Anda di halaman 1dari 1

Surat Sang Mawas kepada Sang Monyet

Menemui Sang Monyet yang dihormati. Surat anda telah selamat kami terima beberapa
hari lepas.
Nampaknya kehidupan kami di sini tidak seindah dahulu. Kawasan hutan yang
kami duduki sejak bertahun-tahun dahulu, telah diceroboh oleh sekumpulan manusia.
Dengan menggunakan peralatan moden, mereka menebang pokok-pokok besar dan
membawanya keluar menggunakan kenderaan berat. Kawasan kediaman kami menjadi
botak.
Untuk mengatasi masalah ini, kami telah mengadakan satu mesyuarat. Kami
memutuskan untuk pindah ke kawasan baru yang lebih selamat. khirnya kami telah
menemui hutan yang belum diterokai oleh manusia.
Kawasan kediaman baru kami masih asli hutannya. !erdapat banyak pokok
buah-buahan serta sebatang anak sungai yang cantik dan bersih. Kami akan pindah
secara beransur-ansur minggu hadapan. nak-anak kecil dan kaum betina akan
dipindahkan dahulu. Setelah selesai, barulah kaum jantan akan berpindah pula.
"ang kami harapkan, penempatan baru ini akan lebih selesa dan jauh daripada
gangguan manusia. Nampaknya selepas ini kita kana tinggal berjauhan. !entulah sukar
untuk kita berhubung selepas ini. #alau bagaimanapun, kami akan melawat anda
sekeluarga apabila ada kelapangan. Kami pun sentiasa mengalu-alukan kedatangan
anda ke sini.
Setakat ini dahulu kiriman warkah daripada saya pada kali ini. Semoga
persubahatan kita akan terus berkekalan.
"ang $enar
Keluarga Mawas
%&'( patah perkataan)
Dewan Pelajar, pril *+++ %diubahsuai).

Anda mungkin juga menyukai