Anda di halaman 1dari 22

1.

3 STATUS & FUNGSI


BAHASA MELAYU
Bahasa adalah satu sistem lambang-
lambang pertuturan yang digunakan oleh
manusia secara arbitrari (sewenang-
wenangnya) untuk menyampaikan fikiran,
pendapat, dan perasaan.
( Edward Sapir , 1921 )
Suatu lambang pertuturan yang arbitrari
yang digunakan oleh anggota sesebuah
masyarakat sebagai alat untuk berhubung,
bekerjasama, dan bergotong-royong.
( Bloch and Trager )
Bahasa atau la langue sebagai satu
gejala sosial yang dipunyai oleh seluruh
masyarakat yang menggunakan bahasa.
Manakala pertuturan atau la parole pula
adalah penghasilan seseorang individu.
( Ferdinand de Saussure , 1959 )
Oleh itu, bahasa adalah berlainan dengan
pertuturan kerana bahasa boleh
melibatkan tulisan dan lisan, manakala
pertuturan pula hanya melibatkan lisan
sahaja.
Peranan Bahasa :
Bahasa mempunyai fungsi yang pelbagai :

Dalam konteks keanggotaan dalam masyarakat, bahasa
berfungsi sebagai alat untuk menjamin dan
mengekalkan hubungan di antara keanggotaan
masyarakat tersebut.

Dalam konteks sosial, bahasa digunakan sebagai alat
untuk mengenal penerima dengan lebih mendalam.

Misalnya, bagaimana ia bercakap dan apa yang
dipercakapkan akan memberikan tanda-tanda dan
keterangan-keterangan tertentu tentang dirinya seperti
sikap, pendirian, pekerjaannya, tempat asalnya, dan
berbagai-bagai aspek latar belakangnya.



1.3.1 Bahasa Kebangsaan
Bahasa yang diberi fungsi untuk menunjukkan
identiti kebangsaan bagi sesebuah negara.

Dipilih daripada salah sebuah bahasa tempatan
atau peribumi yang telah lama digunakan
sebagai alat perhubungan di kalangan
penduduknya serta dapat menggambarkan ciri-
ciri kebangsaan negera berkenaan.

Misalnya, bahasa Melayu di Malaysia
diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan.

Bahasa-bahasa lain tidak diiktiraf kerana
tidak memperlihatkan identiti kebangsaan
dan merupakan bahasa pendatang.

1.3.2 Bahasa Rasmi
Maksud RASMI urusan pemerintah
dengan rakyat yang dikendalikan melalui
penggunaan bahasa yang ditetapkan.

Justeru, bahasa rasmi bahasa yang
digunakan dalam pentadbiran sesebuah
negara terutamanya dalam urusan-urusan
rasmi kerajaan.

Juga digunakan dalam sebaran am, media
massa, borang permohonan, minit
mesyuarat jabatan dsb.

Tidak semestinya diambil daripada bahasa
kebangsaan atau bahasa tempatan.

Misalnya, di Malaysia atau Tanah Melayu,
bahasa Inggeris pernah diberi status
sebagai bahasa rasmi sebelum diambil
alih oleh bahasa Melayu pada tahun 1967.

Di India, bahasa Inggeris masih diberi
status sebagai bahasa rasmi untuk
mengelak perbalahan kaum.

Di Singapura, bahasa Inggeris merupakan
bahasa rasmi tetapi bahasa
kebangsaannya terdiri daripada bahasa
Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina
dan bahasa Tamil.

1.3.3 Bahasa Perpaduan
Bahasa yang digunakan sebagai alat
untuk menyatukan rakyat yang berbilang
kaum.

Di Malaysia, bahasa Melayu merupakan
bahasa yang berupaya untuk menjdi agen
penyatuan masyarakat.

Bahasa Melayu melambangkan
kedaulatan dan perpaduan negara kerana
ia menjadi asas kebudayaan kebangsaan
dan menyatupadukan rakyat.

Satu kebudayaan kebangsaan dan
bahasa kebangsaan pula sebagai
lambang ekspresinya, maka perpaduan
rakyat yang berbilang kaum dapat dicapai.

1.3.4 Bahasa Ilmu
Bahasa yang berperanan sebagai bahasa
pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai
alat menyampaikan ilmu pengetahuan
moden, iaitu ilmu sains, teknologi,
ekonomi, kejuruteraan, kedoktoran dan
undang-undang, di samping sastera dan
agama. di pusat-pusat pengajian.

Justeru itu, bahasa Melayu harus
berfungsi sebagai bahasa akademik yang
lengkap dengan laras-laras bahasa untuk
memperkatakan pelbagai hal baharu
dalam aneka bidang ilmu moden.

i. sebagai bahasa yang boleh mendokong
perkembangan bangsa dalam segala
lapangan dan membantu pembentukan
dan perkembangan identiti kebangsaan.

ii. sebagai alat komunikasi masyrakat serta
sebagi alat perpaduan dalam negara
berbilang bangsa dan agama.

( Dato Hj. Hassan Ahmad )

Ciri-ciri bahasa Ilmu :

Keintelektualan bahasa :
Keupayaan bahasa itu menyampaikan buah
fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan,
iaitu mengungkapkan kesinambungan dan
kerumitan fikiran;
Dicapai melalui perbendaharaan kata. Ada dua
cara keintelektualan perbendaharaan kata :
i. Pengembangan perbendaharaan kata;
( lexical development );
ii. Penukaran bentuk dan corak
perbendaharaan kata.





Kesempurnaan bahasa :

Sifat-sifat yang menjadikan satu-satu
bahasa itu sesuai, tepat, tegas dan
berkesan dalam situasi atau konteks
penggunaannya;

Bahasa yang sempurna adalah bahasa
yang memperlihatkan sifat-sifat kestabilan,
kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan
dan keindahan.

Renungan :
Sejauh manakah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu:
peringkat sekolah?;
Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran?;
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar?;
bahasa Melayu di maktab perguruan?;
bahasa Melayu di peringkat universiti?;
peristilahan bahasa Melayu?; dan
penerbitan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu?


Bahasa Melayu Baku:

BAKU : Mengikut kamus Dewan ( 1984 ),
baku berasal daripada perkataan Jawa
POKOK (basis), DASAR (principle) atau
BENAR (true, accurate).

Bahasa Baku bermaksud bahasa yang
menjadi pokok, dasar atau yang benar.
Juga dikenali sebagai bahasa standard.

Konsep Bahasa Melayu Baku:

Satu bahasa yang sudah dikodofikasikan
bentuknya, diterima dan berfungsi sebagai
model atau norma untuk komuniti yang
lebih luas.
( Garvin dan Mathiod )

Satu ragam bahasa yang menunjukkan
adanya keseragaman dalam bentuk dan
fungsi.
( Einer Haugan )
KESIMPULAN
bahasa baku adalah satu ragam bahasa
yang seragam. Seragam dari aspek
tatabahasa, ejaan, kamus (makna) dan
sebutan.
ATAU : bahasa baku bermaksud bahasa
yang bersistem, teratur dan mempunyai
sistem rujukan betul dan salah.

Anda mungkin juga menyukai