti lukisan
Aliran Surealisme, antara pelukis seperti
Jonh Miro, Salvador Dali (1904-1989),Marc
Chagall dan pelukis tempatan seperti Ali
Rahmat dan Anuar Rashid yang melukis
suatu suasana bawah sedar dan fantasi.
Seni mempunyai kuasa untuk membuat
kita berfkir dan membuat kita beremosi.
Sungguhpun dikatakan hasil seni adalah
indah dan cantik namun ada karya-karya
yang bersifat kontroversi. Sifat kontroversi
ini adalah suatu yang merangsang fkiran
penghayat seni. Sama juga seniman
menggunakan imej, teknik ataupun media
sebagai untuk merangsangkan penghayat
seni. Lihat sahaja karya-karya yang dilukis
oleh Bayu Utomo Radjikin bertajuk bujang
senang kita merasai terdapat nilai intelektual
dan emosi dalam karya beliau. Karya instalasi
Zulkifi Yusuf bertajuk Dialogue II Dont Play
During to Magrib jelas melemparkan kesan
intelektual dan emosi yang ketara melalui
imej dan susunan ruang membuatkan kita
berfkir terhadap karya tersebut.
1.12. SOFT CONSTRUCTION WITH BOILED
BEANS (PREMONITION OF CIVIL
WAR) 1936
Salvador Dali
hassan mohd ghazali
Buku Seni Visual STPM
11
Seni perakam peristiwa dan
sejarah
Sejak mula melukis sebagai aktiviti
manusia, seni lukis menjadi perakam
aktiviti dan dokumentasi sejarah manusia.
Dokumentasi sejarah sejak zaman batu lagi
menggunakan artifak seni sebagai bahan
bukti, ternyata perjumpaan-perjumpaan
arkeologi mendapati manusia bertamadun
dengan adanya hasilan seni gunaan. Seni
juga berperanan merakamkan pengalaman
peribadi terutama di kalangan orang
bangsawan. Perkembangan awal lukisan
menunjukkan bahawa pelukis merakamkan
peristiwa-peristiwa penting di zamannya.
Sebagai contoh lukisan Rumah Melayu awal
dirakamkan oleh pelukis-pelukis Inggeris
yang datang ke Tanah Melayu bersama
pembesar-pembesar mereka.
Seni dalam konteks sosial dan
budaya
Sesungguhnya sesuatu bangsa itu
mempunyai budayanya tersendiri. Budaya
itu bergantung pada sejauh mana tamadun
sesuatu bangsa itu maju dan mundur.
Budaya berlaku bersama arus kesenian.
Namun kesenian dan budaya itu pula
selalunya diadunkan dengan aktiviti-aktiviti
keagamaan. Dalam konteks tamadun zaman
dahulu segala alat domestik menjadi aspek
penting sebagai alat harian dan digunakan
oleh manusia. Aspek kesenian bukan sahaja
dari aspek penggunaan malah aksesori diri
dan upacara ritual. Pada masa kita dalam
konteks sosial seni menjadi suatu budaya
manusia. Beberapa tokoh berpendapat
budaya visual yang melanda sekarang
adalah suatu revolusi seni visual. Persoalan-
persoalan yang perlu kita renungi kini ialah
bagaimana pengaruh reka bentuk atau
design dalam kehidupan harian manusia
kini. Begitu juga bagaimana pengaruh
media seperti perfleman, televison komputer
dan sebagainya menjadi budaya manusia.
Semuanya menggunakan elemen seni.
1.13. DIOLODUE II, DONT PLAY DURING
MAGRIB (1996)
Zulkifi Yusof
Instalasi
1.12. BUJANG BERANI (1991)
Bayu Otomo Radjkin
Metal dan Plaster of Paris
hassan mohd ghazali
Buku Seni Visual STPM
CONTOH
12
1.1.Pengkaryaan dan
Perekaan
Dalam konteks Sukatan Pelajaran Seni Visual
STPM, Pengertian Seni Visual merangkumi
pecahan kepada dua kumpulan iaitu:
1. Pengkaryaan
2. Perekaan.
Pengertian ini lebih tertumpu pada displin
seni visual yang merangkumi aspek teori
dan amali. Namun demikian, pengertian
yang dinyatakan sebelum ini telah banyak
membantu kefahaman terhadap konsep seni
visual. Aspek teori seni visual akan dihayati
dengan menghayati apresiasi terhadap hasil
karya-karya pengkaryaan dan perekaan.
Aspek amali memerlukan kemahiran-
kemahiran tertentu dalam menghasilkan
sebuah karya. Paling penting sesebuah
karya itu mempunyai nilai kreativiti melalui
penerokaan teknik dan bahan. Karya-karya
yang dihasilkan kebiasaannya dalam bentuk
2D atau 3D.
Sebuah karya seni visual yang berjaya
dapat menentukan persoalan subjek (hal
benda), Aspek formal (bentuk seni) dan isi
kandungan yang dapat diselaraskan dengan
baik melalui olahan teknik dan media dengan
betul.
Media adalah bahantara yang digunakan
untuk mengolah sesuatu hasil karya melalui
idea yang hendak disampaikan. Contoh
media seperti cat air, cat minyak, cat akrilik,
media campuran dan sebagainya.
Teknik adalah kaedah yang digunakan
oleh pengkarya untuk mengolah media untuk
membentuk subjek yang akan dihasilkan.
Dalam seni halus banyak teknik-teknik
digunakan, misalnya melukis menggunakan
bahan cat minyak, teknik impasto, teknik
glazing atau teknik scumbling mempunyai
kaedah dan teknik yang berbeza.
SENI VISUAL
PENGKARYAAN
SENI HALUS
KOMUNIKSI
VISUAL
REKA BENTUK
TEKNOLOGI
REKA BENTUK
PERSEKITARAN
Lukisan
Catan
Cetakan
Arca
Grafk
Multimedia
Animasi
Laman Web
Industri
Automobil
Seramik
Fesyen
Tekstil
Logam Halus
Landskap
Hiasan Dalam
PEREKAAN
1.14. Rajah Bidang Seni Visual STPM
hassan mohd ghazali
Buku Seni Visual STPM
13
1.2. Apresiasi
Apresiasi juga disamakan dengan maksud
penghayatan adalah kesedaran terhadap
nilai-nilai seni visual dan kebudayaan melalui
penilaian dan penghargaan. Apresiasi seni
visual merupakan wacana tentang apa jua
yang berkaitan dengan karya seni samada
secara bertulis atau secara lisan. Apresiasi
kebiasaan dikaitkan dengan sejarah dan
kritikan seni.
Menurut Al-Hurwitz dan Michael Day
(2012) dalam buku bertajuk Children Art
Their Art: Art Education for Elementary
and Middle Schools edisi ke 9; Kata kunci
pada aprisiasi seni ialah menghargai.
Aprisiasi juga melibatkan pengambilalihan
pengetahuan yang berkaitan dengan objek
seni, pengkarya dan media yang digunakan
untuk tatapan pengayaan seni visual dalam
sejarah melalui membangunkan persoalan
pengertian kritikan seni. Menurutnya lagi,
Apresiasi boleh bermula dengan reaksi
spontan dan intuitif, tetapi ia tidak berakhir
di situ sahaja. Satu kaedah untuk memahami
aprisiasi secara mendalam perlu ada satu
pendekatan yang berbeza untuk melihat
apresiasi seni. Cara yang prosesioanal ialah
melalui kritikan seni.
Penglibatan apresiasi melibatkan
seseorang menengetahui serta menyedari
sepenuhnya hingga kepada memberi
penilian terhadap karya seni visual. Pada
umumnya kegiatan apresiasi seni adalah
proses penghayatan pada karya dan
karyawan seni. Proses penghayatan adalah
melalui tahapan: pengamatan, pemahaman,
tanggapan, evaluasi hingga penghayatan.
Pendekatan membicarakan karya seni tidak
saja tertumbu kepada subjek dan kandungan
malah membicarakan tentang tokoh.
Kegiatan berapresiasi akan mencapai
puncak apabila terjadi kesesuaian
penghayatan antara pencipta dan pengamat,
dan pada saat itulah pengamat memperoleh
pengalaman estetik. Hal itu dapat dicapai
apabila pengamat telah memiliki kemampuan
mengapresiasi dengan benar. Oleh karena
itu persyaratan yang harus dikuasai adalah
tidak hanya melihat objek seni semata-mata,
tetapi diperlukan pemusatan perhatian,
perasaan yang cukup tajam, daya fantasi yang
cukup tinggi, peka isi kandungan karya seni
serta mampu menilainya. Setalah pengamat
mampu menyerap muatan nilai pada seni itu
maka ia akan mampu menghargainya.
Keadaan ini sesuai dengan defnisi
Dewan Bahasa dan Pustaka, Istilah Presiasi
ialah: (aprsiasi) 1. penghargaan (terhadap
sumbangan, jasa, dll seseorang atau sesuatu
pihak); 2. pengiktirafan serta penghayatan
nilai dll (sesuatu karya) sastera atau seni:
kegiatan ~ sastera spt deklamasi puisi dan
nyanyian puisi bukan lagi menjadi milik
sasterawan kota; ~ masyarakat terhadap
seni lukis masih rendah; mengapresiasi
1. memberikan penghargaan (terhadap
sumbangan, jasa, dll), menghargai; 2.
mengiktiraf dan menghayati nilai dll sesuatu
karya sastera atau seni: pengetahuan itu
dapat memudahkan kita ~ drama dan
menikmatinya dengan lebih bermakna dan
berkesan.
Apresiasi juga dipengaruhi oleh fahaman
konsep persepsi, kepekaan, tafsiran, rasa,
keutamaan, penilaian dan atau penghakiman.
Penghargaan dilebirkan dengan keindahan
dan kecantikan melalui pengalaman estetik.
Dalam falsafah estetik serta dalam kehidupan
seharian, konsep keindahan dan kecantikan
memberi penghargaan dalam karya seni
visual.
John A. Michael (1983) dalam bukunya Art
and Adolescence ada dua pendekatan dalam
apresiasi seni iaitu:
1. Pendekatan secara logik
2. Pendekatan secara psiklogi
Pendekatan secara logik:
1. Kaedah Penerangan: seperti melalui
pembacaan, mengkaji, tinjauan
teknik melukis proses, nilai estetik
dan penaruh
2. Kaedah Pemerhatian: Lawatan Ke
Balai Seni Visual, menonton flem,
melihat gambar dsb
CONTOH
14
3. Kaedah Perbandingan: Analisis,
penilaian, perbandingan dengan
sesuatu karya
4. Kaedah Produk: membuat semula
mengikut gaya pelukis, bekerjasama
dengan pelukis.
Pendekatan secara psikologi
Pendekatan ini merangkumi perkara-
perkara yang lebih menjurus kepada
perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan
perasaan dalaman kepada penghasilan dan
penghayatan sesuati karya seni. Melalui
pendekatan ini akan dapat meninggalkan
satu pengalaman yang amat berkesan dan
mendalam terhadap penghayat. Secara ini
akan lebih realistik dan dapat menerima
maklum balas dan pendapat orang lain.
Kesan tindakbalas akan lebih terserlah
terhadap bahan serta alat yang digunakan.
Cadangan aktiviti kaedah ini ialah
perbincangan dan diskusi seni, kritikan
seni, pameran, menghasilkan buku skrap
dan sebagainya.
Kaedah melihat Karya seni
Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada
kaedah:
1. Hedonistic kaedah ini adalah kaedah
menyatakan secara spontan dengan
perasaan yang telus sepert suka,
gemar, tidak suka
2. Kontekstualistik pemerhatian dibuat
secar ilmiah, sistematik. Kaedah ini
memerlukan seseorang mempunyai
pengetahuan dari aspek sejarah dan
pentahui ilmu seni visual
3. Organistik kaedah ini menjurus
pada aturan atau system yang
teracang mengikut kreteria seni visual.
Misalnya membicarakan karya dalam
aspek formal.
4. Normistik merujuk pendekatan aspek
nilai agama, budaya dan masyarakat
5. Elektik kaedah ini lebih berbentuk
bersepadu dan holistic. Biasanya
kaedah ini adalah pemerhatian secara
rawak
1.15. BALAI SENI VISUAL NEGARA
Terkumpulnya karya Seni Visual
1.16. MUZIUM NEGARA
Koleksi budaya Negara
hassan mohd ghazali
Buku Seni Visual STPM
hassan mohd ghazali
Buku Seni Visual STPM
CONTOH
15
Seni visual melibatkan sentuhan kreativiti
dari kalangan pengkarya samada pelukis,
pereka cipta atau pun pandai tukang.
Sentuhan kreatif melibatkan secara dalaman
dan pengaruh persekitaran, namun karya
yang dilahirkan secara kreatif itu tidak akan
Berjaya sekiranya tidak diperagakan dan
dimiliki oleh pengemar. Secara umumnya
karya-karya seni visual melibatkan seni
halus, reka bentuk komunikasi visual, reka
bentuk industry, reka bentuk persekitaran
dan kraf adalah cantuman dari kemahiran
bakat melalui eksplorasi dan kajian.
Kebanyakan karya seni visual adalah
memiliki keaslian dan mempunyai identiti
tersendiri, justru karya-karya ini mempunyai
keistimewaan. Pengkarya memerlukan
minda untuk berfkir kearah penghasilan
yang bermutu tinggi. Siperti kata pelukis
agung Michelangelo pelukis menggunakan
minda untuk melukis tidak tidak hanya
melukis menggunakan tangan. Kenyataan
ini Nampak jelas bahawa unsur psikologi
banyak mempengaruhi dalam penghasilan
karya seni visual. Faktor persekitaran
adalah membantu untuk merangsangkan
minda pengkarya untuk mendapatkan
hal benda atau subjek metter akan akan
dihasilkan. Ambil contoh pereka bentuk
kereta Valkswagen bernama Profesor Dr.
Ferdinand Porsche mencipta keretakan
dalam tahun 1939 melalui pemerhatian imej
kumbang lady bird. Atas desakan keperluan
peperangan perang dunia kedua kereta
ini dihasilkan secara inovatif dengan tidak
mengguna campuran bahan air pada engine
kereta itu. Kereta itu mendapat sambutan
daripada penduduk Jerman, malah seluruh
dunia.
Peranan seni visual terhadap perkembagan
tamadun manusia begitu menonjol
hinggalah pada masa kini zaman industry
kreatif dan inovasi mendapat tempat dalam
sector ekonomi sesebuah Negara. Peranan
psikologi, sosologi dan peranan penaungan
atau pengemar seni visual menjadi factor
penting dalam suasana penciptaan dan
perekaan karya seni visual.
1.17. KUMBANG
Sumber inspirasi untuk reka bentuk
kereta Valkswagen
1.18. KERETA VALKSWAGEN
Pereka bentuk oleh
Profesor Dr. Ferdinand Porsche
CONTOH
hassan mohd ghazali
Buku Seni Visual STPM
hassan mohd ghazali
Buku Seni Visual STPM
PERANAN SENI VISUAL
16
2.1. Peranan Psikologi
Efand A.D (2002) dalam buku bertajuk
Art and Cognition telah menyatakan
bahawa sejak zaman dahulu lagi ramai
yang menyatakan apabila menyebut bidang
pemikiran maka mereka akan menyatakan
tokohnya ialah Einstein atau Newton
dan tidak menyebut pelukis Rembrandt
atau Picasso. Ini adalah kerana mereka
menggangap bahawa kerja-kerja seni visual
tidak melibatkan kognitif atau minda dan
jauh sekali melibatkan bidang psikologi.
Persoalan ini adalah kerana bidang psikologi
melibatkan intelektual dan menggunakan
kognitif.
Efand mengaitkan kenyataan Plato
mengenai mimesis iaitu peniruan
dikalangan pelukis yang dianggap rendah
nilainya. Kenyataan Plato itu menjadi titik
tolak kepada perbincangan selanjutnya
mengenai peranan pengkarya atau pelukis
dalam penghasilan karya. Begitu juga
beliau mengaitkan peranan pemikiran,
intelktual dan psikologi dalam menentukan
penghasilan sebuah karya dan produk seni.
Sekiranya kita melihat karya seni dari sudut
keindahan dan kecantikan maka secara kasar
tidak ada langsung unsur-unsur intelektual
yang dapat dilihat. Lihat sahaja sebuah
karya Mohd Sallehuddin bertajuk Membeli
Belah Di Kampung (1959) Koleksi Balai Seni
Visual Negara. Karya tersebut penuh dengan
unsur psikologi yang melibatkan sentuhan
perasaan perpaduan yang diperlukan
pada masa awal keperdekaan Malaysia.
Disamping itu terdapat kritikan sosial yang
melambangkan ekonomi, sosial dan etika.
Di tinjau dari aspek makna psikologi (dari
bahasa Yunani Kuno: psyche = jiwa dan
logos = kajian mengenai sesuatu. Psikologi
merujuk kepada mengkaji ilmu yang
mempelajari tingkah laku dan proses mental.
sejarah awal psikologi adalah bermula sejak
zaman Yunani purba dan ahli falsafah yang
terkenal ialah Plato dan Aristotal. Pada masa
itu persoalan-persoalan dikemukakan untuk
melahirkan buah fkiran yang bernas bagi
menentukan perkara yang logik.
Menurut kamus dewan edisi empat
menyatakan psikologi ialah kajian tentang
proses mental dan pemikiran, terutamanya
berhubung dgn perlakuan manusia dan
haiwan
Wilhelm Maximilian Wundt adalah
bapa eksperimental psikologi (experimental
psychology) yang telah mengakaji
pengalaman sedar dalam diri manusia.
Menurut beliau tiga komponen yang lahir
dalam diri pengalaman sedar manusia iaitu:
1. Sensasi yang meliputi penglihatan,
bunyi, bau dan rasa.
2. Imej adalah berdasarkan kepada
pengalaman atau peristiwa dan
3. Afektif adalah perasaan reaksi emosi
seperti cinta, kasih sayang, cemburu
dan bahagia.
Sebenarnya eksperimental psikologi
secara langsung melibatkan bidang seni
visual, kerana ianya menyentuh persoalan
emosi, sensitiviti, motivasi dan persepsi.
Abd Majid dan Rahil (1997), menyatakan
pakar-pakar psikologi mengasaskan teori-
1.19. MEMBELI BELAH DIKAMPUNG
(1959)
Mohd Sallehuddin
17
teori yang diutarakan dengan tujuan untuk
memahami diri manusia dari segi kehidupan.
Untuk mencapai matlamat ini, empat objektif
telah dikemukakan sebagai jalan kearah
mencari jawapan iaitu:
1. Memperihalkan (describe),
2. Menerangkan (explain)
3. Mengawal (control)
4. Meramalkan (predict)
Dalam konteks seni visual pengkarya
akan melihat dari sudut isu atau hal benda
dalam menangani tentang memperihalkan
dan apabila mengharya melahirkan karyanya
secara langsung telah menunjukkan
pengkarya itu menerangkan. Semasa proses
berkarya, pengkarya akan memilih dan
menapis imej atau isu yang akan ditonjolkan
disitulah timbulnya mengawal. Dak akhirnya
apabila karya itu akan diperagakan karya
itu akan di kritik dari segi konsep pengkeriti
iaitu meramalkan apa yang diperkatakan
oleh pengkarya.
Bagi menghadapi persoalan psikologi
dalam seni visual secara tidak langsung
isu berkaitan dalaman diri (jiwa) pengkarya
menjadi fokus utama apabila melihat karya-
karya yang dihasilkan. Persoalan sensitiviti,
emosi, imeginasi, ekpirasi dan kreativiti
adalah menjadi perbincangan tentang hasilan
karya. Tanpa ada rasa psikologi pengkaraya
tidak dapat berfkir dan melahirkan karya
yang berjaya. Berfkir ialah keupayaan
memindahkan kemahiran yang sedia ada
kepada situasi lain. Para pakar Ilmu Psikologi
mengakui bahawa terdapat dua cara berfkir
iaitu:
1. Berfkir cara analitikal-logikal, dan
2. Berfkir cara kreatif.
Cara berfkir analitikal-logikal menjurus
kepada reaksi atau tindak balas yang
dikehendaki oleh pihak pencabar. Hanya
satu jawapan yang betul, dalam konteks ini.
Langkah ini membentuk sikap konfrmiti
akan persekitaran yang terhad, tanpa berani
mengemukakan idea-idea baru.
Sementara itu, cara berfkir kreatif
lebih terbuka dan yakin bahawa banyak
jawapan yang dapat diajukan untuk setiap
persoalan. Pemikiran kreatif turut mencabar
penyelesaian yang sedia wujud demi
pencarian dan pilihan penyelesaian atau idea
baru. Pemikiran cara ini mengetengahkan
serta mencuba gagasan segar dan baru,
malah mungkin akan menyeleweng
daripada kelaziman. Jawapan-jawapannya
bukan sahaja pelbagai, malah lebih positif.
1.20. TARGET WITH FOUR FACE S,
(1955)
Jasper Johns
18
Dalam realiti kehidupan, pemikiran kreatif
lebih berdaya saing dan berdaya tahan
apabila berhadapan dengan cabaran dan
kemungkinan. Di sinilah kebiasaan berlaku
pada pengkarya seni visual terutama bidang
seni halus.
Efand A.D (2002) sekali lagi mengangkat
peranan psikologi dalam ulasanya sebuah
karya oleh Jasper Johns bertajuk Target
with Four Face s, 1955 Encaustic and collage
on canvas with plaster casts 29 3/4 x 26 x 3
3/4 in. (75.5 x 71 x 9.7 cm.). dalam karya ini
pelukis telah menterjemahkan menggunakan
imajinasi, emosi, sensitiviti dan kreativiti
dalam karyanya. Berikut adalah bagaimana
konsep yang diutarakan oleh pelukis merujuk
kepada komentar Efan: ms 129:
Secara langsung psikologi melihat dari
aspek kognitif (minda) manusia, kerana
segala rangsangan akan salur ke otak untuk
berfungsi. Persoalan; bagaimana fungsi
Sensitiviti, Emosi, Imeginasi dan Ekspresi
melahirkan karya-karya seni visual yang
kreatif?. Kalau ditinjau fungsi otak kanan
kan otak kiri, teori menyatakan otak kanan
berfungsi sebagai hal-hal yang berkaitan
1.21. Gambarajah Anali-
sis yang dibuat
oleh Efand ter-
hadap karya catan
Target with Four
Face s
19
Emosi
Bermula dengan karya seni yang awal
diperbincangkan oleh Plato dan Aristotle,
iaitu pemikir dalam tradisi barat sering
mengulas mengenai hubungan rapat
antara seni dan emosi. Plato dan Aristotle
menyangka bahawa seni menimbulkan
atau membangkitkan emosi, miskipun Plato
tidak memberi penekanan kepentingan
emosi dalam seni, namun Aristotle telah
memberi kekuatan dan berpendapat bahawa
penimbulan emosi oleh karya-karya dramatik
tragedi boleh membantu untuk mengajar kita
tentang kehidupan. Dalam era kemudian
penekanan beralih dari penimbulan kepada
perwakilan emosi sendiri. Karya-karya yang
membangkitkan nafsu banyak dilahirkan
oleh pelukis dalam abad ke-17 dan 18 pada
zaman yang dikenali sebagai zaman Romantik
dan pasca-Romantik memperlihatkan karya
mereka menyedut menyatakan emosi sendiri
dalam karyanya dan bukannya mewakili
emosi orang lain.
Perkataan emosi adalah berasal
dari bahasa Perancis iaitu, motion, dari
mouvoir, bermaksud kegembiraan.
Sementara itu ditinjau bahasa dari bahasa
Latin iaitu emovere, dari e- (varian eks-
) luar dan movere bergerak. Namun,
kebanyak ahli falsafah menyatakan emosi
datangnya dari suasana hati. Sebagai
contoh, bila seseorang bersikap kasar,
manusia akan merasa marah. Kalau suka ia
akan dating perasaan sayang dan cinta.
Menurut Dr. Kamsiah Ismail, Emosi
adalah satu ciri jiwa manusia yang
mempamerkan perasaan- perasaan kuat
yang berpunca daripada psikologi (mental)
seseorang dan emosi dapat berlaku secara
naluri bergantung pada situasi. Beliau
juga menyatakan bahawa emosi dapat
menggambarkan perasaan yang kuat akan
sesuatu yang sangat menyenangkan atau
sangat mengganggu.
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa
proses kognitif (otak), seperti membuat
keputusan sangat dipengaruhi oleh emosi
(Barrett et al.2007). Menurut English and
English emosi adalah A complex feeling
state accompanied bycharacteristic motor
and glandular activities , iaitu suatu
keadaan perasaan yang kompleks yang
disertai karakteristik kegiatan kelenjar dan
motoris. Emosi merupakan setiap keadaan
pada diri seseorang yang disertai warna
afektif baik pada tingkat lemah maupun
pada tingkat yang luas. Warna afektif di
sini bermaksud sebagai perasaan tertentu
yang dialami pada suatu situasi tertentu,
contohnya rasa gembira, bahagia, putus asa,
terkejut, benci, tidak senang dan sebagainya.
Sementara itu Goleman (1995), pula
menyatakan kecerdasan emosi merupakan
suatu keupayaan untuk mengenal perasaan
sendiri dan individu lain. Beliau cuba
menerangkan kebolehan lain selain daripada
kecerdasan akademik yang dianggap sebagai
pelengkap kepada kebolehan kognitif yang
diukur melalui ujian kecerdasan IQ.
Sementara itu difnisi emosi dari Kamus
Oxfort online menyatakan a strong feeling
deriving from ones circumstances, mood, or
relationships with others.
Mengapa Emosi penting pada manusia?
Daniel Goleman (2005) dalam bukunya
bertajuk Emotional Intelligence edisi 10
menyatakan 7 perkara pentingnya emosi
pada diri manusia:
1. Kelangsungan Hidup (Survival): iaitu
keperluan berhubung dengan orang
lain.
2. Membuat Keputusan: Emosi dapat
membantu memb uat keputusan.
Sebagai contoh keputusan baik atau
buruk sesuatu tindakan. Menurut
kajian sekiranya system otak rasak
maka emosi tidak dapat membuat
keputusan yang baik.
3. Membuat Jangkaan / Meramal
Tingkahlaku (Predicting Behavior):
membuat jangkaan tingkah laku
sendiri dan tingkahlaku orang lain.
4. Menentukan Batasan (Boundary
Setting): Sebagai contoh apabila
20
rasa tidak selesa dengan perlakuan
seseorang, emosi akan memberi
kita isyarat. Emosi juga menjaga
kesejahteraan dari segi kesihatan
fzikal dan mental.
5. Komunikasi : Emosi membantu
manusia berkomunikasi dengan orang
lain. Sebagai contoh ekspresi wajah
dapat menyampaikan maklumat
tentang apa yang kita rasa pada waktu
itu seperti sedih, tersinggung, dan
sebagainya
6. Kegembiraan (Happiness): Cara
sebenar mengetahui yang kita gembira
apabila rasa gembira melalui raut
wajah. Apabila rasa gembira manusia
rasa puas, selesa dan mendapat nikmat.
Lebih cepat mengenalpasti emosi, lebih
mudah untuk mengenalpasti apa lagi
yang diperlukan untuk rasa gembira.
7. Penyatuan (Unity): Emosi mungkin
punca potensi utama menyatukan
umat manusia dalam pelbagai agama,
bangsa, budaya, pegangan politik.
Emosi adalah universal ianya boleh
mengahargai empati, belas kasihan,
kerjasama,kemaafan.
Emosi dalam Seni Visual
Kepentingan emosi dalam seni visual adalah
cetusan dari hati naluri perasaan pengkarya
yang dicetuskan melalui minda. Collingwood
(1958) dalam bukunya The Principle of
Art menyatakan bahawa pengkarya tidak
dapat mengetahui bentuk emosi yang dapat
dilahirkan kecuali dia meluahkan melalui
karyanya. Emosi sangat penting dalam
melahirkan sebuah karya seni. Peringkat
awal pembangunan emosi kanak-kanak
melalui aktiviti lukisan. Vanessa Gallo dalam
esei bertajuk A Closer Lookat the Importance
of Art for Your Childs Emotional Development
menyatakan Kanak-kanak seringkali
membuat aktiviti seni melalui pengalaman
emosi dan mereka begitu asyek dengan
aktiviti seni dan berkomunikasi melalui
alat dan bahan seni seperti warna. Melalui
aktiviti ini kanak-kanak akan berasa gembira
dan mengembangkan potensi emosi mereka.
Sementara Eisner (1998), telah menyatakan
bahawa aktiviti seni visual kepada kanak-
kanak memberi kepuasan langsung pada diri
mereka. Melalui interaksi antara membina
imej melalui bahan dan teknik kanak-kanak
mendapat kepuasan emosi yang hakiki.
1.22. GUERNICA (1937)
Pablo Picasso
21
Semasa Renaissance, emosi dalam lukisan
telah menyatakan melalui perwakilan
perasaan oleh angka atau perkara yang
digambarkan. Pada mulanya angka dirawat
di agak cara yang sederhana dan menjadi
lebih ekspresif sebagai gaya Baroque muncul.
Ungkapan dan pergerakan muka dan badan
melahirkan perasaan dalaman, menyatakan
fkiran dan emosi angka.
Dikalangan pelukis-pelukis, kesan emosi
sangat mempengaruhi dalam karya-karya
mereka hasilkan. Karya bertajuk Weeping
Woman (1937) oleh Pablo Picasso sangat
menampakan kesan emosi yang ketara
melalui wajah kiubisme seorang wanita yang
menangis. Picasso Berjaya menterjemahkan
situasi emosi yang hebat melalui gaya
pelukisan garisan-garisan yang tebal dan
menunjukkan wanita yang menangis dengan
memegang sapu tangan untuk mengelap
air mata. Kesan emosi ini digambarkan
oleh Picasso apabila beliau melihat kesan
pengeboman oleh pihak Jerman dalam
peristiwa Guernica dalam peperangan di
Sepanyol awam pada 26 April 1937. Beliau
juga membuat sebuah catan mural bertajuk
Guernica (1937) bagi melahirkan perasaannya
terhadap peristiwa itu. Karya catan Guernica
(1937) dilukis dalam bentuk hitam, putih
dan kelabu bersaiz 3.5 meter (11 kaki) tinggi
dan 7.8 meter (25.6 kaki) lebar. Karya ini
terletak di Muzium Reina Sofa di Madrid
Sepanyol. Picasso mengambarkan keadaan
penderitaan akibat pengeboman oleh tentera
Jerman. Dilihat imej yang digambarkan oleh
Picasso menunjukkangambaran penderitaan
manusia dan haiwan dalam peperangan itu.
Picasso secara emosi mengambarkan catan
ini dalam bentuk hitam putih bagi memberi
kesan emosi kepada pemerhati mengenai
peristiwa itu.
Karya Roy Lichtenstein, pelukis aliran Pop
Berjaya melukis watak emosi wanita dalam
karya-karyanya. Roy banyak melukis karya
dengan imej komik dan Berjaya melahirkan
kesan emosi pada raut wajah yang dilukis.
Kesan emosi sedih, gembira dan tenang
digambarkan melalui karya-karyannya.
Henri Matisse yang terkenal dalam aliran
Fauve banyak menghasilkan karya-karya
yang memberi kesan emosi. Minsalnya
karay bertajuk Portrait of Madame Matisse.
(The green line) 1905 menggunakan
media cat minyak, tempera atas kanvas
memperlihatkan wajah wanita yang tenang.
Matisse menggunakan warna dan ekspresi
1.23. WEEPING WOMAN (1937)
Pablo Picasso
1.24. Catan Guernica oleh Pablo Picasso
yang dipameikan di Muzium Reina
Sofa di Madrid Sepanyol

22
muka untuk melahirkan kesan emosi
pada karyanya. Sementara karya bertajuk
La danse (1910) menunjukan suasana
kegembiraan pada imej yang dilukis, lima
fgura berpengang tangan dan membuat
bulatan sambil menari menunjukan emosi
gembira. Karya bertajuk The Dessert:
Harmony in Red (The Red Room) 1908
mengambarkan kesan harmoni melalui
calitan warna. Dan kesan warna merah
paling ketara dalam karya ini mengambarkan
mod emosi dalam karya tersebut.
23
Sensitiviti dalam Seni Visual
Menurut kamus Dewan Bahasa dan
Pustakan (2010), sensitiviti bermaksud
keadaan sensitiviti atau kepekaan. Sesitif
membawa maksud mudah (lekas) merasai
sesuatu, lekas bergerak balas (memberikan
reaksi) terhadap sesuatu rangsangan, peka,
mudah tersinggung (perasaan, peribadi,
dll); 2. boleh memperlihatkan perubahan yg
sekecil-kecilnya (alat yg menyukat spt jangka
suhu, neraca, dll), mudah (lekas) bergerak
balas (bkn alat, mesin, dsb); kesensitifan
perihal (keadaan).
Sensitiviti dalam Seni Visual lebih kepada
tindakbalas pengkarya terhadap sesuatu
isu yang disampaikan. Pengkarya dapat
mengesan melalui tindak balas emosi
melalui sensitiviti atau kepakaannya terhdap
isu-isu. Sebagai contoh isu peperangan
dan kemanusian memberi kesan kepada
alam sekitar, maka pelukis atau pengkarya
mengahilkan sensitivity nya terhadap isu
itu. Pengkarya menyampaikan tindak balas
sensitivity melalui penyataan karya dalam
bentuk kritikan atau ekspresi diri. Secara
langsung karya yang dihasilkan adalah satu
mesej kepada penonton atas dasar kepekaan
isu yang disampaikan.
Namun demikian, sensitiviti juga adalah
kesan tindak balas penonton terhadap karya
tersebut. Missalnya mesej yang disampaikan
oleh pengkarya membawa unsur perkauman
atau keagamaan memberi reaksi nagetif
terhadap penonton karya. Oleh yang
demikian sensitif atau tidak sensitif manusia
adalah mengikut apa rangsang yang diterima.
Sementara rangsangan itu akan menibulkan
kesan perasaan dan emosi. Kebiasaannya
manusia akan merasa sesitif apabila isu-
isu yang disentuh adalah hal-hal berkaitan
persoalan politik, nasionalisme, agama,
fzikal, mental, emosi.
Sebagai pereka bentuk samada bidang
grafk, reka bentuk indutri, landskap sangat
perlukan sensitivity. Reka bentuk yang akan
dihasilkan perlu melihat suasana sensitivity
manusia. Misalnya seorang pereka pelan
rumah perlu memenuhi kehendak sensitive
budaya yang ada.
Menurut sebuah penulisan tentang
sensitiviti dalam seni bena menyatakan, If
you are sensitive to far more subtleties
than your contemporaries, you may
be highly gifted in imaginational,
intellectual, emotional, sensory or
physical realms. Your heightened
sensitivity contributes to your unusually
high capacity for creativity, intuition,
innovation and complex thought.
Lantaran itu sensitiviti sangat penting dalam
jiwa seseorang pengkarya. Kerana dengan
adanya jiwa sensitiviti itu pengkarya dapat
merasai keperluan reka bentuknya menepati
kehendak pengguna.
24
Ekspresi dalam Seni Visual
Menurut Tolstoy (1896) dalam bukunya
bertajuk What is Art? menyatakan seni
tidak boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang
hanya menghasilkan benda yang cantik atau
indah semata-mata. Kerana keindahan tidak
boleh ditafsirkan secara objektif. Menurut
beliau seni boleh ditafsirkan sebagai satu
ungkapan tentang perkongsiaan antara
perasaan (ekspresi) dan pengalaman antara
pengkarya dan kalayak. Maka Tolstoy percaya
bahawa seni adalah ikhlas dan jelas seperti
mana ungkapannya bahawa seni perlu
diserasikan dengan agama (dalam kontks
agama Kristian). Oleh yang demikian seni
yang baik dan seni yang buruk bergantung
pada ekspesi pengkarya. Oleh yang demikian
dalam seni ekspresi melibatkan mengucapan
idea melalui karya seni yang dilahirkan
menerusi pemikiran, perasaan dan emosi.
Haig Khatchadourian (1965) dengan jelas
menerangkan apa yang dikatakan ekspresi
dalam karya seni melalui penulisan beliau
bertajuk The Expression Theory of Art: A
Critical Evaluation, beliau menyatakan karya
catan adalah visual dua dimensi yang lahir
dari ekspresi melalui idea dan emosi pelukis.
Ditinjau defnisi ekspresi dalam Kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka (2010); Ekspresi
(ksprsi) pelahiran maksud (perasaan
dsb) dgn kata-kata (gerak-geri dll): tanpa
menonjolkan simbol yg berlebihan ~nya, dan
tanpa mempedulikan teknik persembahan;
mengekspresikan menyatakan atau
meluahkan perasaan, fkiran, dll.
Nelson Goodman (1976) dalam bukunya
bertajuk Languages of Art, menyatakan
bahawa agak sukar untuk menentukan
sesebuah karya seni catan itu mempunyai
nilai ekspresif samada sedih, pilu, suka dan
25
sebagainya kerana nilai karya seni adalah
bersifat metafora. Goodman lebih cenderong
untuk menentukan situasi ekspresif itu
kepada apa perkara yang dirujuk, pemujukan
dan metafora. Metafora adalah merujuk
kepada perasaan seseorang misalnya warna
kelabu ada yang menyebut warna sejuk.
Apa yang dikaitkan warna sejuk itu adalah
metafora. Kenyataan Goodman terhadap
seni adalah melambangkan bahawa sesuatu
karya seni itu adalah terhasil dari ekspresi
pengkarya melalui perasaan dan emosi.
Semasa zaman Renaissance, ekpresi dan
emosi sangat ditonjolkan dalam karya-karya
catan. Lihat sahaja karya catan Leonardi
Da Vinci. Karya catan beliau menampakan
fgura yang dengan eksprsi wajah yang
menunjukkan situasi tertantu. Ambil contoh
catan dinding bertajuk The Last Super.
Leornado berjaya mengambarkan eksprsi
pada fgura dalam karyanya.
Sebaliknya pengkarya seni visual dapat
meluahkan karya-karya seni melalui
penyataan ekspresi. Justru itu gerakan aliran
seni lukis yang menggunakan perkataan
expresion yang lebih dikenali sebagai gerakan
Ekspresionaisme dan Abstrak Ekspsionisme
26
yang berlaku di awal abad ke 20 bermula di
Jerman.Gerakan Ekspresionaisme mencapai
kemuncaknya pada sekitar tahun 1910-
1920an. Antara lain, karya-karya daripada
aliran seni ini menekankan kepada unsur-
unsur mistik, persoalan diri, penghayatan
terhadap alam dan spekulasi terhadap infniti
yang sering kali diekspresikan dalam bentuk
ketegangan rasa serta emosi yang kuat
mahupun imaginatif (Muliayadi Mahamood.
2001). Pelukis mengunakan perasaan bagi
menyempurnakan palitan catan mereka.
Mereka lebih senang menggunakan warna
dan bahan-bahan tertentu bagi membentuk
catan mereka. Paul Jackson Pollock (January
28, 1912 August 11, 1956), seorang pelukis
Amerika yang sangat terkenal dengan gaya
drip painting (titsan warna) menunjukkan
gaya yang bebas melalui ekspresif. Karya-
karya beliau tergolong dalam aliran Abstrak
Ekspresionaisme.
Di Malaysia, Pelukis Syed Ahmad Jamal
(allahyarham) telah membawa aliran ini
dengan menggunakan warna dan imej
sebagai ekspresi dalaman beliau. Menurut
Muliyadi Mahmood (2001), ciri-ciri Abstrak
Ekspresionisme yang ketara terjelma
menerusi kary-karya Syed Ahmad Jamal
seperti Angin Dingin(1959), Umpan (1959)
dan Variasi Pemandangan(1964). Dalam
karya-karya tersebut, kesan-kesan sapuan
berus yang aktif dan ekspresif dapat dihayati,
sebagaimana lazimnya dalam karya-karya
Abstrak Ekspresionisme seperti Willem de
Kooning. Ciri-ciri Ekspresionisme juga dapat
dihayati dalam karya-karya abdul Latiff
Mohidin, Ibrahim Hussein dan Ismail Zain.
Latif Mohidin menerusi siri popular Pago-
Pagi (1964) menggabungkan kajian terperinci
terhadap bentuk tumbuh-tumbuhan dengan
bentuk-bentuk seni bina Asia Tenggara
(Muliayadi Mahamood. 2001).