( PERANAN IBU BAPA) BUKU SEBAGAI HADIAH MENGUNJUNGI PAMERAN BUKU DAN KEDAI BUKU BERKUNJUNG KE PERPUSTAKAAN WUJUDKAN PERPUSTAKAAN MINI DI RUMAH BERI GALAKAN ROLE MODEL PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN ANAK-ANAK. Amalan membaca merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat penting dalam membentuk masyarakat berilmu. Setiap anggota masyarakat harus menjadikan membaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha untuk mewujudkan keluarga berilmu dengan menyemai minat membaca dalam kalangan anak-anak. (38) Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke perpustakaan. Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang akan buku. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Di sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari. Lantas, anak-anak akan gemar membaca buku seumur hidup. (64) Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Perpustakaan ini dapat dijadikan tempat menyimpan buku dan majalah. Malahan, boleh menjadi tempat anak-anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah mestilah dilengkapi dengan buku-buku yang bersesuaian dapat menarik minat anak-anak untuk membaca. Sebagai contoh, majalah, buku cerita dan surat khabar. Ruang perpustakaan ini juga mestilah dalam keadaan selesa. Lantaran itu, ibu bapalah memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka agar gemar membaca buku ketika berada di rumah.. (70) Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh teladan yang baik dari ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak. Sebagai contoh, sikap gemar membaca surat khabar, majalah, buku dan sebagainya patutlah diamalkan oleh ibu bapa dalam mengisi masa lapang. Lama- kelamaan, tabiat ini akan menjadi ikutan anak-anak. Bak kata peribahasa Melayu bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi anak-anak.(69) Tambahan pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke pameran buku. Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mengunjungi kedai buku ketika pergi ke pusat beli-belah. Dengan mengunjungi tempat-tempat tersebut, minat mereka untuk membaca akan dapat ditingkatkan, Di samping itu, mereka akan dapat mempelajari cara memilih bahan-bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang dijual adalah berkualiti. Harganya pula adalah berpatutan. Natijahnya, ibu bapa yang membawa anak-anak ke pameran buku atau kedai buku sebenarnya membawa kepada mewujudkan budaya suka membaca dalam kalangan ahli keluarganya. (73) Seterusnya, ibu bapa juga boleh menghadiahkan buku kepada anak-anak. Ibu bapa perlu memberikan hadiah atau ganjaran kepada anak-anak apabila anak- anak berjaya dalam peperiksaan dan sempena hari kelahiran. Anak-anak akan berasa gembira kerana kejayaannya dihargai oleh keluarga mereka. Hadiah berbentuk buku lebih sesuai untuk anak-anak. Ibu bapa boleh membelikan buku berbentuk pelajaran, novel ataupun komik mengikut kesesuaian umur. Amalan ini sepatutnya diterapkan sejak kecil lagi dalam kalangan anak-anak. Bersesuaian dengan peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. (73) Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak kerana membaca jambatan ilmu. Oleh itu,anak-anak yang rajin membaca akan menjadi pandai dan bakal pemimpin pada masa akan datang. (33 ) Latihan Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan Membaca Dalam Kalangan Anak- Anak. Lengkapkan tempat kosong dalam karangan di bawah. Amalan ____________(1) merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat penting dalam membentuk masyarakat berilmu. Setiap anggota masyarakat harus menjadikan membaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha untuk _______________(2) keluarga berilmu dengan menyemai minat membaca dalam kalangan anak-anak. Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke ________________(3). Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang akan buku. Sebagai contoh, _______________(4)boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Di sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari. Lantas, anak-anak akan gemar membaca buku seumur hidup. Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan _________(5) di rumah. Perpustakaan ini dapat dijadikan tempat ____________(6)buku dan majalah. Malahan, boleh dijadikan tempat anak-anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah mestilah dilengkapi dengan buku-buku yang bersesuaian dapat menarik minat anak-anak untuk membaca. Sebagai contoh, majalah, buku cerita dan surat khabar. Ruang perpustakaan ini juga mestilah dalam keadaan___________(7). Lantaran itu, ibu bapalah memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka agar gemar membaca buku ketika berada di rumah.. Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan__________(8) teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh teladan yang baik dari ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak. Sebagai contoh, sikap gemar____________(9) surat khabar, majalah, buku dan sebagainya patutlah diamalkan oleh ibu bapa dalam mengisi ________(10) lapang. Lama-kelamaan, tabiat ini akan menjadi ikutan anak-anak. Bak kata peribahasa Melayu ___________ (11)acuan, begitulah kuihnya. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi anak-anak. Tambahan pula, ibu bapa boleh __________(12)anak-anak ke pameran buku. Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mengunjungi kedai buku ketika _________(13) ke pusat beli-belah. Dengan mengunjungi tempat-tempat tersebut, minat mereka untuk membaca akan dapat ditingkatkan, Di samping itu, mereka akan dapat _____________(14)cara memilih bahan-bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang dijual adalah berkualiti. Harganya pula adalah berpatutan. Natijahnya, ibu bapa yang membawa anak- anak ke pameran buku atau kedai buku sebenarnya membawa kepada mewujudkan ________(15) suka membaca dalam kalangan ahli keluarganya. Seterusnya, ibu bapa juga boleh_______________(16) buku kepada anak- anak. Ibu bapa perlu memberikan hadiah atau ganjaran kepada anak-anak apabila anak-anak berjaya dalam peperiksaan dan sempena hari kelahiran. Anak-anak akan berasa ____________(17) kerana kejayaannya dihargai oleh keluarga mereka. Hadiah berbentuk buku lebih sesuai untuk anak-anak. Ibu bapa boleh membelikan buku berbentuk pelajaran, novel ataupun komik mengikut kesesuaian umur. Amalan ini sepatutnya _____________(18)sejak kecil lagi dalam kalangan anak-anak. Bersesuaian dengan peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak kerana membaca ___________ (19) ilmu. Oleh itu,anak-anak yang rajin membaca akan menjadi pandai dan bakal pemimpin pada masa akan datang.
Jawapan Membaca mewujudkan perpustakaan ibu bapa mini menyimpan selesa contoh membaca masa bagaimana membawa pergi mempelajari budaya menghadiahkan seronok diterapkan jambatan
TIPS & LATIHAN: KAEDAH MUDAH INGAT MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM
.
BIL PERENGGAN ISI / HURAIAN / CONTOH UNGKAPAN MENARIK 1 Pendahuluan a) Apa b) Mengapa c) Penegasan Definisi / suasana / pendapat / perbahasa / gabungan a) Akademik atau pelajaran sangat penting untuk masa hadapan pelajar. b) Jika seseorang itu berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang, mereka boleh memilih kerjaya yang disukai. Sebagai contoh kerjaya sebagai seorang doktor, peguam, arkitek, saintis, guru dan lain-lain. Para pelajar juga tidak perlu berasa risau untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana tawaran biasiswa sentiasa terbuka luas. c) Oleh itu, terdapat pelbagai persiapan perlu dilakukan Ungkapan Menarik: Bak kata pepatah, yang bulat tidak datang bergolek yang pipih tidak datang melayang. untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik. 2 Perenggan 1 a) Apa b) Mengapa c) Bagaimana d) Penegasan a) Pembelajaran dan pengajaran guru merupakan satu proses yang amat berguna kepada pelajar. Guru biasanya akan mengajar tajuk-tajuk baharu yang pelajar masih belum mengetahuinya. Jika pelajar lalai, leka, bersembang dan suka berkhayal, sudah pasti akan ketinggalan. b) Pelajar hendaklah sentiasa mendengar dengan teliti setiap ilmu yang disampaikan oleh guru Sebagai contoh, untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru, kita perlu mencatat nota mengenai fakta-fakta pelajaran berkenaan. Dengan adanya nota, pelajar boleh merujuk semula jika terlupa. c) Oleh itu, pelajar hendaklah memberikan tumpuan sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pelajar juga tidak perlu malu untuk bertanya kepada guru tentang apa-apa Ungkapan Menarik Bak kata pepatah usaha tangga kejayaan SOALAN Setiap individu ingin berjaya dalam bidang akademik. Sebagai seorang pelajar yang prihatin, anda sentiasa menanamkan harapan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Jelaskan persiapan-persiapan yang perlu anda lakukan untuk meningkatkan pencapaian anda dalam bidang akademik.
yang tidak difahami. 3 Perenggan 2 a) Apa b) Mengapa c) Bagaimana d) Penegasan a) Pelajar hendaklah menguruskan masa dengan baik. b) Jika setiap masa kita diisi dengan aktiviti berfaedah, bermakna kita telah menghargai masa. c) Untuk mengurus masa dengan baik, pelajar perlu menyediakan jadual terutama semasa berada di rumah. Sebagai contoh, masa membantu ibu bapa, mengulang kaji pelajaran, beriadah, dan lain-lain perlu dimasukkan dalam jadual. Jadual yang telah disusun sebaik-baiknya dipaparkan supaya mudah dilihat dan kita perlu mematuhi jadual yang telah dirancang. d) Oleh itu, dengan adanya jadual, kita dapat mengurus masa dengan baik agar cemerlang dalam bidang akademik. Ungkapan Menarik Hanya jauhari mengenal manikam Bak kata peribahasa, berakit-rakit ke hulu, berenang- renang ketepian .. 4 Perenggan 3 a) Apa b) Mengapa c) Bagaimana d) Penegasan a) Seterusnya ialah rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran b) Jika kita rajin membaca buku pelajaran, kita akan lebih mudah untuk mengingati ilmu yang diajarkan oleh guru. Selain itu, budaya rajin membaca juga dapat diamalkan dengan berkesan. c) Seseorang itu hendaklah berusaha bersungguh-sungguh Ungkapan Menarik Bak kata pepatah membaca jambatan ilmu Usaha tangga kejayaan supaya berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik. Sebagai contoh, kita boleh berkunjung ke pepustakaan untuk mendapatkan bahab- bahan bacaan dan membuat rujukan. Kita juga perlu membuat nota- nota kecil dan ringkas . Nota kecil mudah untuk dibawa ke mana sahaja dan membolehkan kita merujuk nota tersebut pada waktu lapang seperti waktu rehat. d) Oleh itu, rajin membaca buku- buku pelajaran dan mengulangkaji pelajaran membantu pelajar untuk berjaya dalam bidang akademik. 5 Perenggan 4 a) Apa b) Mengapa c) Bagaimana d) Penegasan a) Persiapan lain adalah dengan menyiapkan latihan dan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. b) Kita perlu menjauhi sikap negatif seperti suka bertangguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Ini kerana, sikap ini akan membentuk sifat malas dalam diri kita. Namun begitu, apabila kita bersikap rajin dengan menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh guru, kita akan berasa seronok dan senang hati kerana guru tidak akan memarahi kita. c) Kita perlulah menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru dengan segera. Selain itu, pelajar juga perlu mengurangkan aktiviti menonton televisyen semasa berada di rumah kerana masa itu emas. d) Oleh itu, sebagai seorang pelajar, kita hendaklah bersikap rajin untuk menyiapkan segala tugasan dan kerja sekolah yang diberikan oleh guru supaya kita boleh mencapai kejayaan. 6 Perenggan 5 a) Apa b) Mengapa c) Bagaimana d) Penegasan a) Jadikan ibu bapa sebagai pembimbing dan berkawanlah dengan rakan-rakan yang rajin belajar. b) Rakan yang rajin belajar boleh mempengaruhi kita. Rakan yang rajin belajar membolehkan kita bertukar- tukar buah fikiran. Rakan sebaya mampu untuk memberikan tunjuk ajar. Ibu bapa juga boleh memainkan peranan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak untuk menyelesaikan masalah Ungkapan Menarik Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih pelajaran contohnya dalam mempelajari matapelajaran seperti Matematik, Sains dan sebagainya. c) Selain itu, kita juga boleh membentuk sebuah kumpulan belajar bersama rakan-rakan yang rajin menelaah pelajaran. Dengan adanya kumpulan ini, kita akan lebih bersemangat untuk belajar dan bersaing secara positif sesama sendiri untuk meraih kejayaan dalam bidang akademik. d) Oleh itu, jadikan ibu bapa dan rakan-rakan yang rajin sebagai pembimbing untuk berjaya. 7 Penutup Harapan Kesimpulannya, setiap pelajar boleh Berjaya dalam bidang akademik dengan cemerlang.Jika kita bersungguh-sungguh, pasti kita akan Berjaya. Bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing agar para pelajar beroleh kejayaan dalam bidang akademik mereka.
CARA-CARA MENULIS KARANGAN APLIKASI KOMSAS MENULIS KARANGAN APLIKASI KOMSAS
Saya akan memperjelaskan kepada anda kreativiti menulis karangan yang diaplikasikan melalui Komponen Kesusasteraan (KOMSAS). Lazimnya soalan peperiksaan Bahasa Melayu SPM meminta calon:
Mengulas novel yang pernah dibaca Mengulas drama/teater yang pernah ditonton Menulis cerpen/drama berdasarkan petikan pendahuluan penutup Menulis cerpen berdasarkan peribahasa dan tema
Sebenarnya semua soalan ini adalah cukup mudah kerana anda semua telah biasa melihat membaca dan menganalisis cerpen mahupun novel yang telah anda pelajari. Anda pastinya telah didedahkan kepada aspek kajian kesusasteraan semenjak anda berada dalam tingkatan satu lagi.
Tambahan pula, anda telah mengikuti Program Nilam di peringkat sekolah anda. Bermakna dalam pengetahuan dan ingatan anda telah tersimpan beberapa buah novel yang dikarang oleh barisan penulis popular mahupun pengarang karya- karya besar.
Begitu juga, berdasarkan pengalaman anda yang telah menyaksikan sebuah pementasan teater mahupun drama secara langsung, contohnya pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang, P. Ramlee The Musical dan berbagai pementasan yang lain.
Manakala, filem-filem berkualiti arahan penggiat seni tanah air dan luar negara turut anda saksikan melalui tayangan pawagam mahupun di kaca televisyen. Jelas sekali bahawa pembelajaran secara tidak langsung telah anda lalui melalui media kesusasteraan.
Saya kemukakan panduan menulis karangan jika soalan tersebut meminta anda mengulas cerpen, novel, drama, dan filem yang pernah anda tonton. Teliti panduan berikut:
ULASAN KOMPONEN KESUSASTERAAN
1. JUDUL KARYA 2. PENGARANG/PENGARAH DAN TERBITAN 3. TEMA 4. PERSOALAN 5. LATAR WATAK DAN PERWATAKAN 6. TEKNIK PLOT 7. GAYA BAHASA 8. NILAI-NILAI MURNI 9. PENGAJARAN
Berdasarkan analisis di atas, anda boleh memilih kekuatan aspek yang ada terdapat dalam karya yang diulas. Anda perlu ingat, bahawa anda perlu mengulas secara intelektual dan mendalam untuk menggambarkan bahawa anda faham apa yang anda tulis.
Anda juga harus menggunakan serba sedikit istilah-istilah kesusasteraan yang dipelajari seperti mesej, kata-kata puitis, plot cerita, klimaks, teknik monolog, watak protagonist dan berbagai-bagai lagi kosa kata untuk membuktikan adanya sentuhan komponen kesusasteraan pada kerja anda.
Sekiranya anda diminta untuk menghasilkan cerpen dan drama berdasarkan petikan mahupun tema, saya ingin mencadangkan beberapa perkara berikut sebagai panduan untuk anda menulis sebuah karangan yang mantap. Teliti panduan berikut:
TEKNIK MENULIS CERPEN DAN DRAMA
- JUDUL/KARYA - TEMA - KRONOLOGI PENCERITAAN - TEKNIK PLOT - PENGEMBANGAN WATAK - GAYA BAHASA - LATAR - PENGAJARAN
Untuk memperhalus penulisan anda, setiap aspek komponen kesusasteraan harus diaplikasikan. Terutamanya dalam teknik plot, seharusnya karya anda ada pengembangan penceritaan dan disulami dengan kepelbagaian teknik dialog, monolog, imbas kembali serta teknik suspens.
Variasi inilah yang akan menunjukkan anda menghayati kerja anda tersebut. Maka penggunaan teknik menulis cerpen ini dapat mengelakkan anda daripada menulis seperti menulis sebuah catatan perjalanan. Ramai pelajar cuba menghasilkan cerpen ketika menjawab soalan peperiksaan, tetapi kualiti penghasilan mereka tidak mencapai piawaian sebuah cerpen yang sebenarnya.
Kesimpulannya, saya telah menunjukkan serba sedikit panduan menulis karangan aplikasi KOMSAS . Kebebasan mencanai idea dalam mengulas dan menulis karya merupakan peluang terbaik buat anda yang menghargai kesenian dan kebudayaan. Luahan suara hati anda dan pandangan anda perlulah disampaikan dengan penuh keikhlasan dan kewibawaan.