Anda di halaman 1dari 11

STRATEGI KAJIAN

MASA DEPAN


Pengenalan

Strategi Kajian Masa Depan adalah ibarat analogi memandu kereta:
Analogi memandu kereta di atas menunjukkan bahawa
sepanjang pemanduan kita, kita seringkali dikejutkan dengan
perkara-perkara yang tidak dijangka. Contohnya, sedang kita
memandu di lebuhraya, tiba-tiba seorang lelaki melintas di
hadapan kereta. Oleh itu, sepanjang pemanduan, kita
haruslah peka dan sentiasa berwaspada.
.
Kajian Masa Depan
- merupakan satu disiplin ilmu untuk melihat masa depan
-melalui tren hinggalah kepada apa yang dapat dibayangkan akan
berlaku melalui pelbagai bentuk dan cara yang dikesan

Definisi
Kajian Masa Depan
- merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan
keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan
membuat keputusan.

SENARIO
GAMBARAN
YANG
BOLEH
DIDAPATI
Apa pilihan
anda?
Kehidupan anda Persekitaran
Negara
Seluruh dunia
Masa lalu :
Perspektif

Masa kini :
Trend utama

Masa depan :
Perubahan
Grafik di atas : dimensi kajian masa depan. Antara dimensi
penting : adalah bahawa masa depan adalah dinamik
kerana sentiasa berlakunya perubahan.

Masalah masa depan lazimnya kompleks serta sukar
ditentukan dan penyelesaiannya bersifat global.

Lagipun manusia terikat dengan nilai dan norma, keinginan
dan hajat serta kehendak masa depan.

Walau bagaimanapun, Kajian Masa Depan adalah berciri
saintifik kerana dapat diuji, boleh diulangi dan dapat
diramal.

Rasional Pengajaran Kajian Masa Depan

Pembelajaran berasaskan Kajian Masa Depan
(KMD) diperkenalkan untuk mendidik generasi baru
bersedia menghadapi cabaran dan perubahan.

Pembelajaran berasaskan KMD : strategi secara
saintifik yang dibina untuk menambahkan
keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai
cabaran hidup
: membuat
keputusan untuk menghasilkan generasi masa
depan yang berkeyakinan, berupaya dan
bertanggungjawab.

1. Membina generasi masa depan
Kajian Masa Depan memberi kesedaran dan merangsang murid
berfikir tentang isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi.

Ini membolehkan mereka memandang masa depan dengan yakin
dan optimis serta mengambil bahagian dalam merancang masa
depan mereka.

2. Menghasilkan tenaga manusia yang berfikir
Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam
menghasilkan tenaga manusia yang dapat berfikir tentang masa
depan.

Mereka seharusnya berfikir untuk menggambarkan serta
menjangkakan masalah yang bakal timbul.
3. Menjangka masalah dan membuat pilihan yang baik

Pelajar juga dapat mencari alternatif dan pilihan ke
arah masa depan yang lebih baik.


4. Membawa anjakan paradigma

Pelajar akan membawa anjakan paradigma terhadap
budaya belajar yang berasaskan pengetahuan dan
ingatan semata-mata kepada budaya berfikir.

Strategi Kajian Masa Depan

Pelajar menggunakan pemikiran kritis dan
kreatif untuk meninjau perubahan keadaan
daripada masa lalu ke sekarang dan
meramalkan keadaan pada masa depan.

Pedagogi ini berpusatkan pelajar dan
menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti
pendidikan moral, pendidikan alam sekitar.
Nilai murni seperti ini bertanggungjawab dan
bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.
Objektif Kajian Masa Depan

Berfikir Secara Kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa
depan

KMD boleh membina :

- minda suka bertanya dan

- kemahiran intelek yang dapat membantu pelajar berfikir secara kreatif, terarah,
analitis dan reflektif tentang keseluruhan hidup manusia dan proses meneroka
alternatif dan pilihan.

Berkomunikasi Secara berkesan tentang hal-hal masa depan

KMD membantu pelajar :
- memberi sumbangan ke arah kesejahteraan dan kebaikan dunia dan ;

- membina strategi menambah keupayaan pelajar dalam menghadapi berbagai
cabaran hidup.

Membina Sikap dan nilai tentang masa depan.

KMD akan membina :
- keyakinan pelajar supaya mereka mampu mengawal diri,
- boleh membuat pilihan berasaskan etika dan;
- nilai moral serta berupaya mempengaruhi masa depan mereka.

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan

KMD memberi asas kepada pelajar :
- memahami dan menghayati Wawasan 2020 dan;
- memantapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan, konsep, kemahiran dan
kaedah dalam mengkaji masa depan.

Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan

Pelajar digalakkan menjadi :
- warganegara yang lebih bertanggung jawab, tahu membeza dan menilai,
berketrampilan dan mempunyai gambaran jelas tentang masa depan.

Anda mungkin juga menyukai