Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA PROGRAM BIJAK SIFIR

TARIKH
14 HINGGA 24 JULAI 2014

TEMA
SIFIR, MEMPERKASA MATEMATIK

TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN (f) LURAH BILUT

ANJURAN BERSAMA
PANITIA MATEMATIK SEKOLAH KEBANGSAAN (F)
LURAH BILUT



1.0 PENGENALAN

Alhamdulillah, segala pujian dan syukur buat al-Khaliq yang Maha
Pengasih dan Maha Penyayang di atas segala rahmat yang diberikan.
Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting
dalam kehidupan murid-murid hari ini. Maka, ia perlu diberi penekanan yang serius
oleh semua pihak termasuk pihak pentadbiran dan guru-guru. Kemahiran mengingati
sifir amat penting bagi setiap murid untuk menguasai mata pelajaran Matematik
kerana sifir sentiasa digunakan dalam mata pelajaran Matematik. Hampir setiap
kemahiran dalam mata pelajaran Matematik memerlukan murid mengusai sifir
dengan baik.
Program ini akan diadakan selama dua minggu, di mana murid-murid yang
terlibat akan diberi satu buku Bijak Sifir yang memerlukan mereka untuk
mendapatkan tandatangan guru, ibu bapa dan juga rakan sebaya. Bagi mendapatkan
tandatangan tersebut, murid-murid perlu membaca sifir tanpa melihat buku sifir
di hadapan guru dan rakan mereka. Sasaran sifir yang ditetapkan ialah sifir 2, sifir
3, sifir 4, sifir 5, sifir 6 sifir 7, sifir 8 dan sifir 9. Ini bermakna, murid-murid perlu
mendapatkan sebanyak 18 tandatangan.Murid-murid yang berjaya mendapatkan
semua tandatangan dalam tempoh yang diberi akan diberi cenderamata.

2.0 RASIONAL
Rasional program ini diadakan bertujuan untuk membantu murid menguasai
sifir dan memudahkan murid menguasai kemahiran yang terdapat dalam mata
pelajaran Matematik yang memerlukan penggunaan sifir.



3.0 MATLAMAT
Program ini bertujuan untuk memupuk semangat belajar murid khususnya
dalam mata pelajaran Matematik dan meningkatkan kemahiran mengingati sifir. Di
samping itu, ia dapat membantu meningkatkan minat dan motivasi murid terhadap
mata pelajaran Matematik.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Menguasai kemahiran mengingati sifir 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9.
4.2 Memberi kesedaran kepada murid kepentingan penguasaan
Matematik dalam kehidupan.
4.3 Mendisiplinkan diri dengan sikap bertanggungjawab, berdedikasi
dan berbudi pekerti mulia.

5.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran terdiri daripada murid-murid tahun 3 Arif, dan 4
Arif Sekolah Kebangsaan Lurah Bilut.

6.0 TEMPAT, MASA DAN TARIKH
Tempat : Kelas 3 Arif dan 4 Arif.
Masa : 10.10 hingga 10.30 pagi (waktu rehat)
Tarikh : 14 Julai hingga 24 Julai 2014

7.0 SENARAI AHLI JAWATAN KUASA
Penaung :Pn Zainah Abu Bakar
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan (f)
Lurah Bilut.
Penasihat :Pn Fazilah Bt Abd Mohd
Ketua Panitia Matematik
Sekolah Kebangsaan Lurah Bilut

Pengerusi : Mohd Nohermi b. Mat Jusoh
Setiausaha : Nik Muhammad Muizzuddin
Pamplet dan Dokumentasi : Cik Shaleni a/p Minnal Veera
Cenderamata : Cik Mary Lim Soo Tching


8.0 TENTATIF PROGRAM
8.1 Jadual Pelaksanaan

TARIKH/HARI MASA/TEMPAT AKTIVITI
14 Julai 2014
(Isnin)
10.10 hingga 10.30
pagi
(Kantin Sekolah)
Penerangan
tentang Program
Bijak Sifir.
Pemberian buku
Bijak Sifir.
15 Julai hingga 17
Julai 2014
(Selasa, Rabu,
Khamis)

10.10 hingga 10.30
pagi
(Kelas 3 Arif, 4 Arif).

Murid-murid
membaca sifir
dengan rakan
sebaya dan
mana-mana guru
Matematik.

18 Julai 2014
(Jumaat)
10.10 hingga 10.30
pagi
(Kelas 3 Arif)

Murid membaca
sifir dengan guru
Matematik.

21 Julai 2014
(Isnin)
10.10 hingga 10.30
pagi
(Kelas 3 Arif, 4 Arif).
Murid-murid
membaca sifir
dengan rakan
sebaya dan
mana-mana guru
Matematik.

22 Julai 2014
(Selasa)
10.10 hingga 10.30
pagi
(Kelas 4 Arif )

Murid membaca
sifir dengan guru
Matematik.

23 Julai 2014
(Rabu)
10.10 hingga 10.30
pagi
( kelas 3 Arif)

Murid membaca
sifir dengan guru
Matematik.

24 Julai 2014
(Khamis)
10.10 hingga 10.30
pagi
(Kelas 4Arif )

Murid membaca
sifir dengan guru
Matematik.

4 Ogos 2014
(Isnin)
7.30 hingga 8.10
pagi
(Tapak
Perhimpunan)
Penyampaian
cenderamata.










9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

9.1 Jadual Anggaran Perbelanjaan
Bil. Perkara Harga Seunit
x Kuantiti
Jumlah Kos
1. Kertas A4 RM 7.50 x 3 RM 22.50
2. Kertas Warna RM 12.00 x 1 RM 12.00
3. Cenderamata RM 3.00 x 15 RM 45.00
JUMLAH RM 79.50

10.0 PENUTUP
InsyaAllah, kami amat mengharapkan agar program ini dapat dilaksanakan
seperti yang dicita-citakan. Diharapkan program ini akan dapat memberikan manfaat
dan kebaikan kepada murid yang terlibat. Semoga Allah memberkati niat murni kami
ini dan seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakannya.Wassalam.











Disediakan oleh,
_________________________
(NIK MUHAMMAD MUIZZUDIN BIN ROZIK )
Setiausaha Program Bijak Sifir ,
SK (F) LURAH BILUT.

Disokong oleh,
_________________________
(MOHD NOHERMI BIN MAT JUSOH )
Pengerusi,
Program Bijak Sifir,
SK (F) LURAH BILUT.

Diluluskan oleh,
_________________________
(PN ZAINAH BT ABU BAKAR)
Guru Besar,
SK (F) LURAH BILUT.

Anda mungkin juga menyukai