Anda di halaman 1dari 1

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar pada 8 Februari 1903.

Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid
Halim Shah (Sultan Kedah yang ke-24) dengan Cik Menyelara. Tunku menerima pendidikan awal
beliau dari Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar dan Penang Free School. Tunku juga memilik
kelulusan B.A. dari University Cambridge dan kelulusan LLB dari Inner Temple, London.
Tunku memulakan kerjaya beliau dengan kerajaan Kedah sebagai Pegawai Daerah untuk Langkawi,
Kulim dan Sungai Petani. Setelah mendapat kelulusan LLB, Tunku dilantik sebagai Penolong
Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Sesi Selangor.
Tunku terlibat dalam bidang politik dengan menyertai UMNO pada tahun 1946. Beliau kemudian
dilantik sebagai President UMNO pada tahun 1951 pada umur 48 dan bergiat sepenuh masa-nya
kepada UMNO. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.
Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi
kemerdekaan Malaya. Akan tetapi, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun 1955,
Pilihanraya persekutuan umum yang pertama diadakan dan Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai
Ketua Menteri Malaya yang pertama. Tunku sekali lagi membuat satu rombongan ke London untuk
berunding tentang kemerdekaan Malaya. Kali ini, beliau berjaya dan 31 Ogos 1957 diisytiharkan
sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturunkan di Kuala Lumpur pada hari
kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak Merdeka.
Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan membentuk Malaysia pada 16
September 1963. Beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Tunku meletakkan
jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan President UMNO pada 1971.
Tunku dikenali dengan sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia.
Tunku meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87. Beliau disemadikan di Makam
Diraja Langgar, Alor Setar.

Anda mungkin juga menyukai