Anda di halaman 1dari 6

Kemahiran Asertif

(Assertive Skills)
KEMAMPUAN MELAHIRKAN EMOSI DIRI SECARA
ASERTIF
Definisi:
Kemahiran ini dibahagikan kepada tiga komponen:

1. Kebolehan untuk meluahkan perasaan (contohnya, menerima
dan meluahkan perasaan marah dan mesra).

2. Kebolehan untuk meluahkan pegangan dan pendapat secara
terbuka (boleh menyuarakan pendapat, perselisihan pendapat
dan mempunyai prinsip yang tegas, walaupun sukar)

3. Kebolehan untuk mempertahankan hak individu (tidak
membenarkan orang lain mengganggu atau mengambil
kesempatan ke atas diri kita)

Orang yang assertive tidak mudah dimanipulasi atau
malu.Mereka boleh menyuarakan perasaan tanpa bertindak
agresif atau ekstrim.
ASERTIF

Keupayaan seseorang individu
menyatakan apa yang ada dalam
fikirannya positif atau negatif
dengan cara sesuai lisan dan bukan
lisan.
Mesej dinyatakan berterus
terang. Penerima merasa selesa
dan dihormati.
Mereka yang dalam
golongan ini amat
menghormati hak orang lain.
Mereka menghormati idea,
perasaan dan keperluan
orang lain. Di waktu yang
sama juga, mereka
merasakan mereka berhak
untuk meluahkan hak dan
perasaan mereka.
Mereka ini selalunya berkeyakinan dan bila
menyelesaikan masalah, selalu mengambil sikap memberi dan
menerima seperti:

Saya percaya ... bagaimana fikiran anda?
Saya lebih suka ...
Apa yang boleh kita buat untuk menyelesaikan masalah ini?

Tingkahlaku bukan lisan pula dapat dilihat dengan
jelas. Pada keseluruhannya mereka bercakap dengan nada
suara yang tetap dan sederhana. Pandangan mereka tepat,
tidak menunjukkan ingin berkuasa. Keadaan badan releks dan
dapat dikawal.
Tingkahlaku Hak OK Menang
Kalah
Agresif
Utama hak
sendiri,
ketepi hak
orang
Saya ok
Anda tak ok
Saya menang
Anda kalah
Asertif
Utama hak
sendiri,
hormati
hak orang
Saya ok
Anda ok
Saya menang
Anda menang
Pasif
Ketepi hak
sendiri,
utama hak
orang
Saya tak ok
Anda ok
Saya kalah
Anda menang
KESAN GAYA TINGKAHLAKU