Anda di halaman 1dari 1

Yap Yong Wei

PISMP Pend. Pemulihan-2


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,
06000, Jitra,
Kedah.

Warden,
Kolej Asrama IPG,
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,
06000, Jitra,
Kedah. 25 FEBRUARY 2013

Tuan,
MEMINTA KEBENARAN UNTUK PULANG LAMBAT KE ASRAMA

Adalah dimaklumkan bahawa saya yang bernama Yap Yong Wei daripada pengajian
PISMP Pendidikan Pemulihan 2 Semester 1 ingin meminta kebenaran tuan untuk
pulang lambat ke asrama pada hari yang bertarikh 25/2/2013-02/03/2013. Hal ini
kerana, saya bersama rakan-rakan saya yang lain akan mengikuti satu kursus di
SRJK (C) Chung Hwa pada hari tersebut.
2. Kursus Longevitology akan tamat pada pukul 10.30p.m. Jadi, saya ingin meminta
jasa baik tuan untuk memberi kelonggaran kepada kami semua untuk pulang lambat
ke asrama.
3. Oleh yang demikian, saya ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk membuat
pertimbangan yang sewajarnya di atas kesulitan ini.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
.............................
(YAP YONG WEI)