Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

KARNIVAL SUKAN SK PARIS


BOLA Baling
2012









KERTAS KERJA
KARNIVAL SUKAN SK PARIS ( BOLA BALING )
1.0 PENDAHULUAN
Dasar 1 M 1 S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti
sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti
sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk
membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah
melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan,
sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid
yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan
Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak
sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai
satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu.
Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.

2.0 RASIONAL
Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk,
1. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid
dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.
2. Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat
yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
3.0 OBJEKTIF
Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut:
1. Meningkatkan kecergasan jasmani.
2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
3. Memupuk perpaduan di antara kaum.
4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid.
5. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.
6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

4.0 Butiran Pertandingan
4.1 Tarikh dan Masa
Tarikh Masa
28 Mac 2012 3:00 5:00 petang

4.2 Tempat
Padang SK Paris
4.3 Penganjur
Kelab Bola Baling SK Paris
4.4 Penyertaan
Semua murid Tahap 2SK Paris
4.5 Pasukan Bertanding
Wakil pasukan perempuan bagi setiap Rumah Sukan:-
Rumah Sukan Merah
Rumah Sukan Biru
Rumah Sukan Hijau
Rumah Sukan Kuning





5.0 Senarai AJK INDUK



Penaung
Guru Besar
Pn Mastiah bt Hassim
Pengerusi
PK KO Kurikulum
En Fitri Abd Ghani
Penyelaras
Pn Rohana Jukarna

Setiausaha
Pn Lindawati Abd Aziz
Bendahari
Ustazah Zarifah
Penyelia Peserta
Pn Norsiah Abdillah

6.0 Sistem Dan Jadual

6.1 Jadual/Urutan acara yang dipertandingkan

3:00 pm Pendaftaran Peserta

3:30pm Urusetia

Bil Masa Perlawanan Rumah Sukan Catatan
1 3:30 3:40 Merah vs Hijau- (G1)
2 3:45 3:55 Biru vs Kuning-(G2)
3 4:05 4:15 Kalah G1 vs Kalah G2 Tempat 3 & 4
4 4:20 4:30 Menang G1 vs Menang G2 Tempat 1 & 2

4:40 pm Bersurai
6.2 Sistem Pertandingan
- Sistem Separuh Akhir
- Masa perlawanan 10 minit
(2 minit rehat )

7.0 Hal-hal Lain
Pihak jawatankuasa berhak meminda atau menambah perkara yang dirasakan sesuai
untuk kelancaran pertandingan.


Disediakan Oleh Disahkan oleh

..................................... ........................................
(Pn Rohana Bt Jukarna ) (En Fitri Abd Ghani)

Penyelaras Pertandingan Bola Baling PK KO-Kurikulum