Anda di halaman 1dari 48

PERGERAKAN ASAS

Pengenalan

Pergerakan asas merupakan salah satu tunjang
utama dalam Pendidikan Jasmani.

Boleh melatih kanak-kanak dari segi kekuatan
badan di samping menyelaras perkembangan
anggota badan yang ringkas melalui
pergerakan yang mudah

Merupakan cara utama dalam mempraktikkan
perkembangan fizikal dan rohani kanak-kanak


PERGERAKAN ASAS
Pengertian Pergerakan Asas

Aktiviti yang dihasilkan pelaku untuk menguji
kebolehan mereka mengawal pergerakan-
pergerakan badan (Susan Capel, 1986)

Pendidikan Jasmani meluangkan sebahagian
otot besar yang mendorong dan
membangunkan belajar untuk bergerak dan
belajar melalui pergerakan (Gallahue, 1996)

PERGERAKAN ASAS
Terdiri daripada tiga aspek pergerakan:
Pergerakan Lokomotor
Pergerakan Bukan Lokomotor
Manipulasi Alatan

Pergerakan-pergerakan ini boleh dilakukan
secara individu, berpasangan atau
berkumpulan
KONSEP PERGERAKAN

Konsep pergerakan merupakan
pengetahuan dan pemahaman tentang
pergerakan yang membenarkan individu
mengadaptasi dan memodifikasi
pergerakan untuk mencapai matlamat
pergerakan yang spesifik
KONSEP PERGERAKAN
Kesedaran Tubuh Badan: Apakah yang
boleh dilakukan oleh tubuh badan?
Kesedaran Ruang: Di manakah badan
bergerak?
Kualiti Pergerakan: Bagaimanakah
badan bergerak?
Perhubungan: Dengan siapa dan
dengan apakah badan bergerak?


KONSEP PERGERAKAN

Kesedaran Tubuh Badan
Mengenal pasti nama dan lokasi anggota
badan, posisi dan bentuk badan
Kesedaran pergerakan tubuh badan
Badan sebagai alat komunikasi untuk
meluahkan perasaan
Kesedaran ketegangan otot dan relaksasi

KONSEP PERGERAKAN
Kesedaran Ruang
Mengenali ruang kendiri dan menghormati ruang
orang lain
Bergerak dengan selamat dalam ruang am
Mengenali pelbagai arah dan bagaimana menukar
arah
Memahami pelbagai aras pergerakan
Mengharungi pelbagai laluan serta laluan pergerakan
pelbagai objek
Menyesuaikan julat pergerakan berdasarkan tugasan
dan situasi
KONSEP PERGERAKAN

Perhubungan
Memahami perhubungan antara badan
dengan setiap anggota badan
Bergerak dengan berkesan secara relatif
dengan individu lain atau kumpulan
Memahami perhubungan antara badan
dan anggota badan dengan objek
KONSEP PERGERAKAN
Kualiti Pergerakan
Imbangan: memahami unsur imbangan statik
dan dinamik serta peranan imbangan dalam
pergerakan
Masa: membezakan pelbagai kelajuan dan
meningkatkan atau mengurangkan kelajuan
pegerakan
Kuasa: kebolehan mewujudkan dan
memodifikasikan kuasa sendiri untuk memenuhi
keperluan tugasan
Aliran: menggabungkan pergerakan dengan
licin dan melalukan pergerakan dalam masa
atau ruang yang terhad
FAKTOR UMUM YANG
MEMPENGARUHI PERGERAKAN
Faktor fisiolgi: Daya tahan kardiovaskular,
fleksibilti, kekuatan dan daya tahan otot

Faktor psikologikal: ketakutan, kerisauan
dan keyakinan diri

Faktor sosiologikal: keahlian dalam
kumpulan boleh mempengaruhi
penglibatan, peranan gender dan
ekonomi.
TUJUAN PERGERAKAN ASAS
Kecergasan: daya tahan kardiovaskular,
kekuatan dan daya tahan otot, fleksibiliti,
komposisi tubuh badan, pengukuran
denyutan nadi dan prinsip latihan

Sosialisasi: undang-undang dan peraturan
permainan, menghormati orang lain,
semangat kesukanan , bekerjasama.,
penyelesaian masalah dan membuat
keputusan
JENIS PERGERAKAN ASAS
Pergerakan Lokomotor
Pergerakan dari satu tempat ke tempat yang
lain seperti berjalan, berlari, melompat,
bercongklang dan sebagainya
Ia melibatkan arah, haluan, aliran dan masa.
Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu
Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor
Beritma tidak Sekata
Mengandungi 8 pergerakan iaitu 5 pergerakan
Beritma Sekata dan 3 pergerkan Beritma Tidak
Sekata

JENIS PERGERAKAN
Pergerakan Bukan Lokomotor
Ditakrifikan sebagai pergerakan statik
atau setempat
Ia melibatkan pergerakan yang tidak
mengubah dasar pelaku pegerakan.
Ia menekankan kepada kesimbangan
dan fleksibiiti seseorang
Contoh pergerakan bukan lokomotor
ialah membongkok, meringkuk dan
meregang, mengayun, mengilas,
menolak dan menarik dan
sebagainya.
PERGERAKAN ASAS BERSAMA
ALATAN (MANIPUATIF ALATAN)
Merupakan kemahiran asas yang
menyediakan untuk mempelajari
kemahiran asas sukan.
Membolehkan mereka untuk
memperlakukan, mengawal dan
mengendalikan objek-objek yang berbeza
dari segi saiz, bentuk dan komposisi.
Contoh objek/alatan seperti pundi kacang,
bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali,
batang rotan, gelang getah (squaid) dan
sebagainya.
PERGERAKAN ASAS BERSAMA
ALATAN (MANIPULASI ALATAN)
Menurut Thomas, Lee & Thomas (1988),
menyatakan bahawa manipulasi
melibatkan tiga aspek, iaitu:

Memberi tenaga kepada objek/alatan seperti
melontar, menyepak, memukul, merejam
dsb.
Menguasi objek termasuk menangkap dan
menyambut
Mengawal objek seperti menggelecek dan
memantul.
STRATEGI, KAEDAH & TEKNIK PENGAJARAN
& PEMBELAJARAN KEMAHIRAN
PERGERAKAN ASAS
Kaedah/Gaya Pengajaran:
Gaya Langsung
- mementingkan guru
- guru membuat semua keputusan
- berdasarkan Teori Pembelajaran
Tingkah Laku (Behavioristic)
- menganggap guru mengetahui
bagaimana kemahiran pergerakan
dilakukan dengan cara yang betul
STRATEGI, KAEDAH & TEKNIK
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS
Gaya Tidak Langsung
Berpusatkan murid
Berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah
lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan
yang betul
Pembelajaran seharusnya melalui percubaan,
penyelesaian masalah dan penemuan diri.
Berdasarkan Teori Pembelajaran Kognitif di mana
pembelajaran dianggap satu proses yang berlaku dari
dalam ke luar dan proses pembelajaran adalah sama
penting dengan hasil pembelajaran

STRATEGI, KAEDAH & TEKNIK
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS
Gaya Arahan
Guru mengawal APA yang akan dipelajari,
BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan
AKHIR sesuatu aktiviti.

Gaya Gabungan
Guru membimbing murid membuat tugasan
dengan beberapa limitasi.






STRATEGI, KAEDAH & TEKNIK PENGAJARAN
& PEMBELAJARAN KEMAHIRAN
PERGERAKAN ASAS
Kaedah Kuliah
Kaedah Perbincangan
Kaedah Kuliah Demonstrasi
Kaedah Latihan
Kaedah Penemuan
Kaedah Projek
Kaedah Persembahan Lisan
Kaedah Sebahagian-Keseluruhan
KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF
PERMAINAN KANAK-KANAK
KONSEP
Bertujuan untuk memberi keseronokan dan
kepuasan di samping sebagai pengenalan
kepada permainan-permainan utama

MATLAMAT
Berperanan sebagai satu saluran untuk
mempraktikkan integrasi dan tolenrasi bagi
membina sifat-sifat kerjasama dan semangat
kesukanan di samping menggalakkan murid-
murid berfikir, menyelesaikan masalah dan
berkreatif.
KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF
PERMAINAN KANAK-KANAK
OBJEKTIF
Penguasaan kemahiran dan teknik bersukan
yang akhirnya akan membentuk ke arah
penguasaan kemahiran sukan tertentu

Membentuk kesedaran terhadap taktik melalui
eksplorasi dalam prinsip permainan

Keseronokan dalam bermain tertakluk kepada
keputusan yang dibuat atas kesedaran
terhadap taktik (Thorpe and Bunker, 1982)
KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF
PERMAINAN KANAK-KANAK
OBEKTIF (sambungan)
Tugas guru mencipta situasi supaya murid
dapat membina kemahiran yang
diperlukan untuk melakukan dalam situasi
permainan

Fokus utama dalam pendekatan mengajar
permainan adalah kesedaran taktikal dan
membuat keputusan selain dari membina
kemahiran dan teknik
KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF
PERMAINAN KANAK-KANAK
OBEKTIF (sambungan)
Memberi peluang kepada semua murid selain
dari mengukur keupayaan fizikal, berperanan
utama dalam permainan serta menjana jati diri

Menggalakkan murid bermain pada tahap
keupayaan taktikal masing-masing

KEPENTINGAN PERMAINAN
KANAK-KANAK
Membantu kanak-kanak memahami
aktiviti sekitar mereka di mana mereka
belajar melalui penglibatan secara terus
dan pengalaman langsung.
Membantu pembentukan personaliti
melalui kerja sama, berkongsi, mengikut
peraturan, inisiatif dan kesedaran
tentang kebersihan dan urutan.
Memberi peluang mengenal
persekitaran fizikal seperti saiz, bentuk,
warna, berat, tekstur dan jenis.
KEPENTINGAN PERMAINAN
KANAK-KANAK
Meningkat kebolehan fizikal dari aspek
motor halus dan motor kasar.
Sebagai salah satu cara kanak-kanak
meluahkan perasaan.
Mengembangkan kebolehan kreatif
semasa menyelesaikan masalah dalam
permainan.
Meningkatkan keyakinan diri.
Sebagai satu kaedah berkomunikasi dan
interaksi sosial.
PENGENALAN DAN KONSEP MODEL BUNKER &
THORPE (1982)
Bunker & Thorpe (1982) telah
memperkenalkan model Teaching Games
for Understanding (TGfU) untuk pelajar
sekolah rendah dan menengah.
Tgfu merupakan satu model pendidikan
yang menekan:
Pemahaman yang menyeluruh pada setiap
permainan
Meningkatkan tahap aktiviti fizikal
Menjadikan kelas PJ sebagai tempat yang
sesuai untuk persaingan, motivasi dan
bersuka ria.
PENGENALAN DAN KONSEP MODEL
BUNKER & THORPE (1982)
Isu-isu yang mendorong Bunker & Thorpe
mengkaji TGfU:
Pencapaian dalam permainan adalah
sedikit dan kurang memuaskan.
Kekurangan pengetahuan tentang
permainan
Lemah dalam kemahiran asas dan kurang
berupaya membuat keputusan
Terlalu mengharap jurulatih atau guru untuk
membuat keputusan
Kadar perkembangan dalam permainan
adalah lambat dan tidak menonjol

MATLAMAT TGfU

Adalah untuk memperkembangkan
kemahiran seseorang pelajar dalam
menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan
FALASAFAH TGfU
Pelajar atau pemain bukan sahaja perlu
tahu bagai mana untuk menjayakan
permainan tetapi adalah lebih penting
untuk belajar membuat keputusan yang
sesuai ketika permainan berjalan.
TGfU juga menggalakkan pelajar untuk
mellibatkan diri dalam pelbagai
permainan.
KATEGORI PERMAINAN
Webb and Pearson (2004) telah
mengkategorikan permainan kepada 4
kategori iaitu:

sasaran (target)
pukulan/padang
(striking/fielding)
Jaring/dinding (net/wall)
Serangan/kawasan (invasion)
KATEGORI PERMAINAN
Kategori Sasaran (Target)

Menempatkan objek pada
sasaran atau mendekati sasaran
untuk mendapatkan mata
Contoh: boling, memanah, golf
KATEGORI PERMAINAN
Kategori Pukulan/Pemadang
(Striking/Fielding)
Melibatkan dua pasukan/pihak (striking &
fielding)
Pasukan striking akan bertindak
memperolehi /mengumpul mata dan
pasukan fielding akan cuba
menghalangnya.
Contoh: baseball, softball, kriket
KATEGORI PERMAINAN
Kategori/Dinding (Net/Wall)
Dimainkan antara jaring atau menggunakan
dinding
Mengumpul mata melalui menghantar objek
ke gelanggang pihak lawan dengan syarat
objek tersebut dapat dihantar balik dalam
kawasan gelanggang
Contoh: badminton, tenis, squash, sepak
takraw

KATEGORI PERMAINAN
Kategori Serangan (Invasion)
Melibatkan dua pasukan/pihak
(penyerang dan pertahanan)
Pasukan penyerang akan cuba
menyerang/menjaringkan gol untuk
mendapatkan mata/gol
Pasukan pertahanan akan cuba
menghalang/bertahan pasukan lawan
untuk mendapatkan mata/gol
Contoh: bola sepak, bola jaring, hoki
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN
PERMAINAN KANAK-KANAK
Pengurusan dan pengelolaan permainan
kanak-kanak dirancangkan berdasarkan
tiga peringkat iaitu:

sebelum (pra)
semasa
selepas

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN
PERMAINAN KANAK-KANAK
Peringkat Sebelum (Pra)
Mengenalpasti waktu yang sesuai
Merancang aktiviti yang menarik
Menentukan tempat/kawasan yang selamat
Memastikan peralatan yang menarik dan
mencukupi
Menyediakan borang-borang catatan yang
diperlukan
Menyampaikan maklumat kepada murid
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN
PERMAINAN KANAK-KANAK
Peringkat semasa
Menyusun atur peralatan dengan baik
Memastikan murid menepati masa
Membawa murid ke tempat permainan
Memastikan murid memahami arahan
Mewujudkan suasana yang ceria
Mengawasi murid mematuhi peraturan
Menggalakkan murid terlibat secara aktif
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN
PERMAINAN KANAK-KANAK
Peringkat selepas
Membuat rumusan dan maklum balas
Membuat refleksi dan memotivasikan
murid
Memberi penghargaan kepada murid
Peralatan dikembalikan dan disusun
dengan baik
Guru mengkaji semula kesesuaian
permainan/aktiviti
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN
PERMAINAN KANAK-KANAK
Keselamatan Peralatan, Kawasan dan Murid
Meletakkan peralatan di sudut yang selamat
Menguruskan peralatan dengan baik
Memastikn kawasan bebas dari bahan-bahan
merbahaya yang boleh menyebabkan
kemalangan
Melakukan aktiviti memanaskan badan dan
regangan terlebih dahulu.
PENGELOLAAN PERMAINAN
KANAK-KANAK
Langkah dan Prosedur Pengelolaan
Membuat persediaan awal
Memberi penerangan dan demostrasi
Melaksanakan prosedur permainan
secara sistematik, teratur dan terkawal
Memahami dan yakin terhadap prosedur
keseluruhan permainan
Menarik tumpuan dan minat murid
Menyeronokkan murid.
PENILAIAN PERMAINAN KANAK-KANAK

Penilaian adalah proses mengenal pasti,
memperoleh dan menyediakan maklumat
berguna untuk mempertimbangkan
sesuatu keputusan. Ia juga merupakan
perbezaan di antara hasil yang diperolehi
dengan apa yang diharapkan
(Stufflebean, 1971)
PENILAIAN PERMAINAN KANAK-KANAK

Pada asasnya penilaian merupakan satu
proses membuat keputusan yang sistematik
melibatkan pengenalpastian, pemerolehan
dan pentafsiran maklumat yang berguna
bagi pertimbangan pilihan-pilhan
keputusan berasaskan kepada sesuatu
objektif pendidikan
PENILAIAN PERMAINAN KANAK-KANAK

Dari aspek pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah, penilaian boleh didefinisikan
secara ringkas sebagai satu proses
sistematik untuk menentukan sejauh mana
objektif pengajaran dan pembelajara di
bilik darjah dapat dicapai.
PENILAIAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Objektif Penilaian dalam Permainan
Kanak-kanak
Membekal dan memberi maklumat
tentang pencapaian objektif dan
keberkesanan aktiviti-aktiviti yang
dirancang.
Membantu murid menggunakan
maklumat untuk digunakan dalam situasi
sebenar.
Memberi maklum balas tentang prestasi
murid
PENILAIAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Jenis-jenis Penilaian

Penilaian Formatif

Digunakan untuk mengesan
perkembangan pembelajaran murid
SEMASA mereka mempelajari
kemahiran permainan kanak-kanak.
PENILAIAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Penilaiana Formatif

Diadakan di akhir sesuatu unit
pelajaran, akhir penggal
persekolahan atau akhir tahun. Ini
bertujuan untuk mengetahui
penguasaan dan taraf pencapain
murid-murid di dalam satu kelas atau
kumpulan. Perbandingan
pencapaian sering dilakukan dan gred
atau pangkat diberikan.
JENIS BATERI UJIAN
Bidang Kemahiran

Menggunakan Skalar Kadar

1 - Baik
2 - Sederhana
3 - Lemah
PENILAIAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Menggunakan Senarai Semak

Nama Kem. 1 Kem. 2 Kem.3 Kem. 4

Anda mungkin juga menyukai