Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN MUZAKARAH TAHUN 6

TARIKH: 9 April 2013


MASA: 2.30-5.00 Petang
AKTIVITI: Membentangkan analisis AR1 kepada waris tahun 6
PENGERUSI MAJLIS: Pn. Norfizahtun binti Muhammad

OBJEKTIF:
1) Membentang hasil analisis AR1 kepada ibu bapa.
2) Menerangkan langkah-langkah yang pihak sekolah perlu ambil bagi meningkatkan
prestasi anak-anak.
3) Berkongsi cadangan dan pendapat ibu bapa untuk kemajuan anak-anak.
4) Menambahkan pengetahuan ibu bapa cara untuk membimbing anak-anak di rumah.
5) Memberikan motivasi kepada ibu bapa supaya tidak berputus asa terhadap anak-
anak.
6) Merapatkan hubungan silaturahim antara guru dan ibu bapa.

AKTIVITI:
1) Alu-aluan daripada Guru Besar, Encik Ismail bin Hassan.
2) Pembentangan analisis AR1 subjek Bahasa Inggeris daripada Puan Norfizahtun.
3) Pembentangan analisis AR1 subjek Bahasa Melayu daripada Puan Rosibah.
4) Pembentangan analisis AR1 subjek Bahasa Sains daripada En. Mohd. Khairul
Hakimin.
5) Pembentangan analisis AR1 subjek Bahasa Matematik daripada Cik Fathin Fashiha.
6) Kesimpulan analisis AR1 daripada Guru Besar.
7) Perkongsian cadangan untuk mengadakan Kem Jati Diri daripada Pn. Norfizahtun.
8) Perkongsian cadangan untuk mengadakan Ziarah dari Rumah Ke Rumah oleh Cik
Nor Aziera.
9) Perkongsian cara menangani dan membimbing anak-anak di rumah oleh semua
guru.
10) Perkongsian amalan pemakanan yang menjana minda dan meningkatkan
keupayaan berfikir oleh Cik Nor Aziera.
11) Cadangan daripada ibu bapa untuk membantu pihak sekolah supaya dapat
meningkatkan prestasi anak-anak.
12) Motivasi daripada guru-guru kepada waris yang anak mereka lemah.
13) Kesimpulan muzakarah daripada pengerusi majlis.

PENUTUP:
Diharapkan aktiviti muzakarah bersama ibu bapa murid-murid Tahun 6 yang telah dijalankan
ini akan dapat menambah dan meningkatkan motivasi ibu bapa serta anak-anak untuk
berjaya. Di samping itu, aktiviti ini diharapkan dapat memupuk hubungan silaturahim yang
erat dalam kalangan ibu bapa serta guru-guru. Melalui aktiviti ini juga akan dapat membantu
proses kemenjadian murid-murid.


Disediakan oleh,

(NOR AZIERA BINTI IBRAHIM)
Guru Kelas Tahun 6
S.K. Kampung Bungai.












LAPORAN BERGAMBAR

Anda mungkin juga menyukai