Anda di halaman 1dari 4

44

tentang komunikasi penpal yang meningkatkan perkembangan komunikasi matematik secarabertulis.


Didalam surat kepada
penpal
itu termasuklah:i)

Kata ucap selamatii)

Ceritak tentang diriiii)

Ceritakan tentang kenapa kamu suka matematik iv)

Ceritakan tentang kenapa apa yang kamu tidak suka dalam matematik v)

Ceritakan tentang apa yang kamu ingin pelajari didalam matematik vi)

Berikan contoh apa yang kamu fikir matematik itu susah.vii)

Memasukkan masalah matematik yang ceria dan mencabar untuk penpal kamu cubaselesaikan
(pastikan kamu tahu menyelesaikannya).viii)

Tandatangan kamu.Di akhir semester, pelajar ditemukan dengan
penpal
masing-masing dalam suatu upacara ramahmesra. Ianya sangat menarik. Pelajar-pelajar
bekerjasama dalam aktiviti-aktiviti matematik,bermain permainan matematik, bertanya apa yang
mereka tidak faham dalam surat-surat merekadan berbincang kesamaan diantara mereka. Didapati,
kepada semua yang terlibat dengan projek ini, ianya sesuatu penerapan ilmu yang sangat bernilai.
g.

Membuat penilaian terhadap kemampun komunikasi matematik
Menurut Cai, J., Lane dan Jackbison, M.S (dalam NCTM, 1996), terdapat satu model yang
bolehdigunakan untuk menilai kemampuan komunikasi matematik pelajar seperti QCAI
(QUASARCognitive Assessment Instrument). QUASAR ialah satu projek nasional di Amerika yang
telahdirekabentuk untuk mengembangkan pembelajaran matematik pelajar di sekolah menengah.
Modelini dinamakan
Open-Ended Tasks.
Didalamnya berupa format evaluasi dalam bentuk pertanyaan
open-ended
iaitu suatu pertanyaan yang member peluang kepada pelajar untuk menjawab secarabenar dengan
kemungkinan alasan atau cara menjawab yang beragam. Caranya, siswa diberi
pertanyaan open
-
ended dan pelajar harus menjelaskan jawapannya. Menurut Peressini dan
Bassett (dalam NCTM, 1996) proses ini akan lebih memberi kesempatan dan pengalaman
belajarserta masalah komunikasi yang dimiliki siswa. Setelah jawapan pelajar diperolehi denagn
format

45
open-ended
, berikutnya jawapan itu dianalisis dan diberi skor dengan menggunakan panduan yangdisebut
Holistic Scoring Rubrics iaitu suatu prosedur yang digunakan untuk member skor responpelajar dari
open-ended tasks
. Skor ini diberi tahap 0, 1, 2, 3 dan 4. Setiap skor yang diperolehioleh pelajar mencerminkan
kemampuan pelajar dalam merespon terhadap persoalan yangdiberikan dengan menimbangkan
aspek-aspek seperti pengetahuan matematik, strategipengetahuan dan komunikasi matematik.Jadi
dapatlah dibuat kesimpulan disini bahawa, mengajar matematik disekolah-sekolah diMalaysia diharap
dapat menyediakan pelajar dengan ilmu asas matematik dan membina pemikiranmatematik untuk
menyelesaikan masalah. Komunikasi adalah satu bahagian yang sangat pentingdalam pembelajaran
pelajar didalam kelas matematik malah ia juga membantu dalam meyediakanpelajar dengan ilmu
asas matematik dan membina pemikiran matematik mereka. Komunikasi jugamenjadi alat yang
dapat membantu pelajar membina soalan-soalan atau idea tentang konsep.
KESIMPULAN
Komunikasi adalah sangat penting dalam pembelajaran matematik. Mempelajari bagaimana kanak-
kanak belajar dan bagaimana mereka berkomunikasi dengan persekitaran adalah sangat
penting.Kanak-kaank belajar melalui perhubungan mereka dengan alam. Mereka melalui beberapa
prosessebelum mereka memahami sesuatu. Pembelajaran dalam matematik perlu
mengikutperkembangan kognitif pelajar. Dalam matematik, ururtan proses pembelajaran sepatutnya
diikutiiaitu daripada penggunaan bahan konkrit (enaktif) kepada penggunaan perwakilan gambar
(ikonik)sebelum pelajar diperkenalkan kepada simbol (simbolik).Guru sepatutnya perlu mengetahui
bagaimana berkomunikasi dengan pelajar danseterusnya bagaimana menggunakan bahan-bahan
yang ada di persekitaran mereka untuk memudahkan proses pembelajaran. Dalam pembelajaran
matematik, komunikasi yang berkesanialah komunikasi yang boleh menghasilkan perkongsian idea,
konsep dan tingkahlaku yangbermakna kepada pelajar dimana pelajar mendapat makna hasil
interaksi mereka dengan guru,

46
sesame mereka dan dengan bahan-bahan yang ada disekitar mereka. Untuk melicinkan
prosespembelajaran matematik, komunikasi dalam matematik perlu diberi penekanan.Dari apa yang
dapat kita perhatikan, komunikasi sangat memainkan peranan penting dalammenguasai idea
matematik dan membina pemikiran matematik pelajar. Kesukaran para pendidik dalam
melaksanakan komunikasi berkenaan matematik atau komunikasi dalam matematik itusendiri
pastinya akan memberikan ganjaran yang sangat berbaloi apabila melihatkan hasilnya
yangmemberangsangkan kelak. Kini, masih banyak pihak, baik dipihak guru mahupun dipihak
pelajaryang masih mahu kekal menggunakan cara lama dalam pembelajaran matematik. Kita
perlulahmelihat kepada hasil kajian yang telah dijalankan terutamanya di negara maju yang
banyak memeperlihatkan keberjayaan kaedah baru itu. Sekiranya bilik darjah hendak dijadikan
bukansahaja sebagai lubok untuk aktiviti yang selesa dan mudah, tetapi sebagai tapak untuk
menjelajahiilmu-ilmu baru, maka para pendidik, termasuk pendidik yang terlibat dengan
pengajaranmatematik, mempunyai tanggungjawab untuk membawa anak didik mereka menerokai
satupengalaman komunikasi yang inovatif. Sebaliknya, sekiranya pendidik memilih untuk kekal
tetapditahap yang lama, ia adalah seperti menutup satu peluang keemasan dalam kehidupan
semuaorang

Anda mungkin juga menyukai