Anda di halaman 1dari 3

4 Bidang dalam PSV KBSR

Kandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam
empat bidang kegiatan iaitu:
1. Menggambar
2. Membuat Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional
Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif,
interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual
serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.
1. Menggambar
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampu
an murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai me
dia dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. An
tara kegiatan dalam bidang ini ialah:
1.1 Lukisan
1.2 Catan
1.3 Kolaj
1.4 Montaj
1.5 Cetakan
1.6 Resis
1.7 Gosokan
1.8 Stensilan
1.9 Percikan
1.10 Gurisan
1.11 Capan
1.12 Mozek
1.13 Poster
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegi
atan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat,
bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahira
n asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persek
itaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan pe
rsepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan
, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat d
an dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerj
a diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam
pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
2. Membuat Corak dan Rekaan
Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk me
nghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rek
aan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidang kegiat
an lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.
Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan sep
erti:
2.1 Corak tidak terancang secara:
2.1.1 Pualaman
2.1.2 Tiupan
2.1.3 Titisan
2.1.4 Ikatan dan celupan
2.1.5 Renjisan dan percikan
2.2 Corak terancang secara:
2.2.1 Lukisan
2.2.2 Catan
2.2.3 Cetakan
2.2.4 Capan
2.2.5 Lipatan dan guntingan
2.2.6 Resis
2.2.7 Kolaj
2.2.8 Kaligrafi
Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam da
n kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahan
nya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepad
a murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tra
disional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai sa
tu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti
pergerakan, peragaan dan lakonan.
3. Membentuk dan Membuat Binaan
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni d
ari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek ter
sebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina
sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan mur
id dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi pe
luang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa men
jalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan t
iga dimensi merangkumi aktiviti seperti:
3.1 Arca timbul
3.2 Asemblaj
3.3 Mobail
3.4 Stabail
3.5 Model
3.6 Diorama
3.7 Boneka
3.8 Topeng
3.9 Origami
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujuk
an kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan
kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan seb
agai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara
seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
4. Mengenal Kraf Tradisional
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang meliba
tkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwa
risi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradision
al seperti:
4.1 Alat domestik
4.2 Alat permainan
4.3 Alat pertahanan diri
4.4 Perhiasan diri (ornamen)
4.5 Batik
4.6 Tekat
4.7 Ukiran
4.8 Tenunan
4.9 Anyaman
4.10 Tembikar
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dala
m budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan
teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil k
erja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, prose
s pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan.
Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lak
onan, nyanyian dan cerita.

Anda mungkin juga menyukai