Anda di halaman 1dari 4

Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku.

Isu Pelaksanaan Pendidikan Moral Di Sekolah


2.2 Masalah Penilaian Pendidikan Moral di Sekolah.
Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah perlu diuji atau dinilai sama ada dalam
bentuk formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan
domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan sikap, nilai dan emosi, maka
penilaian terhadapnya menghadapi masalah.
2.2.1 Penilaian moral susah dinilai secara afektif
Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat? Kesukaran untuk menilai aspek afektif
serta tingkah laku mengakibatkan aspek ini tidak dinilai dengan berkesan dalam
konteks program tersebut.
2.2.2 Proses penilaian memerlukan masa yang panjang
Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian
aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar
dankenyataan. Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai
semak,skala pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod anekdot) juga digunakan.
Penilaian kendalian sekolah ditekankan di sekolah tetapi jarang dipraktikkan atau
kurang efektif pelaksanaan kerana kesuntukan masa serta kurangnya kepakaran guru
dalam aspek-aspek seperti pemerhatian dan temu bual . Kalau dipraktikkan pun,
markah atau penilaiannya tidak diambil kira dalam keputusan akhir dalam mata
pelajaran itu.
2.2.3 Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif
Kertas peperiksaan dengan skema pemarkahan yang terlalu rigid serta bersifat
akademik dengan soalan-soalan yang lebih berbentuk situasi yang hipotetikal
menyebabkan pelajar yang tidak mengalami situasi tersebut tidak dapat membuat
keputusan moral. Perkara ini telah lama dipertikaikan. Sesetengah alatan yang
digunakan dalam penilaian Pendidikan moral banyak dipengaruhi oleh perasaan penilai
atau penguji. Penilaian jenis ini tidak tepat dan diragui.
2.2.4 Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi
Domain afektif yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan domain yang
amat sukar dinilai. Walaupun aspek penaakulan moral boleh dinilai, namun aspek ini
tidak mengukur kebolehan pelajar dalam menangani sesuatu masalah dan situasi.
2.2.5 Penekanan pengajaran untuk lulus peperiksaan
Wujudnya mindset di kalangan guru apabila peperiksaan sentiasa ditekankan hingga
mewujudkan keadaaan teach to pass exams rather than teach to understand .
Pengajaran secara latih tubi dan penghafalan nilai menjadi metodologi pengajaran
sebagai memenuhi keperluan peperiksaan. Cara ini sebenarnya tidak membenarkan
perkembangan keupayaan pelajar untuk menaakul. Pelajar yang mendapat A1 dalam
Pendidikan Moral tidak semestinya pelajar yang cemerlang dalam sahsiahnya.
2.3 Pengurusan sekolah
Program Pendidikan Moral di sekolah menitikberatkan persekitaran
sekolah,kebudayaan sekolah dan etos sekolah serta aktiviti kokurikulum. Sekolah perlu
memberikan sumbangan untuk perkembangan nilai. Dilema atau isu dalam
pelaksanaan Pendidikan Moral berkaitan dengan pengurusan sekolah adalah;
2.3.1 Persekitaran sekolah seharusnya menyumbang untuk perkembangan nilai.Kalau
sistem sekolah lebih bersifat autokratik, pelajar-pelajar akan juga belajar bersikap
autokratik, kurang rela mendengar pendapat orang lain, suka membuat keputusan
secara bersendirian. Begitu juga sekiranya guru kelas bersikap dominant.
2.3.2 Sungguh pun sekolah mementingkan peraturan dan disiplin tetapi budaya
sekolah memberikan penekanan kepada aspek afektif dan tingkahlaku moral
berbanding perkembangan pemikiran rasional dan penaakulan moral . Oleh itu objektif
Pendidikan Moral untuk melahirkan individu yang berautonomi tidak difahami guru.
Keadaan ini boleh mengakibatkan kelemahan penaakulan moral dan ketaatan membabi
buta murid kerana takut dirotan, didenda atau digantung sekolah. Situasi ini dapat
dilihat hampir di kebanyakan sekolah iaitu murid tidak membuang sampah di dalam
kawasan sekolah tetapi timbunan sampah seperti bunga yang memutih kelihatan di
kawasan luar sekolah terutama pada waktu murid-murid pulang. Plastik bungkusan
makanan ringan, tin minuman dan lain-lain dicampak sesuka hati. Penghayatan moral
dari segi kebersihan yang ada kaitannya dengan disiplin gagal dipraktikkan.
2.3.3 Perhubungan guru dan pelajar tidak memuaskan. Perhubungan yang sepatutnya
seimbang masih tidak dapat dihidupkan. Ini tidak memenuhi keperluan pelajar dari segi
perkembangan emosi moral mereka.
2.3.4 Tanggapan bahawa pendidikan moral hanya diajar oleh guru Pendidikan
Moral;maka guru bukan Pendikan Moral tidak perlu terlibat dalam pembentukan dan
perkembangan moral pelajar. Maka mereka tidak begitu serius dalammenerapkan nilai
melalui mata pelajaran mereka.
2.3.5 Konflik nilai wujud di kalangan pelajar kerana guru tidak menghayati dan
memahami peranan mereka dan tidak menunjukkan nilai positif yang sejajar dengan
nilai-nilai moral. Contoh ketepatan masa, kejujuran, hormat menghormati dan
sebagainya.

2.3 Tenaga Pengajar
Beberapa masalah telah dikenal pasti dalam pelaksanaan Pendidikan Moral secara
formal khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara lain ialah;
2.3.1 Masalah strategi mengajar yang tidak betul. Didapati bahawa tidak semua guru
dilengkapkan dengan pengetahuan tentang strategi pengajaran pendidikan moral.
Guru-guru yang mengajar Pendidikan Moral tidak berupaya dalam melaksanakan
pendekatan pengajaran yang betul dalam pengajaran. Kesannya, ramai murid bosan
dalam pembelajaran mata pelajaran tersebut.
2.3.2 Kefahaman guru tentang konsep-konsep asas dalam mata pelajaran Pendidikan
Moral adalah tidak sama tentang kemoralan dan Pendidikan Moral. Mengikut Puka
(1976), kalau kita tidak tahu apa itu kemoralan, kita tidak boleh mengajarnya; tetapi
kalau kita mengajar tanpa pemahaman, pelajar-pelajar tidak dapat menghayati nilai-nilai
murni dalam Pendidikan Moral. Pemahaman gurupenting kerana matlamat guru adalah
untuk membentuk pemahaman padaorang lain. Dalam konteks ini pengetahuan guru
Pendidikan Moral adalah menjadi asas kepada pemahamannya. Kajian mendapati
bahawa seorang guru yang efektif memerlukan 3 jenis pengetahuan iaitu:
Pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar (Content Knowledge)
Pengetahuan tentang strategi instruksi am (Pedagogical Content)
Pengetahuan tentang straegi spesifik untuk pengajaran suatu kandungan mata
pelajaran(pedagogical Content Knowledge)
2.3.3 Kurangnya penekanan kepada domain afektif merupakan satu masalah, kerana
tiada peruntukan dalam objektif Sukatan pelajaran Pendidikan Moral tentang aspek
tersebut. Di dalam bilik darjah pengajaran lebih kepada konsep kemoralan.
2.3.4 Guru kurang berminat terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral, lebih-lebih lagi
apabila diarah untuk mengajar mata pelajaran ini. Situasi ini mengakibatkan dilema
dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Masalah ini berlaku kerana guru
tidak tahu pendekatan atau kaedah mengajar Pendidikan Moral.
2.3.5 Kurang latihan atau guru itu tidak terlatih dalam Pendidikan Moral. Oleh
itu,mereka tidak mempunyai pemahaman yang mencukupi tentang mata pelajaran
Pendidikan Moral dan konsep-konsep yang berkaitan.
2.3.6 Guru kurang berminat mengajar kerana pertembungan budaya, latar belakang
kebudayaan guru dan sensitiviti setiap kaum yang berbeza-beza. Walaupun nilai-nilai
teras yang terpilih mewakili nilai-nilai dari pada semua kaum, latar belakang guru juga
memberikan kesan kepada pengajaran guru kerana perspektif mereka terhadap nilai-
nilai itu berbeza. Tidak mungkin guru yang suka bercakap kasar, berjudi, mata
keranjang dan menghadapi pelbagai masalah peribadi, akan menjadi guru moral yang
berwibawa dan disegani oleh murid-murid dan rakan sejawat.

Anda mungkin juga menyukai