Anda di halaman 1dari 3

1

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN


PERTANDINGAN BADMINTON
1.0 NAMA
Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Badminton Antara Blok .

2.0 PENGELOLA
Pertandingan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Biro
Kediaman Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.

3.0 JENIS PERTANDINGAN (ACARA-ACARA)
Acara-acara bagi kejohanan tersebut adalah seperti berikut:
3.1 Perseorangan Lelaki
3.2 Perseorangan Perempuan
3.3 Beregu Lelaki
3.4 Beregu Perempuan

4.0 PENDAFTARAN PEMAIN
5.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar guru di Institut
Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.
5.2 Setiap blok hendak menghantar bilangan pemain individu dan
pasukan seperti yang ditetapkan:
Blok Gajus 4 pemain individu dan 4 pasukan beregu
Blok Pinang 4 pemain individu dan 4 pasukan beregu
Blok Rambai 2 pemain individu dan 2 pasukan beregu
Blok Nona 2 pemain individu dan 2 pasukan beregu
Blok Pala 2 pemain individu dan 2 pasukan beregu
Blok Jambu 2 pemain individu dan 2 pasukan beregu
5.3 Setiap pemain hendak mendaftarkan diri dengan menggunakan
borang yang disediakan.
5.4 Seseorang pemain hanya dibenarkan mengambil bahagian
dalam salah satu acara sahaja iaitu pertandingan perseorangan
atau beregu sahaja.
2

5.5 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil
bahagian. Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan
tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan secara sah.
Kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.

5.0 YURAN PENYERTAAN
Yuran pertandingan bagi setiap pemain ialah RM5.

6.0 SISTEM PERTANDINGAN
Pertandingan ini akan dijalankan secara Kalah Mati.

7.0 CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN
7.1 Dalam peringkat pusingan awal dan separuh akhir, kedua-dua
belah pihak hendaklah bertanding dalam satu game 15 mata.
Pemain perseorangan atau pasukan beregu yang berjaya
memenangi 2 game akan dikira sebagai pemenang.
7.1.1 Pemain hendak bertukar petak gelanggang selepas habis
game pertama dan sekiranya pada mata 8 dalam game
ketiga.
7.1.2 Tambahan dua (2) mata hanya empat belas (14) sama
7.2 Dalam peringkat pusingan akhir, kedua-dua belah pihak hendaklah
bertanding dalam satu game 21 mata.
7.2.1 Pemain hendak bertukar petak gelanggang selepas habis
game pertama dan sekiranya pada mata 11 dalam game
ketiga.
7.2.2 Tambahan dua (2) mata hanya dua puluh (20) sama

8.0 PAKAIAN
8.1 Pakaian sukan mesti kemas, bersih dan sopan.
8.2 Pakaian haruslah selaras sesama bagi pasukan beregu.

9.0 KELEWATAN
3

Masa 10 minit sahaja diberikan kepada setiap pemain yang datang
lewat. Kemenangan percuma akan diberikan kepada pemain yang
berada di gelanggang.

10.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
Sekiranya seorang pemain menarik diri atau menyerah kalah dengan
sengaja daripada pertandingan, maka lawannya akan dikira pemenang.

11.0 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
11.1 Dalam pertandingan perseorangan dan beregu, masa rehat 2
minit akan diberi selepas mata 11.
11.3 Rehat 10 minit dibenarkan selepas tamat perlawanannya.
11.4 Semua pemain mesti melaporkan diri kepada Jawatankuasa
Pertandingan 15 minit sebelum pertandingan dijadualkan
bermula.
*Jawatankuasa Penganjur berhak menambah, menolak dan menukar
sebarang peraturan sebelum dan semasa pertandingan jika difikirkan perlu.
*Segala keputusan pihak penganjur dan refree adalah muktamad

Anda mungkin juga menyukai