Anda di halaman 1dari 8

Elemen Merentas Kurikulum

Bagi membincangkan elemen-elemen merentas kurikulum, aspek pengetahuan adalah satu ciri yang
penting. Pengetahuan boleh ditafsirkan sebagai keadaan mengetahui iaitu persepsi yang jelas
tentang fakta, kebenaran, tugasan, masa hadapan dan kognisi. Namun, menurut Kamus Dewan
(1989) pengetahuan ialah perihal mengetahui, kepandaian dan kebijaksanaan. Dalam hal ini,
kurikulum merupakan suatu elemen terpenting dalam sistem pendidikan. Ia merupakan nadi kepada
sistem pendidikan yang mencorakkan generasi akan datang. Bagi menjana suatu sistem pendidikan
yang berkualiti, kurikulum itu sendiri perlu bersifat dinamik dan relevan dengan kehendak semasa
mahupun keperluan masa akan datang. Kurikulum di Malaysia ditakrifkan sebagai suatu program
pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai kebudayaan serta
kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi seseorang murid secara seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek (JERIS). Pernyataaan kurikulum ini perlulah diterjemahkan
melalui pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah dan melalui proses pengajaran
dan pembelajaran serta interaksi guru-murid di bilik darjah.

Struktur kurikulum baru KBSM memperkenalkan konsep tunjang satu bentuk pengklasifikasian
bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, sosial dan inteleknya. Enam tunjang dikenalpasti mewakili bidang ilmu,
kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan. Selaras dengan kepentingan
aspek mengira dalam konteks KBSM, tranformasi kurikulum sekolah yang menjurus kepada tunjang
pengiraan memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran lain semasa
berinteraksi.

Aspek penggabungjalinan dalam mata pelajaran Matematik sudah pasti tidak dipisahkan dengan
kemahiran lain atau pun mata pelajaran lainnya. Bagi satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran
(P&P), hanya dua kemahiran (mendengar, bertutur dan mengira, atau mendengar, menulis dan
mengira) digabungjalinkan; Antara mata pelajaran. Misalnya, aktiviti menyanyi digunakan dalam
mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Pelbagai bidang ilmu dalam mata pelajaran dan
merentasi mata pelajaran. Misalnya, unsur Matematik diserapkan dalam mata pelajaran Pendidikan
Seni; Nilai dalam mata pelajaran. Misalnya, aspek kerjasama dan hormat-menghormati ditegaskan
dalam kerja kumpulan atau Projek.

Aspek ko-kurikulum juga tidak kurang pentingnya dalam penyempurnaan kesepaduan pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti kokurikulum (badan beruniform, kelab dan persatuan, sukan
dan permainan) menjadi pelengkap kepada aktiviti kurikulum di dalam bilik darjah, pengetahuan dan
amalan. Contohnya, ilmu yang diperoleh dalam bilik darjah boleh diaplikasikan dalam situasi
kehidupan seharian di rumah, masyarakat dan sebagainya. Pengalaman sedia ada murid dilengkapi
dengan pengalaman baru melalui pelbagai aktiviti yang disertai di sekolah mahupun luar.

Elemen merentas kurikulum (EMK) mempamerkan kesepaduan Unsur merentasi kurikulum seperti;

Bahasa merentasi kurikulum;

Alam sekitar merentasi kurikulum;

Sains merentasi kurikulum;

Matematik merentasi kurikulum;

Kemahiran berfikir merentasi kurikulum; dan sebagainya.

Tambahan pula, EMK dalam mata pelajaran Matematik sangat penting. Sejajar dengan
perkembangan dan usaha Negara menjadi sebuah Negara maju menjelang tahun 2020, bagi
memenuhi aspirasi Wawasan 2020; Negara perlu merangka serta memartabatkan sistem pendidikan
ke arah penguasaan ilmu dan kemahiran sepertimana yang diperlukan dalam Kemahiran abad ke-
21. Bidang sains dan teknologi merupakan asas yang sangat penting
EMK yang sedia ada dalam kurikulum lama adalah seperti berikut :-









*Bahasa *Kemahiran Berfikir

*Pendidikan Alam Sekitar *Kepimpinan

*Nilai murni *Belajar Cara Belajar

*Sains dan Teknologi *Patritisme

*Pencegahan Rasuah *Kajian Masa Depan

*Pendidikan Kepenggunaan *Keselamatan Jalan Raya

*Pendidikan Reproduktif,Kesihatan dan Sosial




Bertambahan EMK dalam dokumen Standard Kurikulum iaitu :

Kreativiti dan Inovasi

Keusahawanan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Ketiga tiga EMK ini sangat penting kerana Pembangunan Negara bergantung kepada Perspektif
Wawasan 2020 Malaysia Sebagai Negara Perindustrian. Tun Mahathir juga benar berkata :
Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didorong oleh kemahiran dan kepakaran sains dan
teknologi ...mestilah boleh mencipta , menambah dan memperbaharui ...Selain itu, Model Baru
Ekonomi ( MBE ) ialah ciri ciri keusahawanan dan inovatif pada tahun 2020. MBE mewujudkan
mekanisme untuk membantu kumpulan 40% terendah menggunakan naluri keusahawanan bagi
memula dan mengembangkan perniagaan.Dasar Utama TMK ,KPM menyatakan bahawa TMK untuk
semua dan sebagai mata pelajaran serta penguapaya dalam pengajaran dan pembelajaran.

EMK ini bertujuan untuk memberi lebih fokus bagi pembanngunan modal insan yang berfikiran
kreatif , kritis dan inovatif , mempunyai ciri dan sikap keusahawanan serta dapat menguasai
kemahiran TMK.Penerapan EMK kerana kemahiran abad ke -21 , lima bentuk pemikiran seperti (
Disiplined mind / Synthesizing mind / Creating mind / Respectful mind / Ethical mind )amat perlu
pada modal insan kita. Matlamat ketiga tiga EMK ini adalah mengahsil modal insan berdaya cipta
dan berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti menjadi amalan dan budaya dalam
kehidupan serta mampu menyumbang ke arah pembangunan masyarakat , bangsa , negara dan
agama. Selain itu, membentuk ciri ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi , budaya
dalam kalangan murid. Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat menerapkan budaya
keusahawanan. Matlamat TMK bagi memastikan murid dapat mengaplikasi pengetahuan dan
kemahiran asas TMK yang dipelajari.
Bahasa Melayu Merentas Kurikulum




BAHASA MELAYU MERENTAS KURIKULUM (BMMK) Pengenalan

Penggunaan bahasa dalam penguasaan dan penyampaian ilmu oleh murid-murid dalam bidang
sains, matematik, geografi, sejarah dan sebagianya adalah satu kemestian. Tanpa bahasa,apa sahaja
aktiviti yang melibatkan proses-proses penguasaan dan penyebaran ilmu tidak mungkin dilaksanakan
dengan berkesan dan bermakna. Bahasa bukanlah media yang pasif untuk menerima pelajaran,
sebaliknya bahasa adalah alat penting untuk membentuk dan menyampaikan konsep-konsep utama
sesuatu pelajaran . Oleh tu, pemerolehan ilmu bukanlah melalui bahasa, tetapi berlaku dengan
bahasa.

Oleh itu, Bahasa Melayu Merentas Kurikulum perlu diberi perhatian yang serius dan dijadikan dasar
dalam sistem pendidikan. Konsep Bahasa Melayu Merentas Kurikulm (BMMK) adalah disesuaikan
daripada idea Language Across the Curriculum yang lahir daripada kajian jawatankuasa Bullock
(1975). Perakuan 138 dan 139 dalam laporan jawatankuasa tersebut menekankan kepentingan
bahasa dalam pembelajaran dan kurikulm sekolah.

Menurut perakuan 138, ada ditegaskan bahawa semua guru mata pelajaran perlu sedar akan
keupayaan murid-murid memperoleh maklumat dan pemahaman tentang sesuatu ilmu melalui
proses linguistik dan implikasinya adalah bahasa yang digunakan oleh guru itu sendiri sebagai
teladan. Selain itu, permintaan untuk pembacaan bahan ilmiah perlu dipenuhi dan disediakan untuk
murid-murid.

Perakuan 139 pula mengesyorkan supaya setiap sekolah perlu mempunyai dasar bahasa merentas
kurikulum bagi memastiakn keberkesanan ilmu pengetahuan dalam bahasa yang sistematik.
Tanggungjawab terhadap dasar ini perlu disepadukan ke dalam struktur organisasi sesebuah
sekolah.

Perakuan daripada Laporan Bullock ini menunjukkan betapa pentingnya proses linguistik untuk
penguasaan maklumat di kalangan murid. Seterusnya Laporan Bullock memperakukan keperluan
satu dasar bahasa merentas kurikulum yang dipertanggungjawabkan dalam satu prsarana yang
kukuh pada peringkat sekolah.

Ekoran daripada Laporan Bullock (1975) itu, banyak lah kajian dan penyelidikan yang dibuat tentang
bahasa merentas kurikulm. Di anataranya termasuklah penyelidikan yang dilakukan oleh :
1.Michael Marland (1977) yang mengatakan bahawa pembelajaran mata pelajaarn akan lebih
berkesan jika pihak sekola mancari idea, pemikiran dan waktu untuk membantu perkembangan
bahasa murid-murid.
2.Halliday , M.A.K (1985) pula merujuk kepada varisi dalam bahasa sebagai laras (register variataion)
yang mana, cirinya menumpu kepada struktur bahasa termasuklah gaya yang sesuai bagi mata
pelajaran tertentu. Conyohnya, guru sains mencadnagkan laporan sains yang dimulakan dengan
eksperimen , diikuti alatan yang digunakan, aplikasi kaedah, keputusan daripada pemerhatian, dan
diakhiri dengan perolehan prinsip-prinsip.
3.Makhan L. Tickoo (1986) yang menyatakan bahawa bahasa merentas kurikulum adalah untuk
meningkatkan mutu penggunaan bahasa di sekolah.

Rasioanal Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

Di Malaysia, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang dijadikan
bahasa pengantar utama di sekolah dan pusat pengajian tinggi. Konsep BMMK lebih tertumpu
kepada aspek penggunaan bahasa Melayu yang bermutu sebagai bahasa penagantar yang unggul
dan dinamis untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam
kurikulum sekolah. Untuk mengetahui bahasa sahaja belum mencukupi, tetapi penguasaan bahasa
mestilah mencapai peringkat penghayatan. Ada beberapa faktor mengapa usaha perlu
digemblengkan kearah meningkatkan mutu penguasaan bahasa Melayu di sekolah-sekolah.
Antaranya :
1.Proses pembakuan bahasa Melayu membawa perubahan yang amat pesat dalam ssistem ejaan,
perkamusan, tatabahasa, dan pengistilahan ilmu pengetahuan supaya pengunaan bahasa Melayu
tidak ketinggalan di belakang.
2.Pembentukan sistem ejaan baru pada awak tahun 1970-an tidak dapat dimasyarakatkan
sepenuhnya sepenuhnya kerana sehingga kini masih terdapat kesalahan ejaan di papan-papan
kenyataan dan dalam penulisan akademik.
3.Penciptaan istilah bahasa Melayu berlaku dengan pesat sekali untuk mengungkapkan segala
bidang ilmu diajarkan.
4.Sikap suka tidak merujuk kamus juga menyebabkan penuturan bahasa Melayu masih tidak lagi
menggunakan khazanah perbendaharaan kata dan kosa kata yang sudah ada dalam kamus sejak
awal tahun 1970-an.
5.Wujudnya bahan-bahan bahasa Melayu yang kurang bermutu dari segi ejaan, tatabahasa serta
tidak selaras dalam penggunaan istilah. Penggunaan bahasa Melayu yang kurang bermutu member
impak terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam system pendidikan kita.

Perlaksanaan konsep Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

Konsep bahasa Melayu merentas kurikulum dalam sistem pendidikan merangkumi aspek
penggunaan bahasa Malayu sebagai bahasa pengantar yang unggul dan dinamis untuk pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan bagi setiap mata pelajaran. Keselarasan dan keseragaman dalam
penggunaan bahasa Malaysia diharap akan dapat memperkukuh dna memantapkan identiti bangsa
dan negaramelalui saluran pendidikan.

Perlaksanaan Bahasa Melayu Merentas Kurikulum dalam KBSM sudahpun bermula pada tahun

1988. Melalui orientasi bahasa Melayu dan semua mata pelajaran KBSM, pada peringkat pusat, para
kakitangan sumber didedahkan dengan konsep dan strategi BMMK yang melibatkan tiga aspek
penting iaitu guru, murid dan bahan.

GURU
1.Guru sebagai model kepada murid di mana guru perlu meningkatkan kecekapan berbahasa supaya
dapat menyampaikan pengajaran denagn bahasa yang bermutu, tepat, dengan gaya yang laras serta
gramatis.
2.Guru hendaklah meninggalakan amalan mengutamakan penyampaian fakta dan isi sesuatu mata
pelajaran tanpa mengambil kira mengira bahasa yang digunakan.
3.Guru perlu mengambil berat terhadap penggunaan bahasa Melayu yang bermutu dan sentiasa
peka terhadap perubahan istilah.
4.Guru harus peka penggunaan bahasa yang digunakan oleh murid-murid.
5.Guru haruslah membetulkan kesalahan bahasa atau ketidaksesuaian bahasa dengan ilmu yang
hendak disampaikan.

Murid

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah sepatutnya memberikan peluang kepada
murid untuk menggunakan bahasa secara meluas supaya kecekapan berbahasa dapat ditingkatkan
dalam penguasaan ilmu, nilai dan sahsiah diri murid. Ini termasuklah:
1.Mengadakan aktiviti berasaskan kerjasama bagi menggalakkan bahasa Melayu di kalangan murid
seperti aktiviti berkumpulan, simulasi, main peranan dan sebagainya.
2.Menggalakkan murid menggunakan bahasa Melayu dengan mengamalkan kemahiran belajar dan
berfikir untuk mendapatkan maklumat.
3.Mengembangkan sesuatu daripada pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid melalui aktiviti
yang dilakukan sebelum dan selepas pelajaran sebagai aktiviti pengukuhan dan lanjutan.
4.Mewujudkan suasana pembelajaran yan g selesa supaya murid berminat dan berani
mengemukakan soalan serta menjawab penuh yakin menggunakan bahasa Melayu.
5.Menggalakkan murid menggunakan bahan sumber seperti indeks, glosari, kamus, akhbar, majalah
dan lain-lain.

Dengan terbentuknya suasana pembelajaran yang mendorong penggunaan bahasa secara meluas,
secara tidak langsung murid-murid akan berpeluang memperbaiki dan meningkatkan kecekapan
berbahasa . Pada masa yang sama, guru perlu membuat penilain terhadap kerja murid, meneliti
aspek berbahasa murid dan memperbaikinya secara berperingkat.

Bahan

Penggunaan bahan yang sesuai ada kaitan dengan guru dan murid dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bagi setiap mata pelajaran.
1.Bahan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlulah dipastikan
mempunyai nilai bahasa yang betul, gramatis dan tepat.
2.Sumber rujukan pula daripada buku-buku ilmiah, majalah, akhbar, dan buku teks perlu diteliti
gaya bahasanya supaya selaras dan sesuai.
3.Guru perlu terlebih dahulu memperbaiki bahasa dalam bahan-bahan sumber tertentu dan
membuat perbincangan dengan murid mengenai kesusuaian bahasa yang digunakan.

Penutup

Setiap guru haruslah menguasai bahasa Melayu dengan baik bagi melaksanakan konsep Bahasa
Melayu Merentas Kurikulum di bilik darjah dan sekolah. Guru merupakan tunjang yang
dipertanggungjawabkan menyediakan landasan bahasa yang kukuh kepada murid-murid supaya
dapat menyambung usaha perkembangan bahasa denagn lebih pesat. Ini kerana ,

semua guru adalah guru bahasa.

Bagi guru yang belum menguasai bahasa Melayu yang bermutu, mereka masih berpeluang
mengikuti kursus, bengkel, seminar, dan membaca buku-buku tentang tatabahasa dan jurnal bahasa
yang terkini agar dapat melaksanakan konsep BMMK secara berkesan demi memartabatkan bahasa
Melayu yang diangkat sebagai bahasa kebangsaan , bahasa ilmu dan bahasa rasmi negara.

Istitusi pengajian terutama sekolah hendaklah mengambil tempat di barisan hadapan dalam usaha
melaksanakan dasar dan konsep Bahasa Melayu Merentas Kurikulum demi keberkesanan
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pelbagai mata pelajaran

Anda mungkin juga menyukai