Anda di halaman 1dari 2

RUANG ROHANI

BERSAMA USTAZAH NOOR HIDAYAH


CIRI WANITA SOLEHAH
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran
solehah dan seterusnya menerima habuan syurga yang penuh kenikmatan dari Allah S.W.T. Meraka
hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:
1. Taat kepada Allah dan Rasulnya
2. Taat kepada Suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:
Taat kepada Allah dan Rasulnya:
1. Mencintai Allah dan Rasulullah S.A.W melebihi dari segala-galanya.
2. Wajib Menuntut Aurat
3. Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
4. Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
5. Sering membantu dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa.
6. Berbuat baik kepada ibubapa.
7. Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang.
8. Bersikap baik terhadap jiran tetangga.
Taat kepada Suami:
1. Memelihara kewajipan terhadap suami.
2. Sentiasa menyenangkan suami.
3. Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
4. Tidak menolak ajakan suami untuk tidur.
5. Tidak keluar tanpa izin suami.
6. Tidak meninggikan suara melebihi suara suami.
7. Tidak membantah suaminya dalam kebenaran.
8. Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumah.
Kongsi Tip
MEMOHON KEMANISAN BERIBADAH
Untuk mendapatkan khusyuk dalam solat:
1. Sentiasa melaksanakan solat berjemaah (yang afdalnya di masjid).
2. Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halal.
3. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil.
5. Memahami segala bacaan dalam solat.
6. Membaca surah al-Nas, selawat dan istighfar sebelum mengangkat takbir.
7. Mengingati mati dan membayangkan bahawa itulah solat yang terakhir.
Aku tidak layak mengunkap ketaatan andai tiada padanya selautan keikhlasaan

Anda mungkin juga menyukai