Anda di halaman 1dari 2

RUANG ROHANI

BERSAMA USTAZAH
ABADIKAN HATI DENGAN SIFAT MAHMUDAH (TERPUJI)
IMAM GHAZALI menggariskan sifat mahmudah (terpuji) kepada beberapa bahagian:
1. Taubat. Keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan
ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.
2. Takut akan Allah S.W.T. Perasaan takut terhadap Allah akan membuatkan seseorang itu
melipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan larangan-Nya.
3. Mahabbah. Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan rasa cinta
kepada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan islam.
4. Zuhud. Kehidupan insan Mukmin yang Mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia
yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.
5. Sabar. Perasaan memujuk jiwa dengan keimanan. Ia Merangkumi sabar atas ketaatan dan juga
sabar dalam menjauhi maksiat.
6. Syukur. Bersyukur kepada Allah S.W.T atas nikmat kesihatan, rezeki, kemudahan hidup, kurniaan
pancaindera dan sebagainya.
7. Ikhlas dan Benar. Untuk Mencapai tingkat ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan dorongan
hawa nafsu dan kasih akan dunia.
8. Tawakal. Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah S.W.T setelah berazam.
Seterusnya diikuti dengan usaha.
9. Reda dengan Qadak Allah. Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan
syukur atau sabar oleh insan Mukmin.
10. Mengingati mati. Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan
sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana.

Kongsi Tip:
ANDAI KASIHKAN RASULULLAH, UCAPKAN SELAWAT.
TEMPAT DAN WAKTU DIANJURKAN BERSELAWAT:
1. Sesudah laungan azan
2. Ketika hendak masuk dan ketika keluar masjid
3. Dalam solat jenazah
4. Dalam takbir-takbir hari raya
5. Sewaktu membaca tahiyat akhir dalam solat
6. Pada awal dan akhir bacaan doa
7. Pada malam dan siang hari jumaat
8. Dalam khutbah dan semasa bacaan qunut
9. Ketika orang menyebut nama Rasulullah S.A.W
10. Tiap pagi, petang, ketika mengadakan majlis ceramah, ketika susah, sakit dan lain.
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
SESIAPA MEMBACA SELAWAT SEPULUH KALI PADA PAGI HARI DAN SEPULUH KALI PADA WAKTU
PETANG, MAKA IA AKAN MEMPEROLEHI SYAFAATKU PADA HARI KIAMAT.
( Riwayat al-Tabarani daripada Abu Darda r.a. )

Anda mungkin juga menyukai