Anda di halaman 1dari 11

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang

arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita
yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Arnab Dengan Buaya.
Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnab-
arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya pula
tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang lain di dalam
hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab ini.
Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin
sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Lama-
kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada
sesiapa lagi yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.
Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya
sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu.
Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah pasti
aku boleh menjadi raja di laut. Kata buaya itu kepada arnab. Arnab berasa sungguh
gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu.
Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu? Tanya buaya itu lagi. Arnab
berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata, Engkau mesti
banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.
Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. Bolehkah engkau tolong periksa
gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak, kata buaya lagi. Tanpa berfikir panjang,
arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa
berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka
tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima
kasih.
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim
yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk
cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Penebang Kayu Dengan
Anaknya.
Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang miskin .
Penebang kayu itu mempunyai seorang bapa yang telah tua lagi uzur dan seorang
anak. Pada suatu hari, penebang kayu itu bercadang untuk menghantar bapanya ke
dalam hutan dan membiarkannya tinggal di situ.
Bagaimana nanti kalau jiran tetangga kita menanya tentang ayah? tanya
isteri penebang kayu.
Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong untuk menghabiskan sisa-
sisa hidupnya, kata penebang kayu itu. Penebang kayu dan isterinya tidak sedar
bahawa percakapan mereka telah didengari oleh anak mereka.
Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pecan untuk membeli sebuah bakul
yang besar. Sebaik sahaja waktu senja, penebang kayu itu pun memasukkan
bapanya ke dalam bakul tersebut.
Apa yang kamu cuba lakukan? tanya bapanya.
Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin dan sentiasa
sibuk.Kami ingin membawa ayah ke tempat yang selamat. Di sana, ayah akan dijaga
dengan baik, kata penebang kayu itu sambil memikul bakul tersebut. Orang tua itu
berasa sedih dan mengerti maksud anaknya. Penebang kayu itu pun memikul
ayahnya berjalan kearah hutan.
Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada pandangan, anak
penebang kayu itu menjerit, Ayah, jangan lupa bawa balik bakul itu semula!
Mengapa? tanya penebang kayu itu kehairanan.
Ayah, kata anak penebang kayu itu dengan lembut, Apabila ayah tua kelak,
saya akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula.
Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh bergerak. Dia tunduk sambil
berfikir. Selepas beberapa ketika, dia pun berkata kepada anaknya. Marilah kita
pulang ke rumah.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima
kasih.














Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim
yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk
cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Puteri Sulung Dan Puteri
Bongsu.
Pada suatu ketika dahulu, Raja Ambun mempunyai puteri kembar yang amat
cantik. Puteri Bongsu yang begitu cantik dikatakan berdarah putih dan amat
disayangi oleh raja.
Kecantikan Puteri Bongsu yang berdarah putih telah sampai kepengetahuan
Raja Tinggi. Raja Tinggi pun menghantar rombongan untuk meminang Puteri
Bongsu. Raja Ambun menjadi serba salah. Kalau pinangan itu ditolak, tentu akan
berlaku peperangan. Tetapi, kalau pinangan itu diterima, baginda akan dukacita
sepanjang hayat kerana baginda amat kasih kepada Puteri Bongsu.
Akhirnya, Raja Ambon telah menukarkan Puteri Bongsu dengan Puteri
Sulung. Rancangan ini tentu berjaya, kata seorang pembesar. Raja Tinggi tidak
pernah melihat Puteri Bongsu. Kita suruhlah Puteri Sulung mengaku yang dia
bernama Puteri Bongsu, Akhirnya pinangan Raja Tinggi itu pun di terima.
Raja Tinggi pun berkahwin lah dengan Puteri Sulung yang disangkanya Puteri
Bongsu itu. Pada suatu hari, jari Puteri Sulung telah terluka akibat terkena pisau.
Luka itu berdarah dan darahnya berwarna merah. Raja Tinggi berasa terkejut kerana
darah itu tidak berwarna putih.
Dinda mesti berkata benar, siapakah dinda sebenarnya? tanya Raja Tinggi
sambil menghunus kerisnya. Puteri Sulung menggeletar. Adinda ialah kakak
kepada Puteri Bongsu,
Raja Tinggi amat murka. Rupa-rupanya beta telah ditipu! Kita akan serang
negeri Ambun, kata Raja Tinggi dengan garangnya.
Akhirnya, Raja Tinggi pun menghantar tentera untuk menundukkan negeri
Ambun.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima
kasih.
















Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim
yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk
cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Ampai-ampai Dan Puteri Laut.
Pada zaman dahulu, ada seorang hamba Raja Laut yang sangat setia kepada
rajanya. Namanya Ampai-ampai. Ampai-ampai telah ditugaskan oleh raja untuk
menjaga puteri baginda yang sangat cantik.
Pada suatu hari, puteri itu pergi bermain-main di tepi pantai bersama beberapa
orang dayang. Pada ketika itu sebuah kapal besar yang dimiliki oleh seorang putera
raja yang kacak telah berlabuh di tepi pantai itu. Putera raja terpesona melihat
kecantikan puteri Raja Laut. Puteri Raja Laut pun demikian juga apabila terlihat
putera raja yang gagah perkasa dan kacak itu.
Putera raja telah memujuk puteri Raja Laut supaya menaiki kapalnya yang
sedang berlabuh itu. Setelah memberi isyarat kepada dayang-dayangnya, puteri itu
pun naik ke kapal putera raja. Putera raja mengerahkan kelasi-kelasinya supaya
menaikkan layar dan segera belayar meninggalkan pantai itu.
Pada waktu itu, Ampai-ampai baru tersedar. Dia berlari menuju ke pantai tetapi
kapal itu sudah pun meninggalkan pantai. Ampai-ampai pun pulang ke istana lalu
menceritakan kejadian itu kepada Raja Laut.
Raja Laut sangat murka. Baginda mengambil sebatang kayu lalu memukul
tubuh Ampai-ampai sehingga remuk dan hancur tulangnya. Setelah itu Raja Laut
menbuangkan Ampai-ampai ke tepi laut.
Engkau jangan naik ke darat sebelum puteri beta pulang kepada beta, titah
baginda.
Ampai-ampai dilanda ombak ke sana sini dan akhirnya tersangkut pada ranting-
ranting kayu di tepi pantai. Itulah sebabnya Ampai-ampai tidak bertulang hingga
sekarang ini dan sepanjang masa tersidai pada ranting-ranting kayu di gigi air.
Kononnya, dia akan menunggu di tempat begitu sehingga Puteri Raja Laut itu lalu di
situ dan pulang kepada ayahandanya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita
saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

















Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim
yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk
cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Perempuan Muda Yang Berani.
Pada suatu masa dahulu, negeri Tiku diperintah oleh Raja Tua. Baginda telah
menyuruh rakyatnya membuat sebuah perahu yang besar. Setelah perahu itu siap,
baginda pun telah mengadakan upacara untuk melancarkan perahu itu ke laut.
Rakyat negeri itu telah dikerahkan untuk menolak perahu ke laut tetapi anehnya
perahu itu sedikit pun tidak bergerak dari tempatnya. Raja Tua sangat hairan lalu
memanggil anak angkatnya Balun yang tahu akan bermacam-macam ilmu.
Balun pun mengambil dupa dan mengasap kemenyan. Setelah jampi dibaca
dan seluruh perahu diasapnya, Balun pun berkata Perahu ini tidak akan dapat
diturunkan jika tidak digalang dengan tubuh manusia. Tetapi yang menjadi galangan
itu mestilah anak atau saudara tuanku. Orang lain tidak boleh!
Mendengar kata-kata Balun itu, semua orang menjadi gempar. Tidak ada
seorang pun anak kerabat raja yang hendak mengorbankan nyawanya untuk
pelancaran perahu tersebut.
Dalam keadaan hiruk pikuk itu, seorang perempuan muda yang sedang
mengandung tampil ke hadapan perahu. Dia ialah anak saudara kepada Raja Tua.
Perempuan muda itu berbaring di atas tilam dan bantal yang dibentangkan di haluan
perahu. Semua rakyat dan kerabat diraja menangis melihatkan perempuan muda
yang begitu berani mengorbankan nyawanya demi kepentingan Raja Tua.
Apabila semua sudah sedia, Balun pun mengambil tujuh batang lidi dan rapat
ke perahu itu. Setelah membaca jampi, perahu itu pun ditolak ke laut. Sekali lagi
telah berlaku keanehan. Dengan mudah, perahu itu dapat ditolak ke dalam air.
Semua orang yang berkumpul bersorak kegembiraan. Raja Tua berlari-lari
mendapatkan anak saudaranya dan mendapati anak saudaranya itu tidak mendapat
apa-apa kecederaan. Oleh kerana keberaniannya, Raja Tua telah menurunkan
semua harta pusaka kepada anak saudara perempuannya itu.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima
kasih.
















Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim
yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk
cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Harimau Yang Tamak.
Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada penghuni rimba
bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak mereka kepada baginda.
Binatang-binatang dalam hutan itu pun mengadap Maharaja Singa. Masing-masing
membawa permintaan. Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan oleh baginda.
Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu, timbullah rasa tamak
di hati harimau. Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih murah daripada sekarang.
Aku tidak mahu makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali
sehari. Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih kuat
daripada Singa.
Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap Maharaja Singa.
Hah! Engkau datang juga, Harimau? tegur Singa. Apakah kehendak
engkau? Harimau terkejut mendengar suara Singa yang bengis itu. Hatinya
berdebar-debar.
Patik Patik mahu makan tujuh tujuh kata Harimau tergagap-gagap.
Tujuh apa? sergah Maharaja Singa lebih keras.
Tujuh hari sekali! jelas Harimauu terketar-ketar.
Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan kabulkan permintaan
engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki tujuh haru sekali, kata Singa.
Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia hendak mengatakan
tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan tujuh hari sekali.
TuankuPatikPatik
Sudah! potong Maharaja Singa. Tiap-tiap binatang hanya boleh
mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi telah pun beta
kabulkan.
Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali. Itulah sebabnya
perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak bermaya. Demikianlah kawan-
kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai