Anda di halaman 1dari 7

1.

PENGENALAN
Internship ialah program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru
permulaan. Dalam pada itu, pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai
projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di
luar bilik darjah. Lantaran itu, program Karnival Sains dilihat dapat memenuhi objektif
tersebut. Program ini dapat membuka peluang kepada murid untuk menambah ilmu
pengetahuan dalam bidang sains dengan cara yang lebih praktikal dan mampu
mengaplikasikan inkuiri penemuan ketika menyertai program ini dengan melakukan
aktiviti yang telah disediakan. Selain itu, program ini dapat meningkatkan minat murid
terhadap matapelajaran sains yang sememangnya penting pada era globalisasi ini.

2. RASIONAL
Karnival Sains ini merupakan satu usaha untuk memperkembangkan penerokaan
ilmu sains terhadap reka cipta dan teknologi yang hanya menggunakan bahan-bahan
yang sering dijumpai dalam kehidupan harian. Karnival ini juga memberi peluang dan
ruang kepada murid untuk lebih kreatif dan berinovatif ketika menjalankan aktiviti
yang telah disediakan.

3. TUJUAN
Melengkapkan Program Intership Pismp Ambilan JAN 2011 serta memberi
peluang dan ruang kepada pelatih untuk lebih kreatif dalam menyediakan
aktiviti yang menarik minat pelajar.
Melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan mampu menjana idea yang
bernas setiap masa.
Mengeratkan ikatan mesra dalam kalangan warga sekolah, guru pelatih dan
murid sekolah.
Meluaskan lagi pengetahuan sains murid melalui inkuiri penemuan dan aktiviti
hands-on yang telah disediakan.

4. SASARAN
Seluruh murid tahun 4 dan 5 Sekolah Kebangsaan Alor Lintah
5. TEMA
Meneroka Misteri, Mencetus Inovasi
6. TARIKH
13, 14 dan 16 Julai 2014
7. MASA
Seperti dalam tentatif program
8. TEMPAT
Sekitar Sekolah Kebangsaan Alor Lintah













9. JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG
Tn. Hj. Azmi b. Yaakob
Guru Besar SK Alor Lintah
PENASIHAT
En. Che Mat Ruddin b. Ismail (GPK Akademik)
Pn. Hjh. Zaharah Bt. Abdullah (GPK Hal Ehwal Murid)
Pn. Hjh. Zainura Bt. Mahmud (GPK Ko-Kurikulum)
PENASIHAT BERSAMA
Pn. Roslizah Bt. Rahim (Ketua Panitia Sains)
Ustaz Rosli b. Mohd Noor (Ketua Panitia Pendidikan Islam)
PENGARAH PROJEK
En. Izzul Syahmi Bin Che Russlee
TIMBALAN PENGARAH PROJEK
Cik Ummu Habibah Bt. Osman
SETIAUSAHA
En. Mohamad Iqbal Bin Rosli
NAIB SETIAUSAHA
Pn. Nur Hanisah Bt. Ahmad Saifuddin
BENDAHARI
En. Rosahdan Bin Md Aziz

10. JAWATANKUASA PELAKSANA

PERASMIAN
1. Pn. Munirah Thaniah Bt. Ahmad
2. Cik Ummu Habibah Bt. Osman

ROKET AIR
1. Ustaz Mohd Firdaus B. Bakar
2. En. Rosahdan B. Md Aziz
3. En. Mohamad Iqbal B. Rosli

PEDATI GELUNG GETAH
1. Pn. Laila Bt. Hj. Najmuddin
2. Cik Nur Amalina Bt. Che Awin
3. En. Izzul Syahmi B. Che Russle

EXPLORACE
1. En. Muhammad Helmi B. Mohd Yusof
2. Pn. Nur Hanisah Bt. Ahmad Saifuddin

PENUTUP
1. Pn. Ansafah Bt. Mohamed
2. Pn. Kamari Bt. Awang Ali
11. TENTATIF PROGRAM

Bil. Tarikh Masa Tempat Agenda
1.
13/7/2014
Ahad

7.45 8.15
pagi
Dewan A Majlis Perasmian

10.45 1.15
tengahari
Dewan A Bengkel Roket Air
2.
14/7/2014
Isnin

10.45 1.15
tengahari
Dewan A Pedati Gelung Getah

5.00 6.30
petang

Sekitar Blok
Bangunan Baru
Explorace
3.
16/7/2014
Rabu

7.45 10.45
pagi
Padang Bola
Sekolah
Pertandingan Roket Air





12. ANGGARAN PERBELANJAAN
Anggaran Jumlah besar
Explorace
Tempat Pertama :
5 pelajar x RM 5.00 = RM 25.00

Tempat Kedua :
5 pelajar x RM 4.00 = RM 20.00

Tempat Ketiga :
5 pelajar x RM 3.00 = RM 15.00










JUMLAH = RM 60.00
Roket Air
Tempat Pertama :
4 pelajar x RM 5.00 = RM 20.00

Tempat Kedua :
4 pelajar x RM 4.00 = RM 16.00

Tempat Ketiga :
4 pelajar x RM 3.00 = RM 12.00








JUMLAH = RM 48.00
Pedati Gelung Getah
Tempat Pertama :
3 pelajar x RM 5.00 = RM 15.00

Tempat Kedua :
3 pelajar x RM 4.00 = RM 12.00

Tempat Ketiga :
3 pelajar x RM 3.00 = RM 9.00








JUMLAH = RM 36.00

JUMLAH KESELURUHAN

: RM 144.00
13.0 PENUTUP
Diharapkan Karnival Sains ini dapat menarik minat pelajar terhadap subjek Sains dan
dengan menyertai aktiviti yang dijalankan sepanjang Karnival Sains, pelajar dapat
berfikir secara kreatif dan inovatif seiring dengan arus teknologi pada zaman ini.
Selain itu, diharapkan hubungan baik di antara pihak sekolah, guru pelatih dan
pelajar dapat dikekalkan untuk kebaikan masa hadapan bersama.

Disediakan oleh,



(Mohamad Iqbal bin Rosli)
Setiausaha Projek,
Sekolah Kebangsaan Alor Lintah,
22000 Jerteh,
Terengganu Darul Iman.

Anda mungkin juga menyukai