Anda di halaman 1dari 16

Pencemaran udara merupakan perbuatan mengotorkan kebersihan

udara sehingga menyebabkan kualitinya merosot (T). Indeks


Pencemaran Udara Malaysia (IPUM) telah menunjukkan bahawa
kualiti udara di negeri Selangor pada tahun 2000 bukan sahaja berada
pada tahap tidak sihat tetapi juga sangat tidak sihat sepanjang tahun
tersebut (I). Justeru, punca-punca pencemaran udara ini harus
dikenal pasti bagi memudahkan kita untuk menanganinya agar tidak
berleluasa (K).

Salah satu punca yang menyebabkan udara tercemar ialah
bencana alam (AT). Bencana alam merupakan fenomena semulajadi
yang mengakibatkan kemusnahan alam seperti letusan gunung berapi
dan kebakaran hutan akibat kemarau yang berpanjangan
(AH1). Contohnya, letusan Gunung Berapi Pinatubo, Filifina telah
membebaskan debu yang berlebihan ke angkasa sehingga
menyebabkan jerebu yang sangat teruk di negara-negara yang
berhampiran (AH2). Dengan itu, bencana alam juga merupakan
faktor penyumbang kepada kemerosotan kualiti udara di negara kita
(AP).

Pelepasan asap kenderaan juga banyak menyumbang kepada
pencemaran udara ini (AT). Pertambahan kenderaan yang bergerak
di jalan raya telah menyebabkan asap yang dilepaskan ke udara
melalui ekzos kereta juga turut bertambah (AH1). Sekiranya
kenderaan yang digunakan tidak diselenggara dengan baik,
kenderaan tersebut akan mengeluarkan asap yang berlebihan
(AH2). Justeru, asap yang mengandungi gas-gas beracun seperti
karbon monoksida telah mencemarkan kebersihan udara
keseluruhannya (AP)

Selain itu, udara juga tercemar kerana aktiviti penerokaan hutan
yang dilakukan oleh penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman
(AT). Lazimnya, penduduk yang tinggal di kawasan ini meneroka
hutan untuk tujuan petempatan dan pertanian (AH1). Mereka
menebang hutan kemudian membakarnya untuk mempercepat urusan
pembersihan di samping menyuburkan tanah tersebut untuk bercucuk
tanam (AH2). Oleh hal yang demikian, aktiviti pembakaran hutan
yang dilakukan dengan tidak terkawal akhirnya akan mencemarkan
udara di kawasan yang berhampiran (AP).

Faktor seterusnya ialah pembakaran sampah secara besar-
besaran di kawasan terbuka (AT). Sampah-sarap yang dibuang oleh
masyarakat di negara ini sangat banyak sehingga berjuta-juta tan
sehari apabila dikumpulkan di loji pelupusan sampah (AH1). Sampah
ini terpaksa dilupuskan menerusi aktiviti pembakaran pada setiap hari
bagi mengelakkannya daripada bertambah banyak (AH2). Justeru,
udara akan semakin tercemar kerana tidak ada alternatif lain untuk
melupuskan sampah-sarap yang bertimbun selain membakarnya
(AP).

Tuntasnya, kemerosotan kualiti udara di negara kita sebenarnya di
sebabkan oleh kealpaan masyarakat di negara ini dalam mengejar
arus pemodenan (R). Semua pihak haruslah berganding bahu bagi
menyelesaikan permasalahan ini agar kesan buruk tidak berlaku
(C). Sebelum nasi menjadi bubur, langkah-langkah pencegahan
perlulah diambil dengan segera kerana sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna (H).




Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor
berbahaya yang meresap dan menjadi sebahagian udara. Bahan-bahan ini
kebanyakannya merupakan bahan buangan industri, asap ekzos kenderaan,
tindakan pembalakan dan sebagainya yang mengeluarkan zarah-zarah pepejal
dan gas yang terlepas ke dalam udara. Terdapat banyak kesan buruk yang akan
menimpa manusia jika langkah-langkah kawalan segera tidak diambil untuk
menangani pencemaran.

Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia
akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara
yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang
dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan
pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran
karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan
mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu
terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan
pelbagai penyakit.

Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan
memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara
mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida
untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan
mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak
balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-
tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan
terancam.

Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan
setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen
dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan
asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan
memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur.
Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan
ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.

Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-
bangunan. Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur
boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang
terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas
batu dan meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai,
lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki
dan memulihkannya.

Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita.
Bahanbahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah
mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-
bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan
oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida
dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi
akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu
menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.

Kesimpulannya, memandangkan pencemaran udara ini memberi kesan
menyeluruh kepada umat manusia, maka langkah-langkah menyeluruh perlu
diambil. Undang-undang yang lebih keiat perlu digubal dan penguatkuasaannya
perlu ditambah. Satu pelan induk industri juga perlu dirangka agar kesan industri
ke atas pencemaran udara dapat diminimumkan.















1. PENDAHULUAN

Bumi secara semulajadinya menerima beban
pencemaran udara daripada fenomena alam
semulajadi seperti letupan gunung berapi,
pembakaran hutan akibat dari panahan petir dan
sebagainya. Walaubagaimanapun, Bumi mempunyai
'kaedah semulajadi' bagi menangani pencemaran
semulajadi ini. Apabila manusia mula menjalankan
aktiviti perindustrian mahupun aktiviti harian,
pencemaran alam sekitar semakin berleluasa dan
Bumi tidak mampu lagi 'memikul' beban pencemaran
tersebut.

2. AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN


Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung
kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik,
kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran
yang kian meningkat telah menyebabkan
penambahan pada pelepasan pencemaran gas
organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga
habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan
cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia
melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai
kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur,
manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap
yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon.
Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan
udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik.
Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon
dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang
amat memudaratkan boleh mengakibatkan
perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan
bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau
zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan
akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran.
Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di
kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti
yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi.

3. KENDERAAN MOTOR

Masyarakat moden amat bergantung kepada
pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan
keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor
menggunakan tenaga yang banyak dan hampir
kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api
fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang
membawa kesan buruk kepada keadaan setempat.
Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada
jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis
sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah
tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor
pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang
utama kepada pencemaran udara. Penggunaan
pengangkutan awam akan mengurangkan impak
pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun 2004,
14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia,
angka ini dua kali ganda berbanding dengan sedekad
lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke
tahun dengan meningkatnya pendapatan,
pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan
kemudahan pengangkutan awam yang cekap.

4. PENJANAAN KUASA

Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan
membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak
dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini
mempunyai tahap kecekepan antara 35 dan 40
peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi
haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86 peratus
keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa
konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan
oleh stesen janakuasa hidro.

5. AKTIVITI HARIAN

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui
penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas
elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman
udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga
tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila
cecair penyejuk yang digunakan melepaskan
Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya
menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti
penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga
adalah punca pencemaran udara.

6. PEMBAKARAN TERBUKA

Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk
tujuan penanaman semula banyak partikel jelaga.
Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang
jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap
menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari
pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap
yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan
segala fauna dan flora di sekitarnya.














Pendahuluan :
- Pencemaran udara berlaku apabila udara mengandungi bahan-bahan terampai
atau habuk halus yang tidak lagi selamat untuk dihidu oleh manusia.
- Pada tahun 1998, Malaysia telah mengalami pencemaran udara yang teruk,
iaitu apabila Indeks Kualiti Udara dilaporkan melepasi aras berbahaya.
- Mudahnya, udara dikatakan tercemar apabila kualiti udara bersih semakin
berkurangan.
- Antara bahan yang boleh menyebabkan kualiti udara merosot ialah karbon
monoksida, asap, dan plumbum.
- Sebenarnya, terdapat pelbagai punca yang mendorong kepada permasalahan
ini.



Isi 1 : Asap kilang dan kenderaan
- negara menuju negara maju yang dilambangkan melalui aktiviti perindustrian
- asap kilang dilepaskan terus ke udara tanpa menapisnya terlebih dahulu
- kuasa beli pengguna meningkat mampu membeli kenderaan
- plumbum yang dilepaskan ke udara boleh menjejaskan fungsi pernafasan
manusia



Isi 2 : Pembakaran terbuka
- tempat pembuangan sampah dan tempat pelupusan sampah membakar
sampah sarap
- pembakaran sisa pertanian selepas musim menuai di Kedah petani
membakar jerami padi
- membersihkan tapak pertanian orang Asli cara paling mudah dan cepat



Isi 3 : Fenomena alam
- letusan gunung berapi Gunung Merapi di Indonesia membebaskan asap
tebal
- fenomena El-Nino menjadikan suhu bumi terlalu panas
- tanah gambut mudah terbakar membebaskan asap yang banyak
pembakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan suatu tika dahulu disebabkan
oleh faktor ini



Isi 4 : Pembangunan yang pesat
- proses mendirikan bangunan baru menyebabkan habuk berterbangan
- terutamanya di laluan lori pasir yang membawa habuk melayang ke udara
- cuaca panas yang melampau memudahkan habuk berterbangan pihak
pemaju tidak mahu membasahkan jalan yang berhabuk


























Menurut Chief Seattle Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang
kita,tetapi sebaliknya kita hanya mampu meminjamnya daripada anak cucu kita.
Kata-kata tersebut membuktikan betapa pentingnya menjaga alam sekitar yang
menjadi tanggungjawab setiap manusia,masyarakat atau penduduk yang tinggal
bumi ini. Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair
atau zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan yang
menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Pencemaran udara disebabkan
oleh pelepasan asap melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang
melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu
yang tidak terkawal. Pencemaran udara boleh mendatangkan pelbagai kesan
kepada semua hidupan di bumi ini.

Pada pendapat saya , pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk
terhadap hidupan di dunia pada masa ini. Antara kesan utama yang menimpa
manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan.
Udara dan bahan cemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung
atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida
(CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam
darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida
(NO2) boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar gas
ozon (O3) boleh menimbulkan kerengsaan. Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-
bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata
manusia.

Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon
bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari.
Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat
penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini
menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan
secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat
berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik
juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-
kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia
pada masa ini.

Selanjutnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang
disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida
dengan air hujan. Ianya berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-
oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air
yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik.
Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat-tempat lain
dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan
hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Ianya membunuh tumbuh-
tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan
bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap kedalam tanah
dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.

Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga
dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh
kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi
punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk
bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon
dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak
menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan
persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama
kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi
menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga
berlakunya kejadian alam yang tidak normal. Kebakaran hutan yang berlaku juga
sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan
kualiti udara.

Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah
mengurangkan jarak penglihatan. Contoh yang paling jelas ialah kebakaran besar
yang berlaku di hutan Indonesia pada tahun 1997 telah menyebabkan beberapa
buah Negara di Asia Tenggara mengalami keadaan jerebu yang sangat teruk
termasuk Malaysia. Selain itu, pertambahan kepekatan karbon dioksida dalam
atmosfera turut meningkatkan suhu bumi yang telah mencetuskan perbincangan
hebat di kalangan para saintis di abad ini. Para saintis mendapati bahawa
kepekatan karbon dioksida bertambah dari 0.032 peratus pada tahun 1968 kepada
0.038 peratus pada tahun 2000. Mengikut analisis tersebut, ia menyebabkan
peningkatan suhu sebanyak 0.5 darjah selsius, dan kesan ini dikenali sebagai
kesan rumah hijau.

Konklusinya, pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat buruk
terhadap dunia perlu ditangani segera sebelum ia menjadi lebih kritikal. Manusia
dan juga hidupan lain saling berkait untuk terus hidup di dunia ini. Manusia
memerlukan bahan makanan. Sekiranya sumber makanan dicemari, maka
tiadalah sumber makanan untuk manusia. Sekiranya penduduk dunia atau
manusia bersikap sambil lewa dengan keadaan alam sekitar yang semakin
tercemar ini, dunia mungkin akan menjadi semakin kritikal dan hidupan lain di
muka bumi ini akan terjejas atau pupus secara tidak langsung dan kemungkinan
dunia akan musnah secara perlahan-lahan. Manusia seharusnya
bertanggungjawab dan menjaga serta memulihara alam sekitar. Jika pencemaran
dibiarkan berterusan, bumi akan kehilangan keindahannya dan mungkin suatu
hari nanti, dunia ini tidak boleh lagi didiami oleh sebarang hidupan termasuklah
manusia.





















Pencemaran Udara : Manusia Menjadi
Penyebab

Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-
lain kotoran berbahaya yang meresap dan menjadi sebahagian
daripada udara disekeliling kita.Terdapat banyak punca yang
menyebabkan kualiti udara kita menurun yang disebabkan oleh
manusia itu sendiri.

Antara punca pencemaran udara yang disebabkan oleh manusia ialah
kegiatan perindustrian. Persekitaran seperti pengeluaran asap
berlebihan dan habuk dari kilang-kilang menyebabkan udara
disekeliling kita tercemar oleh partikal-partikal halus logam berat yang
keluar dari corong asap kilang.Udara yang mengandungi partikal-
partikal tersebut akan disedut oleh manusia dan seterusnya
menyebabkan berlakunya penipisan ozon dan kesan rumah hijau.
Oleh itu, pihak berkenaan seperti peneraju kilang perlukan perhatian
akan hal ini, kerana ia akan menimbulkan banyak masalah pada
persekitaran kita.

Perbakaran hutan secara terbuka dan besar-besaran juga antara
salah satu factor kepada pencemaran udara.Pembakaran hutan yang
berlaku di Indonesia menyebabkan udara di negara kita juga
tercemar.Sikap tidak bermoral ini secara tidak langsung membawa
kesusahan kepada orang lain apabila gas karbon monoksia terbebas
ke udara hasil kegiatan pembakaran terbuka ini. Contohnya berlaku
jerebu. Justeru itu, kesedaran terhadap penjagaan persekitaran
perlulah ada dalam diri seseorang agar masalah ini dapat
dikurangkan.

Pembalakan haram yang dilakukan oleh manusia secara tidak
langsung juga menjadi faktor kepada udara disekeliling kita tercemar.
Kekurangan pokok-pokok menyebabkan kandungan oksigen udara
kita semakin merosot. Apatah lagi apabila pencemaran udara
berlaku.Tumbuhan hijau,seperti pokok-pokok terutamanya menjadi
sumber utama kepada udara yang berkualiti.Jika pembalakan haram
ini terus berleluasa,sumber kepada udara bersih kita juga akan
berkurangan.

Tuntasnya, aktiviti seperti ini perlu dihentikan demi untuk menjaga
persekitaran kita.

Pencemaran udara juga berpunca daripada penggunaan bahan-
bahan beracun dalam kehidupan seharian manusia, sebagai contoh,
penggunaan racun penyembur rumput, racun pembunuh nyamuk dan
sebagainya boleh menjejaskan kualiti udara kita jika digunakan secara
berlebihan.Kandungan bahan beracun seperti rodentisid, insektisid
dan naftalin ini boleh mencemarkan udara apabila terbebas ke udara
semasa manusia menggunakannya. Jelas bahawa manusia boleh
menjadi agen utama pencemaran udara.

Tuntasnya, penggunaan bahan-bahan seperti ini perlu dikurangkan
untuk menjamin kualiti udara yang bersih. Pencemaran udara yang
disebabkan oleh manusia akan membahayakan nyawa manusia itu
sendiri.Oleh itu,semua pihak haruslah bekerjasama dalam mengatasi
masalah pencemaran udara ini agar kehidupan seharian kita akan
lebih sihat dan bersih.