Anda di halaman 1dari 1

PANDUAN MENULIS PENDAHULUAN

Perkara yang perlu ada dalam PENDAHULUAN:


A 1 Isu semasa tentang tajuk/ soalan
A 2 Latar belakang isu (Bila wujud? Bagaimana wujud? )
A 3 Ciri-ciri isu (Siapa terlibat? Apa?)
A 4 Kesan kepada diri, masyarakat, negara dan global.
(contoh/ pendapat/ pernyataan/bukti
A 5 Ayat arah (kehendak soalan)
Selitkan ungkapan yang menarik dalam mana-mana ayat yang sesuai.

Contoh A 1
Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap
empat penjuru dunia tentang isu ........(TEMA/ ISU KARANGAN) ......................
Dewasa ini, kebolehan negara kita untuk merealisasikan Wawasan 2020 acap
kali tercabar akibat sikap negatif yang di tunjukkan oleh rakyat kita sendiri.
Antara sikap negatif tersebut ialah........(TEMA/ ISU KARANGAN) .....................
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi kini, pelbagai isu
sering memenuhi ruang media massa sama ada media tempatan mahu pun
media antarabangsa. Isu........(TEMA/ ISU KARANGAN) ............... juga tidak
terkecuali.
Berita yang paling hangat diperkatakan akhir-akhir ini ialah ........(TEMA/ ISU
KARANGAN) ...............
Contoh A 5
Pada pendapat saya, terdapat pelbagai .....(FOKUS & TEMA KARANGAN)...........
Persoalannya di sini, apakah.....(FOKUS & TEMA KARANGAN)...........?
.....(FOKUS & TEMA KARANGAN)........... yang mewarnai fokus perbincangan
akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.


Teknik mengubah suai pendahuluan karangan.
Bina satu perenggan pendahuluan berdasarkan isu Punca-punca pencemaran
alam dan langkah-langkah mengatasinya.









Soalan/ Tajuk : Punca kebanjiran pendatang asing dan kesannya.

(A 1) Berita yang paling hangat diperkatakan akhir-akhir ini
ialah ..................................................................................................................
(A 2) ...................................................... merujuk..............................................
(A 3) ........................................ terbahagi kepada ............................................
(A 4) Ada pendapt yang menyatakan bahawa ..................................................
(A 5) Persoalannya di sini, apakah ....................................................................
dan apakah ...................................................................................................?
Sambungkan kesemua ayat di atas menjadi satu perenggan
pendahuluan yang lengkap.
(A 1) Berita yang paling hangat diperkatakan akhir-akhir ini ialah
kebanjiran pendatang asing ke Malaysia. (A 2) Pendatang asing merujuk
kepada kehadiran orang dari luar negara dengan tujuan untuk bekerja atau
mencari nafkah di sesebuah negara lain. (A 3) Pendatang asing terbahagi
kepada dua kategori iaitu pendatang asing dengan izin dan pendatang asing
tanpa izin. (A 4) Ada pendapat menyatakan bahawa kedatangan pendatang
asing akan menimbulkan pelbagai kesan kepada negara kita. (A 5)
Persoalannya di sini, apakah punca kedatangan pendatang asing di negara
kita dan kesan yang akan timbul daripada kedatangan pendatang asing ke
nagara kita?

Anda mungkin juga menyukai