Anda di halaman 1dari 1

Intisari Teori Konstruktivisme Sosial Vygotsky

1) Kanak-kanak utamanya membina ilmu dan menguasai kemahiran melalui


interaksi sosial dan aktiviti sosiobudaya
2) Zon perkembangan prokimal merupakan had tahap perkembangan kognitif kanak-
kanak di mana ilmu dan kemahiran yang lebih tinggi dapat dibina dengan
bimbingan guru atau rakan darjah yang lebih maju
3) Bahasa memainkan peranan utama dalam membentuk pemikiran untuk membina
ilmu dan kemahiran
4) Pendidikan memainkan peranan utama dalam membantu murid belajar

Implikasi Teori Konstruktivisme Sosial dalam Pengajaran dan Pembelajaran
1) Gunakan zon perkembangan prokimal membimbing murid belajar dengan teknik
scaffolding supaya membolehkan mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dalam
peringkat yang lebih tinggi
2) Aktiviti pengajaran harus bermula dari had bawah dalam zon perkembangan
prokimal, yang mana murid hanya dapat memperolehi tahap ilmu dan kemahiran
yang lebih tinggi melalui kolaborasi yang erat dengan seorang guru atau melalui
pembelajaran koperatif
3) Memandangkan murid pula boleh mendapat manfaat daripada sokongan dan
bimbingan rakan sedarjah, maka guru harus menggalakkan murid yang lebih maju
member bimbingan kepada rakan sedarjahnya yang kurang maju
4) Menggalakkan pembelajaran koperatif untuk meningkatkan prestasi pembelajaran
5) Zon perkembangan prokimal (ZPD) merupakan criteria asas untuk menilai
prestasi murid. Maka pencapaian murid harus dinilai berdasarkan prestasi murid
dalam ZPD

(dari buku mok soon sang)

Anda mungkin juga menyukai