Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN

Di dalam kehidupan manusia, proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berlaku dari
semasa ke semasa tanpa kita sedari. Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses
dimana sesorang individu menerima dan menyampaikan ilmu. Proses ini boleh berlaku secara
formal dan tidak formal. Disebabkan oleh itu, proses ini boleh berlaku tanpa mengira tempat,
keadaan, masa dan sebagainya.
Pengajaran boleh didefinisikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Merujuk kepada
Kamus Dewan edisi ketiga, pengajaran dapat didefinisikan sebagai perihal mengajar, segala
sesuatu yg berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang
dipentingkan dan ia juga meliputi segala sesuatu cara atau perbuatan yang diajarkan. Oleh itu,
pengajaran adalah satu proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau
kemahiran yang tertentu. Pengajaran ini meliputi semua aspek yang dilaksanakan bertujuan
untuk menyebarkan ilmu.
Manakala, pembelajaran pula membawa maksud perubahan tingkah laku manusia yang
agak kekal akibat interaksi dengan persekitaraan. Menurut Hill (2000), pembelajaran berlaku
apabila pengalaman menyebabkan satu perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan atau
tingkah laku seseorang. Perubahan ini mungkin berlaku secara sengaja atau tidak sengaja.
Manakala, menurut satu lagi pendapat daripada Mook Song Sang (2009) yang menyatakan
konsep pembelajaran dikategorikan berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kinidan
diklafikasikan kepada empat mazhab iaitu behavioris, kognitif, sosial dan humanis.
Selain itu, Suasana bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan penglibatan dan
penghayatan pelajar bersama guru dalam bilik darjah tersebut. Guru yang memiliki gaya
kepimpinan yang matang akan lebih bersedia menerima dan menghormati setiap murid dalam
pengawasannya di samping menekankan terhadap perubahan ke arah yang lebih baik. Apabila
keadaan ini berlaku guru sebagai pendidik dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi
dan pertumbuhan kendiri para murid serta bersikap keterbukaan dalam perkara-perkara yang
boleh membawa ke arah kebaikan. Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika
sistem penyeliaan diuruskan dengan berkesan dan dapat meransang minda pelajar.

1.1 TEORI PENGENALAN TEORI BEHAVIORIS

Behavioris merujuk kepada perlakuan dan tabiat seseorang manusia. Setiap
perlakuan yang dilakukan manusia sebenarnya mempunyai pengaruhnya yang
tersendiri.

Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada
pengalaman atau latihan. ~ Williams & Anandam (1973)

Teori pembelajaran Behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran
merupakan satu proses pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar
dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan
tingkah laku yang tekal. Tokoh-tokoh mazhab behavioris seperti Pavlov,
Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu
tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila
wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses
pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai
(sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan
berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.

Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan
peranan pengalaman dalam mengawal tingkahlaku. Menurut ahli-ahli
behaviorisme, proses-proses penting yang mengawal tingkahlaku ini adalah
dipelajari. Kedua-duanya, iaitu dorongan yang membangkitkan tingkahlaku serta
tingkahlaku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan ini dipelajari melalui
interaksi dengan persekitaran. Antara matlamat yang utama pemikiran ini ialah
untuk menentukan hukum-hukum ataupun prinsip-prinsip yang mengawal
pembelajaran.

Antara tokoh-tokoh ahli behaviorisme yang terkemuka, ialah Ivan Pavlov,
J.B. Watson, E.L. Thorndike dan B.F. Skinner.


1.2 PENGENALAN TEORI HUMANISTIK

Pendekatan humanistik melihat pelajar sebagai insan berpotensi, bermotivasi dan
berkeupayaan untuk belajar dan berkembang. Bagi humanistik, manusia dilihat sebagai
makhluk yang istimewa dan mempunyai keupayaan yang berbeza dengan haiwan.
Humanistik percaya bahawa manusia bertindak atas dasar keperluan, motivasi,
minat dan nilai, dengan itu individu itu harus dilihat sebagai satu entiti. Pendekatan
humanistik terhadap pendidikan menekankan keunikan setiap individu dengan
mengiktiraf persepsi, pengalaman dan pendekatan terhadap pembelajaran yang
berbeza. Ini bererti pendekatan ini memberi tumpuan kepada perkembangan konsep
kendiri, motivasi intrinsik dan kesedaran kendiri pelajar.
Objektif asas pendidikan daripada pandangan humanistik (Gagne dan Berliner,
1991) adalah memupuk pembelajaran arah kendiri dan tidak bergantung pada orang lain.
ii. Mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan
perkara yang dipelajari.
iii. Mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah.
iv. Mencungkil dan mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan.
v. Mengembangkan kecenderungan aspek seni dan emosi.



Ahli Psikologi dalam pendekatan ini adalah seperti Abraham Maslow, Rollo May, Carls
Rogers dan Gordon Allport. Teori pendekatan Humanistik memberi tumpuan kepada
apa yang berlaku dalam diri seorang individu seperti perasaan atau emosinya. Teori ini
menyatakan bahawa individu terdorong bertindak melakukan sesuatu kerana
mempunyai satu kemahuan atau keperluan dan bertanggungjawab di atas segala
tindakkannya. Menurut pendekatan ini, kuasa motivasi seseorang individu adalah
kecenderungannya untuk berkembang dan mencapai hasrat diri (self-actualization). Ini
bermakna setiap individu mempunyai keperluan untuk mengembangkan potensinya ke
tahap maksimum. Walaupun terdapat halangan, kecenderungan semulajadi adalah
untuk mencapai hasrat diri atau mengembangkan potensi ke tahap yang maksimum.
Konsep ini (pencapaian hasrat diri) sebenarnya dipelopori oleh Abraham Maslow yang
juga merupakan ahli psikologi humanis.
Abraham Maslow (1970) mengemukakan Teori Hierarki Keperluan Maslow
dengan andaian bahawa manusia tidak pernah berasa puas dengan apa yang telah
dicapai. Mengikut Maslow kehendak manusia terbahagi lima mengikut keutamaan iaitu
keperluan asas fisiologi, keselamatan, penghargaan dan kasih sayang, penghormatan
kendiri seterusnya keperluan sempurna kendiri. Rogers (1956) pula mengatakan
bahawa manusia sentiasa berusaha memahami diri sendiri, mempengaruhi dan
mengawal perlakuan dirinya dan orang lain. Rogers berpendapat bahawa manusia lahir
dengan kecenderungan untuk kesempurnaan yang akan memandunya menjadi insan
yang matang dan sihat. Jelas di sini bahawa pendekatan ini lebih memberi tumpuan
kepada kemahuan seseorang dan menekankan keunikan manusia serta kebebasan
mereka untuk memilih matlamat hidup. Contohnya, Karim murid tahun enam yang tidak
mendapat kasih sayang dari ibu bapanya dan sentiasa dinafikan haknya dari adik
beradiknya yang lain telah menyebabkan ia suka menyendiri dan tidak yakin pada
dirinya sendiri sehingga menjejaskan pelajarannya.

Anda mungkin juga menyukai