Kemahiran motor pada amnya melibatkan hubungan antara otak, sistem saraf dan otot yang kerja secara bersama. Oleh itu, penguasaan kemahiran motor sama ada motor halus, kasar dan manipulatif ini amat penting dalam pergerakan asas untuk membolehkan murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan aktiviti pembelajaran dengan penuh yakin.
MOTOR HALUS Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata.
MOTOR KASAR Motor kasar adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian badan. Contohnya kanak-kanak yang merangkak, pergerakan ini melibatkan gerakan tangan, kaki, punggung dan bahagian badan yang lain. Oleh itu dalam pergerakan seperti ini, kita akan lihat koordinasi berlaku antara motor Motor Halus Motor Kasar kasar dan motor halus. Selain itu, gerakan motor kasar ini juga memerlukan pengawalan keseimbangan dan koordinasi dengan organ deria yang lain seperti mata dan sentuhan.
KEMAHIRAN MANIPULATIF Perkembangan kemahiran manipulatif seseorang bermula sejak mereka lahir seiring dengan perkembangan motor halus dan motor kasar. Kemahiran manipulatif merupakan pengembangan dari kemahiran motor halus dan motor kasar. Kemahiran manipulatif adalah merupakan kebolehan seseorang untuk menggunakan dan mengawal anggotaanggota badan untuk mengendalikan sesuatu alatan atau objek, contohnya seperti menendang bola, menyambut bola dan sebagainya. Kemahiran manipulatif melibatkan koordinasi mata dan lain lain anggota badan.
Memanaskan Badan Memanaskan badan dalam sukan tenis bererti menyediakan tubuh badan kita sebelum melakukan aktiviti-aktiviti fizikal. Dalam apa-apa jenis sukan pun persediaan badan sebelum melakukan aktiviti-aktiviti yang lasak adalah penting. Di sinilah proses memanaskan badan menjadi sesuatu yang wajib untuk semua pemain tenis. Otot kita akan beroperasi dengan lebih baik. Kita juga tidak akan cedera dengan mudah. Otak kita juga akan lebih cepat berfikir dan bertindak balas selepas kita memanaskan badan dengan betul. Memanaskan badan bukanlah sekadar meregangkan otot semata-mata. Meregang otot adalah sebahagian daripada aktiviti memanaskan badan. Dan kita tidak harus mengelak daripada memanaskan badan walaupun kita terlalu malas melakukannya.
Banyak kajian menyatakan kebaikan dalam aktiviti memanaskan badan. Aktiviti ini memberi impak yang cukup besar dalam mengurangkan berlakunya kecederaan. Oleh itu, aktiviti memanaskan badan dan gerak kendur harus dilakukan sebelum dan selepas aktiviti permainan.
Bagi latihan dan perlawanan, kita harus melakukan joging yang ringan dan beberapa larian pecutan. Dengan ini, kita memberitahu badan kita supaya bersedia untuk aktiviti yang lebih fizikal. Memanaskan badan boleh berlangsung antara 5-10 minit. Bergantung kepada masa yang kita ada, jenis aktiviti dan cuaca pada waktu itu. Selepas kita melakukan beberapa pecutan (untuk memanaskan badan), kita bolehlah mulakan dengan regangan yang mudah.
KETEPATAN LAKUAN ( KEMAHIRAN MOTOR KASAR DAN MOTOR HALUS ) DALAM PERMAINAN TENIS
Ketepatan lakuan di dalam sukan tenis adalah berasaskan kepada jenis atau saiz otot otot utama yang terlibat dalam menghasilkan kemahiran seperti melakukan pukulan. Sebagai contoh, ketika membuat hantaran, otot kasar di bahagian tangan dan belakang badan memberi kekuatan yang dimahukan ketika ingin membuat hantaran manakala otot halus dibahagian jari akan menentukan ketepatan arah bola yang pukul. Kemahiran ini amat memerlukan ketelitian terutama koordinasi mata-tangan dan pergerakan tangan-pegangan raket semasa membuat pukulan. Ketika membuat pukulan lob, otot kasar di bahagian tangan dan bahu memberi kekuatan yang dimahukan ketika membuat pukulan manakala otot halus pula dibahagian jari yang memegang raket akan menentukan arah tuju dan ketepatan bola yang pukul.
Latihan Kekuatan Otot Pengembangan pembinaan olahraga pada masa sekarang ini diakibatkan pengembangan ilmu pengetahuan dan penemuan hasil penelitian. Permainan tenis adalah salah satu cabang olahraga yang memerlukan kekuatan otot sebagaimana yang dikemukakan oleh Arsyad Sanusi (5:1980) : Bahawa dalam permainan tenis memerlukan latihan kekuatan otot lengan, ketangkasan, kekuatan, stamina, dan lain-lain. Oleh itu, pentingnya latihan kekuatan otot lengan di dalam acara tenis maka latihan kekuatan Otot lengan perlu dianalisa mengenai erti dan tujuan serta jenis-jenis latihan dengan unsur-unsur yang perlu dalam pembinaan otot-otot untuk mencapai prestasi yang di ingini. Kekuatan otot lengan dapat menyokong segala aktiviti di dalam latihan mahu pun di dalam pertandingan maka pengertian keadaan kekuatan otot lengan adalah meliputi keadaan jasmani setiap atlit. Sehubungan dengan hal tersebut, maka dalam menyusun program pembinaan perlu ada penyusunan latihan keadaan kekuatan otot lengan secara sistematik dan teratur, sehingga dapat melakukan gerakan cekap. Kekuatan otot adalah salah satu komponen fizikal yang diperlukan dalam sukan . Ersek M. Herson ( 2002 : 37 ), mendefinisikan kekuatan merupakan terjemahan dari kata strength dalam sukan, strength biasanya digunakan dalam sukan yang berkaitan dengan kemampuan penguncupan otot. Otot akan mengalami keletihan bila sumber oksigen ke dalam otot relative terlambat . Tahap keletihan otot ini bergantung pada tahap kemasukan oksigen. Bila dilakukan dengan latihan maka kekuatan otot akan bertambah. Pembesaran otot dikenali dengan nama hypertrophy, ertinya sel otot bertambah. Jumlah sel otot tidak pernah bertambah sejak dilahirkan, sebaliknya bila otot tidak pernah dilatih (kurang bergerak), maka otot akan mengalami pengecilan masa yang disebut dengan istilah atropy inactivitas . 1 ) Deltoideus ( Otot Bahu ) Muscle stapedius adalah otot yang memanjang dari berhubung dengan hujung dan dibawah spina serfikasi dan vertebrata thorakil. Keluar ke akrhrommien dan spina scapula yang berfungsi untuk putaran scapula pada saat diangkat ke atas dan mengendalikan turunnya lengan untuk menahan belakang bahu dan mengangkatnya ketika bahu terangkat. Seratus afirius bermula dengan digetasi dari permukaan luar tulang rusuk ke- 8 atau 9, dan memanjang kearah belakang diantara dinding dada dan scapula masuk kedalam sempadan medalis tulang. Otot tersebut terlibat dalam mendororng, memukul dan mengangkat lengan ke atas kepala. Subskapularis (otot depan tulang belikat). Otot ini dari bahagian depan tulang belikat, menuju ke taju besar tulang pangkal lengan . Fungsinya mengangkat lengan . 2 ) Bisep ( Lengan Atas ) Anterior bisep bermula dengan kedua sendi : satu dan procesus leorookoid scapula , yang lain dari scapula tepat diatas fosaglenoideus. Kedua sendi tersebut bersatu dalam satu otot yang memanjang ke bawah sebelah siku. Fungsi dari otot ini adalah termasuk fleksi siku dan selpinasi dari lengan bawah. Otot tersebut mempunyai kekuatan yang besar yang membuat dalam cara menggunakan pusingan . 3 ) Triceps ( lengan bawah ) Anterior tricep otot utama didepan lengan bawah adalah otot superfisal dan fleksor pada jari- jari, fleksor ibu jari dan otot yang beraksi pada tulang pergelangan. Sebelum memasuki lengan otot-otot tersebut dilanjutkan sebagai tendon. Pada lengan otot tersebut dibungkus dalam membran sinovial dimana selaput pada jari-jari memanjang ke arah pergelangan tangan .
4 ) Subscapularis ( Tangan ) Muscle theng adalah otot kecil yang beraksi dalam ibu jari dan membentuk humom emien. Muscle hiportenar adalah otot kecil yang beraksi pada jari kelingking membentuk hipotenar emien. Abdurrahmat ( 2009 : 77 ) mengatakan untuk gerak extensi sendi siku, otot bicep brachii ( angonis ) harus kelonggaran kerana bila keduanya ( bicep dan triceps ) bersamaan mengecut akan terjadi sendi siku. Sedangkan otot-otot yang membantu gerakan angonis dan sinergi, misalnya otot deltoloid dan pectoralis mayor menfixasi sendi bahu agar fleksi pada sendi siku oleh antagonis ( bicep brachi ) lancar . Kebanyakan kemahiran sukan melibatkan gerakan-gerakan yang disebabkan oleh kuasa yang dihasilkan penguncupan otot. Penguncupan otot digunakan untuk menghasilkan tenaga internal yang menetapkan bahagian-bahagian badan. Berdasarkan fungsinya, penguncupan otot dapat dibezakan iaitu otot antagonis, pengatur dan meneutralkan. Otot antagonis iaitu otot yang bertanggungjawab atas gerakan yang berlawanan, yang disebabkan oleh penggerak utama, pengatur otot yang mengecut untuk menstabilkan sendi sehingga gerak yang dikehendaki dapat dilakukan secara berkesan. Untuk mendapatkan hasil yang berkesan, penguncupan isometic harus dipertahankan selama kurang lebih 10 minit. Dengan rehat antara setiap kontraksi 20-30 saat. Pelaksanaan setiap latihan dilakukan dengan jumlah ulangan setiap latihan ulangan 8-12 kali. Apabila pemain mempunyai kekuatan lengan, pemain tersebut boleh melakukan pukulan dengan baik. Untuk menambah kekuatan, otot perlu diberikan latihan, beban yang lebih beraat dengan sendirinya kekuatan otot bertambah. Bila dilakukan dengan latihan maka kekuatan otot adalah masa otot akan bertambah besar sehingga kekuatan otot pun akan bertambah. Pembesaran otot dikenali dengan nama hypertrophy, ertinya sel otot bertambah besar. Jumlah sel otot yang tak pernah dilatih ( akan kurang gerakannya ), maka otot akan mengalami pengecilan masa yang disebut dengan istilah antropy inactivitas .
Kekuatan sebagai kemampuan maksimum yang dilakukan oleh otot atau sekumpulan otot .Kuasa adalah komponen sangat penting guna peningkatan keadaan fizikal secara keseluruhan. Otot merupakan daya penggerak sebagai aktiviti fizikal . Oleh itu, kekuatan memegang sangat penting dalam melindungi dari kemungkinan kecederaan. kekuatan atlet dapat lari lebih cepat, melompat atau memukul dengan lebih jauh, demikian juga membantu kestabilan sendi-sendi . Dari beberapa batasan mengenai kekuatan dapat diambil intisarinya bahawa kekuatan adalah kemampuan dalam suatu penguncupan maksimum yang dilakukan oleh otot atau sekumpulan otot yang bekerja melawan tahanan sebagai daya penggerak setiap aktiviti fizikal . Untuk dapat mengetahui kekuatan seseorang, kita boleh melihat melalui penguncupan otot yang menyusun ahli tubuh manusia secara maksimum, baik anggota gerak tubuh bahagian bawah ( kaki ), dalam usanya mengatasi tahanan. Tahanan boleh berasal dari luar tubuh, mahu pun dari dalam tubuh waktu melakukan aktiviti. Kekuatan otot adalah komponen fizikal yang dapat ditingkatkan sampai sehingga maksimum dengan cabang sukan yang di perlukan. Didalam tubuh manusia terdapat beberapa kumpulan kekuatan otot, yang sesuai dengan jenis kegiatan yang dilakukan. Penelititan ini diarahkan pada otot lengan yang mempunyai pengaruh dalam melakukan pukulan lob pada permainan tenis lapangan. Otot - otot pada lengan dibahagikan dalam empat bahagian iaitu korsel bahu, lengan atas, lengan bawah dan tangan.
d20102046116_norjanah Binti Sufian_group Upsi 48(a 121pjj)_tugasan 3 Analisis Pergerakan_ Qgj3023 - Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia_dr Nur Ikhwan Bin Muhammad
ILMU PERUBAHAN DALAM 4 LANGKAH: Strategi dan teknik operasional untuk memahami bagaimana menghasilkan perubahan signifikan dalam hidup Anda dan mempertahankannya dari waktu ke waktu
Pembedahan Skoliosis Lengkap Buku Panduan bagi Para Pasien: Melihat Secara Mendalam dan Tak Memihak ke dalam Apa yang Diharapkan Sebelum dan Selama Pembedahan Skoliosis