Anda di halaman 1dari 6

SITI ZAWIYAH BT ABDUL HALIM

760228-07-5116

Laporan Reflektif (Analisis SWOT)
Pada 29 Mei 2014 yang lalu, para pelajar kelas Sains 1, IPGM Kampus Tuanku
Bainun telah melaksanakan satu program BIG Fasa 4 iaitu PROGRAM SAYANGI
KAWASAN SEKOLAH ANDA bersama-sama dengan Panitia Sains SK Taman
Kenari, Kulim, Kedah.
Tujuan program tersebut diadakan untuk merealisasikan sekolah dalam taman,
menyediakan suasana sekolah yang segar dan ceria, membantu murid dan guru
untuk mengenali tumbuhan herba yang boleh disemai dan ditanam dalam kawasan
sekolah.
a) Sebelum Program dijalankan.
Sebelum program ini dijalankan, semua pelajar PPG Sains 1 telah mengadakan
satu mesyuarat untuk membincangkan mengenai jenis program,tempat, sasaran,
dan tujuan program ini dijalankan. Setiap pelajar PPG Sains 1 telah diberikan
tanggungjawab mengikut jawatankuasa jawatankuasa seperti jawatankuasa
pendaftaran, jawatankuasa persiapan tempat, jawatankuasa makanan, jawatan
kuasa cenderahati dan sijil, jawatankuasa kebajikan, jawatankuasa keselamatan
dan jawatankuasa laporan, dan sebagainya mengikut keperluan.
Kami juga membincangkan mengenai anggaran perbelanjaan untuk program ini.
Kami juga sebulat suara untuk mengutip sebanyak RM50 untuk kegunaan
program tersebut. Surat menyurat seperti kebenaran guru besar dan surat
kebenaran waris juga perlu dibuat oleh setiausaha iaitu Pn Azura dan En
Sabri.dalam melengkapkan lagi persiapan program ini.
b) Semasa Program dijalankan
Pada hari ini, iaitu 29 Mei 2014 (Khamis), semua pelajar PPG Sains 1 telah
sampai ke SK Taman Kenari,Kulim, Kedah seawal pukul 7.45 pagi. Saya yang di
tugaskan sebagai jawatankuasa pendaftaran telah menjalankan tugas yang
diamanahkan untuk mencatat kehadiran murid dan guru PPG Sains 1.
SITI ZAWIYAH BT ABDUL HALIM
760228-07-5116

Pada pukul 8.00 pagi semua murid telah diberi taklimat oleh Pn Azura tentang
tugasan yang akan dijalankan pada hari ini. Selepas itu semua bergerak ke
kawasan yang bakal dihiasi dan ditanam dengan tumbuhan herba. Di kesempatan
ini juga, kami mengambil peluang menyerahkan pokok/tumbuhan herba ini
kepada tuan guru besar SK Taman Kenari iaitu Encik Othman bin Abdullah.

Selepas selesai aktiviti penyerahan pokok, semua guru PPG yang ada bersama
murid memulakan kerja-kerja membersihkan kawasan yang telah dikenalpasti.
Kehadiran murid dalam program ini banyak membantu melancarkan kerja-kerja
untuk merealisasikan taman herba di sekolah ini.
Selepas rehat pada pukul 10.00 pagi, semua guru dan murid meyambung kerja-
kerja utnuk taman herba ini. Cuaca yang panas tidak dipedulikan, hampir pukul
1.00 tengah hari taman herba dapat dilihat, berbaloi kami bertungkus lumus
menyiapkannya sebelum makan tengah hari.

Selepas selesai aktiviti Program Sayangi Sekolah Anda satu aktiviti LDK telah
diadakan. Aktiviti ini dikendalikan oleh Encik Fauzi dan Pn Azilawati. Aktivti LDK
ini ada kaitan dengan tumbuhan herba yang ditanam di taman herba. Murid-murid
dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil, ada perbincangan dalam
kumpulan dan kerja lapangan yang bertempat di taman herba.

c) Selepas program
Aktiviti terakhir adalah acara penutup. Pn Rohaya menyampaikan ucapan
penghargaan kepada pihak sekolah yang telah memberikan kerjasama untuk
menjayakan program ini. Encik Mohd Nazri mewakili pelajar PPG Sains 1 juga
menyampaikan ucapan. Hadiah dan cenderahati diberikan kepada pihak sekolah
dan Pn Rohaya yang sudi memantau perjalanan kerja kami.

SITI ZAWIYAH BT ABDUL HALIM
760228-07-5116

KEKUATAN DAN KELEMAHAN PROGRAM CERAMAH SAYANGI SEKOLAH
ANDA.
a) Kekuatan Program
i)Pengurusan Program
Pengurusan program berjalan dengan baik dan teratur dan semua pihak yang
telibat memainkan peranan masing-masing dalam melaksanakan program
TAMAN HERBA. Penglibatan dan kehadiran pensyarah Pn Rohaya bt Ahmad
banyak membantu tentang pengendalian dan perlaksanaan BIG .
ii)Pemilihan Taman Herba
Taman Herba dipilih kerana ianya begitu dekat dengan sains, bersesuai dengan
opsyen dan dapat membuat hubungkait dengan aktivti LDK.
iii)Kerjasama
Kerjasama yang diberikan oleh ahli jawatan kuasa dalam menyiapkan program
ini sangat baik. Setiap ahli yang dilantik menunjukkan komitmen yang tinggi
dengan menyiapkan tugas yang diberikan. Selain itu, kerjasama dari pihak
sekolah dan murid yang terlibat juga amat baik
iv)Tempat
Semua sepakat untuk mengadakan di SK Taman Kenari, kerana mempunyai
keluasan yang bersesuaian dengan tenaga kerja yang ada. Kami memilih
berdasarkan kemampuan untuk melaksanakannya.
b)Kelemahan
-



SITI ZAWIYAH BT ABDUL HALIM
760228-07-5116


c)Peluang
Saya mengambil peluang dalam penyertaan saya dalam program ini untuk
mengenali tanaman herba. Banyak yang ilmu yang diperolehi seperti mengenali
pokok belalai gajah, jenis-jenis herba seperti perbezaan pokok serai wangi dan
pokok serai biasa. Peluang untuk mengetahu kehebatan tumbuhan herba yang
ditanam pada hari ini.
d)Ancaman
Semasa berlangsungnya program ini, saya dapat tiada ancaman yang
mengganggu program ini. Semuanya dalam keadaan yang baik. Pensyarah
yang hadir juga memberi kata-kata perangsang untuk kami meneruskan aktiviti
ini.

LAPORAN REFLEKTIF ANALISIS SWOT
KEKUATAN DAN KELEMAHAN PROGRAM LATIHAN DALAM KUMPULAN
(LDK)
a) Kekuatan
i)Kehadiran pensyarah pembimbing BIG
Sepanjang saya menjalankan BIG ini, saya telah melihat pelbagai kekuatan
dalam BIG ini antaranya ialah sikap positif dikalangan para pensyarah yang
terlibat dalam membimbing kami dalam melaksanakan BIG ini, walaupun
terpaksa pulang awal tetapi pensyarah banyak memberikan nasihat dalam
melaksanakan BIG kali ini..


SITI ZAWIYAH BT ABDUL HALIM
760228-07-5116


ii)Kerjasama semua pihak.
Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak memungkinkan program LDK
berjalan dengan baik. Guru yang terlibat mengatur perjalanan LDK dengan
baik.

b)Kelemahan
Pada pendapat saya, LDK tidak sesuai di adakan selepas aktiviti tanaman herba,
murid sudah letih, begitu juga dengan guru.
c)Peluang
Saya dan rakan-rakan mengambil peluang yang ada ini untuk menaburkan bakti
kepada masyarakat dengan cara membimbing murid menyelesaikan tugasan
yang diberi berkongsi ilmu.

d)Ancaman
Ancaman psikologi kerana keadaan murid yang sudah keletihan. Murid tidak
berapa fokus dengan apa yang diberi.




SITI ZAWIYAH BT ABDUL HALIM
760228-07-5116

Anda mungkin juga menyukai