Anda di halaman 1dari 30

Bab 3 & 4

Pluraliti Masyarakat Alam Melayu


dalam Sejarah & Pluraliti
Masyarakat Malaysia Kontemporari
Hasil Pembelajaran
1. Menerangkan konsep pluralisme dan
masyarakat pluralistik.
2. Menjelaskan pembentukan pluralisme
dalam Alam Melayu.
3. Menyatakan kesan sekularisme penjajah
dan pembentukan masyarakat pluralistik.
4. Menghuraikan perkembangan
pembentukan masyarakat pluralistik
selepas era penjajahan.
Pengenalan
Pluralisme budaya bukan fenomena
baharu dalam Alam Melayu.
Pertemuan dan pertembungan budaya-
budaya besar dunia melahirkan fenomena
istimewa kepluralitian budaya.
Bab ini menjelaskan hakikat sejarah dan
membahagikan 2 tahap: kepluralitian
budaya dalam Alam Melayu dan di
Malaysia.
Pluralisme Budaya
Alam Melayu
Pluralisme dan masyarakat pluralistik
(plural society) merupakan konstruksi
saintifik sosial hasil kajian empirikal.
Sebelum kedatangan kuasa Eropah
Alam Melayu tempat pertemuan
pelbagai tamadun dan budaya utama
dunia kepluralitian bersifat semula jadi
dan bukan paksaan.
Tujuan migrasi berdagang secara
sukarela, mencari kehidupan dan
kekayaan, tujuan pendidikan dan
keagamaan membawa proses
pengindiaan (Indianisation) pengaruh
pada aspek agama (Hinduisme dan
Buddhisme), politik (sistem kerajaan,
Orang Besar) dan kebudayaan (bahasa,
pertunjukan pentas).
bersama ahli keluarga atas persetujuan
sebulat suara untuk menetap
mewujudkan interaksi yang mesra dengan
penduduk tempatan.
Terdapat unsur-unsur akomodasi
berkahwin dengan penduduk tempatan,
saling bertukaran amalan dan adat resam.
Kedatangan kuasa kolonial dan imperial
Eropah memperkenalkan sistem
kerajaan yang menggalakkan
perkembangan masyarakat pluralistik.
Dengan terlaksananya undang-undang
kolonial dan terbentuknya negara bangsa,
rangka dan cara mengupas turut
mengalami perubahan.
Kedatangan penjajahan British turut
membawa perubahan epistemologikal
sebelumnya berdasarkan ilmu metafizik
ilmu yang bersumberkan alam ghaib
contoh: amalan perubatan perdukunan atau
pembomohan.
Kedatangan British epistemologi baru
rasional atau saintifik bukti material
menghasilkan ilmu kolonial peta, banci,
muzium dan kategori etnik.
Kemuncak Pluraliti Alam
Melayu: Kesultanan Melaka
Empayar Melaka The Venice of The East
tempat pertemuan pedagang Timur dan
Barat.
Mengamalkan sistem pemerintahan
terbuka.
Keselamatan laut dikawal Undang-
undang Laut Melaka.
Penghijrahan semula jadi - terdapat
interaksi aktif dalam kalangan pelbagai
bangsa dan kaum.
Pembentukan Masyarakat
Pluralistik oleh Penjajah
Penjajah British memperkenalkan prinsip,
sistem, struktur dan dasar pentadbiran
baru.
Mempunyai pengetahuan ilmu yang maju
dalam bidang sosial, kemanusiaan dan
sains tulen.
Perdebatan ilmu (abad ke-15)
pemisahan antara agama dan sains
moden.
Semasa penjajah British datang ke Alam
Melayu Eropah mengalami perubahan
epistemologi pemisahan antara negara
(state) dan agama (church).
Majoriti menyokong sains moden dan
menyebabkan agama menjadi anutan
individu.
Ilmu sains menjadi asas kepada segala
aspek kehidupan duniawi manusia termasuk
ilmu pemerintahan dan pentadbiran.
Maka, Pihak British menguasai
pentadbiran negara manakala hal ehwal
agama dan adat istiadat Melayu di bawah
pengawasan sultan.
British mengamalkan pengagihan kuasa
kehakiman, eksekutif dan perundangan.
Bernard Cohn kolonialisme bukan
sahaja menakluki ruang fizikal tetapi juga
ruang epistemologi atau sistem pemikiran.
Pembentukan Masyarakat
Pluralistik di Malaysia
Perbincangan tentang pembentukan
masyarakat pluralistik di Malaysia tertumpu
kepada Melayu, Cina dan India kerana
mereka memainkan peranan dalam
memenuhi tuntutan keperluan ekonomi-
politik British.
Perkembangan perusahan bijih timah dan
getah pada abad ke-19 & 20 mengakibatkan
penghijarahan orang Cina dan India.
Kewujudan pelbagai kaum
mengakibatkan satu masyarakat majmuk
setiap kaum mempunyai agama, bahasa
dan cara hidup yang berlainan.
Terdapat persefahaman dan hubungan
yang baik antara komuniti Melayu, Cina
dan India sama-sama berjuang untuk
kemerdekaan Malaya dan pembentukan
Malaysia.
Masyarakat Pluralistik
Selepas Merdeka
Politik
Kestabilan politk kerjasama antara etnik
dengan melaksanakan sistem demokrasi.
1955 Parti Perikatan (UMNO, MCA &
MIC) memperjuangkan kemerdekaan
mengamalkan sikap bertolak ansur turut
mengukuhkan kerjasama antara kumpulan
etnik.
1974 Barisan Nasional terus kekal
memerintah sehingga kini kerana wujud
kerjasama antara parti komponennya.
Pengurusan pelbagai perkara yang berkaitan
dengan perhubungan etnik melalui formula
tolak ansur berjaya mengekang pihak
pembangkang.
Struktur hubungan etnik di Malaysia kini
dipengaruhi oleh kumpulan etnik yang
memiliki batas etnik yang nipis.
Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia
undang-undang tertinggi sumber kepada
segala perundangan lain.
Panduan asas kepada perlaksanaan
sistem politik berlandaskan suatu
kontrak sosial persetujuan antara kaum.

2 peringkat kontrak sosial:
Pertama, pada zaman pluraliti janji taat
setia dan saling menghormati antara
rakyat dan raja waad berlaku antara
Demang Lebar Daun mewakili pihak
rakyat dan Sang Sapurba mewakili raja
atau pemerintah.
Kedua, dalam konteks masyarakat pluralistik
hasil daripada syarat yang dikenakan oleh
pihak British untuk memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Antara isu penting soal kerakyatan Orang
Melayu bersetuju menerima kehadiran orang
bukan Melayu dengan persetujuan
memberikan taraf kerakyatan sebagai satu
hak istimewa kepada orang bukan Melayu.
Pada masa yang sama orang bukan
Melayu bersetuju ke atas peruntukan hak-
hak istimewa orang Melayu.
Setiap kumpulan etnik mempunyai wakil
dalam bentuk parti politik mencapai
persetujuan untuk hidup secara aman.
Persetujuan ini menjadi acuan kepada
penggabungan parti politik antara kaum
seterusnya.
Pendidikan
Sebelum Penyata Razak 1956 wujud 4
aliran pendidikan yang berlainan aliran
Inggeris, Melayu, Cina dan India tidak
terdapat satu sistem pendidikan nasional.
Terbahagi kepada 3 peringkat:
Pertama Pendidikan British rendah dan
menengah golongan bangsawan Melayu
dan hartawan Cina dan India.
Kedua sekolah Melayu peringkat rendah
yang dibantu oleh British menjadikan
orang Melayu petani yang lebih baik.
British juga membenarkan kewujudan
sekolah agama dan mengaji Quran.
Ketiga sekolah vernakular Cina dan
India. Sekolah Cina dibiayai oleh
masyarakat Cina sendiri.
Kerencaman sistem pendidikan juga dapat
dilihat dari sudut kurikulum, sukatan mata
pelajaran dan orientasi matlamat.
Pascamerdeka sistem pendidikan
kebangsaan dibentuk berasaskan
keseragaman kurikulum, sukatan mata
perlajaran & orientasi untuk mencapai satu
identiti kebangsaan Malaysia Penyata
Razak (1956) & Penyata Rahman Talib
(1960)
Bahasa Melayu bahasa rasmi (Perkara
152) untuk penyatuan tanpa menjejaskan
bahasa etnik-etnik lain.
Namun, ada pandangan yang menyatakan
bahawa penggunaan bahasa Melayu
mempunyai motif ekonomi yang tersirat
statistik kemasukan pelajar ke IPT
bidang kejuruteraan, sains dan perubatan.
Ekonomi
Setelah kemerdekaan, rancangan
pembangunan ekonomi terbahagi kepada
4 peringkat:
1. Rancangan pramerdeka Rangka
Pembangunan Persekutuan Tanah
Melayu (1950-1955); Rancangan
Persekutuan Tanah Melayu Pertama
(1956-1960).
2. Perancangan selepas merdeka
Rancangan Persekutuan Tanah Melayu
Kedua (1961-1965); Rancangan Malaysia
Pertama (1966-1970).
3. Perancangan dalam era DEB.
4. Dasar-dasar Pembangunan Negara.
Pada umumnya, sistem ekonomi
dipengaruhi oleh sistem ekonomi pasaran
bebas (laissez faire); kewujudan sistem
ekonomi dualisme.
Ekonomi moden berorientasikan budaya
bandar dengan asas pasaran bandar,
corak pengurusan dan teknok organisasi
berteraskan bandar orang asing
(British), orang Cina dan India.
Sistem ekonomi tradisional sektor
ekonomi pertanian padi dan perikanan
orang Melayu budaya Melayu luar
bandar.
Sistem dualisme - mengidentifikasikan
agihan tenaga kerja mengikut kumpulan
etnik.
Sektor ketiga (tertiary sector) terdapat
ketidakseimbangan antara etnik sektor
kerajaan etnik Melayu (termasuk polis);
sektor ketiga swasta etnik Cina (bidang
pengangkutan, perniagaan dan
kewangan) etnik India (pengakutan
awam, perniagaan dan kewangan).
Dari segi purata pendapatan bulanan
kategori Bumiputera ketinggalan.

Kesimpulan
Pluralistik Malaysia muncul akibat hasil
interaksi beberapa faktor sejarah pluraliti
budaya semula jadi (sebelum penjajahan),
penghijrahan (zaman penjajahan).
Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup
secara berasingan dan mengekalkan
kebudayaan masing-masing terdapat
semangat persefahaman dan
keharmonian kaum yang erat.

Anda mungkin juga menyukai