Anda di halaman 1dari 18

Disediakan oleh:

NOOR HIDAYU BT MOHD RAHIM


P69709
5 FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI STRATEGI
PEMBELAJARAN BAHASA
GGGE6533 LANGUAGE LEARNING STRATEGIES
Motivasi
Jantina
Status sosio-
ekonomi
Tempoh Pembelajaran
Umur
Pelajar dewasa dan berpengalaman memiliki lebih
banyak pengetahuan konteksual berbanding
pelajar berumur sepuluh tahun.
Pelajar dewasa menggunakan strategi secara lebih
fleksibel dan mampu mengaplikasikan lebih
banyak strategi sokongan.

1) UMUR
Scalrcell
a dan
Oxford
(1992)
Pelajar berumur mempunyai kelebihan dari segi pemerolehan aspek
sintaksis dan morfologi.
Pelajar bahasa sasaran dari kecil, sebutan perkataannya adalah sama
tahap dengan penutur asli dan lebih fasih berbanding pelajar yang
lebih tua.
Ehrman
dan
Oxford
(1995)
Kanak-kanak menggunakan pelbagai strategi mudah dan ringkas
dalam tugasan.
Pelajar berumur dan orang dewasa lebih fleksibel dalam penggunaan
strategi yang umum dan canggih.
Leaver
Strategi pembelajaran pelajar melalui cara semula jadi manakala
pelajar dewasa melalui bilik darjah.
Chen
(1994)
Perkembangan kognitif individu harus berkembang dengan umur.

KAJIAN LEPAS
Ellis (1994a)
Motivasi sebagai usaha yang dilakukan oleh pelajar
dalam pembelajaran bahasa kedua hasil daripada
keperluan dan keinginan untuk mempelajarinya.
Gardner (1985)
Tahap seseorang itu bekerja dan berusaha untuk
mempelajari bahasa kerana keinginannya untk
melakukan demikian dan pengalaman merasakan
kepuasan ketika menjalakan aktiviti tersebut.
Tiga komponen utama dalam definisinya: tumpuan
usaha, keinginan untuk belajar, dan kepuasan
dengan tugasan yang merupakan unsur-unsur
penting dalam menilai tahap dan kekuatan motivasi
pembelajaran bahasa.
2) MOTIVASI
Gardner dan Lambert (1972)
a) Motivasi integratif: Sikap positif pelajar
terhadap elemen-elemen yang terdapat pada
bahasa sasaran.
b) Motivasi instrumental: Apabila penguasaan
bahasa keduanya bertujuan untuk mencapai
peningkatan dalam bidang kerjaya,
membolehkannya membaca bahan-bahan
bacaan dalam bahasa tersebut.
(Dornyei 1990; Gardner 1985; Nunan 1999)
Motivasi dianggap sebagai kunci kejayaan
dalam pembelajaran bahasa.
Faktor pemberi tenaga dan momentum
kepada pelajar bahasa sehingga menjadi
lebih aktif dan berkesan.
Pelajar bermotivasi tinggi secara sedar dan
terkawal akan berusaha dan
menghabiskan masa mempraktikkan SPB
dengan konstiten.
Maccoby dan Jacklin (1974)
Aptitud lisan perempuan lebih ketara berbanding
lelaki.
Kemahiran lisan perempuan bermula dari zaman
kanak-kanak dan menjadi semakin matang dengan
cepat.
Kajian-kajian terkini menunjukkan magnitud
perbezaan jantina adalah pelbagai berdasarkan
perbezaan tugasan atau populasi.
3) JANTINA
Politizer (1983)
Perempuan menggunakan strategi
pembelajaran sosial lebih kerap berbanding
lelaki.
Green dan Oxford (1995)
Pelajar perempuan menggunakan strategi
memori, metakognitif, afektif dan sosial
lebih kerap daripada pelajar lelaki.

Kajian Bacon (1992)
Pelajar perempuan lebih banyak dan kerap
menggunakan strategi metakognitif iaitu gemar
merancang untuk latihan pendengaran, memantau
kefahaman dan menilai strategi mereka.
Manakala pelajar lelaki pula lebih kerap
menggunakan strategi terjemahan dan kognitif.
Kajian Osanai (2000)
Pelajar perempuan menggunakan strategi memori,
kognitif, metakognitif, sosial dan afektif.
Pelajar perempuan lebih banyak menggunakan
strategi di dalam kelas, luar kelas dan untuk
peperiksaan.


Zamri (2004)
Pelajar lelaki banyak menggunakan SBP dalam
kemahiran mendengar dan menulis dalam DDK,
DLK, dan PEP.
Pelajar perempuan menggunakan strategi dalam
kemahiran membaca semasa DDK dan PEP.
Pelajar perempuan dan lelaki sama-sama
menggunakan SPB dalam kemahiran bertutur
semasa DDK, DLK, atau PEP.
Cross (1983)
Perbezaan jantina dalam pencapaian bahasa
sasaran mempunyai perkaitan dengan jantina guru
bahasa yang bertindak sebagai model ikutan.
Ballentine 1993; Musgrave 1974; Trusty 1998
Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam
mempengaruhi proses pembelajaran anak mereka.
Jencks (1972)
Latar belakang keluarga menyumbang lebih separuh
perbezaan terhadap pencapaian pelajar.
The National Child Development Study (!972)
(dalam Azizi et al. 2005)
Status sosioekonomi (SSE) ibu bapa adalah salah satu
pemboleh ubah yang mempengaruhi kebolehan
membaca kanak-kanak.
Golongan berstatus sosioekonomi tinggi didapati
mempuyai kecerdasan kognisi lebih tinggi daripada
pelajar berstatus sosioekonomi rendah.


4) STATUS SOSIOEKONOMI
Keluarga bersosioekonomi rendah tidak
mampu menyediakan bahan rangsangan,
tidak berpendidikan tinggi dan jarang
memberi motivasi kepada anak mereka.
Dalam menentukan status sosioekonomi, 2
elemen utama yang kerap dirujuk adalah:
A) latar belakang akademik ibu bapa.
B) hasil pendapatan keluarga.
A) Latar belakang Akademik Ibu Bapa.
Salvi (1997)
Ibu bapa yang kurang pendidikan akan membesarkan
anak-anak tanpa persediaan dan rujukan intelektual
yang mencukupi dan beranggapan pembelajaran
berlaku secara semula jadi.
Kajian Faizahani (2002)
ibu bapa berpendidikan baik sentiasa mengambil
berat tentang penmbelajaran anak mereka.
Kajian penulis 2009
Perbezaan signifikan dalam strategi kognitif dan
sosial berdasarkan tahap pendidikan bapa.
Manakala penggunaan SBP berdasarkan pendidikan
ibu pelajar hanya menunjukkan signifikan pada
penggunaan strategi kognitif.
B) Pendapatan Keluarga.

Mohd Nazali dan rakan-rakan (1999),
Pelajar dari keluarga berpendapatan tinggi lebih
banyak menggunakan strategi berbanding pelajar
daripada keluarga berpendapatan sederhana atau
rendah.
Pelajar SSE tinggi menggunakan strategi berkaitan
aspek kerohanian, membuat persediaan, motivasi,
keluarga dan teknoli maklumat.
Manakala SSE rendah menggunakan strategi
kognitif, tampungan, dan metakognitif.

Kajian Ehrman (1990)
Pelajar yang sudah lama belajar
berkecenderungan menggunakan lebih banyak
strategi berbanding pelajar yang kurang tahun
pembelajarannya.
Politzer (1983)
Pelajar bahasa asing berda di tahap tinggi lebih
banyak menggunakan strategi positif.
OMalley dan rakan-rakan (!985)
Pelajar pertengahan lebih banyak menggunakan
strategi metakognitif berbanding pelajar
permulaan.
5) TEMPOH PEMBELAJARAN
Ramirez (1986)
Pelajar tahap dua lebih peka tentang aplikasi peraturan tatabahasa
berbanding peljar tahap lain manakala pelajar tahap tiga
menggunakan mimik muka dan gerak isyarat dalam menyimpulkan
makna lebih kerap berbanding pelajar di tahap lain.
Oxford dan Myikos (1989)
Pelajar bahasa asing yang mempelajari bahasa baru untuk
sekurang-kurangnya selama tempoh empat atau lima tahun akan
menggunakan strategi berorientasikan komunikasi secara signifikan
dan lebih kerap berbanding pelajar yang kurang tempoh
pembelajarannya daripada jangka masa tersebut.
Kajian Green dan Oxford (1995),
Hubungan antara kemahiran bahasa dengan penggunaan SPB dan
didapati pelajar yang mencapai kemahiran yang lebih baik berada
di peringkat tinggi dalam penggunaan SBP secara keseluruhan dan
kekerapan penggunaan strategi berdasrkan kategori.
Apanila tempoh jam pembelajaran di luar kelas semakin bayak
maka tahap penggunaan SBP semakin emningkat dan pelajar
berpeluang mempraktikkan pelbagai jwnis strategi pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai