Mata Pelajaran Sains Kelas 6 Mawar Tarikh 14 Julai 2014 Masa 10.30 pagi- 11.30 pagi Bilangan Murid 30 0rang Tajuk Ekonomi Malaysia Hasil Pembelajaran Murid menyedari pentingnya peranan setiap individu dalam perkembangan ekonomi Negara. Murid bersyukur dan menghargai kepesatan pembangunan ekonomi turut dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.
Analisis Pelajar
Ciri Umum Pelajar Pengetahuan Sedia Ada Gaya Pembelajaran Murid-murid berada dalam lingkungan umur 12 tahun. Berlatarbelakang tahap sosio-ekonomi yang sederhana. Berada dalam kumpulan sederhana dari segi pencapaianakademik. Hidup di kawasan desa yang berteraskan kegiatan pertanian, perniagaan dan perindusterian. Pelajar terdedah dengan pelbagai jenis aktiviti ekonomi di kawasan tempat tinggal dan persekitaran. Pelajar cenderung kea rah gaya pembelajaran visual dan aktiviti kumpulan . Menyatakan objektif Di akhir pengajaran hari ini,
1. Pelajar dapat menerangkan jenis-jenis kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan tempat tinggal mereka. 2. Pelajar dapat memberi pandangan tentang perkembangan ekonomi dan kaitannya dengan pembangunan Negara. 3. Pelajar dapat mengemukakan cadangan melalui pembentangan kumpulan mengenai peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan di kawasan tempat tinggal mereka bersesuaian dengan persekitaran sedia ada.
Memilih kaedah, media dan sumber Kaedah
Kuliah, sumbangsaran, perbincangan kumpulan. Media
Tayangan video Alat dan bahan sumber yang diperlukan
Komputer dan LCD Menggunakan media dan bahan
Bahan yang digunakan ialah satu klip video yang tempoh tayangannya selama 10 minit. Video ini berjudul EKONOMI MALAYSIA. Ia mengandungi gambar pegun, bahan grafik, rakaman video, teks dan audio.
Melibatkan pelajar
` Set Induksi: (7 minit) Guru bersoaljawab dengan murid mengenai pekerjaan ahli keluarga mereka. Murid dikehendaki mengaitkan sumbangan pekerjaan berkenaan dengan pembangunan ekonomi negara.
Langkah 1 : (10 minit) Guru menerangkan mengenai jenis-jenis kegiatan ekonomi yang terdapat di Malaysia. Guru menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi sesuatu tempat. Langkah 2 : (10 minit) Guru menayangkan video klip EKONOMI MALAYSIA. Langkah 3: (25 minit) Berdasarkan tayangan video, murid dikehendaki berbincang tentang kepentingan sumbangan ekonomi terhadap pembangunan sesebuah negara secara berkumpulan. Murid diminta mengenalpasti dan mencadangkan peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan di kawasan tempat tinggal mereka.
Rumusan dan Penutup: (8 minit) Guru membuat rumusan hasil pembentangan murid. Murid dikehendaki melengkapkan senarai semak mengenai kegiatan ekonomi dan lokasinya berpandukan kawasan tempat tinggal masing-masing.
Penilaian
Pencapaian murid dinilai dari, Hasil perbincangan dan pembentangan kumpulan. Edaran senarai semak kegiatan ekonomi dan lokasinya. Penambahbaikan yang dibuat, Menyediakan soalan pengukuhan kepada pelajar. Memasukkan lebih banyak maklumat yang berkaitan di dalam video klip berkenaan.
Ekonomi makro menjadi sederhana, berinvestasi dengan menafsirkan pasar keuangan: Cara membaca dan memahami pasar keuangan agar dapat berinvestasi secara sadar berkat data yang disediakan oleh ekonomi makro