Anda di halaman 1dari 7

Ujian BM Tahun 3

Nama
Murid


Tahun 3




SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT SULONG
JBA 0073, JALAN SULONG,
83500 PARIT SULONG, BATU PAHAT.

UJIAN 1 / 2012


BAHASA MALAYSIA
PEMAHAMAN

TAHUN 3
Satu jam


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA
DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan,
pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif
yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah .dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru




Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak
Soalan 1 hingga soalan 30
Pilih jawapan yang paling tepat bagi soalan-soalan di bawah.

1. Murid-murid beratur ketika membeli makanan di
______________.

A surau C kantin
B bilik D dewan

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.







2. Kucing itu sedang tidur di atas _____________.

A meja C bangku
B sofa D bumbung

3. Hari kemerdekaan disambut pada setiap 31
______________.
A Mei C Julai
B Jun D Ogos

4. ____________ mestilah menghormati kedua-dua ibu
bapa kita.
A Dia C Kami
B Kita D Kamu

5. Rizal dan Mukhriz berkawan baik. _____________ selalu
mengulang kaji
pelajaran bersama-sama.

A Dia C Beliau
B Saya D Mereka

6. Hazirah menerima surat _____________________
kawannya.
A dari C kepada
B pada D daripada

7. Zarina amat sayang ________________ keluarganya.
A akan C oleh
B dari D untuk

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.










8. __________________ ayah angkat kotak itu.
A Sila C Tolong
B Usah D Jangan

9. Burung-burung itu terbang lalu hinggap di ____________
pokok rambutan.

A luar C tepi
B atas D dalam


10. Pukul ________________kah sekarang ini?

A bila C siapa
B berapa D mengapa

11. Azizah menangis _______________ mengetahui beg
duitnya hilang.
A dari C supaya
B lalu D apabila

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.







12. Haris mengutip sampah itu ________________
membuangnya ke dalam
tong sampah.

A dan C lalu
B jika D sejak

13. ____________________ kering jatuh berguguran di
halaman rumahnya.
A Dedaun C Rerama
B Kekuda D Lelangit

14. Pelbagai jenis ___________________ ada dijual di gerai
makan Mak cik Siti.
A batu-batan C rumput-rampai
B kuih-muih D rempah-ratus

15. Air sungai di hujung kampung itu __________________
airnya.
A buruk C hangat
B jernih D manis
Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.





16. Rizal tidak dapat pulang ke rumah kerana hujan
_________________ turun
tidak berhenti-henti.

A lebat C panas
B sejuk D ringan


17. Budak kecil itu ___________________ kerana terjatuh
daripada basikalnya.
A tidur C menangis
B ketawa D termenung

18. Azman ______________ lintang-pukang apabila dikejar
anjing.
A berlari C melatah
B berjalan D melompat

19. Azhar berdiri untuk ___________________ soalan yang
ditanyakan oleh gurunya.
A dijawab C jawapan
B terjawab D menjawab

20. Pak Husein seorang _____________________ ikan keli yang
berjaya.
A ternakan C menternak
B diternak D penternak
21. Sui Lan mendermakan bingkai _____________________
lamanya kepada anak yatim yang rabun itu.
A cermin mata C gambar foto
B cermin tingkap D lampu suluh

22. ___________________ itu sedap dimakan ketika masih
hangat.
A Bas sekolah C Bubur ayam
B Tali pinggang D Pensel warna

Soalan 23 berdasarkan gambar di bawah.






23. Datuk berjalan dengan menggunakan
se_______________ tongkat.
A kaki C helai
B buah D batang

24. Ayah membeli ____________________ kasut sukan yang
baharu untuk adik.
A sebuah C sepasang
B sehelai D sebatang

25. _______________ murid wajib memakai tanda nama dan
lencana sekolah.
A Semua C Setiap
B Segala D Suku
26. Shahrin tidak pandai bermain bola kerana dia
_______________________.
A buta hati C buta huruf
B otak cair D kaki bangku

27. Cuaca panas menyebabkan Ganesh berasa haus.

Perkataan seerti bagi haus ialah
A lapar C selesa
B segar D dahaga

28. Kalsom rajin membaca buku pada waktu lapang.

Perkataan berlawan bagi rajin ialah
A suka C kerap
B malas D bosan

29. Pilih soalan yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.

A Apakah hadiah yang disampaikan oleh Guru
Besar kepada para pemenang?
B Di manakah Guru Besar menyampaikan hadiah
kepada para pemenang?
C Siapakah yang menyampaikan hadiah kepada
para pemenang?
D Bagaimanakah Guru Besar menyampaikan
hadiah kepada para pemenang?
30. Pilih ayat yang mengandungi tanda baca yang betul.
A Wah, tingginya bangunan sekolah itu?
B Wah, tingginya bangunan sekolah itu.
C Wah, tingginya bangunan sekolah itu!
D Wah! Tingginya bangunan sekolah itu.

Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Waktu rehat sudah bermula. Malik dan Jamal berjalan menuju
ke kantin sekolah.
Jamal : Eh, cuba kamu lihat budak lelaki itu! Dia
membuang sampah di atas lantai. Sedangkan
tong sampah ada di situ.
Malik : Mari kita nasihatkan dia.
Jamal : Adik, mengapa kamu membuang plastik
makanan itu di atas lantai? Bukankah guru sentiasa
mengingatkan kita supaya menjaga
kebersihan sekolah?
Adik : Maafkan saya, abang. Saya hendak cepat tadi.
Malik : Sepatutnya kamu perlu menjaga kebersihan
sekolah seperti mana kamu perlu menjaga
kebersihan di rumah.
Adik : Baiklah, abang. Lain kali saya tidak akan
mengulangi perbuatan ini lagi.
(Dia pun mengutip sampah tersebut lalu dimasukkan
ke dalam tong sampah.)
Terima kasih atas nasihat tadi.


Bilakah kejadian membuang sampah itu berlaku?

A Sebelum waktu rehat
B Selepas waktu rehat
C Semasa rehat
D Semasa perhimpunan


32. Apabila ternampak budak lelaki itu membuang sampah
di atas lantai, mereka terus

A menasihati budak lelaki itu.
B memarahi budak lelaki itu.
C mengutip sampah itu.
D melaporkan kepada guru disiplin.


33. Apakah alasan yang diberikan oleh budak lelaki itu?

A Dia tidak nampak tong sampah yang berada di
situ
B Dia hendak cepat
C Dia tidak sengaja membuang sampah di atas
lantai.
D Dia ingin ke bilik guru

34. Pernyataan berikut benar tentang petikan kecuali

A mereka dalam perjalanan menuju ke kantin
sekolah.
B guru sentiasa mengingatkan supaya menjaga
kebersihan.
C budak lelaki itu marah apabila ditegur oleh
mereka.
D Malik dan Jamal ialah rakan sekelas.

35. Perkataan menjaga dalam petikan bermaksud

A memelihara
B membersih
C menghargai
D menyayangi









Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.


Bersukan merupakan satu aktiviti yang sihat. Aktiviti sukan
perlu dilakukan untuk mencergaskan tubuh badan dan
melahirkan minda yang cerdas. Aktiviti bersukan dapat
membantu perjalanan darah menjadi lancar mengalir ke
seluruh tubuh. Bahkan, oksigen dalam darah juga boleh
bergerak ke otak dengan baik.
Kita digalakkan bersenam sebanyak tiga kali seminggu.
Antara aktiviti sukan yang paling mudah dilakukan ialah
berlari. Lakukan larian perlahan selama 30 minit setiap tiga kali
seminggu. Hal ini dapat menghindarkan kita daripada
sebarang penyakit berbahaya.
Selain itu, berbasikal dan bermain badminton juga
dapat mengeluarkan peluh. Aktiviti ini boleh dilakukan
bersama-sama dengan keluarga. Di samping dapat
menyihatkan tubuh badan, aktiviti ini juga dapat
mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Mereka yang mengisi masa lapang dengan bersukan
ialah mereka yang bijak. Selain dapat menghindarkan diri
daripada perkara yang tidak berfaedah, kehidupan kita juga
akan lebih bermakna dengan tubuh badan yang sihat.
Orang dahulu ke sekolah dengan berjalan kaki atau
berbasikal. Sekarang, anak-anak ke sekolah dengan menaiki
kenderaan seperti motosikal, kereta, atau bas. Justeru, aktiviti
senaman perlu dilakukan untuk memastikan badan kita
sentiasa sihat dan cergas. Badan sihat minda cerdas.
























36. Apakah aktiviti sukan yang paling mudah dilakukan?

A Berenang
B Memanah
C Berlari perlahan
D Melontar peluru


37. Mengapakah aktiviti sukan perlu dilakukan?

A Melemahkan tubuh badan
B Menguatkan otot-otot badan
C Mengeratkan hubungan kekeluargaan
D Mencergaskan tubuh badan dan melahirkan
minda yang cerdas



38. Berapa kalikah dalam seminggu kita digalakkan
bersenam?

A Sekali seminggu
B Dua kali seminggu
C Tiga kali seminggu
D Empat kali seminggu


39. Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan

A Bersukan dapat menghindarkan kita daripada
dihidapi penyakit.
B Bersukan dapat menyihatkan tubuh badan.
C Bersukan dapat mengisi masa lapang.
D Bersukan melemahkan tubuh badan.


40. Perkataan mengeratkan dalam petikan bermaksud

A melupakan
B merapatkan
C menjatuhkan
D merenggangkan




KERTAS SOALAN TAMAT





Bil Item Soalan Bilangan
soalan
No soalan
1 Kata Nama Am 2 1 2
2 Kata Nama Khas 1 3
3 Kata Ganti Nama Diri 2 4 5
4 Kata Sendi 2 6 7
5 Kata Perintah 1 8
6 Kata Arah 1 9
7 Kata Tanya 1 10
8 Kata Hubung 2 11 12
9 Kata Ganda 2 13 14
10 Kata Adjektif 2 15 16
11 Kata Kerja 2 17 18
12 Kata berimbuhan 2 19 20
13 Kata majmuk 2 21 22
14 Penjodoh bilangan 2 23 24
15 Kata bilangan 1 25
16 Simpulan Bahasa 1 26
17 Sinonim / seerti 1 27
18 Antonim / berlawan 1 28
19 Ayat Tanya 1 29
20 Tanda baca 1 30

Pemahaman

21 Dialog : Sekolahku
Rumahku
5 31 - 35
22 Petikan: Mari Bersukan 5 36 - 40

Anda mungkin juga menyukai