Anda di halaman 1dari 6

Kolej eastern

PENGAJIAN MORAL (MPW1153)


TUTORIAL 1
(MR.STEWARD G. ANAK STEPHEN)

NAMA ; RAINI BINTI ELLY
NO.I/C ; 961015-126822
NO.MATRIK ; DPP-UNISEL202 0508









Kolej eastern
1)berikan definisi bagi;

i. Nilai
Dalam konteks moral,atau melihat kepada fungsinya,nilai dirujuk kepada sesuatu set atau
prinsip asas bagi tujuan mengukur sesuatu perlakuan moral samada baik atau buruk,benar
atau salah.secara amnya,nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal
pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral.Nilai juga berfungsi sebagai dasar
untuk menentukan apakah yang harus dicabar,dihujah,diubah atau dipertahankan.Pada
asasnya ada dua pusat nilai berasaskan ketuhanan (god-centred value) dan pusat nilai
berasaskan manusia (human-centred value).Raths,Harmin dan Simon(1980) mendefinisikan
nilai sebagai garis panduan umum terhadap tingkah laku.William A.Scott(1965)menyamakan
nilai dengan moral unggul.Beliau mentakrifkan nilai sebagai satu konsep individu tentang
perhubungan yang unggul dan digunakan untuk menilai suatu kebaikan/keburukan.Nilai
merupakan standard dan prinsip kita dalam mempertimbangkan harga sesuatu benda.
ii. Etika
Dalam konteks dan fungsi peranannya khususnya dalam membina dan menentukan
corak dan hala tuju pembangunan,etika adalah garis panduan yang memandu manusia
dalam pemikiran,kelakuan dan perbuatan serta menjadi rujukan dalam menentukan
nilai perlakuan benar,salah,baik buruk negative mahupun positif.Etika kemudiannya
berkembang dan merupakan satu disiplin ilmu atau sains yang membicarakan tentang
apakah yang baik dan apakah yang buruk,apakah yang benar dan apakah yang
salah,dan apakah yang dikehendaki dengan tanggungjawab dan kewajipan moral.Ahli
falsafah semasa biasanya membahagikan etika kepada tiga cabang asas iaitu;






Kolej eastern

Metaetika
Tertumpu kepada kebenaran universal(universal truths)merujuk kepada
ketentuan pencipta dan perananakal dalam membuat keputusan moral.
Etika normative
Merujuk kepada persoalan-persoalan yang berkait dengan laku perbuatan yang
praktikal yang akhirnya sampai kepada standard moral yang menentukan
sesuatu perlakuan itu baik atau salah.
Etika gunaan
Etika gunaan pula merujuk kepada sesuatu keadaan atau perbuatan yang
tertentu yang dilakukan pada waktu dan tempat tertentu.

iii. Moral
Menurut kamus dewan(1986),moral merujuk kepada ajaran atau pegangan
berkenaan baik dan buruk sesuatu perbuatan seperti kelakuan,kewajipan,dan
lain-lain.Sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari
segi baik buruk sesuatu akhlak.

iv. Akhlak
Menurut kamus dewan,akhlak bermaksud budi pekerti
,kelakuan,watak,pengetahuan berkaitan kelakuan tingkah laku manusia dan
sebagainya sama ada baik atau jahat.Akhlak dari segi bahasa didefinisikan
sebagai moral,tabiat,perangai,budi adab,sifat semula
jadi,maruah,watak,amalan agama atau rupa batin seseorang.Akhlak adalah
ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk,menerangkan apa yang seharusnya
dilakukan oleh seseorang manusia kepada yang lainnya.




Kolej eastern
3)Huraikan konsep dan prinsip asas etika dan nilai.
Perkataan etika berasal dari perkataan inggeris ethics dan bersifatkan
teoritikal.Ethics pula pula berasal dari perkataan greek ethos yang bermaksud watak
atau budaya.Konsep ini merupakan sains atau kajian tentang falsafah moral,perlakuan
baik,kewajipan moral,sikap moral,tanggungjawab moral dan ciri-ciri kehidupan yang
baik.Konsep ini biasanya dihasilkan untuk menjadi garis panduan kepada sesuatu
kumpulan untuk menjamin kebaikan kumpulan asas persatuan mereka seperti etika
keguruan,etika guaman dan sebagainya.Etika juga bermaksud adat atau cara
hidup.Etika kemudiannya berkembang dan merupakan satu disiplin ilmu atau sains
yang membicarakan tentang apakah yang benar dan apakah yang salah.Dalam
konteks dan peranannya khususnya dalam membina dan menentukan corak dan hala
tuju pembangunan,etika adalah garis panduan yang memandu manusia dalam
pemikiran,kelakuan dan perbuatan serta menjadi rujukan dalam menentukan nilai
perlakuan benar,salah,baik buruk negative mahupun positif.Dalam konteks moral atau
melihat kepada fungsinya nilai dirujuk kepada sesuatu perlakuan moral samada baik
atau buruk,benar atau salah.Pada asasnya,ada dua pusat nilai yang menjadi landasan
pembinaan system nilai.Pusart nilai terbahagi kepada dua iaitu pusat nilai berasaskan
ketuhanan(god-centred value)dan pusat nilai berasaskan manusia(human-centred
value).
Dalam konsep dan prinsip asas etika dan nilai,persoalan konsep asas adalah
seperti adat kebiasaan(customes/customary morality),nilai bersama(common
values)dll. Dalam bahagian prinsip asas pula menekankan nilai universal dan nilai
setempat,nilai individu dan nilai kelompok,keseronokan,kesakitan dan hak.
Kesimpulannya walau apapun takrifan dan pengertian dalam konteks
moral.Semuanya berkait dengan perlakuan,sikap pemikiran,tindakan dan amalan
manusia yang baik mahupun sebaliknya yang turut memberi kesan kepada
masyarakat.
Kolej eastern
v. Adab
Adab adalah satu istilah bahasa arab yang bermaksud adat kebiasaan.Kata ini
menunjuk pada satu kebiasaan,etiket,pola tingkah laku yang dianggap sebagai
model.Dengan kata lain,adab ialah sesuatu perkara yang baik dilakukan oleh
seseorang.Adab menggambarkan sifat-sifat adil,kebijaksanaan dan
hikmah.Adakalanya bagi orang melayuadab juga dihubungkaitkan dengan
adat seperti adat perkahwinan,meminang,adat bertandang dan sebagainya.Ia
juga merujuk kepada kesenian,kehalusan dan kesantunan.Dalam konteks
tingkah laku manusia pula,adab ber[eranan memimpin manusia supaya
berkelakuan dan bertindak secara halus,berseni dan berhikmah berasaskan
system nilai yang ada dalam masyarakat tersebut.

Contoh-contoh adab;
Adab bercakap
Adab makan
Adab menghadiri majlis
Adab bergaul dll.

v. Undang-undang
Peraturan yang digubal oleh pihak berkuasa untuk mengatur kehidupan
manusia supaya kehidupan manusia aman dan damai.Dikuatkuasakan oleh
mahkamah dan merupakan peraturan minimum untuk mengawal jenayah.



2) Berikan 5 contoh adab yang anda tahu;
Adab bercakap
Adab makan
Adab menghadiri majlis
Adab bergaul, dan adab dari segi pemakaian.
Kolej eastern

Anda mungkin juga menyukai