PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN : KEBERTANGGUNGJAWABAN INISIATIF KENDIRI
NAMA : ROHANA BINTI HAJI JUKARNA NO. MATRIKULASI : 750620126206001 NO. KAD PENGENALAN : 750620126206 NO TELEFON : 013-5571200 E-MEL : rohanajukarna@yahoo.com.my PUSAT PEMBELAJARAN : SANDAKAN LEARNING CENTRE TUGASAN : HBEF2803 TUGASAN 2 ( T2A1
Apa yang saya peroleh daripada video yang dibentangkan oleh Ketua Penolong Pengarah, Sektor Peningkatan Ilmu Bahagian Pendidikan Guru, Dr Nasaruddin b Basar menyatakan bahawasanya kehadiran guru-guru di dalam program PPG ini boleh memberi impak yang besar kepada diri sendiri, pelajar, Guru Besar dan negara. Apa yang dapat di peroleh daripada program ini boleh diaplikasikan di dalam kelas seterusnya dikongsi bersama guru-guru lain di sekolah. Selain itu, pembangunan profesionalisme yang berterusan serta program latihan yang dijalankan secara sistematik akan dapat menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan sepanjang perkhidmatan. Guru-guru yang mengikuti program PPG ini adalah atas inisiatif sendiri bukan dipaksa oleh mana-mana pihak. Oleh yang demikian, adalah diharapkan guru dapat menggunakan peluang yang diberi ini untuk mempertingkatkan profesionalisme keguruan dan dapat mengubah segalanya bukan setakat akademik sahaja. Disamping itu juga, guru perlu meningkatkan kualiti diri untuk menjadikan pelajar kita boleh survive dengan kehidupan mereka pada masa depan, bukan hanya untuk lulus peperiksaan sahaja. Tambah beliau lagi, transformasi keguruan sebagai profesion pilihan yang merupakan satu daripada 11 anjakan dalam laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menekankan kepada peningkatan pembelajaran dan pembangunan guru. Bagi melaksanakannya, kita perlu juga meningkatkan kualiti profesion perguruan supaya dapat menghasilkan guru-guru yang cemerlang. Kita juga sebenarnya mahu menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang diminati dan menarik perhatian ramai pelajar, katanya. Guru yang berkualiti akan menghasilkan murid yang berkualiti. Guru adalah sebagai pemangkin utama kecemerlangan murid perlu diberi pendedahan tentang pelbagai pendekatan dan program penambahbaikan secara langsung melalui program pembangunan. Dengan cara ini, profesionalisme ini dapat ditingkatkan bermula daripada peringkat awal iaitu ketika guru tersebut ditempatkan di sekolah buat kali pertama. Kajian-kajian lepas menunjukkan peningkatan dalam profesionalisme guru berjaya memberi kesan yang positif dari segi peningkatan ilmu dan amalan guru di sekolah,seterusnya meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah (David et al., 2003). Sebagai contoh, adalah kita sendiri. Kita boleh berjaya disebabkan guru-guru kita dahulu adalah dari kalangan guru yang berkualiti. Sebagai guru, kita hendaklah sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan kualiti diri kita. Kemenjadian pelajar amat penting pada masa sekarang kerana merekalah yang akan memimpin negara kita pada masa hadapan. Kita harus mendidik pelajar pada hari ini untuk menyediakan mereka pada masa yang akan datang. Sebagai contoh, murid Tahun 1 yang kita didik hari ini boleh survive hidup mereka pada tahun 2025 nanti. Antara faktor penting yang perlu kita lihat adalah cara berkomunikasi dengan berkesan, boleh berkolaborasi dengan semua pihak dan mahir di dalam bidang yang diceburi. Ini adalah ciri-ciri yang dikehendaki oleh sesebuah institusi atau seseorang majikan. Guru juga perlulah sentiasa proaktif ke hadapan. Jangan tunggu arahan guru besar baru nak buat kerja seperti pahat dengan penukul. Faktor guru amat penting dalam membangunkan profesionalisme keguruan ini. Guru perlu membuat kajian tindakan bagi mengenalpasti kelemahan atau kekuatan yang ada pada pelajar. Media sosial seperti facebook, juga memainkan peranan penting. Guru seharusnya menggunakan ICT di dalam P & P agar agar proses P & P dapat menarik perhatian pelajar selain memotivasikan mereka. Semua guru tidak kira gred perlu ada kompeten, profisien, strategi, aspirasi dan wawasan. Contoh, kompetensi yang diharapkan ialah P & P berkesan, nilai profesional, aktiviti luar bilik darjah dan sumbangan profesionalisme. Guru juga terdiri daripada 3 kelompok iaitu guru berprestasi tinggi, biasa dan rendah. Mereka akan memperoleh peluang pembangunan kerjaya yang menarik merentas beberapa laluan kerjaya, dengan kemajuan berasaskan kompetensi, dan bukan bergantung kepada tempoh perkhidmatan, katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Antarabangsa Institut Pendidikan Guru Dalam Pembelajaran dan Pembangunan Guru di sini hari ini. Selain itu, Kementerian Pelajaran akan menyediakan banyak peluang peningkatan kerjaya, termasuk peluang kenaikan pangkat kepada guru dan pengetua cemerlang sebagai insentif untuk terus meningkatkan pencapaian, sekali gus membolehkan pengajaran dan pembelajaran lebih baik. Ini seharusnya dilihat sebagai usaha dan perkembangan positif dalam memartabatkan profesion perguruan kerana program pembangunan profesional yang berterusan mensasarkan kepada matlamat mempertingkatkan kompetensi, ilmu pengetahuan serta kebolehan guru. Kesimpulan: Sebagai guru harus sentiasa meningkatkan kompetensi dan perlu seiring dengan kehendak negara hari ini.Kita tidak perlu takut atau risau dengan kemungkinan generasi akan datang akan hilang tradisi, tetapi dengan pengetahuan baharu dan keupayaan berfikir secara kritis, generasi dan guru-guru akan datang tetap relevan dalam pasaran pekerjaan, katanya.